kawin lebih .

11:35:00 pm

Assalamualaikum,

Harini aku nak cakap sikit pasal bini no 2 . Walaupun aku ni cuma budak perempuan "21 tahun", yang belum kawin dan masih belajar lagi . Kadang aku ni tak suka bila dengar pasal bini lebih dari satu ni , yang bahagia tu takpe la , kalau tak bahagia tu aku pantang . Kenapa ? sebab aku pernah ada kawan anak bini pertama yang bapak dia ada bini ke dua . masa tu aku darjah 5 , kawan aku tu sama umur ngan aku , rumah dia dekat ngan rumah aku , kitorang satu sekolah . suatu hari tu , tiba tiba je kawan aku tu tukar sekolah , takde angin takde ribut . secara tiba tiba . akhirnya aku dapat tahu , mak bapak  dia bercerai . bapak dia kantoi ada bini lain . yelah , bapak dia kerja kat Kuantan masa tu , mak dia pulak duk Terengganu ngan anak anak . Balik Terengganu time cuti je , memang la mak dia tak syak apa apa . Lepas kejadian tu , anak jadi macam tak terjaga , tak tahu nak g mana . anak sulung dia duk je rumah tu , yang lain ikut mak dia balik kampung . bapak dia duk rumah bini muda . sekarang anak dah 4 ngan bini muda . macam sedih la tengok keadaan anak dia ngan bini pertama tu , macam dia pulak menumpang ngan bapak diorang . sekarang rumah bapak dia dengan bini baru tu dekat rumah aku , baru pindah . Geram pulak tengok bini dia tu , tak tahu la kenapa , tersakit hati pulak bila teringat kat kawan aku tu . menyampah . hurm , tak tahu lah macam mana masa depan aku nanti . kalau boleh tak nak ambik laki orang , mintak jauh . 
btw , td aku nak buat sambal yg letak dalam bihun sup tu , bg pedas sikit guna lesung batu. tengah syok menumbuk tu boleh pulak biji cili tu masuk dalam mata aku. haih. kawan aku ajar basuh kaki. kalau kena mata kanan , basuh kaki kiri . mata kiri basuh kaki kanan . aku buat la , dengan izin Allah , petua tu berkesan. fuh. naik gile aku masa kena tu, pedih sangat sangat. sepet sebelah walaupun memang dah sepet.

You Might Also Like

0 budak awesome !