"don't judge a book by it's cover"

10:05:00 am

Betol lah kata orang ,
don't judge a book by it's cover

aku ingat aku paling teruk
tapi kawan aku dapat lagi teruk

semalam aku rasa menyesal gile datang program anak angkat ni , sebabnya bosan. tak ada kawan .
pastu aku try bagitahu mak angkat aku , aku nak duk dengan kawan aku . rumah  mak angkat dia dekat je dengan aku .
nasib baik dia paham .
jadi aku buat perjanjian dengan dia . minggu ni aku tido rumah mak angkat kawan aku , minggu depan kawan aku tido rumah dia pulok . petang tu dia hantar aku .

oke , aku happy .
jumpa kawan (jaa) , jaa pon happy sebab ada teman . jadi kami sama-sama happy . ahhaha
mak angkat aku sedih , hihi . dia bagi aku duit , aku dah cakap tak payah susah susah , layan aku macam anak sendiri dah la , tp dia kesiankan aku .

mak angkat kawan , kak pah . kak pah suruh hantar aku kat kedai dia sebab rumah x ade orang .
kedai makan dia kedai biasa je , buka tengahari sampai malam . aku duk kat kedai dia sampai pukul 11 . malangnya , dia buat kami macam pekerja tak berbayar .
suruh buat macam macam .
pekerja dia sorang je , kak zah . kak zah tulah yang buat semua kerja, masak , buat air , basuh pinggan , semua dia buat . kak pah ni kadang kadang dia yang buat air kalau kak zah tengah masak .
sungguh ,
kami rasa macam murah sangat harga diri ni , kalau budak muda datang dia bagitahu la pasal jaa kat diorang , macam nak buat pelaris kedai dia . pastu aku bagitahu kat dia pasal nak ajak jaa tido rumah mak angkat aku minggu depan , dia pulak macam berat sangat nak bagi . nampak permainan dia .

pukul 11 dia hantar kami balik rumah dia , dia sekeluarga tido kat kedai , aku tido dengan jaa je kat rumah dia . rumah tu besar jugak , dan dia dah lama x tido kat situ , 5 tahun oke , balik rumah untuk basuh pakaian je .
bayangkan , dia suruh aku 'berdua' tido situ , sekali lagi aku ulang 'berdua'! .
makcik , tolong ingat sikit , kami ni perempuan , rumah ni macam susah nak kunci , besar , kalau jadi apa apa gane ? aku pon suruh anak dia tido sekali . mana tak takut kalu dah tinggal 5 tahun pastu tiba tiba nak suruh kami tido situ 2 orang. tu nasib baik aku datang , kalau tak jaa dah tido sorang sorang dah , kesian . dia cakap kalau ada apa apa berlaku call dia , jaa tanya dia kenapa ? dia cakap tak ada apa apa . tapi anak dia sendiri pon macam takut nak duk sini . oke faham .

entri seterusnya aku akan upload gambar rumah dia .


You Might Also Like

0 budak awesome !