Friday 28 October 2016

Lepas Rindu. hee

Assalamualaikum


Hai, hihi. Aku tengah cuti sekarang ni, 4 hari je sempena Deepavali. Kalau ikutkan kalendar kilang aku memang cuti la hari ni sampai isnin tapi disebabkan schedule production tengah tinggi sekarang maka cuti dibekukan dan hari ni kena kerja overtime. kahkah. Tapi aku balik je sebab dah beli tiket. Macam ni la nasib kerja kilang pastu bahagian production pulak. haih. Sebelum ni aku memang tak tahu apa-apa pasal kerja kilang ni macam mana pastu production tu apa benda semua. Mula-mula aku masuk kilang pun blur je. Pastu tak tahu operator tu apa, QC la semua tu. huh. Pastu hari first masuk production serabut gila sebab banyak mesin dengan bunyi mesin lagi, aduh pening la. Pastu bila pergi kantin pulak mak aih ramainya orang asing yang selama ni aku tengok kat stesen bas je tu pun hari jumaat je kalau nampak pun, ni depan mata aku penuh dan serabut. urgh. Pastu jalan main langgar je. Ada indonesia, vietnam, nepal, myanmar dan err haa tu jela kot. Tapi serius ramai gila. Awal-awal kerja dulu aku takut jugak tapi sekarang dah biasa. Dah biasa pun kena hati-hati jugak -..- 

Pastu masa rehat la terkejar-kejar dorang semua pergi kantin sebab nak kena kejar masa. Rehat pagi 15 minit je pastu kantin jauh. Jalan nak pergi ke kantin dah 5 minit, duduk jap dah bunyi loceng. kahkah. Eh macam bosan pulak cerita pasal kilang ni. Dah la. Haa aku kat sana takde wifi, pakai internet phone sendiri. Pastu line pulak bongok. Aduh stress aku. Kalau bawak laptop memang takde function pun sebab nak buat hotspot takleh connect pun -..- Aku rindu gila nak tengok blog, nak share cerita kat sini sebab kat sana aku banyak stress. Sebab dah lama sangat tak layan blog ni kan, aku sampai lupa nak cara nak edit blog. haha. Bosan la tengok benda sama je ni. Tak pandai dah aku nak coding. Oh aku kat sana sebagai programmer. Dulu masa interview aku ingat programmer ni dia buat coding macam C++ tu kahkah. Padahal tak punnn. Programme dia lagi okay rupanya. Tapi aku blur jugak la sebab aku tak tahu mesin. hihi.

Aku stay kat Pasir Gudang sekarang. Aku duduk kat Taman Kota Masai. Orang sana mesti tahu kan. Pastu kalau kat sana bila tanya duduk kat mana, mesti tak boleh cakap Taman Kota Masai sebab kawasan tu besar gila. Dia mesti kena cakap Mangga ke Delima ke Pulasan ke. Haa kat sana main nama buah je. Aku kan bosan sangat duduk kat sana. hmm. Kalau kat sana, hari-hari aku rindu Terengganu. Aku rindu pantai. Kalau macam masa belajar dulu, bila stress je boleh tengok pantai pastu tenang. Kat sana aku nak pergi mana?. Ohh hari tu makcik kepada kawan aku ni dia bagitahu kat Pasir Gudang tu ada laut. Aku excited gila. Pastu hujung minggu tu terus aku ajak kawan aku pergi sebab makcik tu cakap dekat je dalam 10 minit dari rumah aku. Nama tempat tu Kg Pasir Putih. Aku dah bayangkan tempat tu macam pantai kat Terengganu ni, sampai je kat kampung tu aku tak nampak laut pun -..- Kat tebing tu dorang dah buat kedai makan pastu ada rumah. Sebab tu tak nampak. Pastu bukan macam pantai pun. hmm. Kecewa gila. 

Emm, sampai sini je cerita kali ni boleh tak, otak dah blank. kahkah. Goodnight ;)


Friday 15 July 2016

Berbelah bahagi

Assalamualaikum

Dah lama tak singgah sini. Sibuk sangat sejak kebelakangan ni hmm. Oh, selamat hari raya semua hewhew. Alhamdulillah masih diberi kesempatan sambut raya tahun ni dan raya tahun ni first time saya bagi duit raya kat family and sepupu. Sepupu yang kecik jela mampu haha. Maklumlah sekarang dah kerja tapi dah kerja pun ada je orang bagi duit raya jugak. Huhu. Rezeki.

Masuk ni dah 4 bulan saya kerja. Lama jugak la merantau. Dan masih keliru dengan perasaan sendiri. Hmm. Tak tahu la kenapa selalu fikir betul ke tak keputusan yang saya buat ni. Tak kejar impian yang dah lama sangat berharap. Saya nak sangat sambung belajar tapi sekarang dah dapat kerja tetap pastu dah keliru nak terus kerja atau nak sambung belajar sepenuh masa. Gaji pulak alhamdulillah dapat lebih dari yang diharapkan tapi sampai bila nak kerja kat sini. Haih. Buntu la.

Hari tu fikir jugak kumpul dulu ilmu sebanyak mana yang boleh dekat tempat kerja sekarang pastu boleh bawak pengalaman kerja tu untuk mohon kerja tempat lain. Tapi lama jugak nak kena cukup ilmu tu. Kadang fikir nak sambung belajar tapi buat part time takut tak terkejar pulak nanti. Kalau buat full time mesti kena buat pinjaman lagi, bertambah la hutang pheww. Hutang masa diploma pun tak bayar lagi. Hmm. Hakak fening la -_-. Okay takpe la nak kena tidur ni, esok kerja huhu. Lepas ni la sambung fikir. Goodnight.

Sunday 15 May 2016

Angan Angan

Assalamualaikum

Dah lama sangat ni tinggal belog kena post jugak takut nanti berhantu kahkah. Sekarang aku dah kerja, weee. Eh, aku ada bagitahu ke sebelum ni? Macam takde. Hmm. Takpe la aku cerita jela lagi, sekarang aku dah kerja dekat Pasir Gudang. Aku asal Terengganu tau, fuhh jauh jugak la aku merantau seorang diri demi mencari sesuap nasi ecehh. Hehe. Aku dapat offer kerja sebagai programmer kat kilang area pasir gudang ni. Macam terkejut jugak la dapat hahaha. Dah rezeki, aku terima jela. Tapi aku bukan nak cerita pasal kerja pun ni, haih jauh tersasar dari tujuan sebenar. Kehkeh.

Baiklah. Pasal angan-angan kan? Aku ni suka sangat berangan, pantang ada masa lapang sikit mesti nak berangan. Aku ada perancangan hidup aku sendiri. Hewhew. Macam ni tau, aku mula plan lepas aku gagal matrik dulu. Masa masuk matrik langsung takde plan masa depan. Kahkah. Tak tahu tujuan pun masa tu. Pastu dapat masuk politeknik. Masa tu aku plan, aku akan habis diploma dalam masa 3 tahun, masa habis umur aku 22 tahun. Lepas je habis diploma terus sambung ijazah pulak. Dalam masa 4 tahun aku akan dapat ijazah. Masa aku dapat ijazah tu pulak umur aku dah 26 tahun. Haaa. Pastu nak cari kerja dan buat part time master. Fuhh. Masa tu dalam kepala aku cuma fikir pendidikan je. Takde langsung benda lain. Aku plan kahwin dalam umur 27 tahun .

Tapi, sekarang aku tak boleh nak teruskan plan aku sebab dah lari dah. Patut sekarang aku dah sambung ijazah masa bulan 3 kalau ikut plan asal. Allah sebaik baik perancang, aku terus dapat kerja tetap lepas habis je diploma. Jauh di sudut hati aku ni nak sangat sambung belajar. Sekarang pun aku fikir lagi. Aku dah kerja 2 bulan. Pastu aku fikir kalau aku sambung belajar full time rugi jugak sebab aku kena berhenti kerja, dan kena buat pinjaman ptptn lagi. Hutang masa diploma pun tak mula bayar lagi. Haih. Lagi satu takkan aku nak berhenti kerja, bukan senang nak dapat kerja sekarang. Lepastu pulak aku fikir jugak takkan aku nak kahwin umur 27 macam lambat sangat jee hahaha. Aku rasa kena kahwin la sebelum 26 tahun ni. Ermm, ada orang ajak aku kahwin tahun depan hahahahaha. Aku malu laaa, tak cukup matang lagi kot. Pheww. Kena istikharah dulu ni, buat keputusan betul betul.

Aku taktau la dapat bertahan lama ke tak kerja kat sini, mungkin tak. Aku rasa aku nak jugak sambung study tapi part time sebab nak guna duit sendiri taknak pinjam lagi dah. Banyak sangat dah ni hutang. Huh. Pastu raya dah dekat hehe, tahun ni nak bagi duit raya pulak, selalu sebelum ni aku dapat duit raya kahkah. Tak sabar pulak rasanya. Oh pastu nanti aku balik Terengganu lagi 3/7 haa lambat lagi. Tapi sempat la puasa dengan family. Huhu. Lain kali aku post lagi, ni pun guna tab je. Laptop tinggal kat Terengganu. Pastu dah la guna internet free je, lambat laa. Hahaha. Dah la, babaii .

Saturday 20 February 2016

Tak dirancang

Assalamualaikum 


Lama gila aku tinggal belog ni kahkah. Bukan tak sempat ke apa tapi takde mood langsung nak berblog. Hewhew. Kalau ikutkan idea ni bersepah tapi bila nak start taip ke mood hilang. Huhu. Sekarang dah hampir 4 bulan aku menganggur. Sebelum ni aku dah susun plan cantik cantik dah untuk masa depan aku, baik je. Tapi tu la kita ni manusia mampu merancang je. Tsk. Plan aku sebenarnya habis je diploma, aku nak terus sambung degree pulak, universiti pilihan aku UTHM. Aku tak tahu kenapa aku berkenan sangat nak belajar kat situ dalam course Electronic Engineering (communication). Kalau tengok syarat kemasukan memang aku lulus tapi tah la keluar result tak dapat pulak. Mungkin takde rezeki aku lagi.

Kalau aku dapat, aku dah daftar dah 15 Feb. Masa keluar result tu kecewa gila, tak tahu la kenapa macam sedih sangat sebab aku tunggu dari 3 tahun lepas kot selepas aku gagal matrik. Tiap sem aku struggle nak maintain pointer atas 3.0 untuk apply degree. Tsk tsk. Bukan rezeki aku lagi kot. Aku tak putus asa dah try apply untuk intake september pulak. Ni aku plan jugak, kalau dapat aku akan habis study masa umur aku 27 tahun. Pehh, kahwinnya bila? Kahkah. 

Tapi tu la macam aku cakap tadi, manusia mampu merancang je. Minggu lepas aku dapat temuduga kerja dengan company besar jugak dekat Johor. Aku try jela sebab dah dapat, ada beberapa orang kawan aku yang dipanggil temuduga jugak. Company nak ambik 2 orang je tapi aku sorang je lulus. Mungkin rezeki aku untuk kerja dulu bayar hutang ptptn kahkah. Sebelum interview tu aku plan kalau aku dapat kerja, aku nak part time study tapi aku terikat 2 tahun. Hmm sedih jugak. Degree tu salah satu impian aku. Kerja yang aku dapat ni pun antara impian aku jugak. Kalau diikutkan aku tak lulus pun sebab masa interview aku cakap ada plan nak sambung study tapi company tu call balik nak comfirmkan. Aku lulus sebab dorang tengok result mathematic kot. 

Aku excited tapi dalam masa yang sama takut jugak. Jauh la Johor dengan Terengganu lagipun aku sorang. Tapi aku suka cabar diri. Hewhew. Aku takde pengalaman kerja pun haih. Takpelah bila lagi nak rasa pengalaman macam ni. Hahaha. Okaylah sampai sini je cerita aku malam ni, update guna tab je sebab malas bukak laptop. Kahkah. Nah gambar masa interview hewhew.

       
 Thanks. Bye 


Sunday 24 January 2016

Dua bulan menganggur

Assalamualaikum




Dah dua bulan lebih aku menganggur, fuhh lama gila. Kalau aku kerja dari awal-awal habis belajar hari tu dapat la jugak aku kumpul duit buat beli iphone ke kan, tak kesah la kerja apa pun dekat pizza hut ke kan, syok jugak dapat makan pizza hari-hari, hewhew. Tu la, hari tu sebok sangat fokus nak sambung study, kengkonon dapat la nak sambung bulan mac ni, last tak dapat pun. Hampehh betul. Tapi takde rezeki lagi, nak buat macam mana. Siapa je aku ni nak lawan takdir. Sudahnya sekarang menggelabah jadi penganggur, tak tahu nak buat apa dah buntu dah. Sadlife betul aku ni. Kawan-kawan aku dah kerja, ada je yang belum kerja lagi, tapi yang dah kerja tu kerja biasa je, tak ikut course masa belajar pun.

Baru aku tahu, susah gila nak dapat kerja. haih. Banyak dah aku hantar resume kat kilang konon nak mohon position technician la, tapi susah gila. Dalam banyak-banyak tu, satu je aku dapat interview, tapi aku tak pergi sebab aku tunggu UTHM la. Aduhh bongok gila aku berharap dengan benda yang tak pasti, patut hari tu aku pergi je. hmm. Melepas. Haa sekali lagi, bukan rezeki nak buat macam mana kan. Rezeki aku kat tempat lain, atau lambat je. Pastu dah la nak mohon kerja tu banyak tempat nak orang yang ada pengalaman je. hergh. Aku ni apa je ada. Pengalaman pulak, nak pengalaman kerja dalam bidang sama, bidang elektronik. Kalau tak bagi peluang, mana nak dapat pengalaman tu. Setakat ni menternak lemak jelah yang aku mampu buat. Jaa dah start ambil tempahan menjahit, tungg ah ada kemahiran kan. haih. 

Aku macam nak jugak try berniaga, tapi tak pandai la, dengan takde keyakinan lagi. Alaa, tak best la macam ni sumpah aku blur gila nih tak boleh fikir. Aku kena jugak cari kerja, walaupun kerja biasa sebab aku sekarang dah plan nak mohon degree lagi untuk kemasukan bulan september dan kali ni aku nak  mohon banyak tempat, taknak la macam sebelum ni berharap dekat UTHM je. Sudahnya, rosak semua plan aku. Plan yang best gila dah rosak. kahkah. Tapi sebelum sambung degree, aku kena buat MUET sekali lagi la, sebab MUET aku dah nak expired yelah aku ambik masa matrik dulu, dah nak masuk 6 tahun pun, lagipun MUET aku band 2 je, aku kena dapat band 3 la. Alaa, aku ni dah la tak pandai english. tsk. Aku dah tepu gila ni terperap je dalam rumah hampir 3 bulan, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Tak berkembang. kahkah. Aku ada jugak macam nak pergi Johor kerja kilang dengan kawan aku, tapi takde geng pulak nak interview sama-sama. hahaha. Susah la macam ni. Kan best kalau sekarang baru semester 6 diploma, tak payah sebok fikir semua masalah ni. haih. Tapi macam mana pun, kena hadap jugak. Ada je rezeki aku ni, aku kena sabar je. hewhew. Doakan aku berjaya la nak hadap liku-liku kehidupan ni, haha. Cabaran hidup sebenar baru bermula. kahkah.




*sebenarnya aku tukar url blog lagi, huhu. Sebelum ni husnamalek.blogspot.com. Memang aku bukan berpendirian tetap. hewhew

Sunday 17 January 2016

Gagal lagi.

Assalamualaikum.

Hari ni keputusan kemasukan ke UTHM dah keluar. Hari tu bulan 11 aku ada mohon nak masuk UTHM ni, gigih jugak la aku ulang alik pergi poli Dungun nak settle semua borang sebab memang nak sangat masuk UTHM ni. Tadi result keluar, aku GAGAL. Sedih gila. Sumpah sedih. Sebab aku berharap sangat nak sambung belajar kat sana. Mungkin bukan rezeki aku lagi. hmm. Tadi pun Syairah yg bagitahu aku result dah keluar. Menggigil tangan aku check. Bukak portal semua. Gagal pulak. haih. Tak tahulah kenapa aku selalu je gagal tiap kali first trial. Kat mana silap pun aku tak tahu, kalau ikutkan result diploma aku memang dah menepati kehendak dorang, mungkin ramai lagi result gempak gila kot. Aku sumpah tak kuat gila nak hadap benda macam ni lagi, cukup la dulu lepas matrik aku dah bosan hadap. Sekarang kena lagi. Kena cari kerja dulu kot. Rezeki aku kat tempat lain. Mungkinla.