Kalaulah aku mampu.

8:00:00 pm



Susah ah kalau nak minta tolong dengan kawan-kawan ni, lagi-lagi yang suka mengungkit. Pastu yang jenis tak nak tolong tapi tak bagitahu, mula ah tolong tak ikhlas. Ish. Kalau aku mampu buat sendiri, aku tak mintak tolong orang lain pun. Kalau boleh aku tak nak pun susahkan orang lain tapi kalau dah terpaksa, kena jugak. 

Nanti lepas raya aku akan usahakan juga bawa kereta datang Dungun ni, walaupun tak berani, kena cuba. Kalau tak macam sia-sia jelah aku buat lesen, lesen mati sambung lagi, duit terbang macam tu je, tak manfaatkan langsung. Aku pun reti nak tolong balik kawan yang dah tolong aku tu, aku ingat jasa dia tu bukan aku ni jenis penting diri. Aku senang aku tolong ah, bila aku susah nak minta tolong pun macam tak ikhlas. Susah weh nak faham semua orang. Bukan kenal dari kecik. Kenal dari kecik pun belum tentu boleh faham -..-

Nanti aku senang aku tak harap kau tolong aku, tapi aku tak kisah kalau kau nak aku tolong kau, sebab benda baik biasanya dibalas baik. Aku tak berkira. Aku kalau boleh tak nak susahkan sesapa pun, kalau susah pun biar aku yang rasa sendiri T_T Eh, macam banyak ulang je. Ah, biar ah. Sis ta kuad. tsk tsk. Nasib tinggal dua hari je lagi, sehari berbuka dekat Dungun, selebihnya kat rumah. Yeay. Orang kata kalau tak nak bergaduh, ingat kebaikan orang lain dekat kita. Lepastu ingat kejahatan kita dekat orang supaya insaf sikit. Okay, aku cuba. Ni tak, ingat baik kita terhadap orang lain je. luls. Lepastu mula ah nak mengungkit semua. Ish. Dah jom siap-siap nak terawih pulak, tinggal beberapa hari saja lagi pastu raya. Manfaatkan sebaik mungkin, tahun depan tak tahu sempat ke tak T_T Rugi weh kalau tinggal T_T
kbai 

You Might Also Like

3 budak awesome !

  1. insyaAllah mampu lah sis! selamat pulang beraya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, sis cuba. ekeke. Selamat hari raya ;)

      Delete
  2. Insyaallah akak mampu :) Sabar jelah kak semua tu lumrah. Memang susah nak cari orang yang betul betul faham kita.

    ReplyDelete