Tuesday, 9 June 2015

Selalu ketinggalan.


Assalamualaikum.


Hi. Baru je habis tengok runningman dekat tv9. phew. Semua channel pun nak ada runningman sekarang. ekeke. Jumaat malam sampai ahad malam lepastu petang isnin dekat 393, pukul 2 pagi jumaat dengan petang sabtu dan ahad tv2, isnin malam dekat tv9. fuhh penuh jadual. tehee. Cuti semester terisi juga sekurangnya kan. kahkah. Tengok dekat tv syok dia lain maciam lagi-lagi kalau nonton dengan adik-adik. huhu.

Berbalik pada tajuk, teringat zaman sekolah menengah dulu kalau dalam teknologi terkini zaman itu saya selalu lambat. kahkah. Tak kiralah dalam komputer ke handphone ke kamera ke yang berkaitan dengan teknologilah. Kalau dulu kawan-kawan saya tingkatan 1 semua dah ada handphone, ada yang darjah 6 pakai handphone walaupun nokia 3310. Saya je tak canggih lagi, petang-petang main masak-masak depan rumah. ekekeke. Orang lain dah pandai bermesej dah waktu tu. Kacau nombor tak kenal pastu berkawan. Ish tah sape-sape lah dia kawan tu. Ada kawan saya yang dah ada hp masa tu selalu excited cerita dekat saya pasal kawan-kawan yang dia kenal melalui hp tu. kahkah. Ada yang tak senonoh. pffft.

Mesti selalu ada yang buat-buat salah nombor padahal nak berkenalan. pffft. Lepastu tingkatan 2 saya dah ada hp, tapi yang ada torch light tu. kahkah. Tu pun abah bagi sebab dia beli hp baru. Pastu waktu tu classmate ramai yang pakai hp ada kamera, saya masih lagi ditakuk lama. tsk. Masa tu femes hp yang slide tu ada kaler maroon putih, pink putih. Nokia 5300 kot. Ada classmate pakai hp tu, pastu masa hari yang boleh bawa hp ke sekolah tu, mesti dia bawa hp dia, pastu sibuk suruh orang lain bawa hp juga, tahulah dia punya canggih. tsk. Zaman tu suka baca mesej kawan. ekeke T.T Waktu tu komputer pun saya takut-takut nak sentuh kalau dekat makmal komputer tu. kahkah. Jakun.

Lepastu tingkatan 4 kecoh pula pasal myspace, tagged. Ah, saya tak ada streamyx lagi waktu tu, broadband apa semua tak ada. Tak kenal pun internet tu apa. Masa tu akhir tingkatan 4 dah, semua sibuk sebut-sebut myspace lah, friendster lah pebenda tah. pfft. Masuk tingkatan 5 dah kecoh facebook pulak dah. Pebenda tu, facebook facebook. Saya masih ditakuk lama. tsk. Ingatkan apalah kan, saya translate lah, 'muka buku?' apa tu ??. Menyampah semua sibuk berbual sesama sendiri tentang facebook mereka. Pastu nama panggilan semua bertukar, contoh yang saya ingat classmate saya sorang ni biasa orang panggil dia Shafiq, pastu tiba-tiba hari tu panggil 'shah iman'? heh. Nama facebook rupanya. Semua panggil nama orang guna nama facebook. Saya terpinga-pinga. Paling tak tahan, kena 'poke' dekat facebook, kecoh satu kelas. Saya ke mereka jakun T_T Pastu tanya pula kenapa 'poke' dia. wth? 

Ingat lagi ada sekali soalan peperiksaan bahasa inggeris, esei. Soalan dia suruh terangkan kebaikan dan keburukan facebook. Saya tak tahu pun facebook tu hape waktu tu. Agak-agaklah nak bagi soalan pun, yang ada facebook dah sengih-sengih dah masa dapat soalan pfft. Ingat semua orang ada facebook ke. Dahlah wajib jawab. Menyampah. Pastu balik terhegeh-hegeh cakap dekat mak suruh langgan wifi. Masa tu penuh okay pelajar sekolah saya yang pergi cyber cafe depan sekolah lepas habis kelas semata-mata nak berfacebook. Kaya tuan punya cyber cafe tu. Lepas habis SPM baru mak langgan streamyx T_T Dulu isi upu pun suruh kawan, tragis tak. Zaman saya tu semua nak kena isi online. Tapi syukurlah, sekarang tak ketinggalan sangat dah. Kahkah. 

15 comments:

  1. singgah pagi. PG pun kadang banyak benda yang PG ketinggalan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Kesian kan kalau rse ktinggalan...

      Delete
  2. zaman kita sekolah dulu femes friendster. ahahaha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x sempat pun kenal friendster, haha..

      Delete
  3. ketinggalan untuk kebaikan jugak sis.. mana tahu time tu sis da ada internet semua, tiba2 sis lalai.. pelajaran langsung ntah ke mana.. tapi bagus jugak parents sis ambik internet masa sis lepas spm.. sekurang-kurangnya takde la godaan teknologi time sis nak spm tu.. singgah sini tau ^^ hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, sy pun fikir mcm tu. haha

      Delete
  4. tak pernah layan runningman.. hahahah.. tak terjebak..parah laa kalau terjebak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah running man. haha. Kelakar hewhew

      Delete
  5. done follow.. jom tgok http://impiangadiskecil22.blogspot.com/2015/06/clearance-stock.html

    ReplyDelete
  6. zaman cepat berubah saya juga antara yang ketinggalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah. Sedih jugak ye, org lain dah jauh, kite baru terhegeh hegeh. hhaha

      Delete