Kisah Seram Pendek

4:13:00 pm

Assalamualaikum 


Lama betul menyepi hewhew. Sejak jadi penganggur ni perasaan malas tu mempengaruhi betul, semua benda malas nak buat. Cari kerja pun malas. Tapi kerja tu nantilah fikir, plan nak sambung degree tapi kalau tak dapat baru fikir kerja pulak. tehee. Oh hari tu aku ada pergi kursus dekat Ericsson Shah Alam bawah politeknik untuk course aku la Elektronik Komunikasi. Dapat la lepas rindu dengan classmate walaupun 3 hari je, tapi lain kali la aku cerita. huhu

Sebenarnya aku ada satu kisah seram dekat politeknik tempat aku belajar. Kawan aku sendiri yang kena pastu dia cerita dekat aku tapi memang dia tak tipu la kot sebab takkan nak tipu. kahkah. Tiba-tiba aku rasa nak cerita ni sebab banyak sangat keyword pasal kisah seram asrama psmza dekat blog aku nih. haha. Aku syak budak semester 1 yang baru masuk akhir bulan 11 hari tu yang nak tahu sangat. Maklumlah dorang wajib duduk asrama. kahkah. Bertabahlah dik untuk satu semester je, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. hewhew. 

Okay, cerita dia macam ni. Kawan aku ni lelaki, sama batch dengan aku la. Kitorang masuk sesi disember 2012. Masa tu blok dah tukar, kamsis lelaki sebelah cafe. Kitorang first batch tukar blok sebab tak tahulah kenapa memang masuk terus tukar. huhu. Sebelum ni, kamsis perempuan sebelah cafe. Okay, kamsis lelaki tu besar tau, mungkin sebab dekat politeknik student lelaki lebih ramai dari perempuan sebab tu la kot kamsis lelaki besar. Kawan aku ni dapat bilik aras paling bawah depan tandas. Tapi tak boleh cakap la blok apa. kahkah. Bilik dia dapat tu macam misteri tau tapi aku taknak cerita pasal bilik lagi. Sebelum cerita pasal bilik dia tu, dia ada cerita pasal bilik tv. Haaa. Waktu tu dah senja, dia dekat bilik tv sorang sorang tengok tv sebab masa tu dia takde kawan lagi. Pastu dia dengar macam suara orang berbual, macam ramai gila orang dekat belakang dia. Pastu bila tengok belakang, rupanya takde orang pun ! Pastu lari la masuk bilik. kahkah. Gila ke apa nak duduk dekat situ lagi. 

Haa cerita dekat bilik dia pulak. Psmza ni satu bilik 2 orang. Sebelah bilik dia takde orang pun, depan pulak takde bilik, tapi tempat basuh kain. Dah la bilik depan tandas. Pastu bilik dia ni setiap malam mesti ada orang ketuk pintu, sampai dah terbiasa. Mula-mula memanglah seram jugak, mana taknya bunyi orang ketuk pintu tapi bila buka takde orang pulak. Pastu dah setiap malam macam tu, dah lali. Pastu bilik dia tu 2 tahun dah tak berpenghuni. Last masa tahun 2010 kot. Sebab dia tengok ada jadual kelas, kalendar semua yang tampal dekat dinding bilik tu semua 2010, kitorang masuk disember 2012. Pastu bawah katil dia ada rambut perempuan gugur macam baru lagi, banyak pulak tu. pheww. Kalau aku dah mintak tukar bilik. kahkah. Tapi dia lelaki, tak gentle la kalau tukar bilik sebab takut. haha. 

Benda paling seram yang dia pernah kena dekat bilik tu, bila dia dapat mc seminggu sebab sakit. Masa tu terpaksa balik sebab kena masuk wad kot. Masa tu pagi dalam pukul 4 bas dia sampai depan poli, dia masuk bilik macam biasa. Bila sampai dekat bilik, roommate dia takde. Tapi dia fikir roommate dia pergi bilik kawan dia kot, pastu dia masuk bilik macam biasa lagipun baru sampai penat kot nak tidur la kan. Sebelum tidur dia buka tingkap dulu sebab bilik tu panas dan dia dah biasa macam tu. Katil dia ni tepi tingkap, pastu dia tidur mengiring mengadap tingkap. Baru je beberapa minit tutup mata nak tidur, dia dengar ada orang buka pintu bilik. Dia membelakangi pintu. Pastu dia fikir roommate dia dah balik, pastu dia buat tak tahu jelah. Pastu tahu apa !? Ada benda peluk dia dari belakang! Peluk kuat gila sampai rasa sakit! Benda tu besar, dia cakap rasa benda tu bernafas dekat atas kepala dia. Kawan aku tak boleh bergerak langsung, suara tak keluar. Kaki dia kena kepit. Dalam beberapa minit lepas tu, benda tu lari keluar melalui tingkap yang terbuka tu. Masa benda tu keluar, angin kuat sampai langsir terbang tapi tak nampak pun benda apa tu. Kawan aku cepat-cepat lari pergi bilik kawan dia. 

Pastu esoknya, roommate dia tahu dia balik, roommate dia cari dia dekat bilik kawan dia ni, dia baru nak cerita dekat roommate dia, tapi roommate dia dah cerita dulu. Masa hari pertama kawan aku cuti. Roommate dia tidur sorang-sorang. Pastu roommate dia dengar ada orang ketuk katil kawan aku. Lepas tu seminggu roommate dia tak tidur dekat bilik sampai la kawan aku ni balik. Lepas kejadian tu, kalau salah sorang ada kerja ke tak balik bilik, mesti kena bagitahu dulu, sebab taknak tidur sorang-sorang. hahaha. Okay dah. Itu je cerita yang sempat aku korek. huhu. Panjang jugak entry ni. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya taip jugak walaupun malas gila. hewhew. Cerita ni memang dia sendiri cerita dekat aku, kalau dia tipu, aku pun tipu jugak la. kahkah. tapi dia bukan sejenis penipu. tehee. Tapi kalau korang budak psmza sekarang, takyah la takut sebab takde apa pun sebenarnya. Buat macam takde apa-apa. Sebab macam aku cakap tadi la, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita jugak. Tapi kawan aku tak kacau dia pun. hmm. 

Sorry la kalau ayat tunggang terbalik sebab lama tak menaip. hewhew

Officially graduate

10:20:00 pm

Assalamualaikum, result akhir dah keluar semalam. wehuuuu. Dan budak kelas aku semua lulus penuh yeayy boleh konvo sama-sama. Benda yang memang diimpikan dari awal masuk belajar dulu lagi dan memang penasihat akademik kitorang harap perkara yang sama iaitu konvo sama-sama. hewhew. Lega wehh bila classmate semua dah berjaya. Tapi macam terkilan sikit, memanglah result yang aku target aku dapat, tapi aku terkilanlah dengan result project 2 aku. Project kitorang dapat masuk peringkat akhir tau, inovasi wakil jabatan kejuruteraan elektrik. Memang dah termaktub sesiapa je yang project dia dapat masuk peringkat inovasi ni akan dapat A+ untuk project. Sebab memang dah kira menang jabatan. Tapi penyelia aku punyalah kedekut nak mampus berkira sangat, dia tak bagi A+ pun. Aku terkilan sampai macam nak menangis, penat kot. Masuk inovasi ni kena paksa tau, sebab kitorang penat sangat hari tu macam nak tolak tawaran tu. Buruk result aku. Orang yang tak masuk inovasi pun dapat A+. Apa yang susah sangat nak ikut syarat yang memang dah ditetapkan masuk inovasi dapat A+. Tak susah pun. Sedihlah. kitorang susah payah harumkan nama penyelia bukan dia membantu sangat pun project ni, dapat nama jugak. Bukan nak hargai pun. hmmm. kecewa sangat sampai penasihat akademik aku pun marah dengan penyelia. Okay dah tutup cerita ni.


Haa ni baru nak baling kertas. Last paper tapi tak semua ada, hmm menyampahlah wani dah balik masa ni family dia datang awal, syairah ada kerja lain pastu tinggal 3 orang je. Yang tolong tangkap gambar kitorang ni zizan classmate kitorang. hewhew. Nasib baik dia ada. Macam banyak kali jugak try tak jadi, ni gambar atas gambar tak jadi tapi tak kira nak masukkan jugak. tehee. Perancangan aku lepas ni, aku nak sambung belajar lagi, peringkat ijazah pula. Tapi tak tahulah dapat ke tak ni harapnya dapatlah sambil mohon kerja jugak, tunggulah rezeki dekat mana tapi usaha tu penting. Selasa ni 24 nov ada kursus dekat ericsson shah alam, kolabrasi dengan politeknik seluruh malaysia. hewhew. Walaupun dah habis belajar tapi ada lagi program dengan politeknik. Tak sabar nak pergi nak jumpa housemate, rindulah. Paling penting program ni ada sijil dan dapat duit. kahkah. 


Kenapa jubah aku macam tu. Kelakarlah. haha. Kalau aku tahu jadi macam ni aku pakai baju kurung hmm. Dengan keluarnya keputusan peperiksaan semalam, maka berakhirlah sesi pengajian aku selama 3 tahun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. wuhhuuu clap clap clap. well done! hahahaha. Padahal tengah menangis ni depan laptop, rinduuu semua tentang Dungun. kahkah. Tak sabar konvo tahun depan huhu dah tahu dah dekat mana nak photoshoot kahkah. Tapi nak kena kurus dulu ni sebelum konvo, macam nak muntah je bila sebut "nak kena kurus" sebab memang tak pernah menjadi. pffft.


Rinduuu ! hmmm. 

bye

3 Tahun Paling Bermakna

10:08:00 pm

Assalamualaikum


Masuk hari ni dah lebih kurang dua minggu aku menamatkan pengajian diploma selama 3 tahun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Banyak benda aku belajar selama 3 tahun disini. Banyak sangat. Aku kenal ramai orang, aku belajar untuk jadi lebih kuat untuk meneruskan masa depan aku, aku kenal siapa sebenarnya kawan, aku belajar menghargai setiap kenangan, aku belajar cara berkawan walaupun tak pandai sangat pilih kawan, aku tahu cara sayang kawan-kawan aku . hiks, Banyak sangat. 3 tahun tu tak lama sebenarnya. Tak cukup pun. Dengan pensyarah yang baik gila pastu suka buat lawak. Ingat senang ke nak jumpa yang macam tu. hmm Sekejap sangat 3 tahun tu, sekejap sangat-sangat. Selama 6 semester aku dekat PSMZA ni, baru semester 6 aku dapat kenal kawan-kawan aku dengan lebih dekat, tak sangka jumpa yang sekepala. Pastu duduk satu rumah. Seronok sangat-sangat. Rumah sewa tu pun, dari semester 2 aku sewa dekat situ. Aku dengan Jaa je yang kekal dari semester 2, Syairah masuk masa semester 3 sampai semester 6. Semester 6 tambah lagi 2 orang classmate aku jugak, Wani dengan Faten. Baru kenal betul-betul macamana kawan. 

Kitorang dari semester satu bukan terus rapat, banyak kali jugak bergaduh tak puas hati dengan classmate tapi tak lama pun. haha. Pastu housemate pulak aku tak pernah jumpa lagi kawan macam ni, yelah aku tak banyak kawan. hewhew. Housemate ada yang jenis mulut lepas kalau tak puas hati cakap terus terang, pastu ada yang suka lawan mulut tau bising gila kalau bergaduh, tapi benda tu sekejap je. Pastu macam biasa balik. kahkah. Paling lama pun kalau bergaduh sehari je, tak pendam. Buang semua sebab kalau pendam tak dapat hasil pun. kahkah. Best gila kawan macam ni. Bila masak dekat dapur tu kecoh gila lagi-lagi bila Faten dekat dapur kecoh tau cari garam, bawang ke cili ke tak jumpa, bingit. Tapi kelakar. Tapi kalau memasak berjemaah lagi bising. hahaha. Aku selalu memasak dengan Syairah, sebab citarasa macam lebih kurang sama. Tak suka pedas sangat, tapi nak pedas. Kalau Faten masak pedas gila nak mati aku makan sampai keluar air mata. pheww. Jaa pulak pandai gila memasak. Tapi dia jarang masak sekali sem ni sebab dia buat diet atkins pastu banyak kali pulak tu buat induction ahahahah. Buat tak sampai 2 minggu, surrender. Pastu buat lagi . kahkah. Tak ada pulak cerita pasal Echa sebab tak satu rumah dengan dia, tapi kalau nak buat lawak cari dia, sebab dia spesis mudah terhibur. Kalau gelak tak tahu nak berhenti. kahkah. 

Biasanya hujung minggu aku dengan Jaa mesti balik, setiap semester memang selalu. Tapi sebulan menghadapi final setiap semester aku takkan balik sebab nak study. Dah tahu kalau dekat rumah tak mungkin langsung aku akan study dengan keadaan sekeliling yang tak membantu langsung. hewhew. Macam sekaranglah, si bongsu tu menangis bising gila bergaduh dengan abang dia, sakitnya hati. hergh. Okay sabar. Kadang ada jugak hujung minggu aku tak balik, sebab bosan dekat rumah takde buat apa jugak. Kalau tak balik, hari khamis mesti pergi pasar malam dengan housemate. Best gila banyak makanan dan murah. Alaa, rindunya. hmmm. Masuk semester 6 ni banyak pulak resepi baru yang aku belajar, itu yang best sebenarnya. Belajar memasak, belajar siang ikan. kahkah. Pastu classmate aku ada sorang dari Bentong, pahang. Tiap kali dia balik kampung, mesti tapaukan ikan patin masak lemak tempoyak untuk kitorang sebab awek dia housemate aku. Sedap gila. Pastu aku rindu jugak nak study dengan Faten, dengar cerita dia yang memang banyak cerita tu, pastu kalau stress study tidur dengan dia dekat ruang tamu. haha. haih. hoii siapa hiris bawang malam-malam ni! tsk tsk. lain  kali sambung cerita lagi. Pheww esok result keluar wehh. Sebenarnya tengah malam ni dah boleh check. Harap semua baik-baik saja. okaylah, goodnight :) 

Sejenis Suka Merungut

11:53:00 am

Assalamualaikum



Macam mana nak mulakan ni, hmmm. Okaylah, macam ni. Aku ni bukan nak cakap diri aku begitu sempurna pun. ihiks. Kadang-kadang ada juga merungut tak puas hati tapi tengok keadaan juga, dan itu sebelum aku matang. Eh, sekarang matang ke??? hewhew. Tak jugak. Tapi dululah. Sama-sama muhasabah dirilah ye. Aku ni sekarang jadi panas je telinga bila dengar orang suka sangat merungut, tak kiralah sape pun. Sakit je hati ni. Aku ada juga kenalan yang macam ini perangainya. Sejenis yang selalu tak puas hati, yang memang mulut tak lepas dari complain macam semua yang dia buat je betul dan tak pernah salah. Suka sangat cari kesalahan orang lain. ish. Contohnya, bila ada program dekat politeknik ni mesti akan ada makanan percuma untuk pelajar, lepastu time nak makan mesti ada yang macam, "eh, kecik je ayam, baik takyah bagi" "tak sedap langsung!". Kau rasa? sakit je hati ni depan makanan cakap macam tu, rezeki tau. Sekurangnya perut kenyang dan langsung tak perlu keluarkan duit. Makanan dekat kedai bukan murah tau, paling tak pun RM 5 sebungkus. 

Lepastu bila orang masak suka nak complain tak sedaplah, manislah, tawarlah. Dia malas nak masak sendiri. Pastu bila cuaca panas, mintak hujan "bila nak hujan, bila nak hujan", kalau hujan "alaaa, hujan". Kau rasa!? apa sebenarnya yang dia nak dalam hidup dia. Sorrylah, hakak teremo pulak. ekekeke. Lama dah pendam macam tak tahu nak bersyukur, apa salahnya kalau ucap "Alhamdulillah" sikit. Semua benda orang lain buat pun nak complain, padahal tak ada kaitan dengan hidup dia pun. Kadangkan, semua salah orang dia nampak tau, tapi salah dia. hmmm. Dah masuk mengumpat ke ni? Maaflah, pheww. 


'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Sekian, tazkirah pagi ini... 

Penutup kisah Diploma

12:16:00 pm

Assalamualaikum



Sekarang minggu final exam, satu paper dah lepas dah 20/10 hari tu, dan paper seterusnya 26/10 pula. pheww. Bertahan jelah, sikit je lagi ni nak habis belajar. Paper pertama hari tu 'wireless comm. system', susahnya ya Allah, macam nak menangis, padahal pulun wehh study subjek tu. Memang semua bab yang aku study tu masuk, tapi tak target pun soalan macam tu. Contohnya, aku target soalan akan tanya tentang ciri-ciri wireless, tapi yang keluar contoh wireless. Macam tulah lebih kurang. Pastu sibuk pulak nak tanya pendapat aku. hmm. Bagi pendapat sendiri pun salah, baik takyah tanya pendapat. Masalah sekarang benda ni teori. Final 5 paper tapi satu paper je kira-kira, matematiklah. Lain semua teori. Cadang nak naikkan pointer semester ni, kan dah last. tsk. Nasib lepas ni matematik, lega sikit. 

Lepastu sekarang dah akhir-akhir sem, sibuk sangat semua orang. Nasib projek dah settled, kalau sebelum present projek hari tu lagi stress. Alhamdulillah, projek berakhir dengan jayanya. hewhew. Sekarang ni fikir nak apply kerja, tapi aku nak sambung belajar lagi. Tapi macam sementara tu nak mohon kerja dulu, sebelum kemasukan bulan 3 ni, itu pun kalau dapatlah. Peninglah. Debaran kian terasa nak melangkah ke alam pekerjaan ni, haha. Macam tak nampak lagilah jalan masa depan aku. Takut weh. Dah tu nanti nak berpisah dengan kawan-kawan sekarang T_T Satu je aku fikir kalaulah aku dapat sambung belajar nanti, macamana cara nak cari kawan. Tu masalah paling besar dalam hidup aku sejenis yang susah nak berkawan. Dapat lagi ke tak kawan macam sekarang. Kawan-kawan aku sekarang semua plan nak kerja lepas diploma ni, kecuali Jaa. Aku happy kalau Jaa nak sambung belajar, tapi dapat ke tak sama-sama dengan aku. hmmm. Lepastu aku fikir lagi, kalau aku sambung belajar, mak abah kena tanggung aku lagi T_T. Sian mak abah, dah lah masa matrik dulu aku dah susahkan diorang. Ralat sikit bila fikir balik. Tiba-tiba terfikir nak update resume untuk mohon kerja sebab rasa menyusahkan. hewhew.

Kalau nak sambung belajar, sekarang dah boleh beli no pin upu ni. Kalaulah aku dapat sambung belajar, ni kalau je ni, mesti kemasukan bulan 3 dan aku masa tu dah 23 tahun Ya Allah, tuanya. kahkah. Lepastu kalau sama course, akan makan masa selama 4 tahun untuk aku habiskan degree, tu belum transfer creditlah,, anggaran kasar. Lepastu aku habis degree tahun 2020, masa tu umur aku dah 27 tahun??? serius ahhhh! ish, tua lah, bila nak kawin!? Dah lah anak sulung, perempuan sorang pulak tu T_T. Tapi kalau tak sambung belajar, aku dah hapuskan impian aku dulu-dulu, impian mak abah. Janji aku dengan diri aku sendiri tak tertunai. Dah lah aku anak sulung, kena jadi ikon kepada adik-adik aku. Ewah. tehee. Boleh tak kalau nak transfer credit sampai dapat 2 tahun je? kahkah. Kawan aku cakap, kalau aku bijak sangat boleh ah, itu macam menghina tau. Tahulah aku bukan pandai pun T_T Hokayylah nak kejar masa depan ni, kena sambung study untuk paper akan datang, apapun yang jadi lepas ni, semua tu ketentuanNya sebab aku sekurangnya dah berusaha, tsk tsk. Doakan aku tau, aku pun nak berjaya macam engkorang jugekk. hiks. Doakan kawan-kawan aku sekali, dan adik aku sekali dia pun tengah final exam pastu adik aku sorang lagi nak hadap SPM nanti, biar sama-sama berjaya. hewhew


ekeke, saja je tepek gambo ni, tu pensyarah matematik aku dekat belakang, pelawak profesional politeknik aku. kahkah. Encik Zumali nama dia ;) 


Selesai Projek Tahun Akhir

11:08:00 am


Assalamualaikum

Sibuk betul iolls sem ni kan, macam tak sempat nak tengok-tengok belog ni. Syiann. tsk. Hari tu aku pernah bagitahu dekat belog ni, aku akan cerita tentang FYP aku dekat belog ni, tu pun kalau projek aku dapat masuk pertandingan projek Inovasi peringkat Politeknik. So, maknanya projek aku, eh sorry, projek "kami" (sebab 3 orang sekumpulan) dapat masuk inovasilah. Antara yang terbaik dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. tehee. Tapi aku rasa macam biasa-biasa je. Tak expect pun dapat inovasi, macam malu jugak nak cerita dekat sini. kahkah. Tapi batch aku sikit je, jadi tak banyaklah saingan. 

Projek pertama sebelum pertandingan Inovasi

Dapat hamper je pun, syukur alhamdulillah.

Okay, mari teruskan. Nama projek ni, "Unlock Door by Bluetooth". Maksudnya, buka kunci pintu guna android je, melalui bluetooth. Pastu dalam masa 5 saat, pintu tu lock balik. Simple. Gigih jugaklah kitorang nak siapkan projek ni, yelah last minute buat kerja, mana tak gigih. Stress jugak, lebih kurang 2 minggu lagi nak present, baru sibuk nak siapkan litar dengan coding. Pastu gigih pergi tempah pintu dekat kedai perabot. Kos semua lebih kurang RM 400. hurm. Tak untung dari segi duit pun, tapi berbaloi dapat masuk Inovasi, sebab dapat sijil. hewhew. Letih naik turun tangga, jumpa lecturer yang mahir bab-bab coding dengan litar. Pastu kadang-kadang lecturer tak ada. Kadang-kadang dekat maghrib baru balik rumah. Letih hoii. Present hari tu, Rabu 30 sept. Isnin selasa memang fokus projek je, Tak tidur malam. Pening. Nak siapkan report lagi. haih. Selasa tu memang langsung tak tidur, pagi rabu pukul 8.30 panel dah datang nak nilai projek. 

Nasib baik giliran kumpulan aku lambat sikit, boleh tenangkan jiwa raga dulu. Panel 2 orang, pastu seorang daripadanya suka menganjing. ish sakit hati, macam nak menangis. Masa tu aku fikir, biar lepas je projek ni, aku dah cukup bahagia, letih ahh tak nak fikir lagi pasal projek. Pastu hari tu dengan junior lagi datang tengok pameran tu, tanya itu ini. Lepas dinilai, akhirnya projek aku dipilih untuk bertanding antara jabatan di peringkat Politeknik. Ada 3 projek yang dipilih dari JKE. Sebelum dipilih, memang fikir nak lepas je projek tu, tapi bila terpilih, takkan nak tolak, dapat sijil kot. hewhew. Aku dengan Jaa nak teruskan tapi seorang lagi surrender. Dalam masa seminggu je, masuk inovasi pulekk. Letih hoii, tapi berbaloi. Kena upgrade lagi projek sedia ada tu, dari boleh unlock pintu je guna Android, upgrade sampai boleh buka tutup suis lampu, kipas, soket, guna android jugak. Nasib baik menjadi dengan bantuan lecturer lah tapi. 

Setelah diupgrade
Memang masa pameran ni belangsung, dah boleh agak tak memang sebab projek budak Mekanikal gempak je semua. Pastu projek diorang kebanyakannya benda dah siap, yang macam peralatan yang kena welding ke apa, sebab subjek diorang kan belajar benda macam tu. Aku ni elektronik yang banyak noise. Panel luar yang menilai tu lecturer uitm dari Fakulti Elektrik T_T. Tapi syukurlah boleh masuk sampai peringkat ni. Serius cakap, penat sangat-sangat semester akhir ni. Takut ahh dengan final exam yang semakin menghampiri lagi.

Lelaki 2 orang ni bawah penyelia sama dengan aku jugak, projek diorang terbaik jabatan. huntonglah kan

Hokaylah, tu je mampu cerita hari ni. Petang ni balik Dungun dah, kena fokus final exam pulekk. Babai.

Hampir 3 Tahun.

12:18:00 am

Assalamualaikum

Gemukkan aku? Macam hape dah. Penternak lemak yang berjaya. 


Ya Allah, sebaknya tiba-tiba ni. Tak lama lagi dah nak habis belajar. 3 tahun dah, sekejap je. Ingat lagi dulu masa dapat tawaran  belajar politeknik ni, mati-mati tak nak masuk sini sebab nak tunggu SPA. Ingat dapatlah, tapi dah takdir Allah untuk temukan aku dengan kawan-kawan dan pensyarah aku sekarang. Dan nak suruh kenal Dungun dengan lebih mendalam. hewhew. Petang tadi pergi rumah penasihat akademik sebab dia buat makan sempena hari jadi dia dengan anak dia, melampau tau sebak dia. Sikit lagi dah nak berpisah, ikut jalan hidup masing-masing. 

Dulu selalu mengeluh sebab lambat sangat habis belajar, lamanya nak tunggu 3 tahun ni. Lepastu sibuk sangat fikir kawan matrik dulu dah sambung ijazah waktu tu, sekarang ada yang dah sambung master dan kawan-kawan sekolah dulu yang tengah diploma masa tu pun dah semester 4, aku semester 1. Dengki betul masa tu. Nak cepat je habis belajar. Sekarang tinggal sebulan lebih je lagi nak habis. hmm. Nanti mesti rindu kawan-kawan. Lepas ni tak ada lagi nak berkumpul satu rumah macam ni, melainkan semua sambung ijazah tempat sama. hewhew. Seronok jugak kalau macam tu, tapi semua dah ada perancangan masing-masing. Ada yang tak tahu lagi nak sambung ke tak, yang malas nak sambung pun ada sebab nak kerja, pastu nak kawin pun ada jugak. hmm. 

Paling penting aku nak sambung ijazah. kahkah. Berangankan? tapi itu lah impian aku, impian mak abah jugak. Tapi........tak kurang 3 minggu lagi aku ada interview dengan Petronas. amaigad. Peluang tu. Dapat pun sebab Petronas nanti datang Poli aku nak temuduga pelajar semester akhir kos kejuruteraan elektrik, mekanikal dengan awam. Tengok pointer juga, dan alhamdulillah aku antara yang terpilih. pheww. Tapi tulah dalam dilema juga sebab ijazah tu impian dari sekolah lagi, tapi kalau dapat petronas tu, hmmmm. Kena istikharah ni kalau dapat. Kalau dapatla. Tak dapat, sambung belajar je. Tu pun kalau dapat jugak. kahkah. Kalau semua tak dapat, mereput. Eh, nasib baik MUET aku dah ambik masa Matrik dulu, hewhew. 

Lepastu sekarang ni tengah runsing fikir projek sebab tak siap lagi, tak cukup komponen. hmm. Nak kena siap dalam masa terdekat sebab dalam 2 minggu lagi kot kena present. Harap menjadilah. kahkah. Projek ni tak masuk inovasi pun takpe, asal lulus je. tehee. Projek apa aku buat, nanti aku cerita lagi, tapi kalau aku boleh masuk inovasi lah, kalau tak boleh, aku tak cerita. kahkah. Malulah kalau projek tak jadi, nak cerita jugak. Eh, esok classmate ajak pergi air terjun Chemerong. Trauma betul dengar air terjun ni. Aku kena ikut jugak sebab nanti aku mereput seorang diri dalam rumah sewa. Semua budak kelas pergi kecuali zizan. Tapi aku tak mandilah, jangan harap eh nak mandi outdoor macam tu, geletis sangat. haha. Dengan kes kencing tikus lagi. hmm. Pastu esok ada BBQ. Makan-makan ni aku sukalah, ada bihun banyak taugeh lagi. tehee. Jaa yang masak, dia ni terer tau. Dah, itu jelah yang aku mampu cerita kot. Bai.

Selamat Hari Raya!

2:51:00 am


Assalamualaikum


hewhew. Baru hari ni berpeluang nak menaip. Busy mengalahkan menteri dah ni haa. kahkah. Macam mana raya korang? Best tak? ekeke. Raya tahun ni aku rasa lebih meriah dari tahun lepas. Seronok. Akhirnya keceriaan raya yang aku cari selama ini dapat juga dikecapi tahun ini walaupun tak semeriah zaman kanak-kanak dulu tapi puas hati sangat. Alhamdulillah. 

Tahun ni raya tak kelam-kabut sangat sebab semua barang raya dah sediakan awal-awal lagi. huhu. Teruja sangat. ekeke. Sebab malas nak serabut bila dekat nak raya ada barang tak cukup. Ish tak suka. Sakit kepala iolls nanti fikir banyak pulekk. Sepanjang 9 hari cuti raya ni, setiap hari beraya, tak duduk rumah pun. kahkah. Gigih kutip duit raya. hewhew. Tak sangka umur dah 22 tahun tapi duit raya dapat banyak lagi. Terima kasih sangat atas rezeki ni, dah lah hari tu menang Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih. Alhamdulillah, syukur sekali lagi. Terharu weyh, dapat jugak. tsk tsk. 

Gambar raya keluarga 2015. tehee.

Kain baju kurung aku tu aku beli dengan Audrabellawardrobe , kain cotton satin plain. Takde corak sebab malas nak fikir banyak lepastu murah, aku beli dari bulan 4 kot, aku pun memang simple je, bukan seperti gadis lain yang suka berhias. kahkah. Hakak tak minat -..-

Tak puas lagi cuti raya, tak cukup pun raya 9 hari. Masuk kelas pagi tadi pun, tak paham apa pensyarah membebel kat depan. Ingat raya je. hew. Ni pun tengah buat assignment sebenarnya, lepastu sakit hati betul bila buat kerja je mata mengada nak mengantuk pulak, bila menaip untuk belog sekarang ni tak mengantuk pulak. haih. Esok jelah nak sambung assignment tu. ihiks.  Lepastu sejak semalam aku dengan Ja dengan Fatin sibuk nak azam kurus dengan buat air detox. hewhew. Aku beli lemon siap-siap dekat KT semata-mata nak buat air detox, ekeke. Tengok jelah macam mana nanti. Dah lah masam air tu, pastu tak buang kulit, pahit. Namun demi kurus, kutelan jua. 

Dah tak tahu lagi nak cerita apa. Selamat malam. Akhir kata ....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga. hewhew. Gambar ada sedikit gegaran dan senget, sebab aboh yang ambil. hewhew. Dah, esok kelas lagi, pukul 8 pulak. Lepastu ada budak tu exam esok, good luck --





Kalaulah aku mampu.

8:00:00 pm



Susah ah kalau nak minta tolong dengan kawan-kawan ni, lagi-lagi yang suka mengungkit. Pastu yang jenis tak nak tolong tapi tak bagitahu, mula ah tolong tak ikhlas. Ish. Kalau aku mampu buat sendiri, aku tak mintak tolong orang lain pun. Kalau boleh aku tak nak pun susahkan orang lain tapi kalau dah terpaksa, kena jugak. 

Nanti lepas raya aku akan usahakan juga bawa kereta datang Dungun ni, walaupun tak berani, kena cuba. Kalau tak macam sia-sia jelah aku buat lesen, lesen mati sambung lagi, duit terbang macam tu je, tak manfaatkan langsung. Aku pun reti nak tolong balik kawan yang dah tolong aku tu, aku ingat jasa dia tu bukan aku ni jenis penting diri. Aku senang aku tolong ah, bila aku susah nak minta tolong pun macam tak ikhlas. Susah weh nak faham semua orang. Bukan kenal dari kecik. Kenal dari kecik pun belum tentu boleh faham -..-

Nanti aku senang aku tak harap kau tolong aku, tapi aku tak kisah kalau kau nak aku tolong kau, sebab benda baik biasanya dibalas baik. Aku tak berkira. Aku kalau boleh tak nak susahkan sesapa pun, kalau susah pun biar aku yang rasa sendiri T_T Eh, macam banyak ulang je. Ah, biar ah. Sis ta kuad. tsk tsk. Nasib tinggal dua hari je lagi, sehari berbuka dekat Dungun, selebihnya kat rumah. Yeay. Orang kata kalau tak nak bergaduh, ingat kebaikan orang lain dekat kita. Lepastu ingat kejahatan kita dekat orang supaya insaf sikit. Okay, aku cuba. Ni tak, ingat baik kita terhadap orang lain je. luls. Lepastu mula ah nak mengungkit semua. Ish. Dah jom siap-siap nak terawih pulak, tinggal beberapa hari saja lagi pastu raya. Manfaatkan sebaik mungkin, tahun depan tak tahu sempat ke tak T_T Rugi weh kalau tinggal T_T
kbai 

Ditipukah?

2:30:00 am


Assalamualaikum


Ehem, aku syak aku kena tipu. haih. Sadlife. Hari tu masa cuti semester banyak sangat masa terluang. Rajin jugaklah aku update blog lepastu kalau masa takde idea, aku mesti nak join giveaway, sekurang-kurangnya nampak aktiflah kan belog ni dari sunyi je macam rumah tinggal. Perasan tak bulan may dengan jun hari tu ramai blogger yang anjur giveaway, hadiah menarik semua. Gempak.

Boleh tahan banyak jugaklah aku join, lepas tamat aku delete. ekeke. Lepastu ada dua tiga contest yang aku menang. Happy weh duduk mengadap laptop je rezeki masuk. Masa menang tu gembira sangat tambah-tambah lagi bila tahu hadiah yang dimenangi tu agak lumayan. Muka ada senyium. Tapikan, ada satu giveaway ni aku menang, dah sebulan lebih kot masa cuti sem lagi, tapi hadiah tak dapat pun. Penganjur suruh tuntut dengan sponsor sendiri, disuruh hantar maklumat dekat facebook sponsor tu. Mula-mula hantar, tak dilayan pun. Lama jugak. Makan minggu. Padahal dah mention dah aku pemenang giveaway sekian-sekian. krik krik je. Aku punya keterujaan tu bukan main lagi dah. Aku sabar lagi waktu tu, fikir positif mungkin dia sibuk.

Masa aku mesej mula-mula aku tak friend pun dengan dia kat facebook, aku sekadar mesej je. Yelah setakat nak tuntut hadiah. Lepastu aku hantar lagi, tapi aku request friend dulu, lepas dia terima, aku forward lagi mesej sama. Dia respon, simbol 'like'. Laju. Bertarikh 26 Jun. Sampai sekarang diam macam tu je, hadiah pun tak nampak batang hidung. Kalau tak mampu tak payah gedik sangatlah umpan orang dengan hadiah mahal macam tu. Berangan. Aku tak mengharap tapi aku benci penipu. Aku tak nak lah doa bukan-bukan bulan ramadhan ni kan, lagi-lagi 10 malam terakhir ni, tapi sakit hati tu tak payah cakaplah. Menyampah.

Kisah Hantu di Politeknik

3:33:00 pm

Assalamualaikum.


Hi, ewah tajuk bukan main lagikan. ihiks. Bulan puasa ni tahap kepenakutan aku kurang mendadak sebab kan setan kena ikat. kahkah. Sekarang malam-malam kemain berani lagi bangun pergi tandas sorang-sorang. kahkah. Biasanya sanggup tunggu subuh. hewhew. Hari ni bahagia sikit sebab tu rajin menaip ni, esok cuti sampai ahad, petang ni balik k.trg. yeay. Tak sabar. Okay sambung balik, betul ke bulan puasa ni tak ada hantu? Memang ini je yang aku percaya sejak kecil, bulan ramadhan bebas dari hantu. Tapi kan, masa hari pertama kelas baru-baru ini, classmate aku yang perempuan ni sibukla nak bergambar, konon nak upload di media sosial dengan caption "kuliah pertama semester akhir" atau "Bismillah". Snap, pastu tengok takut tak jadi, snap lagi, dan tengok lagi, dan mengulangi step itu beberapa kali, dan sedang seronok bergelak ketawa tengok gambar kawan yang tak jadi, tiba-tiba ada satu gambar tu pelik, muka kawan aku tapi seram gila. Macam bertopengkan benda lain. Dah lah muka tu separuh je, pucat, mata luas dan muka nampak garang. Kau rasa? Kawan aku kulit putih flawless. Dia sendiri pun terkejut tengok muka dia, semua terdiam dan stop snap lagi. Cepat-cepat padam. phewww.

Situasi lain pula berlaku semester lepas. Masa tu dalam kelas perempuan semua tunggu kelas seterusnya sejam lagi. Takkan nak balik, jadi tunggu jelah dalam kelas tu sejam, ada aircond jadi aku ambil peluang untuk tidur. huhu. Bukan tidur nyenyak pun, biasa-biasa je. Bangunan tu sunyi waktu tu sebab ramai yang tak ada kelas masa tu. Semua macam rilex jelah, ada yang berbual, study, tidur, main henfon. Sunyi jelah masa tu. Lepastu kawan aku nak buat wechat sight, dia pun rakam. Lepastu semua sibuk nak tengok video tu, lepastu tu tau apa yang keluar, suara orang mengilai dan menjerit. Nak luruh jantung aku waktu tu. Jelas gila suara tu, padahal kelas tu sunyi je masa tu memang sunyi. Lepastu kawan aku padam terus, seram je nak masuk kelas tu lagi.

Dekat tempat aku belajar ni ada kisah juga masa aku duduk asrama semester satu dulu. Aku rasa cukuplah sekali pengalaman tu, sebab aku tak kuat lagi nak lalui semua tu. Dah ler dapat roomate mata tak berhijab. Kau rasa? Pastu bila dia nampak apa-apa muka dia automatik berubah, aku yang duduk sebelah dia menggelabah. 2 je satu bilik, aku dengan dia. Pernah juga benda tu menyerupai aku, aku dah pernah cerita dekat sini. Mula-mula rumet aku jumpa benda tu waktu aku balik kampung, kawan aku yang lain cerita dekat aku, rumet aku tengah otp masa tu pastu dia rasa macam ada orang tengok dia, sekali dia pandang bukan manusia! Terus muka rumet aku pucat, kawan aku bawa dia masuk bilik lepastu panggil ajk asrama yang pandai pasal benda ni, dia pagar bilik aku. fuh. Nasib aku balik masa tu. Aku pernah juga kena masa tu asrama gelap warden tutup lampu sebab semua pelajar kena pergi surau yang sebelah asrama tu, aku ni dengan kawan aku nak buat suprise dekat rumet aku sebab birthday dia, lepas solat maghrib gigih nak masuk asrama nak simpan kek dalam peti cyber cafe dalam asrama tu, aku nampak dah motor kakak yang jaga Cc tu pastu aku nampak macam kakak tu duduk je dekat tangga asrama yang mengadap masjid tu. Tapi gelap dekat situ. Aku nak pergi dekat dia sambil jerit panggil 'kak, kak'. Bila dah dekat, hilang dah orang tu. Aku berlari lintang pukang pergi masjid, jantung berdegup laju gila. pffft.

Benda tu memang ada dekat politeknik ni, aku ingat aku je kena yang benda tu menyerupai aku, rupanya batch atas aku dah pernah kena tapi lelaki. Sebelum aku masuk belajar dekat politeknik ni, asrama yang aku duduk tu asrama lelaki, tapi sebab asrama asal perempuan tu kuat sangat meracau, dia tukar balik jadi asrama lelaki. Masa aku semester dua pula, lagi kerap pelajar kena siap semua kena pergi berkumpul dekat masjid sebab ustaz nak pagar asrama tu. Masa tu aku dah duduk rumah sewa. kahkah. Ada gelaran student bagi dekat benda tu tapi aku tak berani nak taip, sebut apatah lagi. tehee. Ada satu kisah tu masa aku semester dua, budak asrama cerita ada student perempuan kena ganggu. Dia lepas solat masa tu duduk atas tikar sejadah lagi nak mengaji al Quran, pintu bilik tak tutup, pastu benda tu berdiri depan pintu tu. Dia ketakutan terus sambung lagi mambaca ayat suci, benda tu marah, dia boleh sengetkan kepala sikit pulakk. grrr. kau rasa? Benda tu statik je dekat situ tak lari pun. Tapi sampai situ je aku dengar, pengakhiran cerita aku tak tahu. hewhew. Pastu malam-malam dengar ada budak main atas bilik. Nasib baik masa aku duduk asrama tu dengar bunyi kerusi je atas bilik, padahal bilik atas kosong. Ish mengantuklah, lain kalilah sambung lagi. huhu, babai.

Kelas Ganti.

4:47:00 pm


Assalamualaikum


Hi, hari ni Politeknik seluruh malaysia ada kelas ganti. sobs. Kelas ganti ni untuk cuti awal raya nanti. Kan raya hari Jumaat jadi takkan lah nak balik Khamis kan, kalau aku ni takpelah sebab dekat, macam yang duduk jauh tu, takkan nak balik malam tu lepastu sampai dekat kampung pagi raya. kahkah. Macam kelam kabut. Jadi Politeknik akan bercuti dari hari Rabu 15/7 dah mula cuti sampai.....cuba teka bila? Takyah tekalah, sampai hari Sabtu 25/7. hewhew.  Seronok weyh cuti sampai raya ke sembilan. Pergh. Ada 2 hari akan buat kelas ganti, satu dah selesai hari ni, lagi satu akan diganti pada hari Sabtu  11/6 nanti. hurm.

Letih jugaklah tambah lagi dengan bulan puasa. Hari ni pula cuaca panas sangat ni dekat Dungun. Buka pintu rumah sewa je dah terasa bahang kehangatan dia tuh. Fuh. Redha jelah pergi kelas pukul 11 tadi matahari terpacak dekat kepala. Lepas tu malang sungguh nasib tadi sebab van kunyit lambat jemput, kena denda dalam kelas. pffft. Sepatutnya denda masuk kelas lewat, kena jalan itik. kahkah. Tapi hukuman dikurangkan dengan ketuk ketampi je. hurm. Kena jugak. Kelas 2 jam je pun tadi, lepastu balik naik van. Van dah lah kena tunggu penuh baru nak gerak. Menyampah. Aku nak bawa kancil datang sini tapi, tahap kepenakutan itu sangat tinggi dalam diri ini, suruh adik aku tolong drive ke Dungun, dia taknak sebab dia nak bawa motor dia lagi T_T Padahal lesen dah nak masuk 3 tahun, tapi kereta pun takut-takut lagi nak bawa T_T

Oh, petang ni plan nak berbuka makan kuey teow goreng je kebetulan ada keropok keping, pastu perah jus limau nipis. Dap em. Lepas asar buat rombongan satu rumah ke kedai Saimah depan sana tu beli barang nak masak. hewhew. Pastu beli ais. Kering je tekak ni panas sangat, terliur tengok air sejuk. pheww. Sekarang ni tengok semua makanan pun terliur walaupun keropok kering yang tak masak lagi tu. kahkah. Tapi pujuk perut cakap kat dia, sabar, kata nak kurus. tehee. 


Tengok tu aku sampai macam tu sekali kepala, belon tu lah menyemak dekat depan, tahulah aku pendek. pffft. Ni lah semua housemate iolls. hewhew. Esok pula kena bagi keputusan muktamad dah dekat supervisor projek nak buat projek apa nanti sebab sebelum raya ni dia nak semua komponen dah lengkap. tsk. Bertabah jelah. Sebab sekarang tak tahu lagi nak pakai litar apa, lepas tu tak tahu mana nak beli RFID tu. Ada 'orang tu' ingat projek akhir saya ni imaginasi semata-mata, dari semester lepas lagi saya cerita ke'tertekan'an saya terhadap projek ini, dia tak tahu saya perlu berimaginasi dan wajib buat sendiri sampai jadi. Lepastu dia terkejut terus kagum. kahkah. Kelakarlah dia tu ingat saya stress selama ni untuk imaginasi semata-mata. kahkah. Dan sekarang berdoa jelah semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Hasil belajar seminggu dah dapat sikit dah ilmu pasal sensor, sedikit membantu untuk projek. hewhew. Nah tengok ni.


Pelbagai jenis sensor, tak sabar nak buat lab subjek  Wireless communication. tehee. 


Nah, ini sebagai Host. Tak tahu sangat, sebab hari tu baru kenal-kenal instrument. Tengok-tengok gitu je. Cik Rosnani yang ajar subjek ni, baik je. 


Dan ini sebagai gambar hiasan. kahkah. Takde kena mengena. Sebab geram sangat tengok dia duduk elok atas tu haa. Mahal boleh tahan, tapi sebab sedap, kugagahkan juga diri ini untuk bayar. kahkah. Ish lambatnya masa berjalan, nanti 5.30 baru pergi kedai runcit beli barang nak goreng kuey teow. Lambat-lambat sikit, lepastu masak, anggaran dah dekat nak berbuka baru settle semua, terus ngap. Taksabarnya. Okaylah awak, babai.




Perjalanan puasa di rumah sewa.

6:19:00 pm


Assalamualaikum


Hi. Masuk hari ni dah empat hari puasa dekat rumah sewa dengan kawan-kawan. Hari tu azam tahun ni nak sahur penuh. Berangan jelah. kahkah. Pagi tadi semua tak bangun sahur, yang sorang tu dah bangun, pastu bila tanya kenapa tak kejutkan yang lain, dia boleh cakap "aku ingatkan semua dah sahur" T_T dia maksudkan pada pukul 3 lebih yang dia tersedar tu. Sahur mendenya pukul 3 lebih T_T Telan ailio jelah dapat kawan blur macam tu. kahkah. 

Lepastu dah lerr internet rosak. Sebab tu dah lama tak on blog, guna internet digi je yang RM3 seminggu, kuota 0GB. pheww. Buat aduan hampir 2 minggu dah, lepastu cakap dah baiki masa cuti semester hari tu, tapi masa datang sini hari sabtu tu, tetap tak boleh guna jugak. Lepastu call lagi kontraktor TM cakap tak boleh guna, dia cakap nak datang tengok Ahad. Aku ni gigih lah lepas habis kelas pukul 4 terkejar-kejar balik rumah sewa takut kontraktor tu nak datang, tapi tak jugak. Call tak angkat. Hari ahad tu lah jugak situasi berbuka puasa paling menyayat hati. tsk. Sebab TM tulah janji nak datang ahad petang tu, kami tak jadi pergi bazar untuk beli makanan lepastu kirim dengan kawan makanan, mula-mula janji nak tolong belikan tapi lepastu tak jadi pulak. Hampeh betul. Tak ada persediaan langsung masa tu, 5 minit nak berbuka baru terhegeh-hegeh masuk dapur masak maggi. Sadiss betul dan tiba-tiba rindu mak. sobs.


Minuman pula air kosong je. sedih tak? Makan tak habis pun bukan sebab kenyang tapi muak. Malam tu nasib baik kawan aku keluar dengan kawan dia. Aku kirim dengan dia je double cheese burger. Masa tu rasa bersyukur sangat. tsk. Makan burger sambil menitiskan air mata. tehee. 


Semalam pula lepas habis kelas terus pergi bazar sebab tak nak kejadian sama berulang. kahkah. Heaven weh dapat pergi bazar dekat bandar Dungun tengok makanan, lepastu bau dia ya Allah sedapnya macam nak beli semua nasib iman kuat lagi. Pujuk hati supaya jangan tamak. kahkah.


Ramai sangat orang semalam. Penuh van. Lepastu aku geram sangat dengan sorang budak ni, semester 1 kot baru lagi, Dia tak tahu agaknya van tu untuk semua orang, dia ingat orang sediakan van tu untuk dia sorang. pfft. Nak selesa je duduk tu tak nak berhimpit. Geram je aku tengok. Nasib puasa, kuat sikit iman. Nah belanja satu gambar kelas pertama untuk semester ni.


Walaupun muka aku tak jelas, nak jugak tepek kat sini. kahkah. eh, ada kejadian pelik tau masa sesi selfie ni, tapi lain kalilah cerita. Nak masak kejap, hari ni Naim adik aku dah tolong belikan ayam madu dekat bazar untuk aku, dia satu poli dengan aku, dah semester 5 sekarang aku pulak semester 6. hewhew. Okaylah babai.



Cuti Semester Hampir Ke Penghujungnya

1:52:00 am

Assalamualaikum.


Tiba-tiba jantung tersentak. Alamak beberapa jam saja lagi dah nak kena balik Dungun T_T Tak sukalah perasaan ini. Menyampah. Shuhh pergi jauh-jauh! Ahad dah start kelas, setiap hari kelas mula pukul 8. Nanti mesti rindu cuti semester, lepas subuh tidur balik, tak ada benda lain kena fikir. Mesti serabut nanti. Harap dipermudahkan segalanya ya Allah. Amin..


Gigih saya buat ni ahaha. Jadual okay saja semester ni, tak teruk sangat. Tapi senior cakap semester 6 banyak teori. Menyampahlah teori banyak-banyak nak buat apa. haih. Pastu sekarang ni tengah fikir esok berbuka nak makan apa, kahkah. Duduk rumah takyah fikir sebab mak yang masak, pastu duit takyah keluar pun. Sekarang ni semua kena fikir. Tadi dah siapkan sikit-sikit barang dapur nak bawa esok, ambil dekat rumah semua sebab nak jimat faham-fahamlah duit ptptn tak masuk lagi. hewhew.

Azam semester 6 ni nak kurus sebelum raya. Ah, bosan betul dengan azam tu dah lama kot tak tercapai lagi. Hari tu nak kurus sebelum masuk semester baru. Sekarang sebelum raya. ekeke. Sekurang-kurangnya ada jugak azam. kahkah. Tidur dululah nanti tak bangun sahur pulekk. Babai

Pelbagai Jenis Biskut Raya dan Kek paling sedap pada abad ini !

6:33:00 pm


Assalamualaikum



Beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tak sabar weyh nak merasai suasana bulan ramadhan ni lagi-lagi bila sambut dengan kawan-kawan. hewhew. Sekarang semua dah sibuk nak sediakan barang untuk raya walhal puasa pun tak lagi. tehee. Biasalah tu, kalau lambat nanti kelam kabut. Tukang jahit pun taknak terima tempahan dah sekarang, nasib baju raya saya mak yang jahit, ekeke. Oh, nak bagitahu ni, kakak kepada Jaa ada menjual pelbagai jenis biskut raya dan kek. Sedap sangat kek dia, dah sedap cantik pulak tu. Sumpah tak tipu. mari tengok dulu.




Antara biskut raya yang dibuat sendiri, separuh dari gambar saya dah pernah rasa, sebab Jaa selalu bawa tester dekat rumah sewa. kahkah. Sedapnya Crunch Almond Cookies ! Tak sabar nak masuk semester baru ni, mana tahu kot Jaa bawa tester lagi. kahkah. Sekarang mari jamu mata tengok kek pula. Ah, tabahkan hati sebab kek dia memang sedap weyh, lembut je. Pastu kalau yang Cheese leleh tu memang meleleh. Pergh pergh. Dap em. 

Fakta tentang kek Eny Rosli ni : Bila bau je memang akan rasa tak sabar nak makan, bila makan pula doa dalam hati supaya kek ni tak habis, kalau habis menangis gigit jari. behehe. Tapi serius masa saya praktikal hari tu sekali dengan Ja ni, pastu office aircond, kebetulan dia bawa cheese cake, satu office tu bau kek dia, sedap sangat baunya.. Dah la sedap, murah pula. 




Selain itu, kek untuk kanak-kanak pun ada. Sebab Eny Rosli ni kreatif, cantik kek dia. Kanak-kanak pun suka, ramai pensyarah Politeknik saya tempah kek dengan dia untuk sambut hari lahir anak mereka.




Eh, kek kahwin pun ada jugak tau!





Contohnya yang ini, ada banyak lagi gambar boleh tengok dekat facebook Eny Rosli dekat sini




Kalau rasa nak makan sorang, taknak share, sebab sifat kedekut tu kental dalam diri, beli jelah kek bajet, dia letak dalam bekas macam ni harga tak sampai RM 15 pun sebekas tu. Pastu ada banyak jenis contohnya Cheese, Coklat, Blueberry dah banyak lagi lah. Boleh mintak nak buh topping apa. Dap em. Sebelum ni saya tak suka sangat kek ni, tapi kek Eny Rosli sedap weyh, lepas makan mesti rasa nak order lagi. Iye hakak tak tipu~




Ini tak pernah cuba lagi. lepas ni pasti cuba. Dapnya^^ Pergilah serbu facebook Eny Rosli ni, cuci mata sikit. ekeke.



Untuk tempahan :-

WhatsApp : 013-5013410 (Eny Rosli)
Facebook :         Eny Rosli 

Area : Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman
*sebab dia duduk dekat Marang. 








Blog kelas zaman sekolah.

4:34:00 pm


Assalamualaikum.


Dulu zaman sekolah, budak kelas aku ada buat belog untuk kelas. Aku tak tahu pun belog itu wujud pada zaman itu, maklumlah masa tu kan tak kenal lagi dunia internet ni. Kan dah cakap aku selalu ketinggalan dulu. Kesian. sobs sobs. Tak tahulah siapa yang buat belog tu, memang aku tak tahu apa-apa langsung. kahkah. Aku baru tahu pasal belog tu wujud masa lepas SPM dah, tahun 2011. Macamana aku tahu pun, aku tak ingat.


klik gambar je kalau rasa nak singgah.


Ni lah belog kelas saya dulu waktu tingkatan 4 dengan tingkatan 5. Penulis pula aku baru perasan semalam, ramai. Lebih dari seorang, ramailahkan. ekeke. Budak kelas aku semua yang tulis-tulis ni, eh memanglahkan, dah nama pun belog kelas aku takkan kelas lain pula yang tulis kan. tehee. Semalam aku rasa nak bacalah isi kandungan belog ni, sesaje je. Baru aku perasan, aku macam tak ada peranan pun dalam kelas tu, kahkah. Tak wujud pun bagi orang lain kot. kahkah. Dulu aku buat hal aku je, dah lah duduk paling belakang, hujung belah kiri sebelah pintu. Pastu kalau kawan kelas lain lalu, aku sembang kejap. Suatu hari aku kena marah dengan cikgu ku zaiton, cikgu english sebab aku sembang dengan orang luar. Habis tu dia bukan mengajar pun T_T Sebelum aku sembang tu, kawan aku ada juga yang sembang tapi cikgu tak perasan, selamatlah dia. Giliran aku, nasib tak menyebelahi pula. Kena marah. kahkah. Takpelah, kenangan. 

Dulu kelas aku ramai perempuan dari lelaki, pastu kawan semua je tapi macam berpuak. Tak suka lah. Aku kawan dengan orang sebelah aku, pastu depan aku. Yang lain kawan juga, tapi biasa-biasa jelah. Ehem, sekarang diam je blog tu, tak aktif lagi dah. Aku tak ngam sangat dengan budak kelas aku dulu, sebab diorang phanndaii semua. Cis. Dulu ada nama panggilan yang classmate bagi dekat aku, antaranya, Mokna sebab dia cakap aku gemok, aku okay je. Pastu ada yang panggil Muna, ada jugak Mona. Padahal nama asal Husna T_T

There's Islam but there's no Muslim.

12:35:00 pm

Assalamualaikum.
Saya copy ini dari whatsapp 😭

I was on my way home, naik LRT..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..
Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati..turun2 tangga je kne lalu depan org yg perhati tadi..lelaki.
dia sgt berminat tengok buku yg
sy pegang tu..tp sy buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sy x dgr sgt..then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh..dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but not Muslim..
( * time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine?really??are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah..now I'm free..a free thinker..

B : but why?

A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait..what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no, no, just confused, do u mean..THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah..hmm..Islam is the best religion right..the real religion, you know right??

B : yeah..I know..and I Believe..

A : me too,I believed but..huh..there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then..sy trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD,IT'S IMPOSSIBLE..IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD..EVERYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam..terpaku..terkaku..mcm2 benda dtg singgah kat otak..tp x tau nak cakap apa..otak jam..
Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart..my mind..I'm a HAFIZ also..I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah,alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah..where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??

A : yeah,but now it's sold,it's sold,it's sold sister, the jews conquered it..
( * muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know..where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim..he was born at (apa ntah nama tmpat dia..x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more..read more..then u'll know..I'm right..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je..cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya..hmm..sy sambung baca..lrt smpai kat KLCC

A : tq sister,i've got to go,read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong..Then..terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..sy x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg sy buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Sy biarkan..sy x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya..kite boleh jawab?
Saye pon x lepas..bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh..hmm..pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya..kite terdiam..pegi refer ustaz,ustazah..
Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Sy pon fail..banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt
mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas..apa tah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allah..x tau bila..
Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..
Kita lupa..kita kat akhir zaman..macam2 ujian datang..iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..
Again..DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..
KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu..hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..
JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT

#‎copypaste
#‎orangmembencibilakitamenegur
#‎mogaallahredhadengandakwahyangsekecillnya.

Kalau Nak BI anda Bagus, Baca Ni!!!        
          -          -          Please read this to the end. You hardly have time for Allah. He loves you and always blesses you. He is always with you. I need you to spend 30 minutes of your time with Him today. Don't pray. Just praise. Today I want this message across the world before midnight. Will you help? Please do not cut it, He always helps you with something that you are in need of. Please, drop everything & pass it on. Don't break this chain. Why do we feel sleepy in Prayer, But stay awake through a 3 hour movie? Why are we so bored when we look at the AL-QURAN, But find it easy to read other books? Why is it so easy to ignore a msg about Allah, Yet we forward the nasty ones? Why are Prayers getting smaller, But bars and clubs are expanding? Why is it so easy to worship a celebrity, But very difficult to engage with Allah? Think about it, are you going to forward this? Are you going to ignore it, because, you think you will get laughed at? Forward this to all your friends. 80% of you won't forward this. Allah said: If you deny me in front of your friends, I will deny you on the day of judgment: When one door closes, Allah opens two: If ALLAH  has opened doors for you, send this message to everyone including me... Allah has no BLACKBERRY but He's my favorite contact. He is not on TWITTER but I still follow Him. & even without the INTERNET I am always connected to Him. He is not on WHATSAPP but, He's always online. Send this to everyone, including me. If Allah has helped you, and been there for you in every step of your life. :) 😢          Sorry for disturbing you.

80% wil ignore this message. 😞

C&P

Sekian.

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

2:43:00 am


Assalamualaikum.



Hari ni terajin sikit nak cerita tentang tempat aku menuntut ilmu. Tak sangka dah nak masuk semester akhir pun, sekejap je. Hakak dah senior dah semester depan, kalau jumpa tolong hormat sikit ekeke. Bila ingat balik masa dapat tawaran dulu, rasa berbelah bahagi tak tahu nak pergi ke tak sebab tak tahu jiwa ni boleh terima ke tak kos kejuruteraan, yelah sebelum ni perakaunan je dari sekolah sampai matrik. kahkah. Masa tu juga tengah tunggu keputusan temuduga nurse SPA, tarikh keputusan keluar sama pula dengan tarikh daftar dekat politeknik. Jalan terakhir, istikharah. hewhew. Menangis air mata darah okay sebab takut salah pilih, kikiki. Alhamdulillah dapat mimpi jalan dengan kawan-kawan dekat kawasan yang macam kelas dan tak pakai baju nurse pun, baju biasa. Terus bangun fikir balik, yakin dengan pilihan kali ini, politeknik. kahkah. Nampak tak dekat sini kalau nak buat keputusan jangan tergesa-gesa, doa minta pertolongan dengan Allah swt sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita pastu istikharah juga okay. Jangan nak pilih jodoh je istikharah. ekeke. 

Okay, dekat psmza ni ada empat kursus yang disediakan iaitu Dip. kejuruteraan Elektrik, Dip. kejuruteraan Mekanikal, Dip. kejuruteraan Awam dan Dip. Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Lepastu untuk kos elektrik dan mekanikal ada anak-anak dia pula. Untuk kos elektrik ada 3 kursus yang ditawarkan iaitu Elektrik dan Elektronik (DEE), Elektronik komunikasi (DEP) dan Elektronik komputer (DTK). Untuk kos mekanikal pula tak pasti ada berapa tapi banyak antaranya, Mekanikal Am (DKM), Mekanikal Automotif (DAD), Mekanikal Plastik (DMK), Mekatronik dan Mekanikal Teknologi Pembuatan (DTP), setakat itu je aku tahu pasal mekanikal sebab aku elektrik. hihi. Pelajar mekanikal paling ramai dekat poli aku tu, pelajar perempuan untuk kos mekanikal dan elektrik sikit je, dan untuk keseluruhan pelajar pun sama, pelajar perempuan tak ramai. 

Dari segi pembelajaran pula, segala nota adalah dalam bahasa inggeris dan belajar dalam kelas pula atas pensyarah tu sendiri nak mengajar dalam bahasa apa, tapi biasanya bahasa melayulah dan kebanyakan pensyarah dekat sini berasal dari Terengganu dan Kelantan jadi mereka guna bahasa melayu siap dengan loghat mereka lagi. Kalau pensyarah yang mengada sikit, mengajar dalam bahasa inggerislah. ekeke. Belajar dekat sini bagi aku tak susah sangat sebab setiap yang kita belajar, kita perlu buat eksperimen dalam makmal, jadi kau akan nampak apa yang kau belajar dan automatik faham. Bukan sekadar baca buku semata-mata. gittew. Lepastu kalau yang tak suka matematik tu takyah ambil kos mekanikal atau elektrik sebab subjek tu wajib untuk kos ni sampai semester 6, kawan aku yang tak suka matematik tu tiap sem merungut kenapa harus ada matematik dalam kos ni. kahkah. Padan muka. Kos kej. Awam pun belajar juga matematik tapi sampai semester 3 je, tapi semester lain walaupun takde matematik, tetap ada lagi subjek kira-kira lain. kiki. 

Disiplin dekat sini boleh tahan ketat juga lagi-lagi bab pemakaian. Kalau untuk lelaki, wajib pakai baju berkolar, tak kemeja pun takpe asalkan berkolar. Pastu seluar takleh jeans. Haram sama sekali dan seluar jenis poket tampal pun tak dibenarkan. Wajib pakai stokin dan kasut tak boleh yang menyerlah untuk lelaki, menyerlah tu aku maksudkan pada warna kasut contohnya merah yang terang. Kad matrix wajib pakai selalu setiap kali masuk kawasan poli, itu memanglah tapi paling takleh blah dah pakai pastu bahagian muka pelajar pada kad tu mesti kena terpapar dekat depan takleh berselindung kalau tak kena denda RM5. Cekik darah T_T Itu je kot untuk lelaki, kalau perempuan pula, tak boleh pakai seluar, boleh pakai baju kurung je dan juga segala jenis baju yang labuh dan matchkan dengan skirt hokay, Kalau nak pakai seluar pun, masa ada lab sahaja. Pakai dengan baju bengkel dan dekat dalam tu jangan tak pakai baju pulak kahkah. Kena pakai baju lengan panjang dan berkolar untuk perempuan dan lelaki kalau pakai baju bengkel dengan baju lengan pendek pun boleh tapi berkolar. Cerewet tak. kahkah. Pastu perempuan wajib pakai skaf yakni anak tudung, kain dalam dan stokin warna kulit okay. Jaga aurat. 

Kamsis satu bilik 2 orang. Tenang dan tak serabut. ihiks. Kawan I panggil khemsis, aww omputeh sangat. hewhew. Ada katil bujang, meja study yang ada drawer dan almari besar bersama 2 drawer besar. Lepastu kalau daftar awal dapatlah bilik bawah, kalau lewat, faham-faham jelah. Dahlah kamsis tu atas bukit, nak ke bilik tingkat bawah sekali pun naik bukit dulu, lepastu naik tangga baru sampai bilik. Jadi bayangkanlah aku dulu dapat tingkat 3, tiap hari turun naik bukit. Tu lah salah satu sebab aku tak duduk kamsis lagi dari semester 2 sampai sekarang. pheww. Sanggup berhabis duit bayar sewa. Dalam kamsis ada disediakan cyber cafe, lepastu ada juga Dobi, Murah je pun. Tapi aku basuh sendiri je dulu, tak kuasa aku nak naik turun tangga pergi dobi. kahkah. Dekat depan kamsis ada kafe, kalau lapar malam-malam bolehlah makan dekat situ ada masakan panas pastu aku dengar sekarang dah ada skrin besar, musim bola heavenlah para jejaka kahkah. Kalau duduk kamsis ni tak best sebab kalau keluar pergi bandar ke boleh sampai pukul 7 petang je, lambat sikit kenalah. Aku pernah kena dulu pergi KFC petang pastu otw balik tertinggal cheezy wedges laju-laju patah balik kahkah. Lambat 5 minit masuk poli terus kena tulis nama. Menyampah. Dah la puasa. sobs. 

Petang lepas kelas boleh bersukan jugak, sukan apa nak semua ada. Kot. haha. Lepastu kalau rajin boleh naik bukit bauk, jogging. Ramai orang dekat bukit bauk tu setiap pagi dan petang tapi kalau nak naik petang jangan lewat-lewat sangat, pastikan turun dari bukit bauk tu sebelum pukul 7 petang, nanti tak memasal ada yang ikut. ekeke. Pepaham jelah ek. Kalau rasa bukit bauk tu terlalu tinggi, naik jelah bukit PSMZA tu, best jugak. Dekat situ pun ada sungai, aku tengok budak lelaki suka mandi dekat situ, perempuan aku tak pernah tengok lagi. Lepastu istimewanya politeknik Dungun ni sebab setiap petang selasa ada pasar malam dalam kawasan politeknik ni. ahak. Seronoklah sebab makanan pasar malam murah, lagipun dia buat dalam poli je jadi sangat memudahkan pelajar, takdelah pelajar jadi bosan tiap hari makan makanan kafe je. Sekarang nak masuk bulan puasa kan, seronok jugak sebab setiap hari ada orang jual makanan dekat tapak pasar malam tu, aku panggil bazar poli. Jadi pelajar tak susah nak cari makanan dekat mana, dalam poli pun banyak. Dekat Dungun ni setiap hari Khamis ada pasar malam dekat bandar, pasar malam terbesar, seronok sangat sebab ada banyak pilihan makan yang murah dan sedap. ihiks. Lepastu depan poli ada Cool Blog baru buka bulan 4 hari tu, eh dalam poli pun ada juga jual air ala-ala Cool blog tapi nama kedai je lain. Sebijik sama. Yang lainnya, black pearl dia tak selembut black pearl cool blog. ekeke. 

Ni lah bukit PSMZA tu.

Kalau nak pergi bandar pula, naik jelah bas sekolah atau nama glamour dia 'van kunyit'. Van tu dah tunggu siap-siap dekat depan poli tu, naik jelah pastu cakap nak pergi mana. Tapi azab jugak kalau nak cepat sebab biasanya dia akan tunggu van tu penuh baru gerak. Kalau nak cepat, sewa je kereta depan poli tu. Ada 2 tempat boleh sewa kereta depan tu, satu yang pensyarah poli punya dan satu lagi makcik apa tah nama dia yang punya tapi kereta dia buruk sikit berbanding kereta pensyarah tu. Buruk tu maksudnya kotor, tak jaga. Kalau yang pensyarah tu bersih je. tehee. Kawan aku dulu selalu sewa kereta kalau keluar sebab nak cepat. Hari cuti macam Jumaat dengan Sabtu, biasanya pelajar poli ni pergi Mesra mall tengok wayang ke bowling ke. Typical hujung minggu budak poli Dungun. ekeke. Kalau kau pergi hari tu mesti ramai je budak poli yang kau nampak, lepas pergi Mesra mall, lepak pantai Kemasik duduk atas batu-batu kahkah sambil makan keropok lekor. Kalau rasa Kemasik tu jauh, pergi jelah bandar Dungun tu kahkah. Lepak Domino ke KFC ke hewhew. Dari memerap je dalam bilik kan. Selain tu, ada jugak sewa kereta pergi pantai UiTM, makan abc tepi pantai dan tak lupa juga cendol Abg As yang femes dekat Dungun. tehee. Eh, sekarang Dungun dah ada banana boat tau, Rm10 sekepala sekali naik, lokasi dekat bawah jambatan Seberang pintasan dekat terminal bas. Ramai budak poli pergi hari tu waktu study week semester lepas. Yang dah habis exam lah. Berbulu je aku tengok memasing upload gambar dengan video duduk atas banana boat tu dekat instagram. Aku dekat rumah sewa tu gigih serap ilmu nak jawab exam. pffft. 

Sebenarnya tak teruk pun belajar dekat politeknik ni. Ramai orang luar atau lebih tepat lagi ibu bapa yang beranggapan bahawa pelajar politeknik ni teruk. Ehem. Salah okay tanggapan tu. Ada jugak yang cakap, belajar poli je, kerja apa je nanti. Dia tak tahu ramai je budak politeknik berjaya, kerja luar negara, gaji besar. Rezeki orang kita tak tahu. Eh hari tu adalah satu kes buang bayi dekat Dungun, dekat surat khabar cakap yang buang bayi tu pelajar IPTA dekat Dungun. Lepastu ramai lah yang cakap budak politeknik punya kerja. Amboi, sedap mulut berbicara. Padahal pelajar dekat sini je tahu kisah sebenar, bukan budak politeknik pun buat semua tu. pffft. IPTA lain hokkayy. 



Harap semester depan, lebih baik dari semester sebelum ni. Amin.



Seharian di Dungun

1:28:00 pm


Assalamualaikum


Penat tak hilang lagi wehh. heh. Petang selasa hari tu pergi rumah sewa dekat Dungun. Sebenarnya dari minggu lepas lagi plan nak pergi rumah sewa dengan Ja sebab nak kemas-kemas sikit. Kalau nak kemas masa nak masuk semester baru memang tak terkemaslah sebab masuk tu dah bulan puasa. Siapa je yang larat masa tu. ekeke. Awalnya plan nak pergi hari isnin lepastu balik hari rabu, tapi Ja demam tak larat. Okaylah, hari selasa jelah pergi. Petang selasa abah hantar pergi Dungun bawa barang sikit-sikit nak tinggal dekat sana dulu nanti minggu depan tak penuh sangat kereta. 

Pastu bila dah sampai dekat Dungun, macam 'eh apa kata dah alang-alang ada dekat Dungun ni jomlah jumpa penyelia projek bincang nak tukar projek baru', kata saya kepada Ja. Sebenarnya memang dah ada niat nak jumpa penyelia projek sebelum masuk semester baru ni sebab kan projek tak settle lagi, kebetulan dekat rumah sewa ada juga 2 orang classmate yang dah datang awal sebab nak belajar pasal projek diorang dekat Poli. Jadi beranilah saya pergi Dungun juga sebab ramai. kahkah. Dekat kawasan rumah sewa tu sunyi je cuti ni, sebab kebanyakan rumah dekat kawasan tu diorang bagi student Poli sewa, jadi bila cuti ni sunyi jelah tak ada orang sangat. Nasib baik duduk sana sehari je. ekeke.
 
Pastu semalam terus whatsapp penyelia cakap nak jumpa kejap, pastu dia cakap okay terhegehlah kami berdua bersiap sebab dia cakap datang awal nanti dia ada kerja lain pula. Dahlah jalan kaki je pergi Poli dari rumah sewa tu, 15 minit makan masa dekat situ. Bincang-bincang kejap, alhamdulillah dia setuju dengan projek baru ni. Terus pulang dengan kegirangan. ekeke. Ingatkan lepas siap jumpa penyelia nak balik rumah sewa ambil barang terus nak pergi terminal bas sebab nak balik k.trganu pula, tapi terbuka peti ais tengok dah berulat. yakki. Sape punya kerjalah, hari tu dah cakap kosongkan peti sebelum balik, keluarkanlah barang sendiri, tapi tak, dia tutup suis je, dalamnya tak kosongkan. heh. Ulat besar kelingking. Ulat sampah tu, pernah tengok tak, ulat tulah besar nak mampus. Yakki.

Terpaksa bersihkan peti kejap, Ja bertungkus-lumus dengan Fatin. Saya jaga paip je. Mengada sangat kan. Kahkah. Eh tapi tolong juga sikit-sikit basuh lantai dapur. Lepas settle semua, siap-siap kejap terus call pakcik apa tah nama dia tolong hantar pergi terminal. Fatin ikut sekali, dia orang Johor tapi nak jalan rumah kawan dia dekat Setiu. Wani dah balik Johor pagi tu. Ja pun ikut sekali naik bas sampai k.trganu padahal rumah dia dekat Marang, saja nak jalan-jalan. ekeke. 


Budak tu excited naik bas ni. kahkah. Orang lain bosan dah, dahlah panas. Aircond macam malu-malu je nak keluar. Pastu masa ni terpaksa masuk dalam gambar, ingatkan selagi tak kurus taknak bergambar. kahkah. Duk rumah sebulan makan free, biasalah. Typical cuti sem. ekeke. Masa ni dari pagi tak makan apa-apa, minum air je. Pukul 3 lebih sampai KT terus pergi Mcd. Lapar sangat masa ni, perut dah masuk angin. Dahlah sekarang saya tak macam dulu lagi. Dulu okay je makan lambat, sekarang lambat sikit mulalah masuk angin. heh. Sampai Mcd terus pesan doublecheese burger set besar, dapnya. Eh, tapi mahal sikit ah sekarang tak macam semester lepas. hm. Pastu makan sampai kenyang, sambil tunggu Naim datang ambil saya. Bai.