jejalan Terengganu :)

11:00:00 pm

Assalamualaikum.
fuh, tercapai jugak hasrat aku nak bawak kawan kawan Johor aku jejalan kat Terengganu. Alhamdulillah, dengan izin-Nya. walaupun tak dapat pergi kesemua tempat macam yang dirancang, tapi yang penting kami puas hati. semalam lepas solat Subuh semua terus mandi dan bersiap. pukul 8.30 van datang ambik. aku pergi 5 orang, semua housemate aku kecuali Syairah. dia tak dapat ikut sebab ada kerja kot.
sampai je kat busten Dungun, bas ni dah ada kat situ. bas pulak banyak kosong lagi. nasib kami baik--
Dungun nak ke KT ambik mase dalam sejam setengah kot. tengah tengah jalan tu bas dah jadi macam ni.  

ramai gila orang g KT semalam, nasib baik aku dapat tempat. kebanyakannya student lah. makcik makcik pun ade jugak. kami sampai KT pukul 10 lebih. terus jalan pergi Pasar Payang . tak jauh pun, jalan kaki 15 minit dah sampai, kawan aku ni teringin sangat nak pergi situ. Dah alang alang ada kat Pasar Payang, mari makan bihun sup atas pasar.


aku panggil bihun sup atas pasar ni sebab Pasar Payang ni 2 tingkat, gerai makanan ada kat tingkat atas, dekat bawah bahagian barang basah. sebab tu lah atas pasar. aku suka makan kat sini sebab sedap, pastu murah. Last aku makan masa tingkatan 2 dulu. lepas tu kitorang pergi jalan jalan dalam pasar tu beli barang sikit. ada banyak giler kedai atas pasar tu jual baju, beg, keychain & macam macam lagi .

banyak sangat patung penyu kat sini. yelah, nama pun Terengganu kan.
ni pulak bahagian kain songket.
kitorang jalan jalan dalam ni dah 3 jam, lepas tu ajak kawan aku naik bot. haha! aku panggil "bot nambang". ni pun dah lama aku tak naik. last masa tingkatan 2 jugak. kalau orang Seberang Takir biasa lah naik bot ni kalau nak ke bandar KT. dekat, murah. sekali naik seringgit je.
ni ecah ngn yana, dalam bot .
Ja, Ecah , aku! haha.
kitorang naik bot ni ulang alik. tambang Rm2 lah sorang. pastu pergi busten balik, solat. then pergi Mcd sebelah busten tu makan makan dulu. pukul 5 bas Dungun sampai. terus naik bas pastu balik~
seronok sebab jalan dengan kawan kawan. kawan pulak bukan orang terengganu rasa macam pelancong sikit. haha- ingatkan nak bawak pergi jejalan dekat Masjid Kristal, tapi tak sempat pulak. hurm~ nanti la kalau ada rezeki, pergi lagi :)
heee~~






    



MAKAN BESAR (:

7:47:00 pm

Assalamualaikum.

hai ! minggu ni tak balik KT lagi sebab jimat. haha! minggu depan insyaAllah balik. Tapi ni nak cerita, minggu ni semua housemate aku tak balik, suke! sebab ramai sikit, tak takut sangat. Disebabkan semua tak balik, Ja cadang nak masak nasi minyak sebenarnya harini untuk budak ni, pastu fikir balik, nasi ayam pun macam sedap~ Ja pandai masak. Semalam bila sampai je kat pasar malam, pergi gerai yang jual sayur, beli pulak bahan nak buat Tomyam. ahhaha! Jadinya harini kami makan tomyam lah. 
Ni lah hasil pergi pasar malam semalam. Beli semua ni habis dalam Rm14 bahagi 6. sebab kitorang berEnam. Pastu pagi tadi pergi kedai runcit beli ayam sebab nak buat tomyam ayam. Tomyam udang lagi sedap aku rasa, tapi nak beli udang banyak mana mampu! hurm~ takpe lah , ni rezeki kami hari ni.
Jemput tengok --"
Ni hasilnya bila dicampur semua bahan tadi. sedap. Lain kali kalau tak balik lagi boleh makan sedap lagi. Esok kitorang cadang nak pergi KT, nak bawak budak Johor jalan jalan. pergi Pasar Payang nak beli baju terengganu, pergi masjid kristal jugak mungkin. InsyaAllah.

REZEKI (:

11:29:00 pm

Assalamualaikum.

heuhuu~ semalam tanggal 16Feb bersamaan hari Ahad, adalah hari perasmian penutup program anak angkat yang aku join hari tu. Akhirnya~ setelah berbulan aku tunggu, berjanggut dah. huh. dapat jugak sijil dengan elaun yang dijanjikan. Hari tu diorang cakap dapat elaun Rm150, semalam tengok dapat Rm200. Alhamdulillah, rezeki aku. Keluarga angkat pun ada semalam, tapi tak ramai pun yang datang. diorang pun dapat elaun~ 
sukk0!
nanti bulan 4 ada lagi program macam ni. Tapi aku dah malas nak join, haha! pengalaman telah mendewasakan-- aku tak kata program ni tak seronok, aku je yang cerewet sikit. kawan aku yang lain oke je, seronok je. aku bangga sebab aku dapat menghabiskan masa selama 2 minggu kat rumah keluarga angkat. Heee~


Bukit Bauk.

12:33:00 pm

Assalamualaikum, 
tadi aku naik Bukit Bauk. huhu~ dah setahun lebih aku duk Dungun, ni pestaim aku pergi. sebenarnya tak plan nak pergi pun, sebabnya takut . ahhaha ~ tapi Syaira yang ajak,. kesian jugak dekat dia, sorang je perempuan nanti. tak rugi jugak aku ikut sebab aku kan nak kurus. hee~  kitorang pergi ngan bf syaira, berlima. aku, ecah, nasrul, syaira, mirul(bf syaira). Semua budak kelas aku. macam pelik pulak hari Jumaat macam ni aku duk Dungun kan, selalu balik KT. haha!, aku sebenarnya nak kurangkan balik KT setiap hujung minggu sebab nak jimat. maklumlah dah tengah sem macam ni, duit dah macam kurang. hee~
sebelum ni aku tak teringin pun nak naik Bukit Bauk tu, yelah macam macam dah cerita yang aku dengar pasal tempat tu.

baju merah tu Ecah, sebelah tu aku. 
ni pulak syaira ngan mirul. 
yang belakang baju biru gelap tu nasrul, budak kelas kitorang panggil dia Elong sebab dia paling tua dalam kelas tu. dia lahir '91 so umur dia dah 23tahun. dalam kelas tu dia macam matang sikit dari orang lain.

aku . haha! 'selfie'. disebabkan aku sorang je yang bawak Hp tadi, aku terpaksa jadi photographer. pastu gambar aku tak ada sape yang nak tolong ambik kan. kuang ajo. pastu budak belakang tu boleh pulak sibuk nak jugak. haha! terpaksa 'blur'kan yg blakang tuh -..-
ni pandangan dari atas. boleh nampak rumah sewa aku, poli pun ada jugak. cantik. kat atas sejuk je. aku tak sangka aku boleh sampai atas ni. dulu aku pernah cakap kat kawan aku yang aku takkan jejakkan kaki aku dekat Bukit Bauk ni disebabkan kisah kisah seram yang aku dengar dari mulut orang tu. yelah, aku ni kan penakut. tak nak la cari pasal. 
nak naik penat sangat, ambil masa dalam sejam setengah, turun pulak kejap je. tapi sampai atas tu, hilang penat. ramai giler orang kat sini, kebanyakannya student lah --







:'(

1:41:00 am

Bahagia aku. Sedih aku. Sakit aku. Aku yang rasa. Aku tahu. Sebab ini diri aku, hidup aku. Kadang aku rasa aku kuat, sebab aku dapat hadapi sedih, kecewa, derita sendiri. Kadang juga aku rasa aku budak cengeng. Menangis sebab rasa tak sanggup nak menghadapi kekecewaan, tapi menangis itu dapat meredakan hati. Hidup aku, cara aku. Aku tahu sebab ni diri aku.

1:34:00 am

Sekali.

Tempat praktikal .

4:59:00 pm

aku stress gile dengan permohonan Li yang tak sudah sudah ni . susah gile nak cari tempat Li yang bersesuaian dengan kos aku . kejuruteraan elektronik komunikasi . aku sendiri pun tak tahu kerja apa yang sesuai dengan kos aku . semua nak tolak dah kenapa ? . budak lelaki senang je . sakit pulak hati kite . haih . dah la Poli tak bagi mintak kat banyak tempat dalam satu masa . susah. mintak satu satu . kalau tak boleh baru cari tempat lain , gimana sih ? kena mintak masa cuti je , tak boleh pergi time ada kelas . cerewet . cuti dah habis macam mana ? Jumaat Sabtu pejabat konpem tutup . 
*sigh*