Kosong

9:44:00 pm

Hati terasa sunyi. Kosong. Sedih. Pilu di hari raya ini. Kenapa ?¿ mana semua orang? Kenapa tak rasa seperti raya tahun-tahun lepas-- aku tak boleh bersendirian tika ini sebab aku akan mengalirkan air mata. Dapat duit raya banyak-banyak pun tapi tak gembira. Walau jumpa ramai saudara mara pun, tetap tak bahagia. Sunyi. Kosong. Sedih. Kenapa. Puas fikir tapi tetap tak jumpa jawapan. Bila tengok orang lain bergelak ketawa, bibir turut mengukir senyuman tetapi hanya untuk seketika. Tak tahu macam mana nak gambarkan betapa sunyi hati ini. Aku rindu kawan-kawan aku. Aku rindu sahabat aku. Aku rindu bestfriend aku. Aku sebak. Aku whatsapp, tak berbalas. Kredit expired tak boleh sms. Kedai kebanyakan tutup pada hari raya. Tak boleh topup. 7eleven jauh. Aku sunyi.

Raya ke 21

9:29:00 pm

Tinggal lagi sehari puasa, lepas tu dah raya. Tahun 2014, raya yang ke 21 tahun. Persediaan menyambut raya tahun ni, tak sehebat tahun tahun lepas. Perasaan untuk sambut raya biasa-biasa je. Tahun lepas semua baju raya tersedia 3 minggu sebelum raya, ada kasut raya, tudung raya. Semua baru. Tahun ni baju raya pun baru siap, tu pun buat sendiri. Kain untuk buat baju kurung beli dalam minggu terakhir puasa. Tudung tak beli sebab rasa macam dah banyak. Kasut pun tak beli sebab tak sempat. Baru praktikal, dah tak cukup masa. Baju raya pun beli guna duit sendiri, tak mintak dengan abah sebab duit ptptn untuk semester ni banyak lagi. Yelah kan, sem ni duk rumah keluarga je, tak menyewa. Pergi kerja pun dengan abah, tak keluar duit minyak. Makan dekat rumah je. Bulan puasa lagi jimat sebab tak keluar duit untuk makan tengahari. Tak sampai hati pulak nak mintak duit dengan abah untuk beli baju raya. tsk. Tahun ni tak ada lagi mercun, bunga api. hurm. Sumpah tak semeriah tahun-tahun lepas. Tak tahu tahun ni dapat lagi ke tak duit raya. hoho dalam kepala fikir duit raya je sebenarnya. teehee. tengah fikir lagi ni sebenarnya , nak beli kasut raya ke tak eh ? haha. macam dah banyak je kasut, tapi kalau tak ada kasut baru, tak rasa macam raya lah. hihi^^ Raya tahun ni tiba-tiba pulak budak kelas 5 ibnu sina dulu nak buat reunion. haih. stress lah macam ni, haha. saya sekarang ni dah la gemuk. Tak macam tingkatan 5 dulu, malu lah. Tak ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan mereka mereka itu. hoho. Selamat hari raya :))

Belajar menjahit

7:02:00 am

Dua hari lagi nak raya, baju raya baru siap. hihi, alhamdulillah. Berkat kesungguhan diri ini belajar menjahit selama dua hari, dapat jugak buat baju kurung raya sendiri. Teehee. Tak pernah terlintas pun nak belajar semua tu, tapi disebabkan sangat terdesak, seminggu lagi nak raya, tapi baju raya tak ada lagi, belajar jugak akhirnya.

Ni semua sebab semua baju kurung yang berkenan dekat mata ni dah sold out. Mulanya ingatkan nak beli online je, cantik. Sangat cantik dalam gambar. Haha. Juga disebabkan kekangan masa, yelah sibuk dengan nak g praktikal lagi, malam pulak nak terawih. Mana sempat nak g cari baju dekat kedai, online jela h jawabnya. Dah survey banyak butik baju online yang jual baju kurung, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last minit baru buat keputusan, akibatnya semua habis dijual. Sobs. Tapi ada hikmahnya jugak. Sebab baju semua dah habis lah, saya bersungguh-sungguh nak belajar menjahit dengan best friend forever, Ja. hihi. Terima kasih Ja sebab bersungguh nak ajar menjahit :') Raya tahun depan dah boleh buat baju sendiri, tu pun kalau diberi kesempatan untuk beraya lagi lah .

Derma Derma lagi . TERIMA KASIH :)

Doctor Stranger

11:49:00 pm


Habis sudah 20 episod. hihi^^ 
Kalau nak tengok jugak pergi sini
best, tak rugi kalau tengok. Nora bagi 4 bintang, tehee.

3:47:00 pm