Dajjal

8:37:00 am

Semalam adik aku, Naim share video ni . lepas tengok video ni, terus nak insaf. aku sedih, aku takut, sebab aku banyak dosa. kiamat semakin hampir dengan kita, aku masih lagi macam ni. kalau boleh aku tak nak hidup lagi pada zaman kemunculan Dajjal sebab aku tahu, aku seorang yang sangat lemah dalam agama, aku mungkin tak dapat nak kawal diri aku. Sesungguhnya, fitnah yang paling besar adalah fitnah Dajjal. amalkan membaca surah al-Kahfi untuk mohon perlindungan Allah SWT daripada fitnah Dajjal.


Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah Dajjal" . (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Sedikit perkongsian, Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Matanya buta di sebelah kiri, di dahinya tertulis tulisan "kafir (kaf-fa-ra)", berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Dajjal akan muncul selama 40 hari iaitu hari pertama bersamaan setahun, hari kedua sebulan, hari ketiga seminggu dan hari seterusnya sama seperti hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah selama 14bulan 14hari.
sumber: google

You Might Also Like

2 budak awesome !