Thursday 4 June 2015

Kawan matrik.


Assalamualaikum


Hari ni terbuka hati nak menceritakan tentang pengalaman aku berkawan sewaktu di matrik dulu. Susah sebenarnya nak terbuka hati untuk cerita pasal ni tapi ada keyword sesat cari tentang 'kawan matrik', aku tak paham kenapa 'dia' cari tentang tu. Mungkin dia berada di tempat aku dulu, harapnya tak. phew. Jujur aku katakan, aku tak punya ramai kawan pun. Aku tak pandai cari kawan. Ahh, baca jelah dekat sini . Kahkah. Malas nak cerita panjang.

Dulu dekat matrik, kawan aku semua terdiri daripada roomate dan jiran roomate. Ada juga kawan kepada roomate, dan kawan sekolah aku dulu yang sama-sama belajar dekat matrik tu. Tapi tak ramai. Kawan baik aku dari sekolah dulu dapat belajar dekat matrik juga tapi satu semester je sebab lepastu dia dapat nurse SPA. Tinggal aku terkontang-kanting disitu T.T

Sepanjang 10 bulan aku dekat matrik tu, tak ada seorang pun budak kelas aku yang jadi kawan aku. Sumpah. Bayangkanlah duduk dalam kelas selama 10 bulan tu tanpa seorang kawan pun, sekadar cakap yang penting je. Aku dapat masuk matrik second intake dan aku pergi hari last orientasi untuk budak second intake. Tak sempat berkenalan pun terus kena masuk kelas petang tu. Aku takut sebab aku tahu aku tak pandai cari kawan. Aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat buat kawan pun, orang tak suka aku mungkin sebab aku tak pandai. Dekat sana semua pandai-pandai dari sekolah elite. Aku biasa je. tsk. Hari pertama dalam kelas untuk budak second intake iaitu hari terakhir orientasi aku, masa tu petang kelas matematik cikgu dah buat kuiz. Kau rasa?. Budak second intake dah belajar sikit-sikit waktu orientasi tapi aku datang hari last tak sempat pun, lepastu aku terpinga-pinga takleh jawab. Bodoh sangat aku rasa masa tu, ada budak perempuan duduk sebelah aku, second intake juga berlagak jawab kuiz sambil tutup-tutup tak bagi aku tiru. Aku dah bagitahu dia aku tak belajar lagi, dia tak layan pun. Sombong.

Hari tu aku rasa semua budak dalam kelas tu berlagak, dalam kelas tu ada 20 orang pelajar kot. Lebih kuranglah. Nak berkawan memilih sangat, nak yang pandai je. Masa tu aku dengki dengan roomate aku yang dapat satu kuliah dengan roomate juga walaupun tak sama tutor tapi untunglah juga boleh pergi kuliah sama-sama. Oh, lepas kelas matematik tadi tu, kena pergi kuliah pula. Aku ikut je classmate aku, aku berangan nak kawan dengan yang second intake tadi tu yang kedekut nak bagi tiru, lepastu sampai dekat dewan kuliah, dia cari geng dia iaitu roomate dia. Roomate dia dah sediakan tempat duduk untuk dia, jadi tinggallah aku seorang diri cari tempat duduk dekat belakang. Lepastu ada classmate aku nama dia Edzrul, orang panggil Edy, dia datang dekat aku dan suruh aku duduk dekat dengan orang lain sebab dia cakap masa ni peluang nak buat kawan nanti susah. Dia kacukan, mak dia cina ayah melayu. Tapi classmate aku tak suka sangat dia sebab diorang cakap dia berlagak, tapi aku okay sebab bagi aku dia baik ;')

Aku paling tak suka kelas bi sebab kena duduk dekat library pastu meja dekat library kan biasa untuk 4 orang, aku mesti duduk sorang. Menyampah. Lepastu aku benci bila dalam kelas cikgu suruh buat kumpulan, mesti aku nampak terhegeh-hegeh masuk kumpulan orang pastu orang mesti buat muka pelik tengok aku macam tetamu tak diundang. Pernah sekali kelas agama ustaz suruh buat kumpulan dan present, diorang buat kerja senyap-senyap tak ajak pun aku masuk kumpulan dia, masa present aku sorang je tak present T.T Aku jumpa ustaz cakap nak buat sorang-sorang sebab tak ada kawan, nasib baik ustaz bagi. Ada juga 2 3 orang budak kuliah aku yang kebetulan berkawan dengan roomate aku ingat aku anak orang kaya. Roomate aku bagitahu dekat aku sebab budak tu tengok aku selalu seorang diri dalam kuliah. Dia ingat aku sombong tak kawan dengan orang lain. Padahal tak ada kawan.

Ada seorang pensyarah ni, aku panggil dia cikgu Johari, dia ajar akaun. Aku selalu kena dalam kelas sebab aku tak pandai. Tapi aku faham dia buat macam tu sebab nak suruh aku pandai. Atas usaha dia jugak akaun aku A. Pernah masa sem 1 waktu dalam kelas dia suruh buat kerja, lepastu dia panggil aku pergi belakang kelas duduk menghadap dia. Pastu dia tanya aku macam ni.

cikgu: awak ada masalah ke? 
aku   : ha?
cikgu: saya tanya awak, awak ada masalah ke?
aku   : takde pun.
cikgu: awak ada kawan tak?
aku   : ada
cikgu: dalam kelas ni?
aku   : ada.
cikgu: cuba tunjuk mana satu kawan awak?

Terus aku menangis. kahkah. Macam mana cikgu boleh tahu. Mungkin dia perasan sebab aku selalu duduk jauh dari orang. Aku banyak kali menangis dekat bilik sebab tak nak pergi kelas. Tak ada semangat langsung nak belajar kalau tak ada kawan. Sumpah. Ada seorang manusia naif ni pernah cakap depan aku "takde kawan pun aku boleh hidup aar". pffft. Nak je aku maki dia sebab dia cakap tanpa dia pernah alami situasi bila tak ada kawan. Aku selalu ponteng kelas dengan ada mc. Pergi klinik Arau dengan kereta matrik pastu kebetulan telinga aku bermasalah jadi boleh buat alasan. Jumpa doktor selalu check telinga nasib bukan doktor sama yang bertugas. Masa tu aku selalu fikir nak berhenti belajar tapi aku nak buat apa, aku suka belajar sebab impian aku nak ada sekurangnya ijazah, aku apply nurse SPA lepas kawan baik aku tu dapat SPA. Aku dapat temuduga tapi tarikh hari sama dengan paper matematik jadi aku tak pergi lagipun dah nak habis matrik waktu tu.

Aku selalu rasa tak sabar nak habis matrik sebab aku rasa benci dekat classmate aku. Aku pernah kena marah depan orang dengan sorang ni classmate aku juga, mementang pandai. Aku benci dia tahap rasa nak ludah dekat muka dia. Ya Allah sakit hati aku, berlagak. Kalau classmate buat aktiviti apa-apa contohnya mandi air terjun memanglah diorang akan ajak aku, tapi memang tak aar aku pergi. Kalau korang pun tak pergi, dahlah tak rapat pastu nak g jalan-jalan sama-sama, tak selesa. Pernah masa kelas dinamika, cikgu suruh buat tugasan ni kena cakap dekat depan sorang-sorang pasal diri sendiri. Tajuk dia 'jual diri'. Giliran aku, aku cakap sikit terus aku turun pentas sebab aku tak ada keyakinan langsung bercakap depan orang yang tak suka aku. See, kalau tak ada kawan semua benda jadi tak kena. Aku ingat orang terengganu akan baik dengan orang senegeri dia jugak, tapi sama juga kawan dengan orang dia suka je.

Aku tak malu cerita dekat sini sebab semua dah berlalu dan sekarang aku tak macam dulu. Aku tak dikelilingi orang sombong. Aku ada kawan yang baik hati. Semua yang aku cerita sikit pun aku tak tipu. Result aku masa matrik teruk, dan aku tebus semua tu masa aku masuk diploma ni. Semester 1 aku dapat 3.73. Aku bersyukur sangat-sangat, sebab aku boleh buktikan dekat mak dengan abah bahawa aku bukan tak pandai. Lepas habis belajar, ada yang mesej dekat facebook aku suruh approve dia dekat facebook, aku tak layan. Dia cakap kawan-kawan semua cari. Ah, takdenya aku nak layan. Hari last kuliah, diorang panggil aku ajak ambil gambar bersama, aku tak tahu diorang sedar kewujudan aku dalam kelas tu. Kalau tengok gambar ni, macam semua rapat je *gambar dah delete*, padahal tak pun. Hipokrit. Kbai.





















ps : bukan niat nak burukkan, sekadar bercerita kisah benar. Will be deleted ;)



6 comments:

  1. wow.. tapi serius dalam gambar semua nampak happy..
    tapi seeloknya.. gambar tu diblurkan.. takut makin banyak fitnah nanti.. dunia maya ni macam2 boleh jadi
    eventhough you dah ps, will be deleted...

    akak masa matrik paling seronok kot... dapat kawan baik2 tapi result teruk... hehhe

    ReplyDelete
  2. emm..sekarang ada kawan ke tak? tahniah..result boleh tahan juga tu..
    saya dulu zaman uni kawan biasa je ramai, tak pernah ada kawan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dah ade lah, sbb tu senang sikit nak belajar. hihi

      Delete
  3. uishhh.. susah tu belajar takde kawan.. Ira kalau belajar pun kena ada kawan.. tak best la belajar sorang2 je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nasib tak baik waktu tu, hewhew. Bljr ada kwn baru best, boleh share ilmu ..

      Delete