Sunday, 18 June 2017

23 Ramadhan

Hi, assalamualaikum.


Hari ni dah 23 ramadhan. sobs. Tinggal seminggu je lagi nak raya. Rasa macam sekejap je masa berjalan kan, eh berlari.Tahun ni buat persiapan raya macam tak teruja sangat sebab duduk sorang dan jauh dari keluarga. Bulan puasa pun tak rasa sangat. haih. Puasa tahun ni aku rasa macam penuh dengan dugaan kahkah. Aku sempat berpuasa bersama keluarga tapi untuk dua hari je. tsk. Masa hari pertama dengan kedua puasa, aku balik terengganu sebab tu je peluang yang ada dan nasib baik Johor cuti masa hari pertama puasa so dapat la cuti tiga hari. Tapi hari ketiga puasa tu aku dah bertolak ke Johor. Walaupun cuma dua hari, aku tetap bersyukur hihi.

Tapi hari aku naik bas tu sadis betul, bas yang aku naik tu patutnya bertolak pukul 9.30 pagi. Aku dah plan cantik dah, kalau ambik tiket pagi ni, aku boleh sampai Johor petang sebelum berbuka, so aku tak mengganggu masa berbuka adik aku. Oh lupa nak cakap, adik aku kerja kat Johor jugak, baru setahun kat sini. Okay sambung. Sebab aku suruh adik aku tolong ambik aku hari tu, aku tak nak la menyusahkan dia. Tapi malangnya plan aku musnah. Bas buat hal pulak. Masa tu aku naik bas SP Bumi. Aku beli tiket awal kot. Seat single dan tingkat atas. Hari tu dah la bas datang lambat dalam setengah jam lebih, aku siap pergi kaunter tiket lagi, aku tanya "bas lambat lagi ke? Agak-agak bas sampai dalam pukul berapa?" orang yang jaga kaunter tu boleh jawab macam ni "bas lambat". Tu je? Aku tahu la bas lambat, kalau bas dah sampai aku takde la pergi tanya dia. pfft. Menduga kesabaran aku betul la hari tu, dah la hakak puasa. haih. Pastu bas menuju ke Pasir Gudang muncul, tapi hampa lagi, janji bas lain tapi yang sampai bas lain. Bas dua tingkat jugak, tapi semua seat kat atas je. Dah la semua double, sempit pulak tu. Perjalanan jauh kot, sakit pinggang aku. Tapi aku tetap menempuhi dengan penuh kesabaran, huh. Tak cukup dengan tu, jalan sesak pulak dan akhirnya aku berbuka dalam bas. haih. Makan roti sardin dengan minum air kotak vico. Tragis betul hari tu.

Dan sepanjang puasa ni jugak, kebanyakkannya aku berbuka puasa dalam kereta haha. Minum air kotak je, bila sampai rumah makan apa yang ada je dan hasilnya berat aku turun 5kg hewhew. Kadang aku rindu nak berbuka dengan family. sobs. Kalau kat rumah semua mak aku sediakan. Kat sini aku kena usaha sendiri. Kalau tekak tiba-tiba nak makan masakan Terengganu, aku cuma mampu menangis di bucu katil. tsk tsk. Kalau pergi bazar ramadhan kat sini aku tengok semua menu kebanyakkan sama je. Bosan. Nak makan sedap-sedap kena masak sendiri. Nak masak pulak tak sempat sebab sampai rumah dah dekat pukul 7. huh. Boleh je nak masak tapi makan lambat sikit la, aku je malas. hihi.


Rindunyaaa dendeng mak. Nak balikkk tsk tsk.
Dapnya dapat makan dengan nasik panas panas ni. huhu

Wednesday, 14 June 2017

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim



Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum, fuh nervous ni sebab dah lama tak join giveaway kuikui. Busy sangat sampai tak sempat huhu sekarang dah sempat apa lagi, join jelah. hiks. Okay, kalau saya dapat RM100 shopping voucher ni, saya nak beli kasut sukan sebab kasut sukan saya baru hilang dua hari lepas. huwaaaa. Sedihnyaa. Siapa tah yang jahat sangat curi kasut di bulan yang mulia ini. tsk tsk. Kasut dalam pagar pun orang ambik, lepas dari kejadian tersebut, semua kasut letak dalam rumah kahkah. Kesian saya dah tak boleh nak bersukan. tsk. Sedih betul, tissue please tsk tsk.

Sunday, 4 June 2017

4 June 2017

Assalamualaikum


Hi, cuba teka aku kat mana ? ekekeke kat Pasir Gudang la.huh Sekarang dah lain sikit suasana dia sebab dah bawak laptop dan ada wifi hewhew. Serunuknyaa rasa bila ada dua benda ni. kahkah. Tapi tak seronok jugak sebab wifi lembab macam siput huhu tak boleh nak buat apa-apa sebab rumah sewa kat kawasan terpinggir kahkah redha jela. Hari ni ada masa terluang sikit untuk daku meluahkan perasaan kat sini. sobs ;'/  Di malam yang sendu ni, jiwa tak menentu sikit sebab suka kenang benda-benda sedih. huh. Dah la housemate semua keluar. hmm. 

Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan kerja hmm. Ni kerja pertama dalam hidup aku, kerja yang aku tak pernah tahu pun apa benda skop kerja dia sebelum ni, dan aku memang tak tahu apa-apa. Aku cuma mintak kerja secara random. Sebab baru habis belajar dulu dalam kepala ni cuma fikir lepas je habis belajar mesti kena kerja atau sambung Ijazah. Bila tak dapat sambung, memang kena kerja la. So aku mintak je mana-mana kerja, pantang nampak iklan jawatan kosong mesti mohon. Masa tu memang semangat sebab taknak ketinggalan dengan classmate masa diploma. huhu. Pastu mohon kerja dalam bidang elektronik je, pemikiran aku masa tu memang sempit. Tak fikir luar kotak. Sebab aku ingat kursus kejuruteraan ni boleh kerja kat kilang sebagai technician je. huh. Dan selepas 3 bulan menganggu, akhirnya dapat kerja kat Johor ni. Aku kerja kat sini dah 1 tahun 3 bulan, dan sikit pun aku tak berkenan dengan kerja aku ni. Semua aku buat adalah terpaksa sebab niat nak kumpul duit. Aku ada mohon tempat lain tapi takde dapat panggilan temuduga pun. Gaji kat sini memang berbaloi dengan kelulusan diploma aku ni, cuma kerja tak macam yang aku harap. 

Suasana kerja buat aku tak selesa. Bila kerja ni macam-macam orang yang aku jumpa. Kebanyakannya suka putar belit cerita untuk selamatkan diri sendiri yang akhirnya menyusahkan orang lain. Selfish. Tak rasa bersalah ke tipu ? Aku tak tahan dengan orang yang suka tambah kerja aku yang sepatutnya bukan kerja aku. Sebab dia nak lepas tangan dan tak nak bertanggungjawab, aku jadi mangsa. Mungkin sebab aku baru dan tak tahu apa-apa. Ingat aku tak penat ke. Kadang aku terpaksa tipu dengan alasan 'tak pandai' dan 'tak tahu' untuk mengelakkan diberi kerja yang tak berkaitan dengan skop kerja aku. Tapi aku jugak yang kena balik, orang tu bagitahu semua orang yang dia kenal yang aku ni tak pandai dan tak tahu buat kerja sedangkan tu alasan aku untuk selamatkan diri. Aku keliru la. Patut ke aku kerja kat sini lagi?. Aku sorang je kat sini pegang jawatan ni, dan aku baru setahun lebih dan bermakna sebelum aku kat sini, dah ada orang lain yang kerja kat tempat aku. Kadang salah orang dulu, aku yang kena bertanggungjawab. Orang tak boleh terima kalau aku cakap tu bukan salah aku, tu orang dulu yang buat. Tapi orang kat situ cakap tu semua alasan sedangkan aku tak tipu. Kalau ada masalah, kebanyakkannya akan lepas tangan dan salahkan aku. Mungkin sebab aku baru. 

Dah la, aku nekad nak berhenti kerja tapi lepas dapat peluang kerja lain atau peluang sambung ijazah atau kahwin. Sebab aku tak tahan. Sungguh. Penat hari-hari serabut. Pernah sekali ada sipulan ni cakap "bulan depan Husna kena join buat inventory sebab dia bukan ada kerja pun". *maki dalam hati* sambil buat kerja aku yang bertimbun tu. Dia ingat aku takde kerja sedangkan dia dah banyak tambah kerja aku. Kau rasa? Masa dia cakap tu, aku buat tak tahu je, diam. Tapi aku diam pun kena jugak, tak puas hati takde orang layan dia, dia tambah lagi perli-perli aku. Gila. Aku biarkan je kata-kata tu lalu macam angin. Lagi ni bulan puasa menduga kesabaran aku betul, takut hilang semua pahala puasa aku. Dah la, aku penat. Sebelum kepala aku ni botak fikir pasal kerja, baik aku berambus. Doakan aku. Oh yang suka mengata aku tu, bukan perempuan gais, tapi lelaki. Untuk pertama kali dalam hidup aku jumpa lelaki macam tu, mengata orang, batu api dan suka menokok tambah cerita. Yela kalau tak tambah perasa mana sedap kan. 

Doakan aku dapat kerja lain. Aku tak kisah gaji macam mana asalkan persekitaran okay dan takde orang macam kat tempat kerja aku sekarang dan jugak takde orang yang suka tambah kerja orang dan takde orang yang sesuka hati nilai diri aku tanpa kenal betul-betul dengan aku. Huh. Aku penat. Bye. 



ps ; Tulis cerita ni ikut perasaan sangat. kah
Happy reading

Sunday, 30 April 2017

Pengalaman Baru

Assalamualaikum. hewhew


Bestnyaa perasaan bila duduk rumah sendiri ni. huh. Tenang je pastu tak rasa kosong sebab dikelilingi ahli keluarga kikiki. Kalau kat rumah sewa kat Johor tu sunyinya rasa, walaupun ada housemate. Hati pun sensitif je, sikit-sikit nak nangis haha manja sangat menyampah la. Saya dengan housemate tak rapat pun cuma tegur biasa je. Tak pandai la nak berkawan nak bermesra-mesraan ni haha. Haa ada jugak nak cerita pasal kawan rumah sewa ni tapi nanti la entri lain okay sebab kali ni nak cerita pasal tempat kerja. huh.

Sebelum ni saya pernah cerita pasal pekerjaan saya sekarang sikit-sikit, tapi ni nak cerita lebih sikit. hehe. Ni pengalaman kerja untuk pertama kali dalam hidup saya sebab selama 22 tahun hidup ni saya tak pernah kerja pun cuma menghabiskan duit mak bapak je. hewhew. Sorry. Dulu memang mak dengan ayah tak menggalakkan saya kerja mungkin sebab saya sorang je anak perempuan mereka atau dorang ingat saya tak pandai berdikari. kahkah. Bila dah habis diploma ni saya plan untuk sambung ijazah tapi tak kesampaian so taknak bagi hidup ni nampak sia-sia saya pun kerja. kuikui. Tapi malangnya bila apply terus dapat jauh berbatu-batu dari rumah.huh. Fikir panjang jugak, tapi positif je dengan harapan nak cari pengalaman kerja. huhu, taip panjang-panjang ni baru intro. kuikuikui.

Okay nak cerita pasal persekitaran pulak. Saya ni jenis macam katak bawah tempurung tau (sikit la). Kawan pun tak ramai. Tak pandai bergaul. Kalau nak mula berkawan dengan seseorang makan masa lama. Pastu susah nak move on atau susah nak terima hakikat atau benda baru. huh susah jugak nak terangkan. Masa awal kerja dulu, hampir 3 bulan saya tak makan waktu rehat, maksud saya makan nasi. Bila waktu rehat je pergi surau makan biskut yang bawak siap-siap dari rumah. Orang ajak rehat pun tak ikut. Sebab orang kat sana semua dah berusia. Sebaya parents saya. Ada je yang muda tapi sorang kahkah. Pastu makcik makcik kat situ suka cakap benda yang tak sepatutnya, yang orang dah kahwin je tahu. Kalau cakap apa-apa mesti nak kaitkan dengan benda macam tu. Aduh malu pulak nak cerita. Pastu pasal dalam bilik pun cerita kat orang luar. Tak malu langsung.

Pergaulan orang kat sana pun bebas sangat. Lelaki dengan perempuan tak ada batas langsung. Selamba je sentuh, peluk lengan atau tarik tangan. Pastu makcik pakcik salam lelaki perempuan. Dan kat sana saya tengok ramai yang tak solat. Padahal semua dah berkeluarga. Dalam department saya tu yang muda je ramai solat, yang tua pun ada tapi tak semua. Ada yang umur 50 lebih, tak pernah solat kat situ tapi dia cakap kat rumah dia solat. Err. Tak faham la. Macam mana la dorang ni kat rumah. hmm. Sedih pun ada sebab tak mampu nak ajak dorang solat dah rasa bersalah. Kadang kalau lepas solat ada orang tanya 'dari mana tak nampak pun tadi?', saya pulak yang malu nak cakap yang saya baru lepas solat, takut dorang malu. huh. Saya tak pernah lalui benda macam ni sebelum ni, masa mula-mula tahu yang orang kat situ ramai tak solat saya terkejut sebab macam tak percaya semua dah jadi mak bapak orang kot. 

Masa bulan puasa tahun lepas, ada je yang tak puasa. Bau rokok kuat sangat. Masa mula-mula bau tu, saya masih cuba fikir positif. Tapi bila setiap hari bau asap rokok pastu buat-buat pakai minyak angin bagi hilang bau, nampak sangat tak puasa. Pastu yang perempuan pulak, macam hari-hari je period sebab time rehat je pergi kantin. haih. Solat jumaat pun ramai je tak pergi. hmm Bila lalui benda macam ni, buat saya rasa nak berhenti kerja. Nak duduk dengan family je. Takut. Eh macam panjang pulak, hmm lain kali la cerita lagi, penat la nak taip. Esok dah nak balik Johor. Urgh. Saya harap ada rezeki untuk saya kerja kat Terengganu ni. Kerja yang dekat dengan rumah. Amin. Babaii ^^

Saturday, 29 April 2017

Rindu Semua

Haii, assalamualaikum hewhew


Dah lamaaaaaa sangatttt tak berbelog ni. Banyak sangat cabaran rintangan dugaannya haaa, huhu. Sekarang saya kat Terengganu boleh la nak layan jap, sebab kat Johor sana saya takde laptop dengan wifi lajuuu sobs. Kat sana bosan sangat life saya. Fikir pasal kerja je. Kerja pulak setiap hari balik pukul 8 malam. Tu paling awal, tapi kalau tetiba banyak kerja kena stay la. hmm. Kadang sabtu dengan ahad kena overtime maklumla kerja kilang hehe. Lepas balik kerja pukul 8 tu terus balik rumah, mandi dengan solat semua pastu siap nak tidur. Dan begitu la hari hari saya kat sana. Haih. Hari-hari fikir nak balik Terengganu je, rindu semua benda kat sini. Paling rindu makanan la hewhew. 

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 24 tahun dah tahun ni, dah tua sangat. Macam cepat sangat masa ni kan. Serius. Macam cepat sangat masa. Rasa macam baru nak sambung Diploma padahal dah setahun lebih habis belajar. Rindunyaaa. Niat nak sambung Degree tak kesampaian pulak, dah 4 kali mohon tak dapat huhu 😭. Takpe takpe masih boleh fikir positif. huh. Kalau kat Johor kan hari hari mesti fikir pasal belog, rasa macam banyak benda nak cerita kat sini, tapi bila laptop ada depan mata ni tiba-tiba blank. kahkah. Nanti la sebab nak cerita ni kena ada mood, baru best nak cerita, idea pun mencurah-curah je masa tu. Pastu bila tengok blog sendiri ni rasa bosan pulak, macam nak edit tapi dah lupa pulak cara dia sebab dah lama tinggal. hmm. Dulu sebelum kerja boleh la edit-edit sebab dulu cuti panjang, yela cuti sem. Sekarang paling lama pun seminggu tu pun masa raya. hmm. Okay takpe la, nanti kita jumpa lagi, nak tenangkan fikiran jap, babaii 👋


Ehem, tajuk post macam tu sebab taktau nak letak apa dah. kuikui

Friday, 28 October 2016

Lepas Rindu. hee

Assalamualaikum


Hai, hihi. Aku tengah cuti sekarang ni, 4 hari je sempena Deepavali. Kalau ikutkan kalendar kilang aku memang cuti la hari ni sampai isnin tapi disebabkan schedule production tengah tinggi sekarang maka cuti dibekukan dan hari ni kena kerja overtime. kahkah. Tapi aku balik je sebab dah beli tiket. Macam ni la nasib kerja kilang pastu bahagian production pulak. haih. Sebelum ni aku memang tak tahu apa-apa pasal kerja kilang ni macam mana pastu production tu apa benda semua. Mula-mula aku masuk kilang pun blur je. Pastu tak tahu operator tu apa, QC la semua tu. huh. Pastu hari first masuk production serabut gila sebab banyak mesin dengan bunyi mesin lagi, aduh pening la. Pastu bila pergi kantin pulak mak aih ramainya orang asing yang selama ni aku tengok kat stesen bas je tu pun hari jumaat je kalau nampak pun, ni depan mata aku penuh dan serabut. urgh. Pastu jalan main langgar je. Ada indonesia, vietnam, nepal, myanmar dan err haa tu jela kot. Tapi serius ramai gila. Awal-awal kerja dulu aku takut jugak tapi sekarang dah biasa. Dah biasa pun kena hati-hati jugak -..- 

Pastu masa rehat la terkejar-kejar dorang semua pergi kantin sebab nak kena kejar masa. Rehat pagi 15 minit je pastu kantin jauh. Jalan nak pergi ke kantin dah 5 minit, duduk jap dah bunyi loceng. kahkah. Eh macam bosan pulak cerita pasal kilang ni. Dah la. Haa aku kat sana takde wifi, pakai internet phone sendiri. Pastu line pulak bongok. Aduh stress aku. Kalau bawak laptop memang takde function pun sebab nak buat hotspot takleh connect pun -..- Aku rindu gila nak tengok blog, nak share cerita kat sini sebab kat sana aku banyak stress. Sebab dah lama sangat tak layan blog ni kan, aku sampai lupa nak cara nak edit blog. haha. Bosan la tengok benda sama je ni. Tak pandai dah aku nak coding. Oh aku kat sana sebagai programmer. Dulu masa interview aku ingat programmer ni dia buat coding macam C++ tu kahkah. Padahal tak punnn. Programme dia lagi okay rupanya. Tapi aku blur jugak la sebab aku tak tahu mesin. hihi.

Aku stay kat Pasir Gudang sekarang. Aku duduk kat Taman Kota Masai. Orang sana mesti tahu kan. Pastu kalau kat sana bila tanya duduk kat mana, mesti tak boleh cakap Taman Kota Masai sebab kawasan tu besar gila. Dia mesti kena cakap Mangga ke Delima ke Pulasan ke. Haa kat sana main nama buah je. Aku kan bosan sangat duduk kat sana. hmm. Kalau kat sana, hari-hari aku rindu Terengganu. Aku rindu pantai. Kalau macam masa belajar dulu, bila stress je boleh tengok pantai pastu tenang. Kat sana aku nak pergi mana?. Ohh hari tu makcik kepada kawan aku ni dia bagitahu kat Pasir Gudang tu ada laut. Aku excited gila. Pastu hujung minggu tu terus aku ajak kawan aku pergi sebab makcik tu cakap dekat je dalam 10 minit dari rumah aku. Nama tempat tu Kg Pasir Putih. Aku dah bayangkan tempat tu macam pantai kat Terengganu ni, sampai je kat kampung tu aku tak nampak laut pun -..- Kat tebing tu dorang dah buat kedai makan pastu ada rumah. Sebab tu tak nampak. Pastu bukan macam pantai pun. hmm. Kecewa gila. 

Emm, sampai sini je cerita kali ni boleh tak, otak dah blank. kahkah. Goodnight ;)


Friday, 15 July 2016

Berbelah bahagi

Assalamualaikum

Dah lama tak singgah sini. Sibuk sangat sejak kebelakangan ni hmm. Oh, selamat hari raya semua hewhew. Alhamdulillah masih diberi kesempatan sambut raya tahun ni dan raya tahun ni first time saya bagi duit raya kat family and sepupu. Sepupu yang kecik jela mampu haha. Maklumlah sekarang dah kerja tapi dah kerja pun ada je orang bagi duit raya jugak. Huhu. Rezeki.

Masuk ni dah 4 bulan saya kerja. Lama jugak la merantau. Dan masih keliru dengan perasaan sendiri. Hmm. Tak tahu la kenapa selalu fikir betul ke tak keputusan yang saya buat ni. Tak kejar impian yang dah lama sangat berharap. Saya nak sangat sambung belajar tapi sekarang dah dapat kerja tetap pastu dah keliru nak terus kerja atau nak sambung belajar sepenuh masa. Gaji pulak alhamdulillah dapat lebih dari yang diharapkan tapi sampai bila nak kerja kat sini. Haih. Buntu la.

Hari tu fikir jugak kumpul dulu ilmu sebanyak mana yang boleh dekat tempat kerja sekarang pastu boleh bawak pengalaman kerja tu untuk mohon kerja tempat lain. Tapi lama jugak nak kena cukup ilmu tu. Kadang fikir nak sambung belajar tapi buat part time takut tak terkejar pulak nanti. Kalau buat full time mesti kena buat pinjaman lagi, bertambah la hutang pheww. Hutang masa diploma pun tak bayar lagi. Hmm. Hakak fening la -_-. Okay takpe la nak kena tidur ni, esok kerja huhu. Lepas ni la sambung fikir. Goodnight.