Cuti Semester Hampir Ke Penghujungnya

1:52:00 am

Assalamualaikum.


Tiba-tiba jantung tersentak. Alamak beberapa jam saja lagi dah nak kena balik Dungun T_T Tak sukalah perasaan ini. Menyampah. Shuhh pergi jauh-jauh! Ahad dah start kelas, setiap hari kelas mula pukul 8. Nanti mesti rindu cuti semester, lepas subuh tidur balik, tak ada benda lain kena fikir. Mesti serabut nanti. Harap dipermudahkan segalanya ya Allah. Amin..


Gigih saya buat ni ahaha. Jadual okay saja semester ni, tak teruk sangat. Tapi senior cakap semester 6 banyak teori. Menyampahlah teori banyak-banyak nak buat apa. haih. Pastu sekarang ni tengah fikir esok berbuka nak makan apa, kahkah. Duduk rumah takyah fikir sebab mak yang masak, pastu duit takyah keluar pun. Sekarang ni semua kena fikir. Tadi dah siapkan sikit-sikit barang dapur nak bawa esok, ambil dekat rumah semua sebab nak jimat faham-fahamlah duit ptptn tak masuk lagi. hewhew.

Azam semester 6 ni nak kurus sebelum raya. Ah, bosan betul dengan azam tu dah lama kot tak tercapai lagi. Hari tu nak kurus sebelum masuk semester baru. Sekarang sebelum raya. ekeke. Sekurang-kurangnya ada jugak azam. kahkah. Tidur dululah nanti tak bangun sahur pulekk. Babai

You Might Also Like

11 budak awesome !

  1. moga berjaya una.. hehehe nanti mesti una rindu zaman study bila dh habis t..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Wajib rindu, hehe. Cuti sem sebulan pun dah rindu nak belajar. huhu

      Delete
  2. samalah dengan kita.. Selasa ni dah nak naik

    ReplyDelete
  3. moga berjaya azam nak kurus sebelum raya tu, sama macam saya, azam tu je selalu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah. Memang wajib ade azam tu, walaupun susah, nak juga berazam. kahkah

      Delete
  4. Hi assalamualaikum ...blogwalking. Nak duit raya tak?? Jemput join giveaway dari Exchange Feed Group. http://www.yanieyusuf.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    ReplyDelete