Tuesday 31 December 2013

31 Disember 2013

Assalamualaikum***
Beberapa jam lagi dah nak masuk 2014 . Dulu dulu bila nak masuk tahun baru je mesti tak tenteram jiwa . sedih . takut . tak boleh terima kenyataan yang diri ni dah tua ! ahhaha .. agak kelakar bila ingat balik . kenapalah nak takut sangat umur meningkat , kan ? But , kali ni tak lagi . aku dah boleh terima . tak excited pun bila nak masuk tahun baru kali ni , makin takut ada lah . nak berubah . nak jadi baik , wanita solehah . ahhaha . macam kelakar . tapi serius nak try ! semakin meningkat umur , semakin dekat kita dengan kematian :( tadi tiba tiba je hati ni rasa rindu nak baca al-Quran . lama sangat dah tinggal . selagi ada peluang , kena lah guna baik baik , takut tak sempat dah tak boleh nak menyesal .

Quran ni dia yang bagi haritu . hadiah . 


Monday 30 December 2013

Berbaju Kurung

assalamualaikum , harini aku nak cakap sikit tentang sesetengah orang yang aku rasa berfikiran sempit . bukan untuk bela diri sendiri , tapi aku rasa memang patut untuk aku bercakap pasal benda ni . aku hairan bila ada sesetengah orang ni yang pelik tengok aku berbaju kurung bila keluar jalan jalan . haritu , kawan aku ajak keluar pergi mesra mall . mesra mall je kot . 2 buah kereta , 10 orang . semua pakai seluar , aku sorang je berbaju kurung , memang aku ni kg sikit , aku mengaku. then , ada pulak sorang antara ramai ramai tu macam marah aku tau , dia cakap "eh husna ko nak ke mana pakai baju kurung ? pergi tukar baju sana, pakai seluar" , haa gittew . cakap macam bajet mak mak gitu . aku tanya kenapa ? tak pernah ey orang pergi jalan jalan pakai baju kurung ? wajib pakai seluar ? aku keras , tak tukar . dia sapa nak arah aku macam macam . kolot sangat ke baju kurung tuh ? memang baju kurung untuk pergi kenduri , melawat orang mati je ey ? ******
memang sejak aku masuk sekolah menengah lagi mak aku tak bagi aku pakai seluar , mak aku ustazah , memanglah jaga sikit . bukan tak bagi langsung , kalau memang keadaan terpaksa bagi lah , kalau tak memang berbaju kurung jelah atau apa je jenis pakaian yang bukan seluar . aku teringin untuk berpakaian macam orang lain , tapi tak sampai hati nak derhaka ngan mak . dah memang sorang je anak perempuan , kalau bukan aku siapa lagi kan .takkan lah aku nak derhaka ngan mak aku semata mata nak ikut dia ? untuk pergi mesra mall sekali tu ? memang tak oke .



haa. harini la . tengok tu , aku sorang je kan . kekadang rendah diri jugak . haha 

Friday 27 December 2013

MENYESAL :/

hey hai .. Assalamualaikum , tengok gambar bawah ni :D
oke , fokus pada tahi lalat atas hidung tu , ahhaha ! sebenarnya nak bagitahu , aku baru sedar tahi lalat tuh wujud masa aku tingkatan 4 kot , xpon 5 . lebih kurang gitu lah . dulu kecik gile , kecik sangat sangat . nak dijadikan cerita , sebelum aku ditawarkan masuk ke politeknik (rujuk pada tahun 2012) , zaman kegagalan aku tuh , aku suka stalk belog orang . aku suka baca petua orang dulu dulu dekat belog dan aku suka nak test nak pastikan betul ke tak . aku terjumpa satu petua ni , "petua buang tahi lalat" , haha tajuk dia comel oke dan aku tertarik . cara dia mudah sangat , sebab tu aku ikut sebab bahan dia ada kat rumah aku masa tuh , guna kapur , sabun basuh baju tu ,air . kot . aku pun tak ingat sangat . aku terus buat oke . mula mula letak tu pedih , berair mata . aku tahan . 4 hari tinggal kudis , lepas tu hilang kudis sekali ngan tahi lalat tu . aku happy , sangat sangat . maknanya eksperimen aku berjaya , haha ! 2 hari lepas tu tetiba muncul balik .haha bengong . memula kecik macam sebelum tu , lama lama besar dari asal . hampehh betul . padan muka aku . haih . apa yang aku nak cakap kat sini , bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t beri , jangan memandai nak ubah ciptaanNya , semua yang Dia buat dah oke . kan tak pasal pasal nak menyesal .

Tuesday 24 December 2013

semua yang hidup pasti akan mati .

baru terperasan gambar ni ada dalam folder whatsApp aku , adik aku yang bagi . tiba-tiba je rasa takut tu datang . ya , aku takut . sumpah aku banyak dosa . belum cukup amalan untuk aku menghadap yang Maha Esa . sungguh , aku seorang manusia yang lalai , gagal menuruti perintahNya . banyak yang perlu aku perbaiki sebagai persiapan untuk aku . Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan .
kiamat dah menghampiri . 

Sunday 22 December 2013

#throwback zaman kegagalan

assalamualaikum ,
harini tetiba terasa cepat je masa berlalu . sekarang dah masuk sem 3 , sem depan dah LI . rasa macam baru je lepas final exam matrik , eh sekarang dah belajar kat poli pulok .
ingat lagi masa baru-baru lagi result matrik keluar , sedih oke . kecewa teramat sangat . sebab aku belajar last minit & main-main je . tak rasa macam serius pon exam tu . fikir nak balik je . serius masa tu aku menyesal gila . tapi sekarang dah oke , bahagia .
lepas je keluar result tu dah risau dah , tak tahu nak buat apa . aku apply SPA , oke dapat temuduga tapi gagal pulak . aku apply UiTM pun gagal . semua tu aku apply guna result SPM . memang aku rasa aku manusia paling malang time tu . 7 bulan aku duk rumah , orang lain dah sambung degree dah . tapi aku tak putus asa oke , sebab aku pernah berjanji ngan diri aku , aku tetap nak sambung belajar dan alhamdulillah suatu hari tu aku dapat mesej , tawaran dari politeknik . aku tak pernah apply pun dan aku tak pernah terfikir pun nak masuk poli bidang kejuruteraan pulok . aku tak pernah terfikir . sebelum ni aku sibuk nak akaun tapi jodoh aku dengan akaun tak lama mungkin . aku belajar betul-betul sem 1 dulu , nak buktikan aku ni tak bodoh , aku tak nak classmate aku pinggirkan aku macam dulu-dulu . aku nak jadi yang terbaik . aku nekad . aku tinggalkan kawan aku yang banyak main-main , yang tak serius belajar sebab aku takut aku terikut perangai dia , aku ni dah la cepat je terpengaruh . aku ajak diorang belajar sekali , tapi dah tak nak takkan nak paksa , aku takut diorang menyesal macam aku dulu . dan kali ni aku rasa apa yang aku buat tu , betul . aku tak kecewa lagi .
alhamdulillah , aku dapat . mak ngan abah aku happy . ye, aku tak bodoh . tapi aku malas . kalau kita nak , kita usaha pasti akan berjaya . aku pernah ada kat bawah dan aku pernah rasa kegagalan . sumpah , sakit . aku tak nak semua tu berulang lagi . aku tak nak keluarkan perkataan menyesal lagi :')

Saturday 21 December 2013

LI

assalamualaikum .
sekarang dah masuk semester ke 3 . nanti sem 4 dah nak LI . LI tu latihan industri lah .
jadi , sementara cuti seminggu ni , peluanglah untuk student cari tempat nak LI sem depan nanti . aku nak LI sekali ngan Jaa , kawan sekelas, serumah aku tuh . almaklumlah dalam 8 orang budak perempuan kelas tu, aku ngan Jaa je orang Terengganu , yang 6 orang lagi tu orang Johor , haruslah diorang LI kat Johor sana kan . susah jugaklah sebab kena uruskan semua tu sendiri .Tapi yang jadi masalah sekarang , aku tak tahu tempat mana yang sesuai dengan bidang aku ni selain telekom . rasa macam nak try mintak kat celcom . eh ? boleh ke ? .. aku dengar budak yg tengah LI sekarang cakap macam tak ada kerja sangat untuk budak perempuan ni . duduk je dalam pejabat . tapi aku rasa macam tak belajar pulak , macamana nak present kat lecturer nanti ? kalau boleh aku nak yang macam ada kerja sikit . tapi kat mana ? haih , pening lah . takpelah , takyah nak pening-pening lagi nak fikir pasal ni , esok sambung . harini layan Running Man dulu :)
macam takut je , debor debor ! 



Hilangkan semua rasa tu , then tamat .
senang
tak perlu nak fikir lagi 
tak perlu nak fening feningkan kepala untuk fikir benda bod*h tu
buat semak
serabut

Thursday 12 December 2013

HIKMAH

Alhamdulillah

semuanya kembali seperti sedia kala . Kami jadi kawan balik . takdok lagi rasa marah . kami selesaikan masalah dengan cara baik . 
slowtalk . 

syukur , 
semua boleh terima kesalahan diri memasing . kami tinggal 2 tahun lagi untuk habiskan Diploma ni , nak manfaatkannya baik-baik . semester depan dah LI (latihan industri) , sem 4 . nak LI sesama , kalau boleh tak nak sorang pon sangkut . takleh g LI . nak konvo sama-sama . kalau ada masalah lagi , cuba selesaikan dengan cara baik . selisih faham kali ni yang jadikan hubungan kami sekelas lebih rapat . 7 orang pelajar perempuan kelas DEP3 sesi dis13. 


Photo: Assalammualaikum .this myGF DEP3A . muka ceria even dipagi yg  sejuk ^_*
dari kiri : amy , faten , wani , aku , jaa , eca & syairah

Wednesday 11 December 2013

POKAI

assalamualaikum .
harini 111213. maksudnya dah nak masuk 2 minggu aku berada di sem 3 . 
tapi malangnya duit PTPTN tak masuk lagi . kenapa ?
kami dah tak ada duit wahai encik Pt . banyak nak guna ni . lagi lagi student yang tak stay asrama . nak bayar sewa rumah lagi . Tuan rumah kutip sewa awal bulan . kalau boleh takmboh la susahkan mak bapak . nak beli buku lagi , bukan murah . haih , pening . terpaksa ikat perut ,
untung ada mi sedaap , buat alas perut :)

Monday 9 December 2013

Budak Baru Belajar ;)

Assalamualaikum w.b.t
semalam 8 disember dah start belajar dah , subjek Telephony . Pengalaman baru , best. buat lab , experiment pasal telefon je . ahhaha . tengok tengok komponen dalam telefon je , cara sambungannya . hafal apa yang ada dalam telephone set tuh . mudoh je . 
ni handset . bahagian atas yang tempat dengar tu , receiver . yang kat tempat cakap tu , transmitter .

bahagian dalam telefon


ni litar untuk keypad


dah . tu je .  
btw , tadi mokyah call . haha . kesian pulak , dia ingat aku dah tak ingat kat dia dah . doklah , aku sibuk sikit je . oloh , mak sendiri pon jarang call , tak kan mak angkat nak call selalu . tak adil la . haha 

Friday 6 December 2013

tak kenang jasa

Dua hari lepas , kawan pada rumet aku call . dia cakap nak tumpang tidur kat rumah sewa kami satu malam sebab dia tak dapat asrama . Sepatutnya semester ni dia kena pergi praktikal , tapi disebabkan dia banyak repeat jadi jam kredit dia tak cukup untuk pergi praktikal jadi terpaksalah dia praktikal sem depan . Dia pulak baru daftar kursus hari selasa , hari khamis kena masuk klas . Asrama pulak tak dapat . dia pon menumpang la semalaman . kitorang duk 3 orang sebilik , kalau kawan rumet aku tu tidur bilik kitorang macam serabut cket , jadi rumet aku dengan baik hatinya tidur kat luar dengan kawan dia . Keesokan harinya , dia pergi kelas sama sama ngan rumet aku tuh , balik pon sama sama gak . kebiasaannya rumet aku tuh kalau pergi dan balik klas tumpang classmate dia tapi semalam disebabkan kawan dia tu ada , rumet aku terpaksa balik jalan kaki . takkan nak ajak kawan dia tu tumpang kereta orang kan ? pastu sampai je kat rumah sewa , aku , jaa dan rumet aku packing barang sebab nak balik kampung . tiap hari khamis memang kitorang macam tu , lepas balik kelas , terus packing barang , sebab takut lambat mesti takdok bas , balik bertiga . tapi semalam kitorang kemas barang tapi kawan dia tu rehat lagi  , baring baring main fon , rumet aku tu dah banyak kali tegur , suruh dia bersiap . orang solat , dia rehat lagi . lepas kitorang siap , baru terhegeh hegeh nak g berwuduk . sabor jelah . pastu macam biase call pok ayub suruh hantar kat stesen bas , sampai je sana lepas turun dari van , terus tak nampak kawan rumet aku tu . cari punya cari dah ada dalam bas dah . bas pulak dah penuh . tinggal kitorang gitu je ? nak mintak tolong bukan main lagi , lepas dapat terus tinggal macam tu je ? patutlah aku tengok dia selalu sorang sorang macam takdok kawan . dah dapat agak dah kenapa dia selalu sorang , mungkin sebab perangai dia macam tu . haih . janganlah buat macam tu , nanti orang dah taknak tolong dah . biar susah sorang2 .