Tabiat tarik rambut

12:59:00 am

Stress la dengan tangan ni yang tak nak berhenti dari tarik rambut. Dah jadi tabiat dah. Tiap tiap hari cabut rambut yang tak bersalah. Urgh.. Ni semua salah kawan masa matrik dulu. hurm.. Kalaulah aku tak kawan dengan dia dulu. Kalaulah aku tak masuk matrik dulu........

Ahh, bodoh lah nak menyesal buat apa. Kalau tak kawan dengan dia dulu, sape lagi nak kawan dengan aku masa aku dipulaukan. tsk. Tapi kepala dah hampir botak, kehkehkeh. rambut ni dulu lebat gila sampai kutu tak berani nak singgah takut sesat, sekarang? teehee .

Sebenarnya tarik rambut ni penyakit, dan saya baru dapat tahu bila tangan ni rajin sangat pergi google dan terjumpa ni .Takut oke bila baca tuh. Tapi saya takde lah sampai cabut kening, melampau sangat tu. teehee. Bila ingat balik terasa sangat bodoh diri ini. kehkeh. ikut benda mengarut tu, ada ke patut dia tu tarik rambut saya dan bila saya marah dia cakap tu rambut gatal kena cabut. Hahaha. bodohnya lahai.. lepas tu jadi tabiat dan tabiat ni sangat berguna bila study week. hahaha. bila stress je tarik rambut pastu lekat akar rambut tu kat dinding pastu kawan marah cakap selekeh. oke lah tu dari buang atas lantai, bersepah atas lantai tu dengan rambut. Hahaha. tapi lepas study tu kutip lah balik buang dalam tong sampah.

Korang ada ke masalah macam nih ? kalau ada cepat cepatlah berhenti sebelum botak. Kalau dah ada yang botak sikit sikit tuh takpe, jangan risau. Pakai shampoo Ba Wang yang jackie chan tuh, confirm rambut tuh tumbuh balik. Ye, betul ni, tak tipu. Saya pernah cuba :)  memanglah shampoo tuh busuk sikit baunya, alaa bukan bau busuk macam sampah tu, bau herba je, tak berdarah pun hidung tu kalau setakat bau herba. Nak cantik, berkorbanlah sikit. Tapi jangan pulak bila rambut tu dah tumbuh, korang pergi tarik lagi, memanglah tak jadi.

You Might Also Like

5 budak awesome !

  1. Kak unaa. Sama mcm tabiat cazen.. Smpai botak tgh. Kena hentikan dgn kadar segera..hehe tkut nnti nk cabut kening pulak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. dah buang dh tabiat tu. ekeke :D

      Delete
  2. Eh? Satu penyakit? Adudu..dulu selalu gak buat. Patutlah hodoh sikit rambut ni. Hahaha rupenye tabiat tarik rambut yg tak dpt dikawal. XD mujur da lame x buat. Bz memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la kan sbb dh lame x buat, sy bru nk stop. haha.

      Delete