Thursday 21 August 2014

Menjual kain cotton batik.

Sebenarnya nak di beritahu disini bahawasanya, saya ada menjual kain cotton batik iaitu cotton poplin dan cotton Span. Awak boleh pilih je mana-mana corak yang awak suka dan kami akan canting mengikut kesukaan. Boleh tengok-tengok dulu ..




haa pilih kak pilih. hiks

Pre-order.

Harga -
cotton poplin : Rm130
cotton span   : Rm150
** Tidak termasuk pos
* 4 meter

Deposit Rm60 dan full payment boleh dibuat selepas kain tu siap.

berminat tak? kalau tak suka takpe, tengok-tengok dulu. Ahhaha. Kalau ter'suka' boleh terus whatsapp ke +60149074681 . Jangan malu-malu, jangan segan-segan tau. Saya tolong kawan je. teehee :)





Dan banyak lagi .



*** update : Untuk design terkini, boleh rujuk SINI atau boleh whatsapp untuk keterangan lanjut okay :))

Monday 18 August 2014

what you give, you get back

Menceritakan tentang pengalaman berkawan dengan orang yang suka sangat memalukan kawannya sendiri depan orang lain. ehem. cerita tingkatan dua dulu. Dia macam, "eh, banyaknya tahi mata kau". Tak pandai nak berbisik atau mungkin ajak kawan yang banyak taik mata tu ke tandas atau tarik kawan dia ke belakang dan tegur secara berhemah. Depan orang ramai juga ditegur dengan kuat nak satu sekolah dengar mungkin. 

Itu yang dia bagi. Dan apa yang dia dapat balik. Suatu hari, kami berlima ke kantin sekolah. Saya juga punya seorang lagi kawan yang lebih kurang perangai dia, tetapi mungkin elok sikit daripada dia atau mungkin pernah terkena dengan dia. Dia tinggi, kawan saya ni rendah sikit dari dia dan bila nak berkomunikasi bersama haruslah pandang atas tepat ke arah mata si tinggi tu. Dan tiba-tiba "eh, apa tu , hmph *nada terkejut* tahi hidunglah, besarnya tahi hidung kau, tu tu *sambil tunjuk* besarnya, cepat-cepat ambil kapal korek, ada bijih timah tu" lol -..-




memang gambar ni guna 360, tapi kalau camera biasa pun, budak ni memang putih gebu. ahaha. 
muah <3

Wednesday 13 August 2014

Buat pizza lagi.

Dah macam tak ada benda lain yang nak dipost. Ehek. Sebab baru jumpa sos prego cendawan. eh bukan jumpa, beli dengan kawan *dia baru buat belog, mari follow dia sebab dia pandai masak . Kebetulan sos ni ada satu je lagi dekat kedai tu, terus dibelinya. Dan kebetulan juga saya nak habiskan keju dekat dalam peti ais tu, takut nanti biar lama-lama dekat situ, tak elok, buang. Membazir gils, keju mahal okay, habis elaun ptptn I untuk sem ni, ahak. melampau. Mari jamu mata anda.

ya ya saya mengaku pizza saya selekeh.



Sedap gils. Wahh takleh blah puji masakan sendiri. ahak. Tapi memang betul sedap, tak macam sebelum ni. Sebab sos kali ni menjadi. tsk. kagum dengan diri sendiri. tsk tsk T_T
Kalau awak-awak semua nak buat pizza, guna sos prego cendawan tau, tin dia kaler hijau, ingat tau kaler hijau. Sedap. Bubuh keju vanyak-vanyak. Sedap, macam nak menangis. tsk. kagum lagi.


Friday 8 August 2014

Resepi pizza

Ada orang suruh kongsi resepi. Hiks. Gigih. Bukan resepi sendiri pun, minta dengan kawan juga nih. Mari mula.

Bahan-bahan (doh pizza) untuk dua keping pizza saiz biasa.
  • 2 cawan tepung roti , tepung gandum pun boleh.
  • 1 sk yis
  • 1 sb susu tepung (tak letak pun takpe)
  • 1 sk gula ising
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk pelembut roti
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 165ml air
cara-cara .
  • uli semua bahan kecuali minyak sampailah jadi doh baru gaulkan dengan minyak dan uli lagi. sebati okay sebati. 
  • sapu sedikit minyak pada mangkuk atau bekas apa jelah untuk letak doh yang diuli tadi tu. Lepas masukkan doh dalam bekas, tutup. Biarkan sejam sampai doh tu naik sekali ganda. 
  • selepas sejam, doh dah naik cantik tu, tumbuk-tumbuk doh tu dan tekan-tekan sikit bagi jadi bentuk bulat dekat dalam loyang yang bulat tu. Pastu biarkan 30minit.
  • cucuk-cucuk sekitar doh tu dengan garpu, bakar selama 15@20 minit dengan suhu 150 darjah, guna api atas bawah. 
Topping.
  • sos prego cendawan tin kaler hijau.
  • nenas *potong dadu
  • sosej
  • lada benggala
  • keju mozarella
  • cheddar
  • parmesan
*sapu sos atas roti yang siap dibakar, tabur bahan-bahan, last sekali baru letak keju. Letak banyak-banyak tau, baru sedap. teehee. Okay, bakar selama 25minit dengan suhu 140 darjah. Siap. 


Nak duit raya, boleh ? teehee.



Tuesday 5 August 2014

Pizza buatan sendiri

Sebab diri ini nak sangat jadi wanita sempurna, maka berusahalah. Sebelum ni dah belajar menjahit, walau tak menjadi sangat, tapi bolehlah dipakai. Dan sekarang belajar memasak pula. Bukan lauk pauk tapi pizza ala-ala pizza hut gitu. kuikui. semua ni belajar dengan kakak zakiah a.k.a Ja. Gedik nak panggil kakak, tua setahun je pun. kehkeh. mari tengok buatan tangan saya. teehee


wajah sebelum dikeluarkan dari acuan. Dan ....


tadaa


Gandingan bersama cheddar, mozarella beserta parmesan, sangat memukau sekaligus membangkitkan selera. teehee. tak sedap pun sos dia sebab guna sos prego yang tin dia kaler coklat tu. Hijau paling sedap sebab tulah masa cari sos prego tu yang kaler hijau dah habis. sobs. terpaksa ambil yang lain. T_T tsk. Nasib baik bubuh keju banyak. sedap. meleleh gittew. Oh, yang tulisan "KONG" tu surat khabar. Pedulikan.

Nah gambo selfie sekeping.


sebab tak mampu nak tunjuk wajah secara dekat takut orang akan nampak jerawat serta bintik hitam pada wajah T_T



Sunday 3 August 2014

hasil kerja tangan.

Ni haa baju yang gigih dijahit untuk dipakai pada hari raya semata. kehkeh. kelakau sebenarnya bila jadi baju, sebab tak berapa menjadi. Cubaan kali pertama, teehee. Tapi bolehlah dipakai walaupun tak menjadi sangat, agak mengembang dan tidak selesa.

abaikan tarikh dekat gambar tu. haha
Tu haa, yang pakai tudung pink punya baju tu lah. Kurung moden lah sangat. nanti nak cuba buat lagi. Kali ni buat sampai jadi. heh