Kisah Hantu di Politeknik

3:33:00 pm

Assalamualaikum.


Hi, ewah tajuk bukan main lagikan. ihiks. Bulan puasa ni tahap kepenakutan aku kurang mendadak sebab kan setan kena ikat. kahkah. Sekarang malam-malam kemain berani lagi bangun pergi tandas sorang-sorang. kahkah. Biasanya sanggup tunggu subuh. hewhew. Hari ni bahagia sikit sebab tu rajin menaip ni, esok cuti sampai ahad, petang ni balik k.trg. yeay. Tak sabar. Okay sambung balik, betul ke bulan puasa ni tak ada hantu? Memang ini je yang aku percaya sejak kecil, bulan ramadhan bebas dari hantu. Tapi kan, masa hari pertama kelas baru-baru ini, classmate aku yang perempuan ni sibukla nak bergambar, konon nak upload di media sosial dengan caption "kuliah pertama semester akhir" atau "Bismillah". Snap, pastu tengok takut tak jadi, snap lagi, dan tengok lagi, dan mengulangi step itu beberapa kali, dan sedang seronok bergelak ketawa tengok gambar kawan yang tak jadi, tiba-tiba ada satu gambar tu pelik, muka kawan aku tapi seram gila. Macam bertopengkan benda lain. Dah lah muka tu separuh je, pucat, mata luas dan muka nampak garang. Kau rasa? Kawan aku kulit putih flawless. Dia sendiri pun terkejut tengok muka dia, semua terdiam dan stop snap lagi. Cepat-cepat padam. phewww.

Situasi lain pula berlaku semester lepas. Masa tu dalam kelas perempuan semua tunggu kelas seterusnya sejam lagi. Takkan nak balik, jadi tunggu jelah dalam kelas tu sejam, ada aircond jadi aku ambil peluang untuk tidur. huhu. Bukan tidur nyenyak pun, biasa-biasa je. Bangunan tu sunyi waktu tu sebab ramai yang tak ada kelas masa tu. Semua macam rilex jelah, ada yang berbual, study, tidur, main henfon. Sunyi jelah masa tu. Lepastu kawan aku nak buat wechat sight, dia pun rakam. Lepastu semua sibuk nak tengok video tu, lepastu tu tau apa yang keluar, suara orang mengilai dan menjerit. Nak luruh jantung aku waktu tu. Jelas gila suara tu, padahal kelas tu sunyi je masa tu memang sunyi. Lepastu kawan aku padam terus, seram je nak masuk kelas tu lagi.

Dekat tempat aku belajar ni ada kisah juga masa aku duduk asrama semester satu dulu. Aku rasa cukuplah sekali pengalaman tu, sebab aku tak kuat lagi nak lalui semua tu. Dah ler dapat roomate mata tak berhijab. Kau rasa? Pastu bila dia nampak apa-apa muka dia automatik berubah, aku yang duduk sebelah dia menggelabah. 2 je satu bilik, aku dengan dia. Pernah juga benda tu menyerupai aku, aku dah pernah cerita dekat sini. Mula-mula rumet aku jumpa benda tu waktu aku balik kampung, kawan aku yang lain cerita dekat aku, rumet aku tengah otp masa tu pastu dia rasa macam ada orang tengok dia, sekali dia pandang bukan manusia! Terus muka rumet aku pucat, kawan aku bawa dia masuk bilik lepastu panggil ajk asrama yang pandai pasal benda ni, dia pagar bilik aku. fuh. Nasib aku balik masa tu. Aku pernah juga kena masa tu asrama gelap warden tutup lampu sebab semua pelajar kena pergi surau yang sebelah asrama tu, aku ni dengan kawan aku nak buat suprise dekat rumet aku sebab birthday dia, lepas solat maghrib gigih nak masuk asrama nak simpan kek dalam peti cyber cafe dalam asrama tu, aku nampak dah motor kakak yang jaga Cc tu pastu aku nampak macam kakak tu duduk je dekat tangga asrama yang mengadap masjid tu. Tapi gelap dekat situ. Aku nak pergi dekat dia sambil jerit panggil 'kak, kak'. Bila dah dekat, hilang dah orang tu. Aku berlari lintang pukang pergi masjid, jantung berdegup laju gila. pffft.

Benda tu memang ada dekat politeknik ni, aku ingat aku je kena yang benda tu menyerupai aku, rupanya batch atas aku dah pernah kena tapi lelaki. Sebelum aku masuk belajar dekat politeknik ni, asrama yang aku duduk tu asrama lelaki, tapi sebab asrama asal perempuan tu kuat sangat meracau, dia tukar balik jadi asrama lelaki. Masa aku semester dua pula, lagi kerap pelajar kena siap semua kena pergi berkumpul dekat masjid sebab ustaz nak pagar asrama tu. Masa tu aku dah duduk rumah sewa. kahkah. Ada gelaran student bagi dekat benda tu tapi aku tak berani nak taip, sebut apatah lagi. tehee. Ada satu kisah tu masa aku semester dua, budak asrama cerita ada student perempuan kena ganggu. Dia lepas solat masa tu duduk atas tikar sejadah lagi nak mengaji al Quran, pintu bilik tak tutup, pastu benda tu berdiri depan pintu tu. Dia ketakutan terus sambung lagi mambaca ayat suci, benda tu marah, dia boleh sengetkan kepala sikit pulakk. grrr. kau rasa? Benda tu statik je dekat situ tak lari pun. Tapi sampai situ je aku dengar, pengakhiran cerita aku tak tahu. hewhew. Pastu malam-malam dengar ada budak main atas bilik. Nasib baik masa aku duduk asrama tu dengar bunyi kerusi je atas bilik, padahal bilik atas kosong. Ish mengantuklah, lain kalilah sambung lagi. huhu, babai.

You Might Also Like

5 budak awesome !

  1. Can i have the picture please. Just to make some study n review bout that things. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delete dah pun, serremm lah simpan lama-lama T.T

      Delete
  2. Assalamualaikum. Kite nak ajak sis join GA ni. Hadiah dia osemm tau! Jemput singgah blog sy dan baca yaa
    http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html

    ReplyDelete
  3. Jemput join segmen Yaya
    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/segmen-memoir-of-ramadhan-by-yaya.html

    Lahaaii.. Asrama sk Yaya dulu pun selalu juga kena ganggu

    ReplyDelete