Saturday 13 June 2015

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.


Assalamualaikum.



Hari ni terajin sikit nak cerita tentang tempat aku menuntut ilmu. Tak sangka dah nak masuk semester akhir pun, sekejap je. Hakak dah senior dah semester depan, kalau jumpa tolong hormat sikit ekeke. Bila ingat balik masa dapat tawaran dulu, rasa berbelah bahagi tak tahu nak pergi ke tak sebab tak tahu jiwa ni boleh terima ke tak kos kejuruteraan, yelah sebelum ni perakaunan je dari sekolah sampai matrik. kahkah. Masa tu juga tengah tunggu keputusan temuduga nurse SPA, tarikh keputusan keluar sama pula dengan tarikh daftar dekat politeknik. Jalan terakhir, istikharah. hewhew. Menangis air mata darah okay sebab takut salah pilih, kikiki. Alhamdulillah dapat mimpi jalan dengan kawan-kawan dekat kawasan yang macam kelas dan tak pakai baju nurse pun, baju biasa. Terus bangun fikir balik, yakin dengan pilihan kali ini, politeknik. kahkah. Nampak tak dekat sini kalau nak buat keputusan jangan tergesa-gesa, doa minta pertolongan dengan Allah swt sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita pastu istikharah juga okay. Jangan nak pilih jodoh je istikharah. ekeke. 

Okay, dekat psmza ni ada empat kursus yang disediakan iaitu Dip. kejuruteraan Elektrik, Dip. kejuruteraan Mekanikal, Dip. kejuruteraan Awam dan Dip. Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Lepastu untuk kos elektrik dan mekanikal ada anak-anak dia pula. Untuk kos elektrik ada 3 kursus yang ditawarkan iaitu Elektrik dan Elektronik (DEE), Elektronik komunikasi (DEP) dan Elektronik komputer (DTK). Untuk kos mekanikal pula tak pasti ada berapa tapi banyak antaranya, Mekanikal Am (DKM), Mekanikal Automotif (DAD), Mekanikal Plastik (DMK), Mekatronik dan Mekanikal Teknologi Pembuatan (DTP), setakat itu je aku tahu pasal mekanikal sebab aku elektrik. hihi. Pelajar mekanikal paling ramai dekat poli aku tu, pelajar perempuan untuk kos mekanikal dan elektrik sikit je, dan untuk keseluruhan pelajar pun sama, pelajar perempuan tak ramai. 

Dari segi pembelajaran pula, segala nota adalah dalam bahasa inggeris dan belajar dalam kelas pula atas pensyarah tu sendiri nak mengajar dalam bahasa apa, tapi biasanya bahasa melayulah dan kebanyakan pensyarah dekat sini berasal dari Terengganu dan Kelantan jadi mereka guna bahasa melayu siap dengan loghat mereka lagi. Kalau pensyarah yang mengada sikit, mengajar dalam bahasa inggerislah. ekeke. Belajar dekat sini bagi aku tak susah sangat sebab setiap yang kita belajar, kita perlu buat eksperimen dalam makmal, jadi kau akan nampak apa yang kau belajar dan automatik faham. Bukan sekadar baca buku semata-mata. gittew. Lepastu kalau yang tak suka matematik tu takyah ambil kos mekanikal atau elektrik sebab subjek tu wajib untuk kos ni sampai semester 6, kawan aku yang tak suka matematik tu tiap sem merungut kenapa harus ada matematik dalam kos ni. kahkah. Padan muka. Kos kej. Awam pun belajar juga matematik tapi sampai semester 3 je, tapi semester lain walaupun takde matematik, tetap ada lagi subjek kira-kira lain. kiki. 

Disiplin dekat sini boleh tahan ketat juga lagi-lagi bab pemakaian. Kalau untuk lelaki, wajib pakai baju berkolar, tak kemeja pun takpe asalkan berkolar. Pastu seluar takleh jeans. Haram sama sekali dan seluar jenis poket tampal pun tak dibenarkan. Wajib pakai stokin dan kasut tak boleh yang menyerlah untuk lelaki, menyerlah tu aku maksudkan pada warna kasut contohnya merah yang terang. Kad matrix wajib pakai selalu setiap kali masuk kawasan poli, itu memanglah tapi paling takleh blah dah pakai pastu bahagian muka pelajar pada kad tu mesti kena terpapar dekat depan takleh berselindung kalau tak kena denda RM5. Cekik darah T_T Itu je kot untuk lelaki, kalau perempuan pula, tak boleh pakai seluar, boleh pakai baju kurung je dan juga segala jenis baju yang labuh dan matchkan dengan skirt hokay, Kalau nak pakai seluar pun, masa ada lab sahaja. Pakai dengan baju bengkel dan dekat dalam tu jangan tak pakai baju pulak kahkah. Kena pakai baju lengan panjang dan berkolar untuk perempuan dan lelaki kalau pakai baju bengkel dengan baju lengan pendek pun boleh tapi berkolar. Cerewet tak. kahkah. Pastu perempuan wajib pakai skaf yakni anak tudung, kain dalam dan stokin warna kulit okay. Jaga aurat. 

Kamsis satu bilik 2 orang. Tenang dan tak serabut. ihiks. Kawan I panggil khemsis, aww omputeh sangat. hewhew. Ada katil bujang, meja study yang ada drawer dan almari besar bersama 2 drawer besar. Lepastu kalau daftar awal dapatlah bilik bawah, kalau lewat, faham-faham jelah. Dahlah kamsis tu atas bukit, nak ke bilik tingkat bawah sekali pun naik bukit dulu, lepastu naik tangga baru sampai bilik. Jadi bayangkanlah aku dulu dapat tingkat 3, tiap hari turun naik bukit. Tu lah salah satu sebab aku tak duduk kamsis lagi dari semester 2 sampai sekarang. pheww. Sanggup berhabis duit bayar sewa. Dalam kamsis ada disediakan cyber cafe, lepastu ada juga Dobi, Murah je pun. Tapi aku basuh sendiri je dulu, tak kuasa aku nak naik turun tangga pergi dobi. kahkah. Dekat depan kamsis ada kafe, kalau lapar malam-malam bolehlah makan dekat situ ada masakan panas pastu aku dengar sekarang dah ada skrin besar, musim bola heavenlah para jejaka kahkah. Kalau duduk kamsis ni tak best sebab kalau keluar pergi bandar ke boleh sampai pukul 7 petang je, lambat sikit kenalah. Aku pernah kena dulu pergi KFC petang pastu otw balik tertinggal cheezy wedges laju-laju patah balik kahkah. Lambat 5 minit masuk poli terus kena tulis nama. Menyampah. Dah la puasa. sobs. 

Petang lepas kelas boleh bersukan jugak, sukan apa nak semua ada. Kot. haha. Lepastu kalau rajin boleh naik bukit bauk, jogging. Ramai orang dekat bukit bauk tu setiap pagi dan petang tapi kalau nak naik petang jangan lewat-lewat sangat, pastikan turun dari bukit bauk tu sebelum pukul 7 petang, nanti tak memasal ada yang ikut. ekeke. Pepaham jelah ek. Kalau rasa bukit bauk tu terlalu tinggi, naik jelah bukit PSMZA tu, best jugak. Dekat situ pun ada sungai, aku tengok budak lelaki suka mandi dekat situ, perempuan aku tak pernah tengok lagi. Lepastu istimewanya politeknik Dungun ni sebab setiap petang selasa ada pasar malam dalam kawasan politeknik ni. ahak. Seronoklah sebab makanan pasar malam murah, lagipun dia buat dalam poli je jadi sangat memudahkan pelajar, takdelah pelajar jadi bosan tiap hari makan makanan kafe je. Sekarang nak masuk bulan puasa kan, seronok jugak sebab setiap hari ada orang jual makanan dekat tapak pasar malam tu, aku panggil bazar poli. Jadi pelajar tak susah nak cari makanan dekat mana, dalam poli pun banyak. Dekat Dungun ni setiap hari Khamis ada pasar malam dekat bandar, pasar malam terbesar, seronok sangat sebab ada banyak pilihan makan yang murah dan sedap. ihiks. Lepastu depan poli ada Cool Blog baru buka bulan 4 hari tu, eh dalam poli pun ada juga jual air ala-ala Cool blog tapi nama kedai je lain. Sebijik sama. Yang lainnya, black pearl dia tak selembut black pearl cool blog. ekeke. 

Ni lah bukit PSMZA tu.

Kalau nak pergi bandar pula, naik jelah bas sekolah atau nama glamour dia 'van kunyit'. Van tu dah tunggu siap-siap dekat depan poli tu, naik jelah pastu cakap nak pergi mana. Tapi azab jugak kalau nak cepat sebab biasanya dia akan tunggu van tu penuh baru gerak. Kalau nak cepat, sewa je kereta depan poli tu. Ada 2 tempat boleh sewa kereta depan tu, satu yang pensyarah poli punya dan satu lagi makcik apa tah nama dia yang punya tapi kereta dia buruk sikit berbanding kereta pensyarah tu. Buruk tu maksudnya kotor, tak jaga. Kalau yang pensyarah tu bersih je. tehee. Kawan aku dulu selalu sewa kereta kalau keluar sebab nak cepat. Hari cuti macam Jumaat dengan Sabtu, biasanya pelajar poli ni pergi Mesra mall tengok wayang ke bowling ke. Typical hujung minggu budak poli Dungun. ekeke. Kalau kau pergi hari tu mesti ramai je budak poli yang kau nampak, lepas pergi Mesra mall, lepak pantai Kemasik duduk atas batu-batu kahkah sambil makan keropok lekor. Kalau rasa Kemasik tu jauh, pergi jelah bandar Dungun tu kahkah. Lepak Domino ke KFC ke hewhew. Dari memerap je dalam bilik kan. Selain tu, ada jugak sewa kereta pergi pantai UiTM, makan abc tepi pantai dan tak lupa juga cendol Abg As yang femes dekat Dungun. tehee. Eh, sekarang Dungun dah ada banana boat tau, Rm10 sekepala sekali naik, lokasi dekat bawah jambatan Seberang pintasan dekat terminal bas. Ramai budak poli pergi hari tu waktu study week semester lepas. Yang dah habis exam lah. Berbulu je aku tengok memasing upload gambar dengan video duduk atas banana boat tu dekat instagram. Aku dekat rumah sewa tu gigih serap ilmu nak jawab exam. pffft. 

Sebenarnya tak teruk pun belajar dekat politeknik ni. Ramai orang luar atau lebih tepat lagi ibu bapa yang beranggapan bahawa pelajar politeknik ni teruk. Ehem. Salah okay tanggapan tu. Ada jugak yang cakap, belajar poli je, kerja apa je nanti. Dia tak tahu ramai je budak politeknik berjaya, kerja luar negara, gaji besar. Rezeki orang kita tak tahu. Eh hari tu adalah satu kes buang bayi dekat Dungun, dekat surat khabar cakap yang buang bayi tu pelajar IPTA dekat Dungun. Lepastu ramai lah yang cakap budak politeknik punya kerja. Amboi, sedap mulut berbicara. Padahal pelajar dekat sini je tahu kisah sebenar, bukan budak politeknik pun buat semua tu. pffft. IPTA lain hokkayy. 



Harap semester depan, lebih baik dari semester sebelum ni. Amin.



55 comments:

  1. Salam saya nak tanya ice blend yang dalam poli tu nama apa ya? Dia dulu ke coolblog dulu yang buka? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. H2O kot. Tak tahulah mane dulu yang buka . ekeke

      Delete
  2. entah tak tau...bukak pukui 10am kot.. hahaha kadang kadang awai seminit..kadang kadang lewat seminit...haha

    ReplyDelete
  3. Assalam kak nak tanya terminal jauh tak dengan poli ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak baru perasan comment ni, sorry sorry. Huhu. Jauh jugak kalau nak pergi naik je van kunyit, dorang dah tunggu sesiap kat depan poli tu. Hee. Junior ehh baru masuk sem ni ? Goodluck !

      Delete
  4. adik, adik tau dak hotel2 yg dekat dengan poli ni? akk igt nk p sana. tpi nak pilih hotel2 yg dekat dgn area tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade hotel ariani depan poli, hotel saujana pun ade depan hospital dungun. Banyak je hotel sebenarnya, boleh try google hehe

      Delete
  5. Kamsis tu 3 tingkat je ye? Pahtu, dekat kamsis tu boleh access wifi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamsis 4 tingkat dan dulu tahun 2013 takde wifi pun, tktau la sekarang mcm mana kot kot dah upgrade ke heee ;)

      Delete
  6. Ade badan dakwah atau usrah x kt sne.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kot kitorang panggil budak PI (pusat islam), huhu.

      Delete
  7. Assalamualaiikum,nak tanya kalau yang SPA tu selalunya pendaftaran untuk lepasan SPM bila ye? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, rasanya lepas dapat result spm dah boleh daftar kot hihi^^

      Delete
  8. Salam kak. Teknologi digital tu sama je ke dgn teknologi maklumat? Hmm bnyk nak tanya sebenarnya tapi camne ye nak contact akak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, yg tu tak pasti la. Huhu. Dapat poli ni ke ? Boleh email akak kat unamalek@gmail.com :)

      Delete
  9. salam sis...nk tanya deme....bg wanita adakah 6 sem duk asrama atau duk menyewa...ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sem 1 wajib duduk asrama, sem 2 sampai 6 boleh pilih sama ada nak terus duduk asrama atau tak tp tengok pada kekosongan jgk, kalau asrama penuh terpaksa menyewa la hehe

      Delete
  10. Assalamualaikum, akak nk tanyela kat situ ade muet tak sebab nnti leps hbs diploma nk sambung kena ade muet kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ade je muet tp kena selalu tanya lecturer la sbb tak wajib and bukan smua student nak ambik muet, tp kalau nak sambung degree kena la ambik and kena selalu tanya okayy huhu

      Delete
    2. Oo ok terima kasih kak lagi satu untuk yg oreantasi seminggu tu rupa bentuknya macam mane eh?

      Delete
    3. Orientasi ni dorang banyak bagi taklimat pasal politeknik, semua pasal poli laa. Pastu makan free hee dan banyak aktiviti kat dewan, solat berjemaah semua la. Orientasi bulan puasa ni tktau la pulak cane hehe. Ohh, selalu kalau bulan puasa mesti ada bazar dalam kawasan poli tu huhu

      Delete
    4. Ooo tq kak poli ni mmg best cume satu je nk tanye mne nk naik bukit bauk

      Delete
    5. haha. Naik jelaa. Kat tepi jalanraya tu dia ada tulis taman rekreasi bukit bauk, haa naik je ikot jalan tu sampai atas, kahkah. Tapi kalau nak pergi tu, pastikan tak pergi waktu maghrib la kang tak memasal ada benda ikot hihi. Kalau pergi tu dah petang sangat pastikan turun sebelum maghrib tauu. huhu

      Delete
  11. Akak sem 1 ni agak2 wajib tak bawak laptop? Sbb takut jugak ada kata nanti org curi la apa. Ingat nak bawa je terus laptop ni masa mula2 masuk bilik��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau laptop ni tak wajib pun sebenarnya utk sem 1, sebab dulu akak pun bawak masa sem 2. Sem 1 duduk kamsis ada cyber cafe hehe.

      Delete
  12. assalamualaikum kak,sya nk tanya apa beza kos kejuteraan mekanikal dan kejuteraan mekanikal pembuatan..mohon perjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau nak bagi penjelasan tu susah sikit la sebab sy dulu kos elektronik, tak tahu pulak mekanikal ni. Tp, kalau maksud awk beza mekanikal am dgn pembuatan, kalau am belajar secara menyeluruh, maksudnya dia belajar semua basic utk semua mekanikal cthnya, pembuatan, plastik, automotif dll. Kalau pembuatan ni fokus pada pembuatan la, major kos tu.

      Delete
  13. Salam Husna. Aunty nak tya sikit, Husna msh student disana ke? Soalan utama is ftee hair dibenarkan tak di Poli Sultan Mizan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sy dah tamat belajar tahun 2015, huhu. Seingat saya, pelajar beragama islam wajib memakai tudung dan peraturan pemakaian kat sana bagus, patuh syariah huhu. Wajib pakai anak tudung (skaf), stokin kulit dll

      Delete
  14. habis la bulan 12 nnt dala nk sambung sane..em tatut..emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg jibby kedong dong17 July 2017 at 05:59

      takyah takot abg kan ade

      Delete
    2. emm still tatut..emm emmm...abg teyman laa

      Delete
  15. assalamualaikum, saya afeeq studdent archi at uia gambang, boleh tak kalau cerita kan serba sedikit tentang reka bentuk pintu gerbang poli dungun itu sendiri. Harap dapat boleh berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, macam susah pulak nak menjawab emm

      Delete
  16. Assalamualaikum akak.Saya nk tanya kejuruteraan mekanikal pembuatan tu student perempuan biasanya berapa orang sbb saya ni mmg x biasa dgn lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kos ni majoriti lelaki la, ikut batch jugak. Kalau batch akak dulu 2 org je perempuan dalam satu kelas tu salah sorang best student untuk batch kitorang huhu. Taktau la kalau kali ni ramai perempuan utk kos tu, depends pada yg apply la huhu. Takpe, try masuk dulu tgk mcm mana then baru decide utk tukar kos ke tak hee btw goodluck ;)

      Delete
  17. Assalamualaikum... mcm mna dgn yuran pendaftaran dan yuran2 semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, seingat saya yuran pendaftaran dah dibgtau dekat tawaran tu mesti la dah diberi maklumat jumlah bayaran, cara bayar semua then yuran semester perlu dibayar setiap kali masuk semester baru 😅

      Delete
    2. Belum dibeitahu, sbb kami baru terima tawaran dan baru nk htr dokumen2 yg diperlukan sabagai respon tanda setuju.
      Boleh tak beri anggaran kos Yuran pendaftaran & setiap semesta.
      T.kasih

      Delete
    3. Alamak, akak daftar pun tahun 2012 dik, dah lama sangat. Yuran daftar kalau tak salah dlm Rm600, maybe. Setiap semester dlm Rm200 je.

      Delete
  18. Aslmualaikum akak...boleh ke kite gune kenderaan sendiri di poli? Moto/kereta

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum akak... susah tk kos elektronik komunikasi? pastu nk tnye boleh tk klau nk tukar kos lain?

    ReplyDelete
  20. Mcm mne nak daftar online pelajar baru?

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. 25 june? Budak baru intake june 2018 ke?

      Delete
  22. Assalamualaikum Cik / Puan Husna?

    Saya sedang mencari hostel @ tempat penginapan untuk anak saya (lelaki) selepas SEM 1 nanti . Takut dia tiada peluang untuk duduk di dalam KAMSIS.

    Di hadapan POLI tu....saya ada lihat ada hostel @ dom. Tetapi ...saya cuba hubungi no. telefon seperti yang ada di situ, namun....tiada jawapan.

    Apa ..Cik / Puan Husna boleh bagi cadangan hostel yang berdekatan (tanpa menaiki kenderaan) tak?

    Jika ada...tolong direct call @ WhatsApp saya di talian 017-5644011.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  23. sila berikan kemudahan yang disediakan di poli tersebut

    ReplyDelete
  24. Boleh bawa moto tak kat poli ni?

    ReplyDelete
  25. boleh je. kena mintak sticker. kalau duduk kamsis nk bawak motor tak sure

    ReplyDelete
  26. Assalam , kalau dari kolej komuniti nak masuk ke poli ni pointer kena berapa ya ?

    ReplyDelete
  27. Untung betul macam2 ade..waktu aku dulu takde semua tu...tapi still best kat situ..rindu psmza

    ReplyDelete