280314

9:52:00 pm

Assalamualaikum , 8/4 ni dah final. Debaran semakin terasa .. tak nak jd macam sem lepas, result jatuh! Haih.. usaha kena lebih la. Ade lebih kurang seminggu lagi untuk buat persediaan sebelum final. Huh--
Aku ambik 4 paper saje sem ni, tak lah teruk sangat, tp yang aku lemah sikit subjek sem ni banyak menghafal. Math jela tak kena hafal.. nasib baik paper math last sekali, boleh rilex sikit sebab senang dari subjek lain :)
Sem 3 ni sem paling sibuk. Banyak sangat kerja, nak cari tempat praktikal, mini project... semua nak kena buat sem ni, tapi alhamdulillah sebab aku dah dapat tempat nak buat praktikal nanti. Nasib baik dapat dekat je, kat Terengganu ni jugak. Duit makan dah jimat dah, sebab makan dekat rumah je :) elaun pun ade time praktikal nanti, walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk aku sorang..

7:15:00 am

final exam is around the corner ! gane gane ? tahun ni pointer jangan turun please ~ 

aku bukan 'kayu'

12:09:00 am

Aku bukan jenis yang sebagaimana yang korang fikir. aku ada hidup aku. aku ada gaya aku. aku ada cara aku. aku bukan patung yang boleh korang pijak. aku bukan kayu buruk yang tak punya perasaan. hidup aku, cara aku. kau tak kenal aku, jangan bercakap tentang aku. kite baru kenal. kau tak boleh nak nilai aku macam tu. aku banyak pengalaman pasal 'kawan' ni. banyak sangat. aku punya ramai kawan tapi aku cuma ada 2 orang sahabat dan sorang sahabat sejati mrF . sahabat yang aku kenal dari tingkatan 1. mereka memang sahabat, yang tak boleh dicari ganti. 

sigh

aku tak tahu kenapa, spesis macam aku ni suke sangat nak merendah diri, dah kenapa ? kenapa selalu nak tunduk kat orang lain? kenapa selalu nak mengaku diri tu salah? aku tak paham. jadi bodoh salah, jadi pandai pun salah ? semua tak kena. bodoh, kena buli. pandai, orang dengki. tak paham la aku jenis manusia macam ni. selalu nak cari salah orang lain. kenapa perlu nak sedapkan hati orang lain? dia tak buat macam tu pun. kenapa perlu macam tu? aku stress. satu benda yang perlu aku buat, sabar. kesusahan akan diganti dengan kesenangan. InsyaAllah. orang nak cakap apa pun, biarkan. biar dia nak buat apa pun, buatlah. dia nak cakap dia betul, biarlah. dia nak burukkan orang, buat lah. sesungguhnya, jika kita jaga aib orang, Allah s.w.t akan tutup aib kita. nauzubillah. jauhkan diri dari melakukan dosa. 

BB1M

4:08:00 pm

Baucar buku dah dapat, alhamdulillah.. petang ni shopping alat tulis. huhu~ kebetulan pulak dakwat pen semua dah nak habis, test pad pun habis. boleh kate smua lah dah nak habis. Exam pulak tak sampai sebulan lagi. untung sikit, xyah nak guna duit sendiri. masuk ni kira tahun ketiga lah aku dapat baucar ni. first time matrik dulu :D hokay la, nak bersiap pulok ni. lepas shopping alat tulis, shopping makanan pulok kat pasar malam .