#throwback zaman kegagalan

11:37:00 am

assalamualaikum ,
harini tetiba terasa cepat je masa berlalu . sekarang dah masuk sem 3 , sem depan dah LI . rasa macam baru je lepas final exam matrik , eh sekarang dah belajar kat poli pulok .
ingat lagi masa baru-baru lagi result matrik keluar , sedih oke . kecewa teramat sangat . sebab aku belajar last minit & main-main je . tak rasa macam serius pon exam tu . fikir nak balik je . serius masa tu aku menyesal gila . tapi sekarang dah oke , bahagia .
lepas je keluar result tu dah risau dah , tak tahu nak buat apa . aku apply SPA , oke dapat temuduga tapi gagal pulak . aku apply UiTM pun gagal . semua tu aku apply guna result SPM . memang aku rasa aku manusia paling malang time tu . 7 bulan aku duk rumah , orang lain dah sambung degree dah . tapi aku tak putus asa oke , sebab aku pernah berjanji ngan diri aku , aku tetap nak sambung belajar dan alhamdulillah suatu hari tu aku dapat mesej , tawaran dari politeknik . aku tak pernah apply pun dan aku tak pernah terfikir pun nak masuk poli bidang kejuruteraan pulok . aku tak pernah terfikir . sebelum ni aku sibuk nak akaun tapi jodoh aku dengan akaun tak lama mungkin . aku belajar betul-betul sem 1 dulu , nak buktikan aku ni tak bodoh , aku tak nak classmate aku pinggirkan aku macam dulu-dulu . aku nak jadi yang terbaik . aku nekad . aku tinggalkan kawan aku yang banyak main-main , yang tak serius belajar sebab aku takut aku terikut perangai dia , aku ni dah la cepat je terpengaruh . aku ajak diorang belajar sekali , tapi dah tak nak takkan nak paksa , aku takut diorang menyesal macam aku dulu . dan kali ni aku rasa apa yang aku buat tu , betul . aku tak kecewa lagi .

alhamdulillah , aku dapat . mak ngan abah aku happy . ye, aku tak bodoh . tapi aku malas . kalau kita nak , kita usaha pasti akan berjaya . aku pernah ada kat bawah dan aku pernah rasa kegagalan . sumpah , sakit . aku tak nak semua tu berulang lagi . aku tak nak keluarkan perkataan menyesal lagi :')

You Might Also Like

0 budak awesome !