Tabiat tarik rambut

12:59:00 am

Stress la dengan tangan ni yang tak nak berhenti dari tarik rambut. Dah jadi tabiat dah. Tiap tiap hari cabut rambut yang tak bersalah. Urgh.. Ni semua salah kawan masa matrik dulu. hurm.. Kalaulah aku tak kawan dengan dia dulu. Kalaulah aku tak masuk matrik dulu........

Ahh, bodoh lah nak menyesal buat apa. Kalau tak kawan dengan dia dulu, sape lagi nak kawan dengan aku masa aku dipulaukan. tsk. Tapi kepala dah hampir botak, kehkehkeh. rambut ni dulu lebat gila sampai kutu tak berani nak singgah takut sesat, sekarang? teehee .

Sebenarnya tarik rambut ni penyakit, dan saya baru dapat tahu bila tangan ni rajin sangat pergi google dan terjumpa ni .Takut oke bila baca tuh. Tapi saya takde lah sampai cabut kening, melampau sangat tu. teehee. Bila ingat balik terasa sangat bodoh diri ini. kehkeh. ikut benda mengarut tu, ada ke patut dia tu tarik rambut saya dan bila saya marah dia cakap tu rambut gatal kena cabut. Hahaha. bodohnya lahai.. lepas tu jadi tabiat dan tabiat ni sangat berguna bila study week. hahaha. bila stress je tarik rambut pastu lekat akar rambut tu kat dinding pastu kawan marah cakap selekeh. oke lah tu dari buang atas lantai, bersepah atas lantai tu dengan rambut. Hahaha. tapi lepas study tu kutip lah balik buang dalam tong sampah.

Korang ada ke masalah macam nih ? kalau ada cepat cepatlah berhenti sebelum botak. Kalau dah ada yang botak sikit sikit tuh takpe, jangan risau. Pakai shampoo Ba Wang yang jackie chan tuh, confirm rambut tuh tumbuh balik. Ye, betul ni, tak tipu. Saya pernah cuba :)  memanglah shampoo tuh busuk sikit baunya, alaa bukan bau busuk macam sampah tu, bau herba je, tak berdarah pun hidung tu kalau setakat bau herba. Nak cantik, berkorbanlah sikit. Tapi jangan pulak bila rambut tu dah tumbuh, korang pergi tarik lagi, memanglah tak jadi.

RM pengubat hati

11:51:00 pm


segala rasa kecewa, sedih, perit, pahit akan hilang serta merta. HAHAHA
yang selalu saya buat bila sakit hati. tsk. tak kira la sebab apa pun, result jatuh pun sedih sekejap je, tengok running man segala perasaan bodoh tu hilang. Tak perlulah nak fikir lagi apa yang dah jadi sebab takkan boleh berundur kan? Janganlah pulak bila sedih pergi layan lagu sedih, memang makin sedihlah. Pastu pergi duduk dalam bilik sorang sorang sambil fikir benda bodoh tu lagi, haih bunuh diri la jawabnya. Ada ke yang tengah bersedih sekarang ? dah dah jangan sedih sedih lagi, meh layan running man sama sama kat sini meh.
Dan sebelum tu klik sini dulu :)


Kolej Matrikulasi Kelantan

10:43:00 pm

Semalam pergi hantar sepupu, najihah dekat kolej matrikulasi kelantan. Matrik ni baru lagi, tilam pun berplastik lagi. zaman saya matrik dulu takde lagi matrik ni, kalau ada dah lama minta tukar sini, dekat, jimat lagi. macam perlis tuh, sekali balik dah rm120 habis.



sebelum nak sampai matrik ni, ada kawasan perumahan baru. semua baru lah kat sini.









Dewan



Pejabat pentadbiran.






perpustakaan.

saya tak mampu nak berdiri betul betul depan pintu perpustakaan untuk ambil gambar sebab ramai orang justeru itu saya malu. teehee


asrama.


lagi.


lagi..


dan lagi.
 besar kan? macam cantik asrama ni tak macam matrik perlis dulu. teehee




permandangan dari blok B aras 2. sebenarnya aras 1 sebab tingkat bawah tu G.


kafeteria blok perempuan .


dalam blok.


sorang dapat katil, loker, meja belajar, kerusi, tilam, bantal. cadar macam biasa bawak sendiri.




tempat basuh pakaian.


tandas.
 semua baru. asrama ni ada 5 tingkat kot. nasib baik najihah dapat tingkat 2, tak macam saya dulu tingkat 4. semua buruk tentang diri ini. tsk. 


boleh pulak terserempak dengan ustaz yang mengajar saya masa matrik dulu dekat sini. 
ustaz yang pernah cakap "tak apalah, awak buat sorang sorang jelah, awak buat tajuk yang mudah je, pastu hantar kat saya, markah saya bagi sama macam orang lain" bila kawan sekelas tak nak satu  group dengan saya. tsk
terima kasih ustaz raja.

assalamualaikum :)

























Liew Daren

11:44:00 pm

Klik gambar


Tidak mengapalah Liew Daren. Kalah dan menang tu adat pertandingan, mana boleh semua nak menang, kan? tsk. Saya tahu awak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menang pada malam ni, tapi mungkin nasib tidak menyebelahi :')

Dia je boleh .

8:05:00 pm

Dengan ini saya menggantikan perkataan 'aku' kepada saya supaya nampak lebih sopan ayu cantik menarik tertarik kau memang debommm :)
oke dah, mari mula..

Wujudkah orang sebegini yang hanya merasakan dirinya paling sempurna, dan hanya dia sahaja layak buat apa sahaja dan apa yang telah dia lakukan itu betul dan merasakan semua orang sayang dan suka dengan perangai dia ? yes, memang wujud.

Situasinya begini, seseorang yang aku eh saya pernah kenal iaitu Kelsom binti Ketumbar *bukan nama sebenar meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya apabila Jeton binti Jambul *juga bukan nama sebenar yang cantik lagi meletop hot and spicy dan menjadi rebutan di sekolah membuat akaun facebook dengan menggunakan nama Jessica gomez sesuai dengan rupanya yang anggun itu. Lalu kelsom berkata  , "ko jangan nak bajet sangat letak nama macam tu, ko ingat ko dah cantik sangat ke? mekap je tebal, edit melampau lampau, bila tengok depan biasa je *walhal memang kelsom tuh cantik" di depan laptop jenama 'acer'nya dan dikelilingi rakan serumah sewanya yang terpinga-pinga sedang menikmati makan malam berlaukkan sardin jenama cinta dan tidak faham apa yang sedang dibebelkan oleh kelsom.

2 atau 3 hari kemudian.

aku seperti biasa bangun di awal pagi sebelum subuh terus masuk bilik air mandi dan seterusnya solat subuh dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh lalu membasuh baju-baju tersebut dan berlari ke bilik dan buka laptop yang hanya di'hibernate' semalaman dan seterusnya log in facebook untuk mengetahui berita terbaru walaupun baru semalaman tinggalkan facebook dan tiba-tiba terjumpa akaun facebook yang pada asalnya bernama kelsom ketumbar bertukar kepada kel davidson. eh, heloww, kau dah sedap mengata jeton bajet hot tukar nama omputeh, eh dia pun nak jugak ... senyap je bila dia buat macam tuh, tak ada pun orang lain nak bising macam kau bising kat jeton tuh. Jeton tu tak apa la dah muka memang cantik putih melepak macam anak omputeh, kau ? dah macam taugeh dalam bihun sup kedai abe depan sekolah sif dah aku tengok, oh sedapnya bihun sup kedai abe, nyesal sebut. rindu... rindu bihun sup, rindu sekolah, rindu budak kelas 4 dan 5st1, rindu cikgu addmath suara seksi, rindu . ahh. oke dah. saya cakap macam ni tak berniat untuk mengatakan saya seorang yang sempurna, hanya luahan. Janganlah nak sibuk sangat nilai seseorang tuh. Biar la dia nak buat apa pun, suka hati dia lah. susahlah kalau semua nak dengki, busuk hati, iri hati, sakit hati. oh, mungkin dia jeles sebab dia tak secantik Jeton.

ps : cerita ini bukan rekaan , tetapi ia benar-benar terjadi. jalan cerita sama, cuma ada sesuatu yang diubah sedikit . teehee :):)

Pantai Pandak

6:38:00 pm

Hari ni seperti biasa hantar faiz tuisyen. Tiap hari jumaat dan sabtu faiz ada kelas tuisyen dengan pakcik aku, pakcik ajar math. Bila abah hantar faiz, mak, aku, adik-adik aku yang lain mesti nak kena ikut sekali kecuali naim. Hahah. kelas dia mula pukul 9 sampai pukul 11, jadi sementara dia ada kelas tu, abah akan ajak yang lain ni pergi melepak dulu , biasanya kedai makan lah, pastu singgah pasar ke sebab kelas tu jauh jugak dari rumah, takkan lah nak balik dulu, pastu pukul 11 pergi balik kan ? minyak mahal oke. Hahaha
Tadi sementara tunggu faiz, abah ajak pergi pantai pandak. Tempat abah lepak zaman muda dulu. Hahaha
pantai tu dekat je dengan kampung abah dekat cendering. Haziq dengan yasir la beria sangat nak mandi. aku memang tak la kan nak mandi laut tu. Aku memang takut dengan air. haha . Pantai ke air terjun ke kolam ke, aku jarang je nak mandi sebab aku dengar kat tempat macam tu ada hantu air. Hhahaha. kan tak pasal pasal aku tengah syok mandi dia tarik aku ke tengah laut sampai aku lemas. eee , taknak aku.
pagi tadi pantainya tenang je, yang tenang tu aku takut. hahaha


ni la pantainya :)



pastu pantainya ada banyak batu-2 kat tepi tuh.



tapi pasirnya cantik, putih, lembut, halus.... hahaha



haziq hepy sangat, hahaha



ni pulak yasir, terlebih hepy sampai taknak balik. Esok dia ajak abah pergi lagi :)



Jam nak dekat pukul 11 baru balik sebab nak ambik faiz pulak . Kalau korang datang terengganu, meh la singgah kat pantai pandak ni, cantik. tu nampak tak batu kat tengah-2 tu ? nampak kan ? jangan mandi sampai situ tau sebab abah cakap dari dulu lagi kalau ada orang lemas mesti jumpa kat batu tu, hhehehe. iye, tak tipu. arwah sepupu abah lemas dekat batu tu dulu. Okelah, babai :):)






Kisah seram di asrama politeknik .

12:11:00 am

Aku tak tau seram ke tak bagi orang lain, tapi bagi aku seram sangat. Kisahnya gini, dulu masa sem 1 aku duk asrama. Semua pelajar semester 1 memang wajib duk asrama. Asrama tu satu bilik, 2 orang. Aku dapat bilik aras 3. Kedudukannya atas bukit, belakang bilik aku tuh hutan, monyet banyak giler oke, sakit hati tau. selalu pecah masuk bilik student curi megi, hahaha.

Rumet aku tuh tak sama kos dengan aku, dia mekanikal aku ni letrik so aku selalu lah tak ada kat bilik pegi merempat dekat bilik classmate aku dekat aras 1 bangunan yang sama. Bukan aku saja nak menyibuk dekat bilik orang lain, aku pergi buat kerja, study. Selalunya aku akan balik bilik aku tengah malam dalam pukul 12 lebih kot. Naik tangga yang gelap tu sorang sorang. Aku ni memang sorang yang sangat sangat penakut. Aku tak suka tengok cerita hantu. memang tak suka. sebab aku tahu aku penakut, aku takkan cari pasal pegi tambah tahap kepenakutan aku nih. 

Suatu malam tuh, rumet aku ada perjumpaan ape tah dan aku macam biasa merempat dekat bilik kawan. Tengah malam tuh macam biasa aku balik bilik aku tu sorang sorang. Blok aku masa tu bising lagi. ramai yang belum tidur. So aku wat lek je. sampai je dekat bilik, tengok-2 pintu bilik aku terbuka luas, kipas, lampu pun tak tutup dan memang terang benderang lah masa tu tapi rumet aku takde pun. aku pun masuk jelah bilik tu macam biasa.  Baru je masuk, jiran bilik aku panggil aku ajak masuk bilik dia. Rumet aku ada dalam bilik dia, muka pucat, aku diam, takut, err.. aku tanya kenapa, rumet aku diam je, jiran bilik tuh cakap rumet aku tuh nampak aku dalam bilik tadi. Masa tu dia baru masuk bilik, aku ada dekat katil aku sambil tengok dia. Dia cakap dengan aku, tapi aku diam je. Dia dah rasa lain dah terus keluar bilik pegi bilik jiran.

Ahh sudah! benda tu menyerupai aku . err.. rumet aku memang taknak cerita kat aku sebab dia tau aku penakut, tapi aku ni bunguks sangat paksa dia cerita. hahaha. malam tuh aku ingat nak tumpang tidur bilik kawan je tapi rumet aku tak nak, terpaksa lah teman dia tidur jugak bilik tuh. sebelum tidur aku baca yaasiin, hehehe. then buat macam takde apa pun yang berlaku. Semester 2 dah tak duduk asrama lagi, hahaha. memang sengaja pun tak mintak asrama, penakut sangat. Baru-baru ni budak asrama cerita kat aku ada kejadian pelik berlaku kat asrama dekat blok perempuan. Kecoh satu asrama. Aku tak nak cerita dekat sini sebab aku tak berani. hehe. Fuhh, nasib baik aku dah tak duk asrama lagi, hahaha. oke, tu je. eh, sebenarnya ada vanyaaakkkkk lagi kisah seram dekat sana tapi...... k, babai :)


Update 4 sept. 2015


Classmate (kini housemate) aku bekas ajk asrama cerita lagi, masa aku dah tak duduk asrama banyak lagi cerita-cerita macam ni timbul dan semakin menjadi-jadi. Ketika tu, benda tu banyak kali juga menonjolkan diri. Nasiblah aku dah tak duduk asrama lagi. Ada suatu malam, benda ni muncul dalam bilik pelajar, tiba-tiba muncul. haih. Kawan aku cakap mungkin sebab asrama pelajar perempuan bising kot, mengganggu ketenteraman dia. hewhew. Sebenarnya, roomate aku masa semester 1 dulu, dia ada kelebihan boleh nampak benda-benda macam ni tau. Aku selalu juga dengar dia cerita dia nampak benda tu lalu depan biliklah, dekat ampaianlah, belakang tandas dan banyak lagilah. Lepastu siap cerita lagi macam mana rupa benda tu. Dulu aku macam tak percaya sangat cerita dia, aku ingat dia saja je reka. Kadang-kadang kalau dekat surau pun dia nampak. hmm. Macam tak logik. Kadang-kadang dia cakap benda tu selalu ikut dia dekat asrama, tapi tak masuk bilik sebab bilik aku dah kena 'pagar'. Kena 'pagar' tu pun masa mula-mula roomate aku nampak benda tu, dia pengsan lepastu ajk asramalah yang uruskan. Tu masa aku tak ada, balik kampung. Nasib baik tau. hew.

Dan aku mula rasa nak percaya dekat roomate aku bilamana semester seterusnya ada orang lain yang mula nampak benda tu dan bila dia cerita tentang rupa benda tu, aku rasa sama macam roomate aku cerita tu. hmm. Aku baru tahu juga tempat benda ni, tingkat atas bilik aku dulu. Dekat je rupanya, hmm. Aku bernasib baik sebab baru tahu sekarang, kalau tahu awal-awal, jenuhlah pergi pejabat warden minta tukar bilik, kahkah. Lepastu kan, masa aku dah tak duduk asramalah ni, kecoh betul pasal benda ni, menjadi-jadi sampaikan warden suruh semua pelajar berkumpul dekat surau lepastu panggil ustaz untuk 'pagar' asrama perempuan tu. phewww. Ada juga aku dengar, benda tu bertenggek dekat koridor asrama lepastu ramai yang jadi saksi. hergh! Cepat-cepat bersyukur sebab bukan aku yang nampak. pheww.

hmmm, berani jugak aku buka cerita ni dekat sini. kahkah. Aku semester 6 sekarang dan aku sempat duduk asrama satu semester je, tu pun sebab semester 1 wajib duduk asrama.


Boleh sambung baca dekat sini pulak gaiss, 

Enjoy your reading !

result oh result

11:20:00 pm

Assalamualaikum.

oke nak bagitahu, hari ni result keluar.
HAHAHA
aku tak tahu pun sebenarnya result tu nak keluar hari ni.
aku mati mati ingat 19 mei ni..
aku paling lambat cek result tu kot,
haha, petang baru tengok.

oke, cakap pasal result pulak,
tak tahu nak hepy ke tak .
apa yang aku target tak tercapai pun.
tapi takpelah, yang penting naik mendadak dari sem lepas.
HAHAHA
syukur alhamdulillah..
belajar untuk bersyukur oke,
lepas ni usaha gigih la nampaknya.
tinggal lagi dua semester untuk aku kembalikan zaman kegemilanganku.
KAHKAHKAH
kegemilangan lah sangat kan.
dan yang paling buat aku nak senyum je hari ni adalah,
math aku A+++++
hehe
alhamdulillah, tersangatlah membantu menaikkan pointer tu.
oke, tu je.
babai.







Love,
husna.

Aku dapat ni .

11:48:00 pm

Assalamualaikum.

aku dapat ni masa hari jadi aku baru-baru ni.


eh ?

HAHAHA

mula-mula aku tengok , aku pun macam

"eh, apa ni ?"
bila bukak baru tau ,
rupa-rupanya........



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-




-



-




-



-




ta-da !!!





HAHAHAHA
telekung rupanya..
terima kasih mak. cantik.
kaler purple pulak tuh.
dah dapat lama sebenarnya, 
baru hari ni rasa nak update.

oke, babai.
^_^


gudnite :):)

Lama lagi ke ?

12:05:00 am

Assalamualaikum.
hehehe ^_^

Lama lagi apa ?

lama lagi ke nak habis cuti ni ?...
huh. aku dah naik bosan dah ni.
bila belajar, nak cuti.
bila cuti, nak belajar.
tak bersyukur langsung kan ?
haha

cuti ni, aku duk rumah je.
tak kerja. Sebab tu bosan kot.
hari-hari,
makan.
tidur.
tengok tv.
online.
bosan, makan lagi.
bosan, tidur pulak.
makan lagi.
makan....
makan..
gemuk.
lemak.
lemak.
tidur.

bosan la !
sumpah aku tak tahan hidup macam ni.
lambat lagi ke nak praktikal ?
result pun tak keluar lagi.
23 jun. Cant wait.

oke dah, ni nak tidur lagi ni .
Gudnite friends :):)



Classmate

1:30:00 am

Just because i miss them. HAHA
Rasa macam kelakar bila tiba tiba nak rindu.
Rindu nak ketawa sesama, makan sesama, lepak sesama, gaduh sesama.
Semualah.










ada apa dengan 1 MAY ?

6:09:00 pm

Assalamualaikum.
hewhew

ada apa dengan 1 may ?

orang tahu 1 may itu hari buruh. Hari cuti.
tapi,
orang tak tahu 1 may tu tarikh lahir aku. HAHAHHA
saje je nak kecoh kat sini :P


korang sepatutnya berterima kasih dengan aku . HAHAHAHA
sebab besday aku, semua dapat CUTI wo !
ekekeke