Belajar Dari Pengalaman :)

2:09:00 am

Bismillahirrahmanirahim .. 
assalamualaikum , 
semalam hari sabtu bermakna hari untuk aku balik ke rumah sewa . tiap hari minggu aku akan balik rumah aku kat k.terengganu tu . maklumlah tempat belajar dekat , dulu masa belajar kat perlis tak boleh nak wat gini . dan tiap kali balik kg aku akan naik bas , tu wajiblah , kekadang tu balik kg naik bas , pergi dungun abah hantar . tiket ke k.terengganu RM8 je . bas buruk :P ahhaha . tadi aku balik dungun naik bas , aku tunggu bas kat masjid raja , cendering sebab aku nak saing ngan Yana , rumah dia kat situ . abah hantar aku pastu aku terus pergi masjid solat asar , orang baru azan aku dah solat sebab takut tertinggal bas .
ciknunaberblogger.blogspot.com
ni lah masjid raja aka masjid sultan ismail , tapi sedih sebab yang datang ramai orang tua . budak muda macam tak ada .

lepas solat pergi bustop tunggu bas dengan Yana . masa tu pukul 5 kot , bas sampai setengah jam lepas tu . naik bas sampai Rusila bas rosak . bas buruk tu rosak .
bas yang rosak .


pastu tunggu bas lain sampai dlm setengah jam jugak then naik bas tu . kat depan aku ada pulak 2 org makcik ngan anak anak dia . suami dia macam tak ada pulak . macam orang susah . sedih pulak tengok diorang . bawak beg plastik , dalam tu ada baju anak anak dia . anak dia yang kecik tu minum air sirap dalam botol , tak minum susu . mungkin tak mampu nak beli susu . ntah . anak dia happy naik bas tu , aku ni siap kutuk lagi cakap bas tu buruk , berlagak . masa kusyuk tengok gelagat diorang tadi tetiba terasa sedih , semakin semangat untuk belajar sebab tak nak jadi macam tu . nak ada ilmu , ada kerja sendiri , ada duit , boleh beli kereta sendiri , boleh tanggung anak anak . tssk !
makcik tu ngan anak anak dia , makcik sorang lagi depan aku . tu plastik beg dia letak pakaian .

bas sampai kat bandar Dungun dalam pukul 7.30 pastu naik van kunyit , van kunyit macam biasalah gerak lambat dalam setengah jam lepas tu .
ni lah van kunyitnya , budak poli Dungun semua panggil van kunyit . bas sekolah la maksudnya. dah malam baru nak gerak hantar rumah sewa . huh . 




You Might Also Like

3 budak awesome !

  1. Wah bestnya.
    Betul, belajar dr pengalaman hihihi

    p/s: click nuff RHB 5 kali heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! nanti kite visit blog keyla pulak :)

      Delete
  2. saya tak dapat bayangkan perasaan saya kalau berada di tempat kejadian.. )':

    ReplyDelete