anak P E R T A M A

1:29:00 pm

Assalamualaikum. 

hurm

best ke jadi anak sulung ?
kadang kadang best, kadang kadang tak .

kenapa?
entah.

kadang aku rasa sedih dengan nasib aku. hahaha
sebab aku anak sulung ke ? entahlah.

Aku ingat lagi dulu masa aku baru masuk sekolah darjah 1, hari pertama sekolah. mak ngan abah hantar aku dekat kelas aku, 1 Luhur sk ladang, terengganu. Lepas salam, terus tinggal aku sorang sorang dekat kelas tuh. Sorang pun aku tak kenal. Waktu rehat pulak aku tak keluar kelas, sebab tak tau nak buat apa, nak pergi mana, nak makan macamana, semua aku tak tahu. aku duk sorang sorang dalam kelas tu sampai habis waktu rehat. Aku tengok kawan sekelas aku semua pergi makan dengan mak ayah diorang. ade yang g makan dengan kakak or abang diorang yang sekolah tu jugak.
Balik sekolah aku mengadu kat mak aku, aku tak makan, kawan kawan semua pergi makan dengan mak ayah dengan harapan mak abah aku datang sekolah aku esoknya untuk teman aku makan.
Esok, waktu rehat aku ikut kawan aku dengan mak dia pergi kantin. sampai je kat sana aku terjengket jengket cari mak aku kat sana. tapi hampa. mak abah aku takde pun. aku nangis sorang sorang, jalan balik ke kelas. hahahaha... sedih oke.
esoknya barulah mak aku datang, lepas mengadu beberapa kali. haih
Dulu darjah 1, aku dapat no 2 dalam kelas. aku happy gile, tak sabar nak bgtau abah. masuk je dalam kete terus bgtau abah, tapi abah tak percaya. seddiihh ! 

kalau belajar pulak, belajar sendiri je. tak paham, tanya kawan kawan. kawan tak paham, aku pun tak paham lah. adik adik aku, tak paham tanya aku. hurm

masa nak sambung belajar lepas spm dulu, semua aku buat sendiri. kawan aku tolong isikan borang matrik untuk aku. upu aku isi sendiri, tak tahu tanya kawan. kesian =(
adik aku pulak, aku yang settlekan semua. menyampah.
sampai pasal boleh sambung belajar dengan SPA pun aku tahu lepas setahun habis spm. sedih.. haha

Dulu sekolah rendah, cikgu marah sebab tak siap kerja sekolah, lek er sorang sorang. takde pun mengadu dekat mak abah. kena rotan dekat tangan. aku tak buat bukan sebab aku malas, tapi sebab aku tak tahu. aku bukannya budak pandai walaupun duk kelas paling depan. Bergaduh dengan kawan dekat sekolah, dengan budak laki. Lek er, settle semua sendiri. hahhaa.. adik aku walaupun lelaki, gaduh dengan kawan kawan kat sekolah, sibuk nak suruh abah pergi sekolah marah kawan dia. Aku dulu takde pun nak mengadu macam tuh.

anak sulung lah sebenarnya paling banyak hidup susah. Dulu aku baru lahir, abah mana ada kete lagi. ada pun motor je, duk rumah sewa. Lepas adik aku yang ke 2 tu lahir, ada rumah sendiri, ada kereta. untunglahkan. kalau gaduh dengan adik adik, aku je kena mengalah sebab mak kata aku paling tua walaupun memang adik aku yang salah. Nasiblah kan .







Emergency couple :D

11:07:00 pm

Assalamualaikum

korang tahu tak , aku sebenarnya dah terjebak dengan drama korea yang baru ni.
Emergency Couple
haih
benda ni yang paling aku tak suka sebenarnya
haha
aku ni jenis yang tak boleh tengok cerita tak habis.
dan benda ni berlaku masa minggu final exam hari tu.
ya Allah, susah gile kot nak lari dari tengok cerita tu. hahaha
nota tah ke mana dah. Dah tu, heroinnye pulak orang yang aku minat,
Song Ji Hyo. haha
semua kerja tak menjadi hari tu, sumpah aku tak fokus mana pun masa study Ep301 haritu. haha
tengok jela macam mana result subjek tu nanti, hehehe
sehari je lagi nak jawab paper tu, baru nak study, tinggal cerita tuh. 
dan harini aku habiskan 21 episod tuh. hahaha
pada sape sape yang belum tengok tuh, moh ler layan cite ni. haha
nak tengok, klik je kat gambau bawah ni yer.
takat nak nonton je, nak download hakak tak tauu . hihi

Bebas .

9:17:00 pm

Assalamualaikum^-^
Dewan Dagang PSMZA

tempat jawab exam hari tu :)
hee~ aku dah merdeka dari sem 3 ! hoyyeh hoyyeh
haha
lepas berminggu mengadap nota, akhirnya merdeka jugak..
tengok la pulak result nanti macam mana. 
enjoy dulu, nanti result keluar, menangis pulak :'(
btw, aku hepy giler mase jawab eng.math hari tu, 
hahaha.. rasa macam tak ada masalah langsung. berlagak hokay -_-
hahaha
bia lah aku nak berlagak pun, sebab math je pun aku boleh jawab tanpa masalah, 
subjek lain, hampehh !
hahahaha

sem depan dah praktikal, 23 jun nanti dah lapor diri, jadi cuti dua bulan ni,
kena lah manfaatkan betul betul. bukan senang nak dapat cuti lelama ni.
owh, sem 6 ade final project, senior cakap time praktikal ni dah kena fikir nak buat projek apa untuk final nanti..

aku ingat, aku nak tambah sistem dalam kereta, benda tu kita cakap je nak pergi mana, kereta pun gerak sendiri tanpa kita pandu pun, hahahaha
kita boleh pilih, nak pandu sendiri ke, nak auto..
boleh tidur... ade sensor untuk traffic light, kalau merah automatik berhenti sendiri. 
kita tidur je dalam kereta tu, tau tau dah sampai ke destinasi. hahhahah
boleh tak ?

oke lah, nak blogwalking pulak. babai

muka hepy last paypper
Ja ngn Zizan (cameraMan kelas aku) haha


Till then 

baru tahu

11:34:00 am

assalamualaikum
ngee~
pagi macam ni, ingat nak rest selepas 2 hari berturut turut pulun study math.
sampai pening kepala. hahaha
harini last paper ! hehe
 ingatkan saje saje je nak berfesbuk, tengok berita terkini. haha
maklumlah rumah sewa tak de telebesen--
tengah syok berfesbuk, berblog, terjumpa pulak belog kawan sekelas dulu.
haih
menyesal pun ade, 

aku baru tahu dia tu tak suka aku dulu, lepas 4 tahun lebih baru tahu. haha
mungkin dia fikir aku ni perampas kebahagiaan dia kot. 
hahaha, kelakar oke baca cite dia.
 sebenarnya, aku pun tak suka dia. 

kenapa ?
sebab, dia yang buat aku benci dia gile gile gile.

kenapa kenapa kenapa--
dia tu sebenarnya budak baru dekat sekolah aku, perempuan. awal-2 masuk sekolah, dah buat aku terasa hati dengan dia.

bagi aku, budak ni tak ada adab , fullstop.

dia tengking aku depan budak kelas aku , semua tengok, diam.
sampai cikgu sekali diam.
cikgu tahu aku malu. 
ingat aku ni tak ada maruah ke nak buat aku macam tu. 
memanglah depan budak kelas je, tapi masa tu tak sampai sebulan lg kot aku duk kelas tu, aku kenal 3 orang je budak dalam kelas tu time tuh.
aku ni dah la dulu macam kura-kura , sekali orang tengking, terus kecut.
semua pun nak kecut. hati, perut. hurm
macam kura-kura, kalau ketuk, masuk kepala dalam cengkerang dia.

selebihnya aku baru nak kenal kenal. malu la aku dia buat macam tu.
nasib baik ade Ipah. Dia baik. dia jelah faham aku masa tu , ade Amir fuad, ade Soleh.

aku ni dulu jenis yang tak pandai nak berkawan, malu nak mulakan sebab aku takut orang tu tak nak kawan dengan orang macam aku.
aku sedar aku ni sape.
aku nak sangat kawan ngan budak tu dulu, kesian sebenarnya tengok dia sorang-2. 
Namun---

yelah, aku ni bukan budak pandai, masa tu pun aku baru belajar nak jadi pandai,
baru nak berkawan dengan orang pandai, baru nak rasa duk sekelas dengan orang pandai.
S E D I H
benda tu aku tak boleh lupa sampai sekarang. Lepas kejadian tu, aku jadi tak suka dia.
dan sebab tu jugak ada beberapa orang kawan lelaki aku tak suka dia.
dia ni memandai sikit. 
budak pandai, biasalah.

Dan hari ni aku dapat tahu dia pun T A K S U K A aku sebab aku R A M P A S cinta dia. hahahaha
sampai macam tu sekali. 
aku tak tahu pulak ada orang cenggini. Sebenarnya dia tu budak baru, dia tak kenal pun lelaki yang dia suka tu macam mana orangnye. baru buat ayat sikit, dah terperasan. hahahah
kelakar oke. Lain kali, kenal lah dulu orang tu jenis yang macam mana, baru lah nak perasan pun. sadiss
pastu boleh pulak bgtau seluruh dunia(kawan-2 dia) dia dengan lelaki tu couple. hish 
tolonglah

pelajar cemerlang. namun --


sakit hati lagi !

8:50:00 am

Assalamualaikum.
hihi
selamat pagi :)
aku nak cerita ni...... 
begini,
ada budak sorang ni kan, dia kan, tak suka aku. hohohoho :'(
aku tahu dia banyak mengutuk aku. 
tapi gua tak heran la der !
apa nak dikesah sangat kan ? tak berani la tu nak bersemuka ngan aku, tu yang sedap sangat mengutuk aku kat belakang . hihi~
ingat aku tak tahu ek ?
cakap lah selagi kau mampu, aku tak boleh nak halang kau dari bercakap buruk tentang aku.
mulut orang mana kita mampu jaga.
hanya mampu berdoa supaya kau sedar, macam tak berapa nak matang sangat perangai dia ni.

bila kat depan kan, senyum manis giler, bahasa cantik sangat...
-
-
-
-
aku sebenarnya kan, malas la nak layan perangai orang cenggini. bukan pengecut.
tapi malas.
tu je.
 aku tahu kalau aku layan, makin buruk jadinya. dia kenal aku sekarang, tapi dia tak kenal aku dulu. 
-
-
orang cakap,
"lupakan jahat orang terhadap kita, lupakan kebaikan kita terhadap orang lain"
 baru kita sedar sape kita. tenang sikit jiwa tu kan ..
 ingat baik orang terhadap kita, ingat jahat kita terhadap orang lain.
ni kalau kita selalu nak ingat baik kita je, sampai bila bila pun kita akan fikir kita ni baik, orang lain yang jahat. orang lain buruk. orang lain keji. orang lain hina. semua pun orang lain lah. 
yang baik semua kita je. puuihh!
dulu masa aku belajar kat matrik, aku pun pernah jumpa kawan macam ni, selalu nak suruh orang fikir dia baik, haha.. 
jahat itu aku. 
semua benda nak di update dekat fesbuk. hoho
kalau orang baca status dia tu, orang akan cakap dia ni tak pernah buat jahat. selalu baik je...
hakikatnya, 
Tuhan saja yang tahu .
sekarang, lepas habis belajar setahun lebih dah, baru pandai nak cari aku balik kan.. rasa bersalah la tu. haha
nasib baik aku ni tak berdendam, aku dah tak nak simpan benda tu lama lama, makin aku ingat , makin sakit hati. Jadi kami berkawan semula. haha
sebab tu sekarang orang nak buat apa pun kat aku, aku macam tak kesah sangat. sebab aku tahu nanti dia akan sedar sendiri bila dia jumpa lawan dia. 
tunggu jelah. macam tak sabar pulak nak tengok dia menyesal. haha --

aku happy !

12:26:00 am

Assalamualaikum :)

rase macam letih giler hari ni. mana tak nye, seharian mengadap nota electronic circuit tu.
sampai lebam mata ni duk hadap satu persatu litar elektronik. haih
dah nama pun budak letrik, haruslah kena kenal litar kan --"
letih macam mana sekali pun, kena jugak paksa diri ni study, yelah , kate nak naikkan pointer sem ni, wajib struggle lah. huh

hihi. tak cukup kertas, dinding pulak jadi mangsa. 
sorry ye tuan rumah, nanti sy padam balik -..-

tapi kan , aku nak cakap....aku bersyukur sangat sebab soalan yang keluar petang tadi tak susah pun. ngee~
senyum je sepanjang jawab soalan tadi even tak tau betul ke tak. tenang je :)
 tapi yang penting aku boleh jawab--
alhamdulillah
dan tak sia-sia langsung aku study sepanjang hari ni, korbankan waktu tidur aku. 
paper seterusnya khamis ni, 17 april. 
wish me luck :)


.Thanks Allah .


mood exam 3 -..-

1:19:00 pm

gud bai telephony :)
alhamdulillah, lega. tinggal lagi 3 paper.
mari buang semua nota--"
malam ni sambung study, petang ni tido. ganti semalam~ 

mood exam 2 -..-

1:04:00 am

cepat gila masa berjalan. Selasa dah nak exam. 
aku masih lagi boleh berblog.
hari tu boleh kata nak tinggalkan semua nih, namun, hahaha ! 

banyak betul dugaan semester ni. banyak sangat-sangat.
dugaan kawan. 
dugaan jiran yang tak gheti nak diam. 
tak gheti nak cakap slow, taman ni bising dengan suara diorang jek. 
dah la perempuan, kalau lelaki boleh tahan lagi.  stress . grr~
mata aku pun dah macam hape dah, sibuk nak kena berjaga malam-malam semata nak dapatkan ketenangan. ececeh, ketenangan lah sangat -..-
konon berjaga malam lah, walhal tak sampai pukul 3 dah berdengkor !
hahahahaha
buat alarm pun, bukan gheti nak bangun. 
konon study lah ni . Namun~


ni ? #throwback , mini project softskill dekat pantai Teluk Gadung (pantai UITM), Dungun
22 Mac 2014
saje je nak menyelit kat sini :)
Dari kiri, syairah, wani, AKU, popo, Ja, echa :)
ni semua classmate aku,
tuh aku, sluar pink. eh? pink ke merah? magenta kot~
ingat dah shantek sangat buat muka gituh?
 sajejebuatmukebajetshomelgituh. hehe~ 











Till then

mood exam -..-

4:48:00 pm

Mulai hari ini, saat ini.. tinggalkan semua. belog, fesbuk, twitter, ig dan  semua lah. fokus pada yang atas ni je. moga tak jadi macam semester lepas lagi. Hancur. Teruk gile. tak ada harapan dah nak dapat CGPA 4.0 . haih~ padan muka aku. sapa suruh main-main. sekarang baru nak menyesal. sanggup tak balik kampung sebulan untuk kau lah "final exam" !
takpe lah, yang lepas tu biar jelah. fokus untuk yang kedepan ni pulak. Bismillah--


ps : dissapointed sebab tak dapat br1m. sebabnya dah dapat baucar buku. tedetot betul la!

Dajjal

8:37:00 am

Semalam adik aku, Naim share video ni . lepas tengok video ni, terus nak insaf. aku sedih, aku takut, sebab aku banyak dosa. kiamat semakin hampir dengan kita, aku masih lagi macam ni. kalau boleh aku tak nak hidup lagi pada zaman kemunculan Dajjal sebab aku tahu, aku seorang yang sangat lemah dalam agama, aku mungkin tak dapat nak kawal diri aku. Sesungguhnya, fitnah yang paling besar adalah fitnah Dajjal. amalkan membaca surah al-Kahfi untuk mohon perlindungan Allah SWT daripada fitnah Dajjal.


Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah Dajjal" . (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Sedikit perkongsian, Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Matanya buta di sebelah kiri, di dahinya tertulis tulisan "kafir (kaf-fa-ra)", berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Dajjal akan muncul selama 40 hari iaitu hari pertama bersamaan setahun, hari kedua sebulan, hari ketiga seminggu dan hari seterusnya sama seperti hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah selama 14bulan 14hari.
sumber: google