DUIT

6:12:00 pm

Assalamualaikum,

sejak akhir akhir ni aku rasa terbeban sebab DUIT . 
segalanya pasal duit . 

ada orang cakap duit bukan segalanya , 
tp bagi aku kalau tak ada duit , susah . 

aku rasa semua orang dalam dunia ni kerja sebab nak cari duit , orang belajar sungguh sungguh sebab nak kerja bagus , nak gaji mahal , pun sebab duit . aku baru 21 tahun dah berhutang , Rm 15000 . 
nanti abis belajar bayar Rm 17000 .
mane lah nak cari duit banyak tu kalau tak kerja kan ? tak kan nak suruh mak bapak aku yang bayar . sekarang aku rasa dah banyak menyusahkan diorang , pun pasal duit . nak suruh datang ambik aku kat Dungun pun macam susah , sebab minyak mahal . tiap kali ambik atau hantar aku mesti sebut pasal minyak . 
Kadang aku rasa mati lebih bagus . macam menyusahkan sangat. tapi dah banyak sangat ke pahala sampai cakap macam tu , dah puas ke hidup ?? sekarang dah la aku menyewa kat Dungun tu . tak dapat asrama . asrama tu pun buat bilik cukup cukup je . buat la besar sikit sampai semua student boleh duk asrama kan bagus gitu , tak yah la membazir bayar sewa rumah . sewa rumah dah Rm 700 sebulan . mahal . rumah semi-D . bila cakap pasal harga rumah sewa aku tu , semua cakap mahal . kadang aku pelik jugak kenapa kalau rumah sewa untuk student selalu je mahal ? kat kawasan tu aku rasa Rm 700 tu paling murah , tak termasuk bil air , api . internet lagi Rm 100 sebulan , nak potong tak boleh memang tu keperluan .  memang la aku tahu kos sara hidup kat Dungun tu tinggi tapi agak la rumah sewa untuk student mahal sampai macam tu . kadang rasa agak tersepit . sekarang semua benda mahal , nak makan pun fikir 10 kali . at last makan megi sebab nak jimat punya pasal takut duit PTPTN ni abis sebelum abis sem ni . haih , macam mana lah masa depan nanti kalau terus macam ni , langsung tak berubah , barang makin mahal , cukai tinggi , minyak naik . hurm . kalau mak bapak aku susah , aku lagi la susah .

You Might Also Like

3 budak awesome !

  1. tak try sewa bilik je cik nuna?
    dapat potong cost sewa dah kat situ.
    and try sesekali balik naik bas.
    duit minyak tak kuar sangat, duit tiket je.

    sekarang ni semua benda pon dah naik.
    saya yg duduk kat KL ni pun rasa terbeban.
    erkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa bilik pun harga lbih kurang je kat situ, wifi xde. susah jugak nk buat krja. huhu
      kalau brg sikit boleh la naik bas, sbb kalau dri dungun nk ke KT xde bas express..

      Delete
  2. Internet streamyx rm100 sebulan tu dok payoh dakpe...Guna la celcom 1 malaysia. RM25/Sebulan. lagi bagus daripada streamyx tu. Aq pakai sekarang ni ha...x dop pakai quota pon.

    ReplyDelete