Saturday 27 June 2015

Kelas Ganti.


Assalamualaikum


Hi, hari ni Politeknik seluruh malaysia ada kelas ganti. sobs. Kelas ganti ni untuk cuti awal raya nanti. Kan raya hari Jumaat jadi takkan lah nak balik Khamis kan, kalau aku ni takpelah sebab dekat, macam yang duduk jauh tu, takkan nak balik malam tu lepastu sampai dekat kampung pagi raya. kahkah. Macam kelam kabut. Jadi Politeknik akan bercuti dari hari Rabu 15/7 dah mula cuti sampai.....cuba teka bila? Takyah tekalah, sampai hari Sabtu 25/7. hewhew.  Seronok weyh cuti sampai raya ke sembilan. Pergh. Ada 2 hari akan buat kelas ganti, satu dah selesai hari ni, lagi satu akan diganti pada hari Sabtu  11/6 nanti. hurm.

Letih jugaklah tambah lagi dengan bulan puasa. Hari ni pula cuaca panas sangat ni dekat Dungun. Buka pintu rumah sewa je dah terasa bahang kehangatan dia tuh. Fuh. Redha jelah pergi kelas pukul 11 tadi matahari terpacak dekat kepala. Lepas tu malang sungguh nasib tadi sebab van kunyit lambat jemput, kena denda dalam kelas. pffft. Sepatutnya denda masuk kelas lewat, kena jalan itik. kahkah. Tapi hukuman dikurangkan dengan ketuk ketampi je. hurm. Kena jugak. Kelas 2 jam je pun tadi, lepastu balik naik van. Van dah lah kena tunggu penuh baru nak gerak. Menyampah. Aku nak bawa kancil datang sini tapi, tahap kepenakutan itu sangat tinggi dalam diri ini, suruh adik aku tolong drive ke Dungun, dia taknak sebab dia nak bawa motor dia lagi T_T Padahal lesen dah nak masuk 3 tahun, tapi kereta pun takut-takut lagi nak bawa T_T

Oh, petang ni plan nak berbuka makan kuey teow goreng je kebetulan ada keropok keping, pastu perah jus limau nipis. Dap em. Lepas asar buat rombongan satu rumah ke kedai Saimah depan sana tu beli barang nak masak. hewhew. Pastu beli ais. Kering je tekak ni panas sangat, terliur tengok air sejuk. pheww. Sekarang ni tengok semua makanan pun terliur walaupun keropok kering yang tak masak lagi tu. kahkah. Tapi pujuk perut cakap kat dia, sabar, kata nak kurus. tehee. 


Tengok tu aku sampai macam tu sekali kepala, belon tu lah menyemak dekat depan, tahulah aku pendek. pffft. Ni lah semua housemate iolls. hewhew. Esok pula kena bagi keputusan muktamad dah dekat supervisor projek nak buat projek apa nanti sebab sebelum raya ni dia nak semua komponen dah lengkap. tsk. Bertabah jelah. Sebab sekarang tak tahu lagi nak pakai litar apa, lepas tu tak tahu mana nak beli RFID tu. Ada 'orang tu' ingat projek akhir saya ni imaginasi semata-mata, dari semester lepas lagi saya cerita ke'tertekan'an saya terhadap projek ini, dia tak tahu saya perlu berimaginasi dan wajib buat sendiri sampai jadi. Lepastu dia terkejut terus kagum. kahkah. Kelakarlah dia tu ingat saya stress selama ni untuk imaginasi semata-mata. kahkah. Dan sekarang berdoa jelah semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Hasil belajar seminggu dah dapat sikit dah ilmu pasal sensor, sedikit membantu untuk projek. hewhew. Nah tengok ni.


Pelbagai jenis sensor, tak sabar nak buat lab subjek  Wireless communication. tehee. 


Nah, ini sebagai Host. Tak tahu sangat, sebab hari tu baru kenal-kenal instrument. Tengok-tengok gitu je. Cik Rosnani yang ajar subjek ni, baik je. 


Dan ini sebagai gambar hiasan. kahkah. Takde kena mengena. Sebab geram sangat tengok dia duduk elok atas tu haa. Mahal boleh tahan, tapi sebab sedap, kugagahkan juga diri ini untuk bayar. kahkah. Ish lambatnya masa berjalan, nanti 5.30 baru pergi kedai runcit beli barang nak goreng kuey teow. Lambat-lambat sikit, lepastu masak, anggaran dah dekat nak berbuka baru settle semua, terus ngap. Taksabarnya. Okaylah awak, babai.




Tuesday 23 June 2015

Perjalanan puasa di rumah sewa.


Assalamualaikum


Hi. Masuk hari ni dah empat hari puasa dekat rumah sewa dengan kawan-kawan. Hari tu azam tahun ni nak sahur penuh. Berangan jelah. kahkah. Pagi tadi semua tak bangun sahur, yang sorang tu dah bangun, pastu bila tanya kenapa tak kejutkan yang lain, dia boleh cakap "aku ingatkan semua dah sahur" T_T dia maksudkan pada pukul 3 lebih yang dia tersedar tu. Sahur mendenya pukul 3 lebih T_T Telan ailio jelah dapat kawan blur macam tu. kahkah. 

Lepastu dah lerr internet rosak. Sebab tu dah lama tak on blog, guna internet digi je yang RM3 seminggu, kuota 0GB. pheww. Buat aduan hampir 2 minggu dah, lepastu cakap dah baiki masa cuti semester hari tu, tapi masa datang sini hari sabtu tu, tetap tak boleh guna jugak. Lepastu call lagi kontraktor TM cakap tak boleh guna, dia cakap nak datang tengok Ahad. Aku ni gigih lah lepas habis kelas pukul 4 terkejar-kejar balik rumah sewa takut kontraktor tu nak datang, tapi tak jugak. Call tak angkat. Hari ahad tu lah jugak situasi berbuka puasa paling menyayat hati. tsk. Sebab TM tulah janji nak datang ahad petang tu, kami tak jadi pergi bazar untuk beli makanan lepastu kirim dengan kawan makanan, mula-mula janji nak tolong belikan tapi lepastu tak jadi pulak. Hampeh betul. Tak ada persediaan langsung masa tu, 5 minit nak berbuka baru terhegeh-hegeh masuk dapur masak maggi. Sadiss betul dan tiba-tiba rindu mak. sobs.


Minuman pula air kosong je. sedih tak? Makan tak habis pun bukan sebab kenyang tapi muak. Malam tu nasib baik kawan aku keluar dengan kawan dia. Aku kirim dengan dia je double cheese burger. Masa tu rasa bersyukur sangat. tsk. Makan burger sambil menitiskan air mata. tehee. 


Semalam pula lepas habis kelas terus pergi bazar sebab tak nak kejadian sama berulang. kahkah. Heaven weh dapat pergi bazar dekat bandar Dungun tengok makanan, lepastu bau dia ya Allah sedapnya macam nak beli semua nasib iman kuat lagi. Pujuk hati supaya jangan tamak. kahkah.


Ramai sangat orang semalam. Penuh van. Lepastu aku geram sangat dengan sorang budak ni, semester 1 kot baru lagi, Dia tak tahu agaknya van tu untuk semua orang, dia ingat orang sediakan van tu untuk dia sorang. pfft. Nak selesa je duduk tu tak nak berhimpit. Geram je aku tengok. Nasib puasa, kuat sikit iman. Nah belanja satu gambar kelas pertama untuk semester ni.


Walaupun muka aku tak jelas, nak jugak tepek kat sini. kahkah. eh, ada kejadian pelik tau masa sesi selfie ni, tapi lain kalilah cerita. Nak masak kejap, hari ni Naim adik aku dah tolong belikan ayam madu dekat bazar untuk aku, dia satu poli dengan aku, dah semester 5 sekarang aku pulak semester 6. hewhew. Okaylah babai.



Saturday 20 June 2015

Cuti Semester Hampir Ke Penghujungnya

Assalamualaikum.


Tiba-tiba jantung tersentak. Alamak beberapa jam saja lagi dah nak kena balik Dungun T_T Tak sukalah perasaan ini. Menyampah. Shuhh pergi jauh-jauh! Ahad dah start kelas, setiap hari kelas mula pukul 8. Nanti mesti rindu cuti semester, lepas subuh tidur balik, tak ada benda lain kena fikir. Mesti serabut nanti. Harap dipermudahkan segalanya ya Allah. Amin..


Gigih saya buat ni ahaha. Jadual okay saja semester ni, tak teruk sangat. Tapi senior cakap semester 6 banyak teori. Menyampahlah teori banyak-banyak nak buat apa. haih. Pastu sekarang ni tengah fikir esok berbuka nak makan apa, kahkah. Duduk rumah takyah fikir sebab mak yang masak, pastu duit takyah keluar pun. Sekarang ni semua kena fikir. Tadi dah siapkan sikit-sikit barang dapur nak bawa esok, ambil dekat rumah semua sebab nak jimat faham-fahamlah duit ptptn tak masuk lagi. hewhew.

Azam semester 6 ni nak kurus sebelum raya. Ah, bosan betul dengan azam tu dah lama kot tak tercapai lagi. Hari tu nak kurus sebelum masuk semester baru. Sekarang sebelum raya. ekeke. Sekurang-kurangnya ada jugak azam. kahkah. Tidur dululah nanti tak bangun sahur pulekk. Babai

Monday 15 June 2015

Pelbagai Jenis Biskut Raya dan Kek paling sedap pada abad ini !


Assalamualaikum



Beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tak sabar weyh nak merasai suasana bulan ramadhan ni lagi-lagi bila sambut dengan kawan-kawan. hewhew. Sekarang semua dah sibuk nak sediakan barang untuk raya walhal puasa pun tak lagi. tehee. Biasalah tu, kalau lambat nanti kelam kabut. Tukang jahit pun taknak terima tempahan dah sekarang, nasib baju raya saya mak yang jahit, ekeke. Oh, nak bagitahu ni, kakak kepada Jaa ada menjual pelbagai jenis biskut raya dan kek. Sedap sangat kek dia, dah sedap cantik pulak tu. Sumpah tak tipu. mari tengok dulu.




Antara biskut raya yang dibuat sendiri, separuh dari gambar saya dah pernah rasa, sebab Jaa selalu bawa tester dekat rumah sewa. kahkah. Sedapnya Crunch Almond Cookies ! Tak sabar nak masuk semester baru ni, mana tahu kot Jaa bawa tester lagi. kahkah. Sekarang mari jamu mata tengok kek pula. Ah, tabahkan hati sebab kek dia memang sedap weyh, lembut je. Pastu kalau yang Cheese leleh tu memang meleleh. Pergh pergh. Dap em. 

Fakta tentang kek Eny Rosli ni : Bila bau je memang akan rasa tak sabar nak makan, bila makan pula doa dalam hati supaya kek ni tak habis, kalau habis menangis gigit jari. behehe. Tapi serius masa saya praktikal hari tu sekali dengan Ja ni, pastu office aircond, kebetulan dia bawa cheese cake, satu office tu bau kek dia, sedap sangat baunya.. Dah la sedap, murah pula. 




Selain itu, kek untuk kanak-kanak pun ada. Sebab Eny Rosli ni kreatif, cantik kek dia. Kanak-kanak pun suka, ramai pensyarah Politeknik saya tempah kek dengan dia untuk sambut hari lahir anak mereka.




Eh, kek kahwin pun ada jugak tau!





Contohnya yang ini.




Kalau rasa nak makan sorang, taknak share, sebab sifat kedekut tu kental dalam diri, beli jelah kek bajet, dia letak dalam bekas macam ni harga tak sampai RM 15 pun sebekas tu. Pastu ada banyak jenis contohnya Cheese, Coklat, Blueberry dah banyak lagi lah. Boleh mintak nak buh topping apa. Dap em. Sebelum ni saya tak suka sangat kek ni, tapi kek Eny Rosli sedap weyh, lepas makan mesti rasa nak order lagi. Iye hakak tak tipu~




Ini tak pernah cuba lagi. lepas ni pasti cuba. Dapnya^^ 


Untuk tempahan :-

WhatsApp : 014-9074681 (Husna)


Area : Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman
*sebab dia duduk dekat Marang. 








Sunday 14 June 2015

Blog kelas zaman sekolah.


Assalamualaikum.


Dulu zaman sekolah, budak kelas aku ada buat belog untuk kelas. Aku tak tahu pun belog itu wujud pada zaman itu, maklumlah masa tu kan tak kenal lagi dunia internet ni. Kan dah cakap aku selalu ketinggalan dulu. Kesian. sobs sobs. Tak tahulah siapa yang buat belog tu, memang aku tak tahu apa-apa langsung. kahkah. Aku baru tahu pasal belog tu wujud masa lepas SPM dah, tahun 2011. Macamana aku tahu pun, aku tak ingat.


klik gambar je kalau rasa nak singgah.


Ni lah belog kelas saya dulu waktu tingkatan 4 dengan tingkatan 5. Penulis pula aku baru perasan semalam, ramai. Lebih dari seorang, ramailahkan. ekeke. Budak kelas aku semua yang tulis-tulis ni, eh memanglahkan, dah nama pun belog kelas aku takkan kelas lain pula yang tulis kan. tehee. Semalam aku rasa nak bacalah isi kandungan belog ni, sesaje je. Baru aku perasan, aku macam tak ada peranan pun dalam kelas tu, kahkah. Tak wujud pun bagi orang lain kot. kahkah. Dulu aku buat hal aku je, dah lah duduk paling belakang, hujung belah kiri sebelah pintu. Pastu kalau kawan kelas lain lalu, aku sembang kejap. Suatu hari aku kena marah dengan cikgu ku zaiton, cikgu english sebab aku sembang dengan orang luar. Habis tu dia bukan mengajar pun T_T Sebelum aku sembang tu, kawan aku ada juga yang sembang tapi cikgu tak perasan, selamatlah dia. Giliran aku, nasib tak menyebelahi pula. Kena marah. kahkah. Takpelah, kenangan. 

Dulu kelas aku ramai perempuan dari lelaki, pastu kawan semua je tapi macam berpuak. Tak suka lah. Aku kawan dengan orang sebelah aku, pastu depan aku. Yang lain kawan juga, tapi biasa-biasa jelah. Ehem, sekarang diam je blog tu, tak aktif lagi dah. Aku tak ngam sangat dengan budak kelas aku dulu, sebab diorang phanndaii semua. Cis. Dulu ada nama panggilan yang classmate bagi dekat aku, antaranya, Mokna sebab dia cakap aku gemok, aku okay je. Pastu ada yang panggil Muna, ada jugak Mona. Padahal nama asal Husna T_T

Saturday 13 June 2015

There's Islam but there's no Muslim.

Assalamualaikum.
Saya copy ini dari whatsapp 😭

I was on my way home, naik LRT..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..
Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati..turun2 tangga je kne lalu depan org yg perhati tadi..lelaki.
dia sgt berminat tengok buku yg
sy pegang tu..tp sy buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sy x dgr sgt..then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh..dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but not Muslim..
( * time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine?really??are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah..now I'm free..a free thinker..

B : but why?

A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait..what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no, no, just confused, do u mean..THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah..hmm..Islam is the best religion right..the real religion, you know right??

B : yeah..I know..and I Believe..

A : me too,I believed but..huh..there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then..sy trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD,IT'S IMPOSSIBLE..IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD..EVERYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam..terpaku..terkaku..mcm2 benda dtg singgah kat otak..tp x tau nak cakap apa..otak jam..
Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart..my mind..I'm a HAFIZ also..I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah,alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah..where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??

A : yeah,but now it's sold,it's sold,it's sold sister, the jews conquered it..
( * muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know..where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim..he was born at (apa ntah nama tmpat dia..x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more..read more..then u'll know..I'm right..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je..cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya..hmm..sy sambung baca..lrt smpai kat KLCC

A : tq sister,i've got to go,read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong..Then..terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..sy x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg sy buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Sy biarkan..sy x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya..kite boleh jawab?
Saye pon x lepas..bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh..hmm..pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya..kite terdiam..pegi refer ustaz,ustazah..
Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Sy pon fail..banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt
mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas..apa tah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allah..x tau bila..
Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..
Kita lupa..kita kat akhir zaman..macam2 ujian datang..iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..
Again..DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..
KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu..hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..
JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT

#‎copypaste
#‎orangmembencibilakitamenegur
#‎mogaallahredhadengandakwahyangsekecillnya.

Kalau Nak BI anda Bagus, Baca Ni!!!        
          -          -          Please read this to the end. You hardly have time for Allah. He loves you and always blesses you. He is always with you. I need you to spend 30 minutes of your time with Him today. Don't pray. Just praise. Today I want this message across the world before midnight. Will you help? Please do not cut it, He always helps you with something that you are in need of. Please, drop everything & pass it on. Don't break this chain. Why do we feel sleepy in Prayer, But stay awake through a 3 hour movie? Why are we so bored when we look at the AL-QURAN, But find it easy to read other books? Why is it so easy to ignore a msg about Allah, Yet we forward the nasty ones? Why are Prayers getting smaller, But bars and clubs are expanding? Why is it so easy to worship a celebrity, But very difficult to engage with Allah? Think about it, are you going to forward this? Are you going to ignore it, because, you think you will get laughed at? Forward this to all your friends. 80% of you won't forward this. Allah said: If you deny me in front of your friends, I will deny you on the day of judgment: When one door closes, Allah opens two: If ALLAH  has opened doors for you, send this message to everyone including me... Allah has no BLACKBERRY but He's my favorite contact. He is not on TWITTER but I still follow Him. & even without the INTERNET I am always connected to Him. He is not on WHATSAPP but, He's always online. Send this to everyone, including me. If Allah has helped you, and been there for you in every step of your life. :) 😢          Sorry for disturbing you.

80% wil ignore this message. 😞

C&P

Sekian.

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.


Assalamualaikum.



Hari ni terajin sikit nak cerita tentang tempat aku menuntut ilmu. Tak sangka dah nak masuk semester akhir pun, sekejap je. Hakak dah senior dah semester depan, kalau jumpa tolong hormat sikit ekeke. Bila ingat balik masa dapat tawaran dulu, rasa berbelah bahagi tak tahu nak pergi ke tak sebab tak tahu jiwa ni boleh terima ke tak kos kejuruteraan, yelah sebelum ni perakaunan je dari sekolah sampai matrik. kahkah. Masa tu juga tengah tunggu keputusan temuduga nurse SPA, tarikh keputusan keluar sama pula dengan tarikh daftar dekat politeknik. Jalan terakhir, istikharah. hewhew. Menangis air mata darah okay sebab takut salah pilih, kikiki. Alhamdulillah dapat mimpi jalan dengan kawan-kawan dekat kawasan yang macam kelas dan tak pakai baju nurse pun, baju biasa. Terus bangun fikir balik, yakin dengan pilihan kali ini, politeknik. kahkah. Nampak tak dekat sini kalau nak buat keputusan jangan tergesa-gesa, doa minta pertolongan dengan Allah swt sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita pastu istikharah juga okay. Jangan nak pilih jodoh je istikharah. ekeke. 

Okay, dekat psmza ni ada empat kursus yang disediakan iaitu Dip. kejuruteraan Elektrik, Dip. kejuruteraan Mekanikal, Dip. kejuruteraan Awam dan Dip. Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Lepastu untuk kos elektrik dan mekanikal ada anak-anak dia pula. Untuk kos elektrik ada 3 kursus yang ditawarkan iaitu Elektrik dan Elektronik (DEE), Elektronik komunikasi (DEP) dan Elektronik komputer (DTK). Untuk kos mekanikal pula tak pasti ada berapa tapi banyak antaranya, Mekanikal Am (DKM), Mekanikal Automotif (DAD), Mekanikal Plastik (DMK), Mekatronik dan Mekanikal Teknologi Pembuatan (DTP), setakat itu je aku tahu pasal mekanikal sebab aku elektrik. hihi. Pelajar mekanikal paling ramai dekat poli aku tu, pelajar perempuan untuk kos mekanikal dan elektrik sikit je, dan untuk keseluruhan pelajar pun sama, pelajar perempuan tak ramai. 

Dari segi pembelajaran pula, segala nota adalah dalam bahasa inggeris dan belajar dalam kelas pula atas pensyarah tu sendiri nak mengajar dalam bahasa apa, tapi biasanya bahasa melayulah dan kebanyakan pensyarah dekat sini berasal dari Terengganu dan Kelantan jadi mereka guna bahasa melayu siap dengan loghat mereka lagi. Kalau pensyarah yang mengada sikit, mengajar dalam bahasa inggerislah. ekeke. Belajar dekat sini bagi aku tak susah sangat sebab setiap yang kita belajar, kita perlu buat eksperimen dalam makmal, jadi kau akan nampak apa yang kau belajar dan automatik faham. Bukan sekadar baca buku semata-mata. gittew. Lepastu kalau yang tak suka matematik tu takyah ambil kos mekanikal atau elektrik sebab subjek tu wajib untuk kos ni sampai semester 6, kawan aku yang tak suka matematik tu tiap sem merungut kenapa harus ada matematik dalam kos ni. kahkah. Padan muka. Kos kej. Awam pun belajar juga matematik tapi sampai semester 3 je, tapi semester lain walaupun takde matematik, tetap ada lagi subjek kira-kira lain. kiki. 

Disiplin dekat sini boleh tahan ketat juga lagi-lagi bab pemakaian. Kalau untuk lelaki, wajib pakai baju berkolar, tak kemeja pun takpe asalkan berkolar. Pastu seluar takleh jeans. Haram sama sekali dan seluar jenis poket tampal pun tak dibenarkan. Wajib pakai stokin dan kasut tak boleh yang menyerlah untuk lelaki, menyerlah tu aku maksudkan pada warna kasut contohnya merah yang terang. Kad matrix wajib pakai selalu setiap kali masuk kawasan poli, itu memanglah tapi paling takleh blah dah pakai pastu bahagian muka pelajar pada kad tu mesti kena terpapar dekat depan takleh berselindung kalau tak kena denda RM5. Cekik darah T_T Itu je kot untuk lelaki, kalau perempuan pula, tak boleh pakai seluar, boleh pakai baju kurung je dan juga segala jenis baju yang labuh dan matchkan dengan skirt hokay, Kalau nak pakai seluar pun, masa ada lab sahaja. Pakai dengan baju bengkel dan dekat dalam tu jangan tak pakai baju pulak kahkah. Kena pakai baju lengan panjang dan berkolar untuk perempuan dan lelaki kalau pakai baju bengkel dengan baju lengan pendek pun boleh tapi berkolar. Cerewet tak. kahkah. Pastu perempuan wajib pakai skaf yakni anak tudung, kain dalam dan stokin warna kulit okay. Jaga aurat. 

Kamsis satu bilik 2 orang. Tenang dan tak serabut. ihiks. Kawan I panggil khemsis, aww omputeh sangat. hewhew. Ada katil bujang, meja study yang ada drawer dan almari besar bersama 2 drawer besar. Lepastu kalau daftar awal dapatlah bilik bawah, kalau lewat, faham-faham jelah. Dahlah kamsis tu atas bukit, nak ke bilik tingkat bawah sekali pun naik bukit dulu, lepastu naik tangga baru sampai bilik. Jadi bayangkanlah aku dulu dapat tingkat 3, tiap hari turun naik bukit. Tu lah salah satu sebab aku tak duduk kamsis lagi dari semester 2 sampai sekarang. pheww. Sanggup berhabis duit bayar sewa. Dalam kamsis ada disediakan cyber cafe, lepastu ada juga Dobi, Murah je pun. Tapi aku basuh sendiri je dulu, tak kuasa aku nak naik turun tangga pergi dobi. kahkah. Dekat depan kamsis ada kafe, kalau lapar malam-malam bolehlah makan dekat situ ada masakan panas pastu aku dengar sekarang dah ada skrin besar, musim bola heavenlah para jejaka kahkah. Kalau duduk kamsis ni tak best sebab kalau keluar pergi bandar ke boleh sampai pukul 7 petang je, lambat sikit kenalah. Aku pernah kena dulu pergi KFC petang pastu otw balik tertinggal cheezy wedges laju-laju patah balik kahkah. Lambat 5 minit masuk poli terus kena tulis nama. Menyampah. Dah la puasa. sobs. 

Petang lepas kelas boleh bersukan jugak, sukan apa nak semua ada. Kot. haha. Lepastu kalau rajin boleh naik bukit bauk, jogging. Ramai orang dekat bukit bauk tu setiap pagi dan petang tapi kalau nak naik petang jangan lewat-lewat sangat, pastikan turun dari bukit bauk tu sebelum pukul 7 petang, nanti tak memasal ada yang ikut. ekeke. Pepaham jelah ek. Kalau rasa bukit bauk tu terlalu tinggi, naik jelah bukit PSMZA tu, best jugak. Dekat situ pun ada sungai, aku tengok budak lelaki suka mandi dekat situ, perempuan aku tak pernah tengok lagi. Lepastu istimewanya politeknik Dungun ni sebab setiap petang selasa ada pasar malam dalam kawasan politeknik ni. ahak. Seronoklah sebab makanan pasar malam murah, lagipun dia buat dalam poli je jadi sangat memudahkan pelajar, takdelah pelajar jadi bosan tiap hari makan makanan kafe je. Sekarang nak masuk bulan puasa kan, seronok jugak sebab setiap hari ada orang jual makanan dekat tapak pasar malam tu, aku panggil bazar poli. Jadi pelajar tak susah nak cari makanan dekat mana, dalam poli pun banyak. Dekat Dungun ni setiap hari Khamis ada pasar malam dekat bandar, pasar malam terbesar, seronok sangat sebab ada banyak pilihan makan yang murah dan sedap. ihiks. Lepastu depan poli ada Cool Blog baru buka bulan 4 hari tu, eh dalam poli pun ada juga jual air ala-ala Cool blog tapi nama kedai je lain. Sebijik sama. Yang lainnya, black pearl dia tak selembut black pearl cool blog. ekeke. 

Ni lah bukit PSMZA tu.

Kalau nak pergi bandar pula, naik jelah bas sekolah atau nama glamour dia 'van kunyit'. Van tu dah tunggu siap-siap dekat depan poli tu, naik jelah pastu cakap nak pergi mana. Tapi azab jugak kalau nak cepat sebab biasanya dia akan tunggu van tu penuh baru gerak. Kalau nak cepat, sewa je kereta depan poli tu. Ada 2 tempat boleh sewa kereta depan tu, satu yang pensyarah poli punya dan satu lagi makcik apa tah nama dia yang punya tapi kereta dia buruk sikit berbanding kereta pensyarah tu. Buruk tu maksudnya kotor, tak jaga. Kalau yang pensyarah tu bersih je. tehee. Kawan aku dulu selalu sewa kereta kalau keluar sebab nak cepat. Hari cuti macam Jumaat dengan Sabtu, biasanya pelajar poli ni pergi Mesra mall tengok wayang ke bowling ke. Typical hujung minggu budak poli Dungun. ekeke. Kalau kau pergi hari tu mesti ramai je budak poli yang kau nampak, lepas pergi Mesra mall, lepak pantai Kemasik duduk atas batu-batu kahkah sambil makan keropok lekor. Kalau rasa Kemasik tu jauh, pergi jelah bandar Dungun tu kahkah. Lepak Domino ke KFC ke hewhew. Dari memerap je dalam bilik kan. Selain tu, ada jugak sewa kereta pergi pantai UiTM, makan abc tepi pantai dan tak lupa juga cendol Abg As yang femes dekat Dungun. tehee. Eh, sekarang Dungun dah ada banana boat tau, Rm10 sekepala sekali naik, lokasi dekat bawah jambatan Seberang pintasan dekat terminal bas. Ramai budak poli pergi hari tu waktu study week semester lepas. Yang dah habis exam lah. Berbulu je aku tengok memasing upload gambar dengan video duduk atas banana boat tu dekat instagram. Aku dekat rumah sewa tu gigih serap ilmu nak jawab exam. pffft. 

Sebenarnya tak teruk pun belajar dekat politeknik ni. Ramai orang luar atau lebih tepat lagi ibu bapa yang beranggapan bahawa pelajar politeknik ni teruk. Ehem. Salah okay tanggapan tu. Ada jugak yang cakap, belajar poli je, kerja apa je nanti. Dia tak tahu ramai je budak politeknik berjaya, kerja luar negara, gaji besar. Rezeki orang kita tak tahu. Eh hari tu adalah satu kes buang bayi dekat Dungun, dekat surat khabar cakap yang buang bayi tu pelajar IPTA dekat Dungun. Lepastu ramai lah yang cakap budak politeknik punya kerja. Amboi, sedap mulut berbicara. Padahal pelajar dekat sini je tahu kisah sebenar, bukan budak politeknik pun buat semua tu. pffft. IPTA lain hokkayy. 



Harap semester depan, lebih baik dari semester sebelum ni. Amin.



Thursday 11 June 2015

Seharian di Dungun


Assalamualaikum


Penat tak hilang lagi wehh. heh. Petang selasa hari tu pergi rumah sewa dekat Dungun. Sebenarnya dari minggu lepas lagi plan nak pergi rumah sewa dengan Ja sebab nak kemas-kemas sikit. Kalau nak kemas masa nak masuk semester baru memang tak terkemaslah sebab masuk tu dah bulan puasa. Siapa je yang larat masa tu. ekeke. Awalnya plan nak pergi hari isnin lepastu balik hari rabu, tapi Ja demam tak larat. Okaylah, hari selasa jelah pergi. Petang selasa abah hantar pergi Dungun bawa barang sikit-sikit nak tinggal dekat sana dulu nanti minggu depan tak penuh sangat kereta. 

Pastu bila dah sampai dekat Dungun, macam 'eh apa kata dah alang-alang ada dekat Dungun ni jomlah jumpa penyelia projek bincang nak tukar projek baru', kata saya kepada Ja. Sebenarnya memang dah ada niat nak jumpa penyelia projek sebelum masuk semester baru ni sebab kan projek tak settle lagi, kebetulan dekat rumah sewa ada juga 2 orang classmate yang dah datang awal sebab nak belajar pasal projek diorang dekat Poli. Jadi beranilah saya pergi Dungun juga sebab ramai. kahkah. Dekat kawasan rumah sewa tu sunyi je cuti ni, sebab kebanyakan rumah dekat kawasan tu diorang bagi student Poli sewa, jadi bila cuti ni sunyi jelah tak ada orang sangat. Nasib baik duduk sana sehari je. ekeke.
 
Pastu semalam terus whatsapp penyelia cakap nak jumpa kejap, pastu dia cakap okay terhegehlah kami berdua bersiap sebab dia cakap datang awal nanti dia ada kerja lain pula. Dahlah jalan kaki je pergi Poli dari rumah sewa tu, 15 minit makan masa dekat situ. Bincang-bincang kejap, alhamdulillah dia setuju dengan projek baru ni. Terus pulang dengan kegirangan. ekeke. Ingatkan lepas siap jumpa penyelia nak balik rumah sewa ambil barang terus nak pergi terminal bas sebab nak balik k.trganu pula, tapi terbuka peti ais tengok dah berulat. yakki. Sape punya kerjalah, hari tu dah cakap kosongkan peti sebelum balik, keluarkanlah barang sendiri, tapi tak, dia tutup suis je, dalamnya tak kosongkan. heh. Ulat besar kelingking. Ulat sampah tu, pernah tengok tak, ulat tulah besar nak mampus. Yakki.

Terpaksa bersihkan peti kejap, Ja bertungkus-lumus dengan Fatin. Saya jaga paip je. Mengada sangat kan. Kahkah. Eh tapi tolong juga sikit-sikit basuh lantai dapur. Lepas settle semua, siap-siap kejap terus call pakcik apa tah nama dia tolong hantar pergi terminal. Fatin ikut sekali, dia orang Johor tapi nak jalan rumah kawan dia dekat Setiu. Wani dah balik Johor pagi tu. Ja pun ikut sekali naik bas sampai k.trganu padahal rumah dia dekat Marang, saja nak jalan-jalan. ekeke. 


Budak tu excited naik bas ni. kahkah. Orang lain bosan dah, dahlah panas. Aircond macam malu-malu je nak keluar. Pastu masa ni terpaksa masuk dalam gambar, ingatkan selagi tak kurus taknak bergambar. kahkah. Duk rumah sebulan makan free, biasalah. Typical cuti sem. ekeke. Masa ni dari pagi tak makan apa-apa, minum air je. Pukul 3 lebih sampai KT terus pergi Mcd. Lapar sangat masa ni, perut dah masuk angin. Dahlah sekarang saya tak macam dulu lagi. Dulu okay je makan lambat, sekarang lambat sikit mulalah masuk angin. heh. Sampai Mcd terus pesan doublecheese burger set besar, dapnya. Eh, tapi mahal sikit ah sekarang tak macam semester lepas. hm. Pastu makan sampai kenyang, sambil tunggu Naim datang ambil saya. Bai.



Tanda dia bukan jodoh kita

1. Senarai Perkara Yang Tidak Kamu Setujui
Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.
2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua
Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.
3. Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu
Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.
4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.
Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan..
5. Dia tidak mempercayai dengan kamu
Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.
6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )
Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " .
7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood
Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.
8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat
Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna"
9. Tiada chemistry atau keserasian
Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ?
10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.
Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.


kredit : www.ikahwin.my

Tuesday 9 June 2015

Selalu ketinggalan.


Assalamualaikum.


Hi. Baru je habis tengok runningman dekat tv9. phew. Semua channel pun nak ada runningman sekarang. ekeke. Jumaat malam sampai ahad malam lepastu petang isnin dekat 393, pukul 2 pagi jumaat dengan petang sabtu dan ahad tv2, isnin malam dekat tv9. fuhh penuh jadual. tehee. Cuti semester terisi juga sekurangnya kan. kahkah. Tengok dekat tv syok dia lain maciam lagi-lagi kalau nonton dengan adik-adik. huhu.

Berbalik pada tajuk, teringat zaman sekolah menengah dulu kalau dalam teknologi terkini zaman itu saya selalu lambat. kahkah. Tak kiralah dalam komputer ke handphone ke kamera ke yang berkaitan dengan teknologilah. Kalau dulu kawan-kawan saya tingkatan 1 semua dah ada handphone, ada yang darjah 6 pakai handphone walaupun nokia 3310. Saya je tak canggih lagi, petang-petang main masak-masak depan rumah. ekekeke. Orang lain dah pandai bermesej dah waktu tu. Kacau nombor tak kenal pastu berkawan. Ish tah sape-sape lah dia kawan tu. Ada kawan saya yang dah ada hp masa tu selalu excited cerita dekat saya pasal kawan-kawan yang dia kenal melalui hp tu. kahkah. Ada yang tak senonoh. pffft.

Mesti selalu ada yang buat-buat salah nombor padahal nak berkenalan. pffft. Lepastu tingkatan 2 saya dah ada hp, tapi yang ada torch light tu. kahkah. Tu pun abah bagi sebab dia beli hp baru. Pastu waktu tu classmate ramai yang pakai hp ada kamera, saya masih lagi ditakuk lama. tsk. Masa tu femes hp yang slide tu ada kaler maroon putih, pink putih. Nokia 5300 kot. Ada classmate pakai hp tu, pastu masa hari yang boleh bawa hp ke sekolah tu, mesti dia bawa hp dia, pastu sibuk suruh orang lain bawa hp juga, tahulah dia punya canggih. tsk. Zaman tu suka baca mesej kawan. ekeke T.T Waktu tu komputer pun saya takut-takut nak sentuh kalau dekat makmal komputer tu. kahkah. Jakun.

Lepastu tingkatan 4 kecoh pula pasal myspace, tagged. Ah, saya tak ada streamyx lagi waktu tu, broadband apa semua tak ada. Tak kenal pun internet tu apa. Masa tu akhir tingkatan 4 dah, semua sibuk sebut-sebut myspace lah, friendster lah pebenda tah. pfft. Masuk tingkatan 5 dah kecoh facebook pulak dah. Pebenda tu, facebook facebook. Saya masih ditakuk lama. tsk. Ingatkan apalah kan, saya translate lah, 'muka buku?' apa tu ??. Menyampah semua sibuk berbual sesama sendiri tentang facebook mereka. Pastu nama panggilan semua bertukar, contoh yang saya ingat classmate saya sorang ni biasa orang panggil dia Shafiq, pastu tiba-tiba hari tu panggil 'shah iman'? heh. Nama facebook rupanya. Semua panggil nama orang guna nama facebook. Saya terpinga-pinga. Paling tak tahan, kena 'poke' dekat facebook, kecoh satu kelas. Saya ke mereka jakun T_T Pastu tanya pula kenapa 'poke' dia. wth? 

Ingat lagi ada sekali soalan peperiksaan bahasa inggeris, esei. Soalan dia suruh terangkan kebaikan dan keburukan facebook. Saya tak tahu pun facebook tu hape waktu tu. Agak-agaklah nak bagi soalan pun, yang ada facebook dah sengih-sengih dah masa dapat soalan pfft. Ingat semua orang ada facebook ke. Dahlah wajib jawab. Menyampah. Pastu balik terhegeh-hegeh cakap dekat mak suruh langgan wifi. Masa tu penuh okay pelajar sekolah saya yang pergi cyber cafe depan sekolah lepas habis kelas semata-mata nak berfacebook. Kaya tuan punya cyber cafe tu. Lepas habis SPM baru mak langgan streamyx T_T Dulu isi upu pun suruh kawan, tragis tak. Zaman saya tu semua nak kena isi online. Tapi syukurlah, sekarang tak ketinggalan sangat dah. Kahkah. 

Thursday 4 June 2015

Kawan matrik.


Assalamualaikum


Hari ni terbuka hati nak menceritakan tentang pengalaman aku berkawan sewaktu di matrik dulu. Susah sebenarnya nak terbuka hati untuk cerita pasal ni tapi ada keyword sesat cari tentang 'kawan matrik', aku tak paham kenapa 'dia' cari tentang tu. Mungkin dia berada di tempat aku dulu, harapnya tak. phew. Jujur aku katakan, aku tak punya ramai kawan pun. Aku tak pandai cari kawan. Ahh, baca jelah dekat sini . Kahkah. Malas nak cerita panjang.

Dulu dekat matrik, kawan aku semua terdiri daripada roomate dan jiran roomate. Ada juga kawan kepada roomate, dan kawan sekolah aku dulu yang sama-sama belajar dekat matrik tu. Tapi tak ramai. Kawan baik aku dari sekolah dulu dapat belajar dekat matrik juga tapi satu semester je sebab lepastu dia dapat nurse SPA. Tinggal aku terkontang-kanting disitu T.T

Sepanjang 10 bulan aku dekat matrik tu, tak ada seorang pun budak kelas aku yang jadi kawan aku. Sumpah. Bayangkanlah duduk dalam kelas selama 10 bulan tu tanpa seorang kawan pun, sekadar cakap yang penting je. Aku dapat masuk matrik second intake dan aku pergi hari last orientasi untuk budak second intake. Tak sempat berkenalan pun terus kena masuk kelas petang tu. Aku takut sebab aku tahu aku tak pandai cari kawan. Aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat buat kawan pun, orang tak suka aku mungkin sebab aku tak pandai. Dekat sana semua pandai-pandai dari sekolah elite. Aku biasa je. tsk. Hari pertama dalam kelas untuk budak second intake iaitu hari terakhir orientasi aku, masa tu petang kelas matematik cikgu dah buat kuiz. Kau rasa?. Budak second intake dah belajar sikit-sikit waktu orientasi tapi aku datang hari last tak sempat pun, lepastu aku terpinga-pinga takleh jawab. Bodoh sangat aku rasa masa tu, ada budak perempuan duduk sebelah aku, second intake juga berlagak jawab kuiz sambil tutup-tutup tak bagi aku tiru. Aku dah bagitahu dia aku tak belajar lagi, dia tak layan pun. Sombong.

Hari tu aku rasa semua budak dalam kelas tu berlagak, dalam kelas tu ada 20 orang pelajar kot. Lebih kuranglah. Nak berkawan memilih sangat, nak yang pandai je. Masa tu aku dengki dengan roomate aku yang dapat satu kuliah dengan roomate juga walaupun tak sama tutor tapi untunglah juga boleh pergi kuliah sama-sama. Oh, lepas kelas matematik tadi tu, kena pergi kuliah pula. Aku ikut je classmate aku, aku berangan nak kawan dengan yang second intake tadi tu yang kedekut nak bagi tiru, lepastu sampai dekat dewan kuliah, dia cari geng dia iaitu roomate dia. Roomate dia dah sediakan tempat duduk untuk dia, jadi tinggallah aku seorang diri cari tempat duduk dekat belakang. Lepastu ada classmate aku nama dia Edzrul, orang panggil Edy, dia datang dekat aku dan suruh aku duduk dekat dengan orang lain sebab dia cakap masa ni peluang nak buat kawan nanti susah. Dia kacukan, mak dia cina ayah melayu. Tapi classmate aku tak suka sangat dia sebab diorang cakap dia berlagak, tapi aku okay sebab bagi aku dia baik ;')

Aku paling tak suka kelas bi sebab kena duduk dekat library pastu meja dekat library kan biasa untuk 4 orang, aku mesti duduk sorang. Menyampah. Lepastu aku benci bila dalam kelas cikgu suruh buat kumpulan, mesti aku nampak terhegeh-hegeh masuk kumpulan orang pastu orang mesti buat muka pelik tengok aku macam tetamu tak diundang. Pernah sekali kelas agama ustaz suruh buat kumpulan dan present, diorang buat kerja senyap-senyap tak ajak pun aku masuk kumpulan dia, masa present aku sorang je tak present T.T Aku jumpa ustaz cakap nak buat sorang-sorang sebab tak ada kawan, nasib baik ustaz bagi. Ada juga 2 3 orang budak kuliah aku yang kebetulan berkawan dengan roomate aku ingat aku anak orang kaya. Roomate aku bagitahu dekat aku sebab budak tu tengok aku selalu seorang diri dalam kuliah. Dia ingat aku sombong tak kawan dengan orang lain. Padahal tak ada kawan.

Ada seorang pensyarah ni, aku panggil dia cikgu Johari, dia ajar akaun. Aku selalu kena dalam kelas sebab aku tak pandai. Tapi aku faham dia buat macam tu sebab nak suruh aku pandai. Atas usaha dia jugak akaun aku A. Pernah masa sem 1 waktu dalam kelas dia suruh buat kerja, lepastu dia panggil aku pergi belakang kelas duduk menghadap dia. Pastu dia tanya aku macam ni.

cikgu: awak ada masalah ke? 
aku   : ha?
cikgu: saya tanya awak, awak ada masalah ke?
aku   : takde pun.
cikgu: awak ada kawan tak?
aku   : ada
cikgu: dalam kelas ni?
aku   : ada.
cikgu: cuba tunjuk mana satu kawan awak?

Terus aku menangis. kahkah. Macam mana cikgu boleh tahu. Mungkin dia perasan sebab aku selalu duduk jauh dari orang. Aku banyak kali menangis dekat bilik sebab tak nak pergi kelas. Tak ada semangat langsung nak belajar kalau tak ada kawan. Sumpah. Ada seorang manusia naif ni pernah cakap depan aku "takde kawan pun aku boleh hidup aar". pffft. Nak je aku maki dia sebab dia cakap tanpa dia pernah alami situasi bila tak ada kawan. Aku selalu ponteng kelas dengan ada mc. Pergi klinik Arau dengan kereta matrik pastu kebetulan telinga aku bermasalah jadi boleh buat alasan. Jumpa doktor selalu check telinga nasib bukan doktor sama yang bertugas. Masa tu aku selalu fikir nak berhenti belajar tapi aku nak buat apa, aku suka belajar sebab impian aku nak ada sekurangnya ijazah, aku apply nurse SPA lepas kawan baik aku tu dapat SPA. Aku dapat temuduga tapi tarikh hari sama dengan paper matematik jadi aku tak pergi lagipun dah nak habis matrik waktu tu.

Aku selalu rasa tak sabar nak habis matrik sebab aku rasa benci dekat classmate aku. Aku pernah kena marah depan orang dengan sorang ni classmate aku juga, mementang pandai. Aku benci dia tahap rasa nak ludah dekat muka dia. Ya Allah sakit hati aku, berlagak. Kalau classmate buat aktiviti apa-apa contohnya mandi air terjun memanglah diorang akan ajak aku, tapi memang tak aar aku pergi. Kalau korang pun tak pergi, dahlah tak rapat pastu nak g jalan-jalan sama-sama, tak selesa. Pernah masa kelas dinamika, cikgu suruh buat tugasan ni kena cakap dekat depan sorang-sorang pasal diri sendiri. Tajuk dia 'jual diri'. Giliran aku, aku cakap sikit terus aku turun pentas sebab aku tak ada keyakinan langsung bercakap depan orang yang tak suka aku. See, kalau tak ada kawan semua benda jadi tak kena. Aku ingat orang terengganu akan baik dengan orang senegeri dia jugak, tapi sama juga kawan dengan orang dia suka je.

Aku tak malu cerita dekat sini sebab semua dah berlalu dan sekarang aku tak macam dulu. Aku tak dikelilingi orang sombong. Aku ada kawan yang baik hati. Semua yang aku cerita sikit pun aku tak tipu. Result aku masa matrik teruk, dan aku tebus semua tu masa aku masuk diploma ni. Semester 1 aku dapat 3.73. Aku bersyukur sangat-sangat, sebab aku boleh buktikan dekat mak dengan abah bahawa aku bukan tak pandai. Lepas habis belajar, ada yang mesej dekat facebook aku suruh approve dia dekat facebook, aku tak layan. Dia cakap kawan-kawan semua cari. Ah, takdenya aku nak layan. Hari last kuliah, diorang panggil aku ajak ambil gambar bersama, aku tak tahu diorang sedar kewujudan aku dalam kelas tu. Kalau tengok gambar ni, macam semua rapat je *gambar dah delete*, padahal tak pun. Hipokrit. Kbai.





















ps : bukan niat nak burukkan, sekadar bercerita kisah benar. Will be deleted ;)



Wednesday 3 June 2015

Pemilihan tajuk projek akhir tak selesai lagi!


Assalamualaikum.


Hi. Stress secara tiba-tiba bila mengenangkan cuti semester yang tinggal 2 minggu lebih je lagi. Oh stress sebab projek tak settle lagi. Ngapain deh aku dibebani masalah sedemikian sekali. Aduhh. Sebenarnya tajuk projek dah settle semua semester lepas, dah siap semua dah pemilihan komponen dan litar untuk projek akhir tersebut, tapi bila tiba hari kena bentang projek 1 dekat panel, hancur semua. Pffft. Panel kata projek tak pintar sebab macam ada lagi kaedah yang lebih mudah boleh selesaikan masalah itu. pffft



Lepastu mengadu dekat penyelia yang panel cakap macam tu, penyelia tiba-tiba setuju dengan panel. Apakah?. Padahal dia yang mula-mula cakap idea projek okay dah pastu siap tambah-tambah idea lagi, tapi sekarang setuju dengan panel pula. pffft. Lepastu bermulalah kisah cuti semester yang tidak tenteram. Nak tidur je mesti fikir pasal semester depan macam mana. 

Sakit hati lagi bila nak cari komponen kena tahu fungsi setiap komponen kan, pastu google lah setiap fungsi tu tapi banyak yang keluar dalam bahasa indonesia dong, aku nggak ngerti. Nyebelin deh. pffft. Pernah juga tanya mana-mana pensyarah tentang projek lepastu ada juga pensyarah yang bila pelajar dia tak tahu, dia macam mentertawakan kita pulak. Ciss. Ingat dah pandai sangat ke. Sakit pulak hati kita. Semester depan konfem dah stress melampau pasal projek ni, jadi sebagai persediaan, subjek lain kena study awal-awal supaya tak bertindan dengan projek nanti. fuh. Doakan please..


Tuesday 2 June 2015

Nak check umur jugak.


Assalamualaikum


ihiks, sebenarnya dah lama try benda ni tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak tepek dekat belog. Sebab takde idea nak buat entri. kihkih. Eh sukati I lah. Hari tu ada juga yang cakap tah pape check umur dekat how old.net macam takde kerja lain. Eleh padahal dengki benda ni cakap dia tua dari usia. kahkah. Lagi-lagi perempuan. Alaa, saja je pun suka-suka nak check tak salah pun kan. Eh, ke salah? -..-


Kawan saya yang suruh saya check guna gambar ni sebenarnya, saja. Lepas tu konon dia nak upload dekat ig dia, tapi hampa sebab umur saya paling muda dalam gambar ni. tehee. Tak jadi nak upload. Yang tudung kuning tu 23 tahun, saya 22 dan yang lainnya semua 21. Bila saya hantar gambar ni dekat group whatsapp semua pakat takleh nak terima suruh tengok ic. Eh, padahal dia suruh saya check. Pastu dengki. kahkah. Paling takleh nak terima bila saya hantar gambar ni...



Sila muntah. kbai


Monday 1 June 2015

Sepupu kahwin.


Assalamualaikum.


Hi, penat tak hilang lagi walhal dah seharian rehat. Konon penat padahal tak buat kerja pun. Langsung tak sumbang tenaga. hewhew. Ada la sumbang tapi sikit je pun, selebihnya duduk jaga handbag mak sambil main hp tak ada motif langsung. Gigih langgan internet dek kerana bosan teramat sangat. Dah langgan, laju-laju scroll fb, ig pastu install balik wechat. kahkah

Ni majlis kahwin yang kelima dalam keluarga belah abah. Hari jumaat akad nikah, sabtu ada kenduri. pheww. Sibuk betul. Hari jumaat tu saya pergi pagi, nak tolong mana patut. Rumah makcik ni depan rumah tokwan je dekat cendering. Sampai je sana, mak pergi dapur tolong mana patut, saya duduk je depan pelamin tu kebetulan ada sepupu saya Amal dekat situ, baby lagi pastu main-main dengan dia je. Nasib baik ada baby tu sebab  boleh buat alasan jaga baby kebetulan mak dia sibuk buat kerja. tehee. Lagipun dah ramai tolong, takpe kot kalau saya tak tolong dekat dapur. hewhew. Petang baru akad nikah, lepas asar. Tok kadi lambat pulak T_T



Dengan sekali lafaz, kakwa dah jadi isteri orang. Tahniah. Sekejap je eh sekarang akad nikah, tak perlu sebut nama pun. kan. hee. Ini je gambar lepas akad nikah yang saya sempat ambik, semua sibuk nak ambik gambar juga, pastu sibuk suruh kakwa tengok kamera dia je. pfft. Saya ambik gambar dari atas je, nasib dapat walaupun pendek. kahkah. Nampak tak gambar tu tak clear, bergegar. Ini je yang terbaik T_T Malam pula ada buat tahlil lepas isyak, lepas tu sambung lagi buat kerja makcik pakcik sekalian untuk kenduri esoknya, penat tunggu nak balik rumah, nak tidur. haih. Saya duduk dekat rumah tokwan tolong mak ira (adik abah paling bongsu) lap daun sirih. Amal tu anak dia lah. Lap je pun, tak susah. 


Ini masa kenduri hari sabtu, tak ada gambar dengan kakwa, gambar dia sorang je ada. Tak kuasa nak suruh orang tangkap gambar saya tengah panas-panas berpeluh. hewhew. Sepanjang hari tu saya sibuk cari tempat yang ada angin kahkah. Muka berpeluh-peluh, nasib tak mekap kalau tak  konfem cair. Majlis habis lepas asar tapi sebab mak abah penat, kitorang balik pukul 3 lebih, hewhew. Wakilkan adik saya Naim dengan Faiz tolong mana-mana patut, diorang tak datang sekali dengan abah. Dah itu je nak cerita. Untuk kakwa, selamat pengantin baru, semoga menjadi isteri solehah dan berbahagia selalu dengan suami tersayang okayy. kbai. 









ps : paling tak suka bila ada kenduri melibatkan keluarga macam ni kalau ada jenis dengki suka mengungkit dia banyak tolong. pfffft