Thursday 30 April 2015

Terima kasih sebab jadi kawan saya.

Assalamualaikum.

Bosan melampau cuti semester ni, tidur banyak kali sampai tak mampu nak tidur lagi dah. Pening. Sebab sudah terbiasa dengan assignment jadi bila tak ada kerja macam nak menangis minta masa cepat-cepat jalan nak masuk semester 6 tak menyempat. tehee. Dasar tak tahu nak bersyukur T_T
Setiap kali cuti memang ini je kerja saya, duduk rumah. Dah duk rumah takkan duduk semata-mata, mestilah ada kerja sampingan tak lain dan tak bukan tidur, makan eh tapi mengemas, masak pun ada juga, ingat malas sangat ke. kahkah. Kalau tengok gadis (ewah bukan main gadis tak nak kalah) seusia saya yang lain, kalau ada masa lapang macam ni, mesti ada yang keluar dengan kawan-kawan. Tak pun dengan kekasih hati. Tapi saya ni tak ada pun macam tu. Sadlife. Keluar pun dengan keluarga. Tak ada masa lah nak lepak dengan kawan-kawan macam orang lain T_T 

Sebenarnya hidup saya ni sedikit menyedihkan. Kenapa? sebab kawan saya tak ramai. kahkah. Tak tahulah kenapa, saya tak suka kawan ramai-ramai, eh rimaslah nak kena jaga hati semua orang nanti. kahkah. Dari sekolah rendah lagi, tiap-tiap tahun kawan akan bertukar. Tak kekal. Darjah 1 kawan lain, darjah 2 lain, dan seterusnya. Eh, itu pun kalau tukar kelas, kalau kelas masih sama kawan lagi, selagi kelas sama laa. bahaha. Nanti kalau dah masuk darjah 2, bila jalan-jalan dengan kawan baru nampak je kawan darjah 1 mesti tunduk. Malu nak tegur. ekeke. segan. Sama juga waktu sekolah menengah. Tingkatan 1 kawan lain, lepas tu lain pulak. Biasanya kawan tu mesti sekelas. Tapi waktu sekolah menengah dah jumpa dah kawan kekal sampai sekarang, 2 orang je. kekeke. Sikit kan? Dah itu je kekal. Kawan dari tingkatan 1 kot. Pergh cipta sejarah kawan paling lama kekal dalam hidup saya, yang jumpa tak malu-malu, sama dari dulu sampai sekarang. Tapi kami jarang lepak, jarang sangat. Seorang dah kerja, seorang lagi study dekat unimap ambik degree. Ingatkan saya dulu yang sambung degree, dah matrik gagal, duk diam-diam dekat poli sudah, pffft T_T Sebab semua sibuk, jadi memang tak ada masa nak lepak sama-sama, kalau saya cuti diorang tak cuti. hurm. 

Dekat matrik pula ada kawan juga, kawan sebilik dengan jiran bilik. Kawan sekelas tak ada. Malaslah nak cerita. Tapi kawan sebilik dengan jiran bilik tu lepas habis je matrik terputus macam tu je. Tapi baru-baru ni ada sorang yang mesej saya, terkejut kauu. Tiba-tiba mesej, tanya khabar semua. Okaylah dari tak contact langsungkan. tsk. Terus lari-lari masuk bilik tutup muka dengan bantal sambil menangis terharu. Ada juga yang sedar akan kewujudan saya. tsk tsk. Nak kena mention nama ke? Tak payahlah. hewhew. Tak tahulah kenapa, saya memang tak pandai nak berkawan. Kalau pertama kali jumpa saya, orang mesti cakap saya sombong. Padahal memang muka saya blur T_T. Kalau baru jumpa memanglah kena jaga adab sikit sebab kita kan tak kenal lagi, tak tahu lagi perangai orang macam mana, takkanlah baru kenal, lepastu kalau ada benda lawak tiba-tiba saya nak ketawa berdekah-dekah sambil tepuk-tepuk bahu orang tak kenal tu, memang tak aaa. Kenalah ayu, sopan, jaga tingkah laku. hewhew. 



Sekarang dekat politeknik, saya dah ada kawan sekelas. Kali ni macam nak jaga baik-baik hubungan ni supaya kekal sampai bila-bila. tehee. Sebab dah tahu nilai persahabatan dan tahu kelemahan diri yang susah untuk berkawan. Pernah juga ada hamba Allah ni cakap, "aku tak ada kawan pun boleh hiduplah". Amboi kemaheen berlagak lagi. Dia tak rasa lagi, saya yang rasa saya tahu lah. Bayangkan ni jelah, tengah jalan kau jatuh sensorang, malu. Tapi kalau ada kawan, dia tolong kau bangun. Tapi kawan yang boleh pakailah, yang tolong gelakkan sekali tu tinggalkan saja. pffft. Saya pun nak berterima kasihlah pada semua yang pernah jadi kawan saya. kikiki. Walaupun sementara. Paling berterima kasih dengan kawan yang kekal sampai sekarang sebab tak tinggalkan saya, ececeh. Walaupun saya ni membosankan T_T. 


Dan tak lupa juga pada seorang lagi kawan saya yang kekal dari tingkatan 5 sampai sekarang, terima kasih tau. Terima kasih juga sebab selalu ada masa saya susah, banyak tolong saya dekat matrik dulu. Selalu siapkan esei english saya dan tak pernah kantoi. Selalu tunggu saya sampai habis kelas sebab tahu saya tak ada kawan sekelas. Teman saya makan. Ajar saya akaun sampai dapat A. Terima kasih :') Tiba-tiba nak emo ni dah kenapa -.-




Monday 27 April 2015

Koleksi makanan sepanjang study week.

Assalamualaikum.

Hi, hewhew. Cuti ni kan bosannya Tuhan saja yang tahu. Dengan hujannya lagi, memang sedap menternak lemaklah. Eh, tapi dah berazam dah nanti masuk semester 6, nak slim. kikiki. Maka berdietlah. Ini saja je nak terobekk makanan peneman setia dikala study week. Tadi tengok dalam galeri tab banyak sangat gambar, jadi mari kita upload. hihi. Budak rumah sewa tu semua tak bawa kenderaan, makan yang mana ada sahaja. Kalau rajin sikit, pergi kedai runcit depan tu beli makanan, sebelah tu ada kedai makan. Itu pun kalau rajinlah. Kadang-kadang ada juga kirim dengan pakwe housemate. hewhew. Tapi takkan nak kirim selalu, mengada sangat. Mari tengok gambar. Ehem, gambar banyak ni, bertabahlah. Jangan bosan okay.


Makanan yang wajib ada. Walaupun tahu akan kesannya, ini sahaja yang membantu saat iteww. tsk



Kalau ada sosej nampak mewah sikit, walaupun tak suka sangat sosej. Saja nak nampak menarik. Menarik keww ~ kahkah



kerlass kau ada telur. kahkah. Ehem, ada telur dalam megi waktu study week dah dikira mewah tau dekat rumah sewa kami, sebab masa tu poket dah kering. kahkah



Cuba teka megi hape? Takyah tekalah, biar saya bagitahu. Ini ruski tomyam. Yumnyum



Ini pun ruski tomyam juga, tapi yang pekat. Plastik kaler oren. Tambah serai, daun limau purut, cili, tomato serta sedikit jus limau nipis. pergh. Serai tu ambik belakang rumah sewa je, Ja yang tanam masa semester 2 dulu. Berkat tau. kiki.


Ini paling mewah. hewhew. Siap ada ayam lagi, sayur kubis, tomato, daun ketumbar. 


Roti canai kosong pukul 2 pagi waktu study sangat-sangat terasa kenikmatannya. Tak cukup. Pakwe Fatin tolong belikan. Kitorang kirim. ekeke. Kirim mengirim itu biasa. Lepastu dapat pula air milo ais free. Nikmat ya Allah.


Big apple. Sedapnya, ini pun kirim juga ;)


Kek lapis sarawak. Makan dekat rumah PA (penasihat akademik) kitorang. Dia saja buat makan-makan untuk kitorang. Sedapnya ~


Dah nama pun study week, nescafe wajib ada. hewhew. Beli banyak terus. Beli satu-satu mahal. Buat stok berjaga malam. Eyebag berleluasa. tsk tsk. Bukan senang nak senang kan?. Hurm, ada satu lagi gambar ni, nak tunjuk tapi malu. Eh tunjuklah, eh malulah. hurm hurm. Tengok jelah, tapi jangan terkejut tau. Nah.


kahkah. kawan saya menggila waktu study week. Suruh download apps ni, mula-mula rasa macam, mengarutlah. Tapi lama-lama macam seronok. Membazir waktu studyku. Nak kecilkan pipi, buang eyebag, licinkan kulit, nampak cerah, semua boleh. Cubalah. haha. Nama apps dia, YouCam Makeup. Pasti tak menyesal. kahkah. Dah itu je. Eh ada video sweet ni nak share, tak seronoklah tengok sorang-sorang. ekeke.



wuwuuu. Jangan lupa tau nanti pukul 6.55 pm tengok cerita Hati Perempuan. Rindulah dekat budak rumah sewa, kahkah. Dekat rumah tengok sorang-sorang, adik semua lelaki mana layan cerita ni. Dekat rumah sewa semua tengok sekali T_T







Sunday 26 April 2015

Penutup semester lima.

Assalamualaikum.

Hi, semester lima dah berakhir dua hari lepas sebenarnya. Hari ni baru rajin nak bercerita. Biasalah hari pertama cuti wajib ganti masa tidur waktu study week tu. hewhew. Itu biasa setiap semester. Perasaan? Lega sebab langsai semua paper dengan jayanya. Tapi azab nak menunggu keputusan tak sukalah. Mendebarkan. Haritu pensyarah yang mengajar subjek Fiber Optic meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kelas saya, dia cakap macam tak study T_T Waktu luahan hati itu adalah pada hari rabu, khamisnya ada satu paper lagi menyebabkan sedikit mood nak study tu hilang. Tetapi bertabah juga dengan menjadikan itu sebagai motivasi, supaya leteran tersebut tidak berjangkit kepada pensyarah Embedded System pula T_T 

Subjek semester lima ni boleh tahan juga susahnya. Paling susah bagi saya adalah subjek Integrated Circuit sebab perlu menghafal. Memang kelemahan saya pun. Tsk. Dah lepas pun semua tu, tunggu jelah keputusan nanti, kena terima juga sebab bukan boleh putar balik pun masa T_T Hari terakhir peperiksaan semua sibuk nak bergambar, kahkah. Memang dari awal-awal periksa lagi semua sibuk nak bergambar sambil baling kertas tapi macam terlalu awal, jangan nak over sangat baru habis satu paper nak baling kertas bagai. Jadi tunggu paper last je. Mereputlah. Kelas saya antara kelas terakhir habis exam, semua sibuk kemas barang angkat beg besar-besar nak balik, kitorang pulun study. Agak terseksa jugalah dengan situasi macam tu. Kahkah. Okay, jomlah tengok gambar. 


satu, dua, tiga. Baling !


alaaa. tak jadi. Ja tu haa sibuk nak pandang kamera. Lagi sekali ..



Hurm, boleyla yang ni pun. Okay okayla dari tak ada. kahkah. Lepas tu ada pula yang bagi cadangan, 'dekat luar pun cantik jugak ni' dikala panas terik sebegitu, ada hati nak berdiri dekat luar pagar tuh. Memang takla. Tapi kugagahkan jua sebab dia cakap, last ni. Okay, mari.



Masa ni yang tukang ambil gambar ni cakap, 'gelaplah, tak nampak muka'. Pastu semua cakap 'okay, dongak ke atas cari matahari sambil senyum'. kahkah. 

Eh, satu mana cukup.



Tak nampak muka saya pun takpelah. Tak kuasa nak suruh ambil gambar lagi. Panas tahu.


Nah lanje video suuwiit satu dari drama Hati Perempuan. 


Good Night ;)

Sunday 19 April 2015

perit perpisahan.

Assalamualaikum.

Sekarang tengah minggu peperiksaan akhir semester, sibuk memanjang. Rasanya study tak sangat pun. kahkah. Bila nak study mesti banyak saja halangan, laparlah, cerita best lah. Grr. Eh sekarang tengah hot kan drama Hati Perempuan. Wuuuu. Saya pun terjebak sekali, hero kacak, heroin cantik memang bestlah. hewhew. Drama pertama dalam banyak-banyak drama saya rasa best sebab hero dengan heroin sepadan. kahkah. Okay, sudah. Lepas ni nak beli novel Hati Perempuan guna baucar buku, ada Rm100 lagi. kahkah. Sudah, sudah. 

Macam yang saya bagitau tadi, sekarang minggu peperiksaan akhir, saya ada 6 paper sem ni. Lama juga nak habiskan 6 paper ni, sekarang baru selesai 3, 3 lagi tengah beratur. tsk. Tak larat nak melayan lagi 3 paper tu. sobs. Ramai juga yang dah habis paper, semua sibuk angkat beg besar balik kampung. Nasib baik saya duduk rumah sewa tak ada lah merasa sangat kekosongan. Kalau duduk asrama mesti dengki tengok orang angkat beg, kemas barang. pheww. Sedih jugak tengok budak semester 6 nak berpisah dengan kawan-kawan mereka. Lepas ni mesti susah nak jumpa. Tak ada lagi peluang nak lepak asrama, rumah sewa sekali, masak berjemaah, makan ramai-ramai, berebut makanan T_T 

Hari tu ada budak semester 6 buat drama air mata depan saya. Haih dah lah saya sejenis manusia yang mudah sebak. tsk tsk. Rasa macam nak join sekali menangis sebab nak berpisah dengan kawan-kawan. Tengok saja situasi itu, terus membayangkan bila saya habis semester 6 nanti. sobs sobs. Dah boleh rasa dah bahangnya. Dulu masa belajar dekat matrik, saat-saat akhir tu tak ada pula rasa macam sekarang. kahkah. Tak sabar nak balik adalah. Yelah, sebab dulu ada masalah dengan kawan. Biasalah tak matang lagi waktu tu, masalah kecil je pun diperbesarkan. Terus putus kawan. kahkah. Sekarang alhamdulillah, benda kecil dilupakan saja. Tak payah nak besarkan sangat, nampak tak matang. hewhew. Sejurus melihat budak semester 6 teresak-esak menangis, hati terus berkata, akan aku hargai masa yang tinggal satu semester lagi. tsk.

Kolej Matrikulasi Perlis gen12
Dalam banyak-banyak gambar kenangan dengan kawan matrik dulu, ini yang terbaik. kahkah. Yang lain muka lagi kelakar. Bersama roomate dan jiran bilik, kalau tak silap ni sambutan maulidur rasul kot. Eh, yelah kot. Serabut kepala fikir mana nak dapat baju warna putih, at last beli. Membazir jugaklah. tsk. Dah lah kena jaga makanan, kahkah. Beli baju mahal-mahal, jaga makanan T_T

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Ini pula budak kelas dip. kejuruteraan elektronik. Tiba-tiba dari akaun, tukar kejuruteraan. Tak tahu pun bakal berjodoh dengan benda-benda teknikal ni. Tak pernah tahu pun diri ini lebih sesuai dengan benda teknikal. kahkah. Jodoh, kita tak tahu kan. Macam sayang nak tinggalkan diploma ni. Selesa belajar dekat sini, suasana menarik, rumah tak jauh macam Perlis dulu. Kawan-kawan paling penting sangat selesa dengan mereka. Tak tahu macam mana akhir semester 6 nanti. mesti banjir Dungun. kahkah. Terover dah tu banjir bagai T_T


Thursday 9 April 2015

Awak, kenapa kejam sangat?

Assalamualaikum

Awak, hari ni saya ada paper matematik pukul 2:30 nanti. Pheww. Tak sabar nak habiskan peperiksaan ni sebab sakit kepala memikirkannya T_T. Macam saya pernah bagitahu, ada classmate yang minta saya ajarkan matematik, saya bukanlah pandai sangat tapi bolehlah kalau tengok nota. Kahkah. Sudah diberitahu awal-awal dekat mereka yang mahu belajar tu, kalau nak belajar boleh tapi ikot masa saya. Saya ada kelapangan hari ahad dengan isnin sahaja. Rabu tak boleh sebab saya nak buat ulangkaji untuk diri sendiri. Nak ketenangan. Tetapi, terpaksa juga mengajar hari rabu sebab ahad dengan isnin saya tunggu mereka dekat perpustakaan, tak juga datang T_T. Bagai menanti sesuatu yang tidak pasti. Sobs.

Sekali hari rabu tu 7 orang yang nak belajar. Yang okay tu okaylah. Tapi yang tanya benda sama berulang kali tu apahal. Mengajar tu ikhlas, tapi diri sendiri perlu berkorban T_T Pertama kali rasa nak termuntah tengok soalan matematik. Yang pentingkan diri pun ada, tak bagi peluang langsung saya nak belajar untuk diri sendiri. Ni sakit hati. Tak layan, merajuk pula dah kenapa ingat iolls ni pakwa awak ke. Urgh. Merajuk sesama perempuan budusss. Kahkah. 

Dah cakap awal-awal buat soalan yang sama bersama-sama, tak layan juga. Lepastu sibuk tanya soalan dia buat tu, aku dah pening tiba-tiba rasa macam berada diawan-awangan. Tiba-tiba soalan yang paling senang saya tak boleh jawab, blank dalam kepala. Berdenyut-denyut, jalan terhuyung-hayang. T_T Itu baru 7 orang, kalau pensyarah mesti lagi pening. Sekarang ni ada lagi nak menanya ni, awal-awal dulu ajak belajar tak layan, sekarang berpusu-pusu minta diajar sampai tak bagi tidur suruh kesiankan dia. Habis tu bila saya nak belajar? Awak nak A+++, saya? Tolonglah. Bagi ruang sikit. Nak cakap depan-depan tak sampai hati, tsk tsk. Pendam jelah. Kesian juga. Nanti kalau dia tak boleh jawab, mengadu dekat saya, rasa bersalah membelenggu diri. Doakan saya dapat menjawab dengan baik. Terima kasih. Petang nanti nak pergi pasar malam lah nak hilangkan stress T_T tsk


Sunday 5 April 2015

Final exam lagi 2 hari

Assalamualaikum

Sekarang saya tengah dalam mood final exam. Lagi dua hari saja tinggal. Fuh. Macam mimpi sebab masa berjalan pantas. Tak sempat nak bernafas pun, tercungap-cungap kejar masa supaya tidak ketinggalan jauh di belakang. Laju tak menahan. ekeke. Masa ni jugalah masalah banyak nak berkumpul dekat saya, nasib baik saya ni tabah, ciss. Setiap semester, bila nak final saja masalah sama mesti datang nak bermanja. Kuanghajo betul. Cakap je mood final bagai, tapi banyak main juga, belajarnya kelaut T_T Macam manalah nak dekan semester ni, macam tak nampak peluang nak dekan je. tsk. Subjek pertama nak jawab nanti Computer Networking Fundamental, mati aku. Paling tak faham sebab tak ada nota lengkap dan tersusun. Notanya perlu cari dekat internet sahaja, sadiss T_T

Sekarang ni tengah sibuk-sibuk nak tidur. Bukan tidak mahu belajar, tapi nak amalkan sikap tidur awal, nanti pukul 3 bangun lagi sambung belajar. hee. Bangun ke? mungkinlah. Sebab esok nak kena pergi perpustakaan dekat politeknik lagi, dah janji dengan classmate nak ajar dia matematik. Saya bukanlah pandai, tapi bolehlah ajar sikit-sikit rujuk nota. kahkah. Apa lagi eh? tak ada dah kot. Itu jelah. Bai


saya tak ada tulang pipi yang tinggi tu, sebab tulang tu tak meninggi tapi ke bawah sebab itu pipi ku nampak berat. kahkah