Sejenis Suka Merungut

11:53:00 am

Assalamualaikum



Macam mana nak mulakan ni, hmmm. Okaylah, macam ni. Aku ni bukan nak cakap diri aku begitu sempurna pun. ihiks. Kadang-kadang ada juga merungut tak puas hati tapi tengok keadaan juga, dan itu sebelum aku matang. Eh, sekarang matang ke??? hewhew. Tak jugak. Tapi dululah. Sama-sama muhasabah dirilah ye. Aku ni sekarang jadi panas je telinga bila dengar orang suka sangat merungut, tak kiralah sape pun. Sakit je hati ni. Aku ada juga kenalan yang macam ini perangainya. Sejenis yang selalu tak puas hati, yang memang mulut tak lepas dari complain macam semua yang dia buat je betul dan tak pernah salah. Suka sangat cari kesalahan orang lain. ish. Contohnya, bila ada program dekat politeknik ni mesti akan ada makanan percuma untuk pelajar, lepastu time nak makan mesti ada yang macam, "eh, kecik je ayam, baik takyah bagi" "tak sedap langsung!". Kau rasa? sakit je hati ni depan makanan cakap macam tu, rezeki tau. Sekurangnya perut kenyang dan langsung tak perlu keluarkan duit. Makanan dekat kedai bukan murah tau, paling tak pun RM 5 sebungkus. 

Lepastu bila orang masak suka nak complain tak sedaplah, manislah, tawarlah. Dia malas nak masak sendiri. Pastu bila cuaca panas, mintak hujan "bila nak hujan, bila nak hujan", kalau hujan "alaaa, hujan". Kau rasa!? apa sebenarnya yang dia nak dalam hidup dia. Sorrylah, hakak teremo pulak. ekekeke. Lama dah pendam macam tak tahu nak bersyukur, apa salahnya kalau ucap "Alhamdulillah" sikit. Semua benda orang lain buat pun nak complain, padahal tak ada kaitan dengan hidup dia pun. Kadangkan, semua salah orang dia nampak tau, tapi salah dia. hmmm. Dah masuk mengumpat ke ni? Maaflah, pheww. 


'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Sekian, tazkirah pagi ini... 

You Might Also Like

7 budak awesome !

  1. tahu takpeee. tak suke org merungut bnyk sngt, suppose appreciate ap yg ade kan.

    ReplyDelete
  2. Ok, paham, hehe, samalah..kdg2 stress gak kalau selalu masuk dlm telinga ni, satgi memg kne teguq,
    kadang2 nak luah je kot, tp mcm melebih pulakkk merungutnye, huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, sabar jelah, takyah kwn dgn dia. haha

      Delete
  3. saya ni pun memang suka merungut, hemph. memang tak suka sikap tu, sebab mak memang selalu marah. macam tak bersyukur dengan nikmat . ya Allah, mintak2 lah boleh kurangkan sikap ni :(

    ReplyDelete
  4. kekadang yg complain pasal makanan tu mcm mintak penampar je, kan? hahahahhaa!

    ReplyDelete
  5. saya tag awak dekat sini http://littlebearinlove.blogspot.com/2015/11/giveaway-duit-saku-bawal-aidiljuma-by.html

    ReplyDelete