Kisah seram di asrama politeknik .

12:11:00 am

Aku tak tau seram ke tak bagi orang lain, tapi bagi aku seram sangat. Kisahnya gini, dulu masa sem 1 aku duk asrama. Semua pelajar semester 1 memang wajib duk asrama. Asrama tu satu bilik, 2 orang. Aku dapat bilik aras 3. Kedudukannya atas bukit, belakang bilik aku tuh hutan, monyet banyak giler oke, sakit hati tau. selalu pecah masuk bilik student curi megi, hahaha.

Rumet aku tuh tak sama kos dengan aku, dia mekanikal aku ni letrik so aku selalu lah tak ada kat bilik pegi merempat dekat bilik classmate aku dekat aras 1 bangunan yang sama. Bukan aku saja nak menyibuk dekat bilik orang lain, aku pergi buat kerja, study. Selalunya aku akan balik bilik aku tengah malam dalam pukul 12 lebih kot. Naik tangga yang gelap tu sorang sorang. Aku ni memang sorang yang sangat sangat penakut. Aku tak suka tengok cerita hantu. memang tak suka. sebab aku tahu aku penakut, aku takkan cari pasal pegi tambah tahap kepenakutan aku nih. 

Suatu malam tuh, rumet aku ada perjumpaan ape tah dan aku macam biasa merempat dekat bilik kawan. Tengah malam tuh macam biasa aku balik bilik aku tu sorang sorang. Blok aku masa tu bising lagi. ramai yang belum tidur. So aku wat lek je. sampai je dekat bilik, tengok-2 pintu bilik aku terbuka luas, kipas, lampu pun tak tutup dan memang terang benderang lah masa tu tapi rumet aku takde pun. aku pun masuk jelah bilik tu macam biasa.  Baru je masuk, jiran bilik aku panggil aku ajak masuk bilik dia. Rumet aku ada dalam bilik dia, muka pucat, aku diam, takut, err.. aku tanya kenapa, rumet aku diam je, jiran bilik tuh cakap rumet aku tuh nampak aku dalam bilik tadi. Masa tu dia baru masuk bilik, aku ada dekat katil aku sambil tengok dia. Dia cakap dengan aku, tapi aku diam je. Dia dah rasa lain dah terus keluar bilik pegi bilik jiran.

Ahh sudah! benda tu menyerupai aku . err.. rumet aku memang taknak cerita kat aku sebab dia tau aku penakut, tapi aku ni bunguks sangat paksa dia cerita. hahaha. malam tuh aku ingat nak tumpang tidur bilik kawan je tapi rumet aku tak nak, terpaksa lah teman dia tidur jugak bilik tuh. sebelum tidur aku baca yaasiin, hehehe. then buat macam takde apa pun yang berlaku. Semester 2 dah tak duduk asrama lagi, hahaha. memang sengaja pun tak mintak asrama, penakut sangat. Baru-baru ni budak asrama cerita kat aku ada kejadian pelik berlaku kat asrama dekat blok perempuan. Kecoh satu asrama. Aku tak nak cerita dekat sini sebab aku tak berani. hehe. Fuhh, nasib baik aku dah tak duk asrama lagi, hahaha. oke, tu je. eh, sebenarnya ada vanyaaakkkkk lagi kisah seram dekat sana tapi...... k, babai :)


Update 4 sept. 2015


Classmate (kini housemate) aku bekas ajk asrama cerita lagi, masa aku dah tak duduk asrama banyak lagi cerita-cerita macam ni timbul dan semakin menjadi-jadi. Ketika tu, benda tu banyak kali juga menonjolkan diri. Nasiblah aku dah tak duduk asrama lagi. Ada suatu malam, benda ni muncul dalam bilik pelajar, tiba-tiba muncul. haih. Kawan aku cakap mungkin sebab asrama pelajar perempuan bising kot, mengganggu ketenteraman dia. hewhew. Sebenarnya, roomate aku masa semester 1 dulu, dia ada kelebihan boleh nampak benda-benda macam ni tau. Aku selalu juga dengar dia cerita dia nampak benda tu lalu depan biliklah, dekat ampaianlah, belakang tandas dan banyak lagilah. Lepastu siap cerita lagi macam mana rupa benda tu. Dulu aku macam tak percaya sangat cerita dia, aku ingat dia saja je reka. Kadang-kadang kalau dekat surau pun dia nampak. hmm. Macam tak logik. Kadang-kadang dia cakap benda tu selalu ikut dia dekat asrama, tapi tak masuk bilik sebab bilik aku dah kena 'pagar'. Kena 'pagar' tu pun masa mula-mula roomate aku nampak benda tu, dia pengsan lepastu ajk asramalah yang uruskan. Tu masa aku tak ada, balik kampung. Nasib baik tau. hew.

Dan aku mula rasa nak percaya dekat roomate aku bilamana semester seterusnya ada orang lain yang mula nampak benda tu dan bila dia cerita tentang rupa benda tu, aku rasa sama macam roomate aku cerita tu. hmm. Aku baru tahu juga tempat benda ni, tingkat atas bilik aku dulu. Dekat je rupanya, hmm. Aku bernasib baik sebab baru tahu sekarang, kalau tahu awal-awal, jenuhlah pergi pejabat warden minta tukar bilik, kahkah. Lepastu kan, masa aku dah tak duduk asramalah ni, kecoh betul pasal benda ni, menjadi-jadi sampaikan warden suruh semua pelajar berkumpul dekat surau lepastu panggil ustaz untuk 'pagar' asrama perempuan tu. phewww. Ada juga aku dengar, benda tu bertenggek dekat koridor asrama lepastu ramai yang jadi saksi. hergh! Cepat-cepat bersyukur sebab bukan aku yang nampak. pheww.

hmmm, berani jugak aku buka cerita ni dekat sini. kahkah. Aku semester 6 sekarang dan aku sempat duduk asrama satu semester je, tu pun sebab semester 1 wajib duduk asrama.


Boleh sambung baca dekat sini pulak gaiss, 

Enjoy your reading !

You Might Also Like

10 budak awesome !

  1. Huih, seram juga lah tu! Kalau saya pun mesti dah terketar-ketar lutut agaknya! Saya pun penakut tahap maksima jugak kak husna! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ? lagi-2 bila dpt tau benda tu menyerupai kite. err..

      Delete
  2. mmg sllu asrama mcm tuh... dulu masa blajar, mmg pena jadi kat kolej saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, kan ? Tp nasib baik mse bljr matrik dulu xde pun jd mcm ni. Hehe

      Delete
  3. Asrama prmpuan mmg selalu mnde tu kcau kan. Huhu. Seram! Tp nk dengar cite antu yg lg satu tu kak Husna. Cite laa.. Plishh.. Wuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, mane boleh. Hehe, x brni la sbb org ckp dia tau kite ckp psl dia. Haha :p

      Delete
  4. huwaaa kite blom pernah lagi ddok kat asrama. dngar je cerita ni macam seram pulak. aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe je sbnrnye slagi kite jge prangai kite. hehe..

      Delete
  5. sy ex student sna dduk hostel lama gk duk aras 1 depan toilet lupa no bilik alhamdulillah xde apa berlaku syukur

    ReplyDelete