Tuesday 27 February 2018

Kenangan Terindah 12 Ogos 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, tanggal 12 ogos 2017, aku telah selamat menjadi tunangan orang. ihiks malu pulak nak cakap. Tapi nak jugak cerita ni. Aku kenal dengan tunang aku ni dalam setahun lebih masa tu, dan terus buat keputusan untuk bertunang. Aku sendiri pun sebenarnya tak percaya dengan keputusan aku masa tu, sebab macam tergesa-gesa. Kitorang mula berkenalan dengan lebih dekat masa bulan Mac 2016, then bulan Disember tu dia dah datang jumpa family aku. Bulan Mac 2017 dia bawak family dia datang merisik, dan buat keputusan untuk bertunang. hahaha. Macam tak percaya weh aku boleh lalui benda-benda macam ni. kahkah. Tak percaya aku dah besar rupanyaa. hmm. Bila tengok kawan sekolah aku ramai dah kahwin, ada anak, ada yang anak dah masuk sekolah, tsk aku dah tua la wehh. huaaa.



Ambik gambar pakai phone je haha, jimat. Majlis ni buat malam, kawan aku cakap malam gambar tak cantik, tah la tak kesah sangat pun asalkan selamat semuanyaa.

Jaa, aku, Fatin
Ni la kawan-kawan yang selalu ada dengan aku susah senang hahaha. Jaa yang tolong make up kan aku masa ni, dia sebenarnya nak make up mata la apa semua tu, aku je yang taknak sebab aku tak biasa. Jaa ni roommate aku masa belajar dulu dari sem 2 sampai la sem 6, merangkap classmate jugak. Fatin pulak kawan dari belajar jugak, dia orang Johor, classmate aku dan housemate masa sem 6 sampai la kerja dah jadi roommate aku pulak hahaha. Rindu dorang tsk tsk. Dan.....

Aku, abah, atuk, fiance
Ni laa tunangan saiaa, gedik tak? kahkah. Sebab gambar berdua aku nampak tak comel, so aku letak gambar ni jela, kahkahpadahalmemangtakcomelpunkahkahkah. Jap nak masukkan gambar lain jugak ..

Mak aku, mak dia. heh

Adik-adik saiaa
Pelamin RM200 hengget

Hantaran yang aku bagi, aku main letak je kahkah, aku tak pandai lerr hmm

Dibalas pulak cantik-cantik macam ni, huaaa aku punya simple jee dia balas macam ni pulak sobs.


Dah taktau nak taip apa, thanks for reading :)




ps ; bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain ehem. JODOH.