Tuesday 31 December 2013

31 Disember 2013

Assalamualaikum***
Beberapa jam lagi dah nak masuk 2014 . Dulu dulu bila nak masuk tahun baru je mesti tak tenteram jiwa . sedih . takut . tak boleh terima kenyataan yang diri ni dah tua ! ahhaha .. agak kelakar bila ingat balik . kenapalah nak takut sangat umur meningkat , kan ? But , kali ni tak lagi . aku dah boleh terima . tak excited pun bila nak masuk tahun baru kali ni , makin takut ada lah . nak berubah . nak jadi baik , wanita solehah . ahhaha . macam kelakar . tapi serius nak try ! semakin meningkat umur , semakin dekat kita dengan kematian :( tadi tiba tiba je hati ni rasa rindu nak baca al-Quran . lama sangat dah tinggal . selagi ada peluang , kena lah guna baik baik , takut tak sempat dah tak boleh nak menyesal .

Quran ni dia yang bagi haritu . hadiah . 


Monday 30 December 2013

Berbaju Kurung

assalamualaikum , harini aku nak cakap sikit tentang sesetengah orang yang aku rasa berfikiran sempit . bukan untuk bela diri sendiri , tapi aku rasa memang patut untuk aku bercakap pasal benda ni . aku hairan bila ada sesetengah orang ni yang pelik tengok aku berbaju kurung bila keluar jalan jalan . haritu , kawan aku ajak keluar pergi mesra mall . mesra mall je kot . 2 buah kereta , 10 orang . semua pakai seluar , aku sorang je berbaju kurung , memang aku ni kg sikit , aku mengaku. then , ada pulak sorang antara ramai ramai tu macam marah aku tau , dia cakap "eh husna ko nak ke mana pakai baju kurung ? pergi tukar baju sana, pakai seluar" , haa gittew . cakap macam bajet mak mak gitu . aku tanya kenapa ? tak pernah ey orang pergi jalan jalan pakai baju kurung ? wajib pakai seluar ? aku keras , tak tukar . dia sapa nak arah aku macam macam . kolot sangat ke baju kurung tuh ? memang baju kurung untuk pergi kenduri , melawat orang mati je ey ? ******
memang sejak aku masuk sekolah menengah lagi mak aku tak bagi aku pakai seluar , mak aku ustazah , memanglah jaga sikit . bukan tak bagi langsung , kalau memang keadaan terpaksa bagi lah , kalau tak memang berbaju kurung jelah atau apa je jenis pakaian yang bukan seluar . aku teringin untuk berpakaian macam orang lain , tapi tak sampai hati nak derhaka ngan mak . dah memang sorang je anak perempuan , kalau bukan aku siapa lagi kan .takkan lah aku nak derhaka ngan mak aku semata mata nak ikut dia ? untuk pergi mesra mall sekali tu ? memang tak oke .



haa. harini la . tengok tu , aku sorang je kan . kekadang rendah diri jugak . haha 

Friday 27 December 2013

MENYESAL :/

hey hai .. Assalamualaikum , tengok gambar bawah ni :D
oke , fokus pada tahi lalat atas hidung tu , ahhaha ! sebenarnya nak bagitahu , aku baru sedar tahi lalat tuh wujud masa aku tingkatan 4 kot , xpon 5 . lebih kurang gitu lah . dulu kecik gile , kecik sangat sangat . nak dijadikan cerita , sebelum aku ditawarkan masuk ke politeknik (rujuk pada tahun 2012) , zaman kegagalan aku tuh , aku suka stalk belog orang . aku suka baca petua orang dulu dulu dekat belog dan aku suka nak test nak pastikan betul ke tak . aku terjumpa satu petua ni , "petua buang tahi lalat" , haha tajuk dia comel oke dan aku tertarik . cara dia mudah sangat , sebab tu aku ikut sebab bahan dia ada kat rumah aku masa tuh , guna kapur , sabun basuh baju tu ,air . kot . aku pun tak ingat sangat . aku terus buat oke . mula mula letak tu pedih , berair mata . aku tahan . 4 hari tinggal kudis , lepas tu hilang kudis sekali ngan tahi lalat tu . aku happy , sangat sangat . maknanya eksperimen aku berjaya , haha ! 2 hari lepas tu tetiba muncul balik .haha bengong . memula kecik macam sebelum tu , lama lama besar dari asal . hampehh betul . padan muka aku . haih . apa yang aku nak cakap kat sini , bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t beri , jangan memandai nak ubah ciptaanNya , semua yang Dia buat dah oke . kan tak pasal pasal nak menyesal .

Tuesday 24 December 2013

semua yang hidup pasti akan mati .

baru terperasan gambar ni ada dalam folder whatsApp aku , adik aku yang bagi . tiba-tiba je rasa takut tu datang . ya , aku takut . sumpah aku banyak dosa . belum cukup amalan untuk aku menghadap yang Maha Esa . sungguh , aku seorang manusia yang lalai , gagal menuruti perintahNya . banyak yang perlu aku perbaiki sebagai persiapan untuk aku . Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan .
kiamat dah menghampiri . 

Sunday 22 December 2013

#throwback zaman kegagalan

assalamualaikum ,
harini tetiba terasa cepat je masa berlalu . sekarang dah masuk sem 3 , sem depan dah LI . rasa macam baru je lepas final exam matrik , eh sekarang dah belajar kat poli pulok .
ingat lagi masa baru-baru lagi result matrik keluar , sedih oke . kecewa teramat sangat . sebab aku belajar last minit & main-main je . tak rasa macam serius pon exam tu . fikir nak balik je . serius masa tu aku menyesal gila . tapi sekarang dah oke , bahagia .
lepas je keluar result tu dah risau dah , tak tahu nak buat apa . aku apply SPA , oke dapat temuduga tapi gagal pulak . aku apply UiTM pun gagal . semua tu aku apply guna result SPM . memang aku rasa aku manusia paling malang time tu . 7 bulan aku duk rumah , orang lain dah sambung degree dah . tapi aku tak putus asa oke , sebab aku pernah berjanji ngan diri aku , aku tetap nak sambung belajar dan alhamdulillah suatu hari tu aku dapat mesej , tawaran dari politeknik . aku tak pernah apply pun dan aku tak pernah terfikir pun nak masuk poli bidang kejuruteraan pulok . aku tak pernah terfikir . sebelum ni aku sibuk nak akaun tapi jodoh aku dengan akaun tak lama mungkin . aku belajar betul-betul sem 1 dulu , nak buktikan aku ni tak bodoh , aku tak nak classmate aku pinggirkan aku macam dulu-dulu . aku nak jadi yang terbaik . aku nekad . aku tinggalkan kawan aku yang banyak main-main , yang tak serius belajar sebab aku takut aku terikut perangai dia , aku ni dah la cepat je terpengaruh . aku ajak diorang belajar sekali , tapi dah tak nak takkan nak paksa , aku takut diorang menyesal macam aku dulu . dan kali ni aku rasa apa yang aku buat tu , betul . aku tak kecewa lagi .
alhamdulillah , aku dapat . mak ngan abah aku happy . ye, aku tak bodoh . tapi aku malas . kalau kita nak , kita usaha pasti akan berjaya . aku pernah ada kat bawah dan aku pernah rasa kegagalan . sumpah , sakit . aku tak nak semua tu berulang lagi . aku tak nak keluarkan perkataan menyesal lagi :')

Saturday 21 December 2013

LI

assalamualaikum .
sekarang dah masuk semester ke 3 . nanti sem 4 dah nak LI . LI tu latihan industri lah .
jadi , sementara cuti seminggu ni , peluanglah untuk student cari tempat nak LI sem depan nanti . aku nak LI sekali ngan Jaa , kawan sekelas, serumah aku tuh . almaklumlah dalam 8 orang budak perempuan kelas tu, aku ngan Jaa je orang Terengganu , yang 6 orang lagi tu orang Johor , haruslah diorang LI kat Johor sana kan . susah jugaklah sebab kena uruskan semua tu sendiri .Tapi yang jadi masalah sekarang , aku tak tahu tempat mana yang sesuai dengan bidang aku ni selain telekom . rasa macam nak try mintak kat celcom . eh ? boleh ke ? .. aku dengar budak yg tengah LI sekarang cakap macam tak ada kerja sangat untuk budak perempuan ni . duduk je dalam pejabat . tapi aku rasa macam tak belajar pulak , macamana nak present kat lecturer nanti ? kalau boleh aku nak yang macam ada kerja sikit . tapi kat mana ? haih , pening lah . takpelah , takyah nak pening-pening lagi nak fikir pasal ni , esok sambung . harini layan Running Man dulu :)
macam takut je , debor debor ! 



Hilangkan semua rasa tu , then tamat .
senang
tak perlu nak fikir lagi 
tak perlu nak fening feningkan kepala untuk fikir benda bod*h tu
buat semak
serabut

Thursday 12 December 2013

HIKMAH

Alhamdulillah

semuanya kembali seperti sedia kala . Kami jadi kawan balik . takdok lagi rasa marah . kami selesaikan masalah dengan cara baik . 
slowtalk . 

syukur , 
semua boleh terima kesalahan diri memasing . kami tinggal 2 tahun lagi untuk habiskan Diploma ni , nak manfaatkannya baik-baik . semester depan dah LI (latihan industri) , sem 4 . nak LI sesama , kalau boleh tak nak sorang pon sangkut . takleh g LI . nak konvo sama-sama . kalau ada masalah lagi , cuba selesaikan dengan cara baik . selisih faham kali ni yang jadikan hubungan kami sekelas lebih rapat . 7 orang pelajar perempuan kelas DEP3 sesi dis13. 


Photo: Assalammualaikum .this myGF DEP3A . muka ceria even dipagi yg  sejuk ^_*
dari kiri : amy , faten , wani , aku , jaa , eca & syairah

Wednesday 11 December 2013

POKAI

assalamualaikum .
harini 111213. maksudnya dah nak masuk 2 minggu aku berada di sem 3 . 
tapi malangnya duit PTPTN tak masuk lagi . kenapa ?
kami dah tak ada duit wahai encik Pt . banyak nak guna ni . lagi lagi student yang tak stay asrama . nak bayar sewa rumah lagi . Tuan rumah kutip sewa awal bulan . kalau boleh takmboh la susahkan mak bapak . nak beli buku lagi , bukan murah . haih , pening . terpaksa ikat perut ,
untung ada mi sedaap , buat alas perut :)

Monday 9 December 2013

Budak Baru Belajar ;)

Assalamualaikum w.b.t
semalam 8 disember dah start belajar dah , subjek Telephony . Pengalaman baru , best. buat lab , experiment pasal telefon je . ahhaha . tengok tengok komponen dalam telefon je , cara sambungannya . hafal apa yang ada dalam telephone set tuh . mudoh je . 
ni handset . bahagian atas yang tempat dengar tu , receiver . yang kat tempat cakap tu , transmitter .

bahagian dalam telefon


ni litar untuk keypad


dah . tu je .  
btw , tadi mokyah call . haha . kesian pulak , dia ingat aku dah tak ingat kat dia dah . doklah , aku sibuk sikit je . oloh , mak sendiri pon jarang call , tak kan mak angkat nak call selalu . tak adil la . haha 

Friday 6 December 2013

tak kenang jasa

Dua hari lepas , kawan pada rumet aku call . dia cakap nak tumpang tidur kat rumah sewa kami satu malam sebab dia tak dapat asrama . Sepatutnya semester ni dia kena pergi praktikal , tapi disebabkan dia banyak repeat jadi jam kredit dia tak cukup untuk pergi praktikal jadi terpaksalah dia praktikal sem depan . Dia pulak baru daftar kursus hari selasa , hari khamis kena masuk klas . Asrama pulak tak dapat . dia pon menumpang la semalaman . kitorang duk 3 orang sebilik , kalau kawan rumet aku tu tidur bilik kitorang macam serabut cket , jadi rumet aku dengan baik hatinya tidur kat luar dengan kawan dia . Keesokan harinya , dia pergi kelas sama sama ngan rumet aku tuh , balik pon sama sama gak . kebiasaannya rumet aku tuh kalau pergi dan balik klas tumpang classmate dia tapi semalam disebabkan kawan dia tu ada , rumet aku terpaksa balik jalan kaki . takkan nak ajak kawan dia tu tumpang kereta orang kan ? pastu sampai je kat rumah sewa , aku , jaa dan rumet aku packing barang sebab nak balik kampung . tiap hari khamis memang kitorang macam tu , lepas balik kelas , terus packing barang , sebab takut lambat mesti takdok bas , balik bertiga . tapi semalam kitorang kemas barang tapi kawan dia tu rehat lagi  , baring baring main fon , rumet aku tu dah banyak kali tegur , suruh dia bersiap . orang solat , dia rehat lagi . lepas kitorang siap , baru terhegeh hegeh nak g berwuduk . sabor jelah . pastu macam biase call pok ayub suruh hantar kat stesen bas , sampai je sana lepas turun dari van , terus tak nampak kawan rumet aku tu . cari punya cari dah ada dalam bas dah . bas pulak dah penuh . tinggal kitorang gitu je ? nak mintak tolong bukan main lagi , lepas dapat terus tinggal macam tu je ? patutlah aku tengok dia selalu sorang sorang macam takdok kawan . dah dapat agak dah kenapa dia selalu sorang , mungkin sebab perangai dia macam tu . haih . janganlah buat macam tu , nanti orang dah taknak tolong dah . biar susah sorang2 .

Friday 29 November 2013

nok kurus

Buat lama-lama pun takpe program anak angkat tuh . duk kat rumah tak sampai seminggu dah gemuk .
nak kurus bukan main susah lagi . duk 2 minggu kat rumah mokyah (mak angkat) langsung tak makan nasi , makan kuih pagi je , turun jugak 3kg . duk rumah makan tak kira masa , sebabnya dah takde kerja . Ni yang nak kena beli produk Herbalife ni , macam cepat je kurus .  kat sana pukul 4 pagi dah kena kejut dah , tolong mokyah bungkus nasi , air . lepas subuh dah bertolak pergi paka jual kuih , nasi , air kat tepi jalan kat kawasan perindustrian kerteh tu .
pagi-pagi lagi pelanggan dah datang . kalau lambat mokyah jual kurang la sikit pendapatannya.


yang kiri ayoh angkat , kanan tu jaa , kawan aku . menyibukkan diri . haha

actually , pelanggan mokyah memang ramai gila , sampai tak menang tangan dibuatnya . time pelanggan ramai sangat tak sempat pulok nak snap sebab aku kena tolong bungkuskan makan untuk diorang .
report untuk program anak angkat dah siap dah , duit bila nak masuk ? lambat. haritu cakap lepas submit report dapat pitih , mana ? dengan PTPTN tak masuk lagi . kocek kering .


AJAL


semalam 28/11/13 aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar politeknik Dungun . mereka terlibat dalam kemalangan betul-betul depan pintu masuk ke politeknik . usia 18tahun . agak terkejut sebab aku kenal budak tu , happy sokmo  . sorang meninggal kat tempat kejadian orang selangor , sorang lagi masih berada di hospital parah dikepala akibat terkena hentakan kuat orang kelantan . sama batch dengan adik aku , baru nak masuk sem 2 . Al fatihah . ajal tak kira masa , tak kenal usia . mana tau harini kita pulak . sebab tu kena selalu beringat , takut tak sempat nak bertaubat . haih , debor . banyak sangat dah dosa . pahala belum tentu ada .
sebenarnya jalan depan poli tu memang sibuk giler sebab tu jalan utama . aku pun nyaris nak kena langgar haritu dan disebabkan berita kematian semalam , ayah aku dah tak jadi nak bagi aku bawak motorsikal . depan poli tu mana ade jejantas . memang nak melintas kena guna jalan raya tu jugak . dah tau bahaya buat la jejantas , tak habis punya duit tu setakat nak buat jejantas .

https://www.youtube.com/watch?v=sbmXpPyGRb0

Wednesday 27 November 2013

penangan camera360


halaman rumah

pantai belakang rumah Jaa



merchang ,terengganu . cantik sangat . 
14 nov 2013
Gambar ni aku snap masa baru balik dari umah mak angkat , mak ngn ayah angkat yang hantar dekat sini . aku tumpang rumah Jaa dulu sementara tunggu adik aku datang nak ambil aku . aku suruh diorang hantar kat sini je sebab rumah aku jauh lagi , kesian pulak kat diorang .
Dan , ni mereka datang ambik aku . ayah aku kerja & mak aku ke sabah . sebagai upah , aku belanja diorang makan nasi ayam dekat Seberang Marang . sedap . 

Okay then .

Friday 22 November 2013

mulut longkang

orang kata ,
cakap siang pandang pandang , cakap malam dengar dengar . okay ?
jangan fikir semua orang macam kita . Lain orang lain caranya . heh
orang tak sebodoh awaklah . Take note .

kalau nak cakap orang tu penting diri , aku rasa memang semua orang pon pentingkan diri kan ?
ke tak ?

KAWAN

aku dah bosan bergaduh dengan kawan sendiri .
dah bosan putus kawan . dari zaman sekolah menengah , matrik pastu sekarang kat politeknik pulok .

bosan

semuanya sebab tak puas hati , tak boleh terima salah sendiri , suka salahkan orang lain , suka mengata , dengki , pentingkan diri sendiri . dari dulu sampai sekarang , kenapa aku mesti jumpa orang macam ni ?

aku bosan

budak sorang ni pernah jadi kawan baik aku suatu masa dulu , tapi gaduh sebab perangai dia . 
samalah macam tadi , suka gunakan orang untuk kepentingan diri . selfish . nak lebih . tapi aku sabar sekejap je , lama-lama dia naik kepala . tak boleh terima diri tu salah . hurm :(

kawan 
macam-macam ragam . 

kadang-kadang orang yang kita tak suka dululah akan jadi kawan yang baik .

dear friends ~

awak ,
lain kali kalau nak mengata biarlah tahu kisahnya . jangan ikut sedap mulut je . tak tahu , buat cara tak tahu .
duk diam-diam . daripada tambah dosa .
aku yang alami , aku tahu lah .
kau tu cuma dengar je dari mulut orang , nak masuk campur buat apa kalau tu bukan masalah kau .
kau tak rasa apa yang kitorang rasa boleh lah nak cakap macam-macam .

orang tetap akan nampak buruk kita walaupon kita pernah buat berjuta kebaikan .


Thursday 21 November 2013

LEGA

bengong
haha
dapat markah rendah tapi boleh cakap lega .
hurm . sedih sikit .
tapi ,
alhamdulillah tak dok repeat .
matlamat pon tercapai.

syukur , alhamdulillah ..
Allah tolong.
result turun mendadak , tu lah tak belajar sangat . happy sangat dapat pointer tinggi sem 1 lepas , kan dah turun . heh

sem depan usaha lebih la gamoknye.

Tuesday 12 November 2013

INDAH KHABAR DARI RUPA.

 ni la rupa rumah mak angkat kawan aku tuh .









cantik tak ?

p/s : rumah ni dah 5 tahun tak berpenghuni .

Monday 11 November 2013

"don't judge a book by it's cover"

Betol lah kata orang ,
don't judge a book by it's cover

aku ingat aku paling teruk
tapi kawan aku dapat lagi teruk

semalam aku rasa menyesal gile datang program anak angkat ni , sebabnya bosan. tak ada kawan .
pastu aku try bagitahu mak angkat aku , aku nak duk dengan kawan aku . rumah  mak angkat dia dekat je dengan aku .
nasib baik dia paham .
jadi aku buat perjanjian dengan dia . minggu ni aku tido rumah mak angkat kawan aku , minggu depan kawan aku tido rumah dia pulok . petang tu dia hantar aku .

oke , aku happy .
jumpa kawan (jaa) , jaa pon happy sebab ada teman . jadi kami sama-sama happy . ahhaha
mak angkat aku sedih , hihi . dia bagi aku duit , aku dah cakap tak payah susah susah , layan aku macam anak sendiri dah la , tp dia kesiankan aku .

mak angkat kawan , kak pah . kak pah suruh hantar aku kat kedai dia sebab rumah x ade orang .
kedai makan dia kedai biasa je , buka tengahari sampai malam . aku duk kat kedai dia sampai pukul 11 . malangnya , dia buat kami macam pekerja tak berbayar .
suruh buat macam macam .
pekerja dia sorang je , kak zah . kak zah tulah yang buat semua kerja, masak , buat air , basuh pinggan , semua dia buat . kak pah ni kadang kadang dia yang buat air kalau kak zah tengah masak .
sungguh ,
kami rasa macam murah sangat harga diri ni , kalau budak muda datang dia bagitahu la pasal jaa kat diorang , macam nak buat pelaris kedai dia . pastu aku bagitahu kat dia pasal nak ajak jaa tido rumah mak angkat aku minggu depan , dia pulak macam berat sangat nak bagi . nampak permainan dia .

pukul 11 dia hantar kami balik rumah dia , dia sekeluarga tido kat kedai , aku tido dengan jaa je kat rumah dia . rumah tu besar jugak , dan dia dah lama x tido kat situ , 5 tahun oke , balik rumah untuk basuh pakaian je .
bayangkan , dia suruh aku 'berdua' tido situ , sekali lagi aku ulang 'berdua'! .
makcik , tolong ingat sikit , kami ni perempuan , rumah ni macam susah nak kunci , besar , kalau jadi apa apa gane ? aku pon suruh anak dia tido sekali . mana tak takut kalu dah tinggal 5 tahun pastu tiba tiba nak suruh kami tido situ 2 orang. tu nasib baik aku datang , kalau tak jaa dah tido sorang sorang dah , kesian . dia cakap kalau ada apa apa berlaku call dia , jaa tanya dia kenapa ? dia cakap tak ada apa apa . tapi anak dia sendiri pon macam takut nak duk sini . oke faham .

entri seterusnya aku akan upload gambar rumah dia .


Sunday 10 November 2013

WISE

women in social enterprise
program anak angkat yang dianjurkan oleh politeknik
bosan
sumpah
sangat bosan .
bayangkan kita sorang sorang duduk dengan keluarga orang yang kita tak pernah kenal
tak tahu nak buat apa
sungguh
rumah felda
kerteh 4

tak sabar nak 21 haribulan
nak balik
rindu keluarga
nak keluarga sendiri
tak nak keluarga angkat
nak makan pon tak lalu
 sobs :(

Saturday 9 November 2013

#throwback

SEMESTER 1

bersama sama mereka , panjat bukit PSMZA .


mine (ex rumet) , bella yati (ex jiran bilik) dan saya :)



yesterday is the most beautiful history . 
keep smile :)


Friday 1 November 2013

sahabat

Teringat zaman matrik dulu , huhu
kawan ajak balik rumah dia time hujung minggu , dekat Penang.
Satu-satunya kawan matrik aku sampai sekarang , wani.
Dia paksa aku tulis surat hantar kat HEP , nak ikot dia balik . Time tu giliran budak lelaki outing , kenalah tulis surat . Matrik tu ada giliran outing , jadi xdok peluang la kalau nak keluar berdating .
suka gilak time tu , lepas je abis klas hari jumaat tu terus balik bilik , packing barang .
Dalam pukul 4 naik teksi pegi KTM . Tiket ke Butterworth pukul 7 tapi kena pegi awal sebab kalu lambat tak dapat tempat duduk , terpaksa berdiri 3jam . Nasib baik beli tiket cepat , dapat jugak tempat duduk . Kami sampai Butterworth dalam pukul 10 , ayah wani dah tunggu kat sana .
Kampung wani dikelilingi sawah , cantik sangat .

Pelik kan nama kampung ni ? hee..
 wani ajak aku jalan-jalan kat kampung dia , naik motor . ahhaha . Pastu beli keropok lekor , makan kat tepi sawah sebab kalau makan kat rumah nanti adik dia nak . haha
Hari ahad kitorang balik matrik , ayah dia belikan tiket bas untuk aku sekali , dia belanja . malu . Tiketnya aku simpan lagi sampai sekarang .
Masa nak naik bas tu , mak dia siap kiss pipi aku lagi , ahaha . terharu . 
p/s : terima kasih makcik , pakcik sebab layan saya dengan baik selama 3 hari tu .

Sit kami depan sekali , yang belakang driver tu . hee~
Sesampai je kat Kangar , terus perut lapar . wani pulak mengidam nak makan KFC , nasib baik ade KFC kat situ . kitorang sengaja cari tempat duduk yang jauh dari orang , pastu makan sampai lebam . muka comot pon tak kesah sebab takdok orang nampak . hehe .. lepas perut kenyang , call teksi untuk balik matrik . 

pengalaman yang sangat bernilai bagi aku , terima kasih wani . budi baik hang aku kenang sampai bila-bila . 



31 oct 2013

berakhir sudah final exam , maka berakhir jugalah pengajian semester 2 .
macamanalah result sem 2 nanti . macam tak boleh nak berharap sangat , soalan susah . gane ni ?
study semangat , tapi bila soalan depan mata , tiba-tiba blur~~ 
takut , takut pointer jatuh . haih , payoh la gini .
haih , semiconductor devices aku ceraikan kau talak 3 !
sakit hati bile ingat semalam.
nak undur masa dah tak boleh .
redha je , apa-apa pon aku dah usaha.
sekarang tawakal je . Kalau result tak brape nak oke , anggap ujian untuk aku supaya lain kali jangan study last minit ,. Fokus belajar , jangan banyak main . umur dah 20 . haih


bersabarlah wahai hati -

Monday 28 October 2013

:/

perbelanjaan sepanjang semester 2 ni .
dapat ptptn rm2500 satu sem
bayar rumah sewa rm100 sebulan kali 5 dah rm500.
bil internet rm15 sebulan kali 5 = rm75
bil air + letrik rm10 sebulan = rm50
bayar tambang van nak  pegi balik poli , anggaran kasar rm100.

Therefore ,
2500-500-75-50-100 = rm1775.

belanja makan , tambang bas balik ke K.T tiap minggu lagi ?
rm1775 - rm420 = rm1355

yang lebih tu belanja makan .
Banyak giler duit abis . Huargh!

Friday 25 October 2013

'cetek akal'

aku tak pernah rasa aku ni muslimah sejati , sekadar rasa bertanggungjawab .
salah ke , kalau aku tegur kawan aku yang tak tutup aurat ?
yelah , aku dah nampak benda tu salah , kalau dibiar aku pon dapat dosa  , dosa bersubahat . Pahala aku pon belum tentu ada , nak ditambah pulak dengan dosa bersubahat tu . Bukan niat nak jaga tepi kain orang . Sekadar menegur , kalau taknak ikot , itu masalah kau lah . Aku dah lepas.

kenapa kalau ditegur , selalu nak bandingkan diri dengan org yang teruk ?
kenapa tak bandingkan dengan orang yang baik akhlaknya ?
kalau hidup selalu nak dibandingkan dengan orang yang lebih teruk dari diri sendiri macamana nak berubah ?

ye , memang .
tak semestinya wanita yang berjubah , menutup aurat dengan sempurna itu baik , tapi sekurang-kurangnya auratnya terpelihara.
menutup aurat itu wajib bagi orang islam . bukan sunat .
Dahulukan yang 'utama'.

aku tak suka bila orang cakap ,
"ini masalah aku , kubur masing-masing"
oke ,
nanti kau mati , kau gali kubur , kau tanam sendiri !

LIFE


aku BIMBANG ,
aku mungkin nampak mulia di hadapan manusia .

tetapi ,

akulah yang paling HINA di hadapan ALLAH .

muhasabah diri .

selagi hayat masih ada , berubahlah .
ubah diri menjadi insan yang lebih baik .
demi akhirat

inshaAllah,
SYURGA menanti .

Tuesday 22 October 2013


wish me luck!

22 oct - digital electronic
28 oct - engineering mathematics
29 oct - electrical circuit
31 oct - semiconductor devices

harap semuanya berjalan lancar.
amin..

Sunday 20 October 2013

EXAMINATION

malam yang tersangat busy
bila terpaksa study hard.
nak paksa otak ni terima semua yang dibaca .
payah. tersangat payah.
nak menyesal dok guna.
memang salah sendiri sebab selalu ambil mudah . 
stress!
selasa dah exam . 
Digital Electronic

gane ?


terasa bahagia 
bila 
dia gembira.

Friday 18 October 2013

maju kehadapan tanpa menoleh sedikit pon ke belakang





yesterday is history
today is a gift
tomorrow is mysteries

and yes

i'll create tomorrow , so that yesterday become the most beautiful history 


PROGRAM ANAK ANGKAT

haihh ,

sakit hati bila dipaksa pergi program anak angkat , ergh!
'why always me ??'
macam tak dok org lain mung nak hantar .

program tu tak lah teruk tapi yang jadi teruk bilamana diorang anjur program tu time student politeknik cuti sem . oke , tu dok teruk lagi dan tu jadi lebih teruk apabila cuti sem cuma sebulan dan mereka hantar kami untuk 3 minggu?!

bapak dia !

dan 3 minggu tu mereka bagi elaun ringgit malaysia 150 (je). Kalau kerja kurang-kurang pon 400 .
dah dipaksa , dikata 'wajib' , kena pergi jugak. sadiss!

nasib.

takpe , tenang , watlek .

 mungkin ade hikmah.
keep smile :)
as long as you happy 
just do it .

ignore me , person who will only inconvenience you in the future.

Saturday 12 October 2013

S.P.A

Temuduga SPA lagi .
gane ni , gane ?

malas pulok rase nak gi . Sebelum ni dah pegi dah , di reject . 
Dah sedap ludah , nak jilat balik pulak . haha !
Sekarang aku dah selesa dgn letrik ni , nak panggil temuduga pulak..
nak pegi ke dok ha ? haih , mikir setaon .
jururawat pulak tuh , istikharah dulu .
tengok mane yang terbaik , ikot .
oke 

FINAL

final exam is around the corner !! whooa! what to do ? what to do ?
satu habuk pon tak paham lagi . guane ni ? guane ? nak kena buad jadual ni . wah ! tinggal seminggu lagi nak exam baru nak wat jadual ! bengong .takpelah , atleast ade jugak usaha . tak lah duduk je . yedok ?
tak beraya mane la tahun ni . hurm .


Sunday 15 September 2013

SEMESTER 2


Seriously , aku tak tau ape yg aku tgh belajar sekarang . Pening , tak mcm semester 1 dulu . Aku ade 4 subjek yg kena jawab final nanti :

Engineering math (wajib ade sampai sem 6)
Semiconductor device .
Digital electronic .
Electrical circuit .


Gane la aku nak cover semua ni , satu habuk pon tak paham lagi . Setakat ni cuma math je yg oke :(

Final tinggal sebulan je lagi . Hmm


Suai Kenal

Assalamualaikum .
hai , sy Husna dari Kuala Terengganu & sekarang belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin , Dungun Terengganu dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. And i'm just 20 !
Oke , nak cite sket tentang diri aku .
Aku dilahirkan pd tahun 1993 , di k.Terengganu. anak pertama dari 5 orang adik beradik & aku sorang je perempuan . Tentang study pulok , sebelum belajar kat Poli aku belajar kat Kolej Matrikulasi di utara malaysia dalam jurusan perakaunan . Tapi tak boleh sambung degree macam kawan-kawan matrik yang lain sebab pointer tak bagus . Terpaksalah aku buat Diploma balik kat Poli ni . tsk. aku percaya semua yang berlaku ade hikmahnya .. Memang ade pon . matrik ajar aku untuk jadi lebih matang . suasana bila aku belajar kat Matrik & Poli sangat berbeza . Kalau kat matrik ,diorang selalu bersaing untuk berada di atas dan nak jadi yang terbaik. suka menonjolkan diri. aku ni budak yang tak berapa nak pandai masa matrik dulu , aku selalu dipinggirkan. ahhahah!  Aku pon banyak makan hati dengan classmate aku . aku selalu fikir aku bodoh sampailah aku masuk politeknik . Aku belajar dari awal & try jadi yang terbaik . Aku tak pernah buang mase dengan benda yang tak berfaedah & alhamdulillah , aku dapat pointer 3.73 pd semester 1 . InsyaAllah , aku nk dptkan pointer lebih tinggi untuk  semester 2 nanti . Doakan aku . Mungkin kalau aku tak masuk matrik dulu , aku tak kan jadi aku yang sekarang . semangat belajar dah lain . Alhamdulillah :)