Friday, 29 May 2015

Sayalah si corot dulu.

Assalamualaikum

Kalau nak cakap pasal belajar waktu sekolah dulu saya ni biasa-biasa je. Tak ada apa-apa yang menarik pun pasal saya. Tak pernah pun dapat anugerah apa-apa untuk dibanggakan, untuk dicanangkan seluruh dunia. sobs. Dulu mampu tengok je orang dapat apa-apa anugerah tak kiralah dari segi akademik ke kokurikulum ke. Dah laa tak aktif sukan, kadang-kadang rasa macam tak ada fungsi untuk sekolah. kahkah. Langsung tak menyumbang. Eh, dulu pernahlah darjah 1 dengan darjah 4 dapat anugerah sebab dapat nombor 2 dalam kelas. kahkah. Tapi darjah 4 tu dapat pun sebab saya baru pindah sekolah tu lepastu kena duduk kelas last memanglah dapat. hewhew

Saya bukan tergolong dalam kalangan budak pandai pun. Dulu darjah 4 sekolah dekat sk Ladang dekat bandar ganu ni, selalu kena marah dengan cikgu matematik sebab tak siap kerja sekolah yang dia bagi. Pemalas. kahkah. Tak tahulah kenapa selalu tak siap kerja matematik. hihi. Lepastu pindah sk Tok Jembal, darjah 4 juga dapat cikgu matematik lagi dahsyat. Mengandung hokayy. Emosi tak stabil, tak terkawal. Mengamuk je kerja, tak faham kenapa. Darjah 4 baru kot, cikgu tu tak profesional langsung. Lepastu tak tahan hari pertama saya pindah sekolah tu saya dah kena marah sebab tak siapkan kerja dia bagi. Baru pindah kot. pffft. Lagi sedih ada budak lelaki kelas saya tu kena marah teruk dengan dia sebab tak buat kerja, budak tu tak pandai membaca. Kesian. 

Tak fahamlah kenapa selalu kena marah dengan cikgu matematik je. Dulu saya tak pernah pun target UPSR nak berapa A macam kawan-kawan yang lain. Saya ikut je peredaran masa, orang rehat saya rehat, orang exam saya exam. Tak ada hala tuju langsung. kahkah. Lepastu darjah 6 dapat cikgu matematik sama dengan darjah 4 dulu, ingatkan emosi dia tak stabil sebab mengandung je padahal memang dia garang macam tu. pffft. Dia tu pilih kasih, nama dia cikgu Farah. Saya budak tak pandai dia tak pandang sangat pun. Darjah 6 saya kelas depan dah, semua murid dalam kelas tu pandai-pandai. Semua hebat kecuali saya. sobs. Saya tak pernah pun fokus belajar, kahkah. Tak tahulah kenapa dapat masuk kelas depan padahal biasa je. Dalam kelas tu ada satu group pelajar perempuan ni semua pengawas, lepastu pandai-pandai. Cikgu farah ni suka sangat kat diorang. Menyampah. Saya buat semua salah, budak tu betul semua. Layan budak tu semanis kurma, layan saya sepahit hempedu. pffft. Tak sangka UPSR saya dapat A untuk subjek matematik padahal saya tak pandai pun. 

Tingkatan 5

Sekolah menengah pulak sekolah dekat smk ibrahim fikri. Kalau dulu sekolah tu tingkatan 1 dengan 2 separuh sekolah sesi pagi separuh lagi petang sebab tak cukup bangunan. Sekolah tu pelajar ramai, kelas untuk tingkatan 1 dengan 2 masing-masing ada 9 tak silap. 4 kelas sesi pagi, selebihnya petang. Saya kelas ke 5 T_T Buruk betul nasib saya. hewhew. Jadi saya belajar pada sesi petang selama 2 tahun. Sekolah saya tu sekolah premier. Lepastu kalau pelajar yang belajar sesi pagi tu dia punya riak lain maciam hokay. Menyampah kadang-kadang kalau terserempak dengan mereka sebab hidung mereka akan jadi tinggi secara tiba-tiba. kahkah. Saya tak tahu bila kesedaran mula muncul dalam diri saya sebab saya tak pernah serius pun belajar dulu. kahkah. 

Masuk tingkatan 3 sedar sikit. Sikit je. Masa tu try fokus satu subjek iaitu matematik sebab itu paling senang bagi saya, saya otak kiri. Bab menghafal saya bongok. haha. Kebetulan saya ada pakcik bijak matematik jadi saya belajar dengan dia, hasilnya dapat A. haha. PMR 3A je pun. Tapi cukup membanggakan si corot seperti saya. Pernah sekali tingkatan 3 kelas kemahiran hidup saya kena marah sebab saya bercakap waktu cikgu suruh buat kerja. Cikgu pun cakap nanti exam tak dapat 60 ke atas kena denda, sebab saya semua kena. kahkah. Kelakar sebab masa exam saya sorang je dapat 60 ke atas. kahkah. Padahal saya paling tak pandai, dan sebab saya cikgu buat syarat tu. Kesian. 

Tapi paling menyedihkan tingkatan 5. tsk. Masa tingkatan 4 saya dapat masuk kelas akaun, semua dalam kelas tu pandai-pandai. Dalam kelas tu yang asal dari kelas saya dulu 4 orang je termasuk saya, yang lain dari kelas depan-depanlah. Kekok. Dalam kelas tu pelajar ada dalam 32 kot. Lebih kuranglah. Masa tingkatan 5 orang sama je dalam kelas tu, semua sibuk bersaing. Saya je yang tak sedar lagi nak SPM tahun tu. Tiap kali exam saya mesti dapat nombor antara yang terakhir. Pelajar perempuan yang lain paling last pun tak sampai 15, tapi saya je sesat 28,30 dan seangkatan dengannya lah. Yang lain semua lelaki. Malu tapi tak sedar juga. Sekarang bila fikir balik, kesian pun ada dekat diri saya yang dulu. Nak dekat SPM pun tak gigih macam orang lain. Nasib baik sekarang tak macam dulu lagi, dah sedar diri sikit. Sebenarnya dulu saya dapat masuk kelas sains, tapi saya tolak sebab tak fikir panjang. Masa tu fikir kalau masuk kelas sains, tak ada kawan. kahkah. Saya dapat masuk kelas sains bukan sebab keputusan PMR, tapi cikgu buat test matematik mengejut masa minggu pertama belajar, dan saya terpilih. Lepastu tolak macam tu je. huhu. 

Sekian 

8 comments:

  1. Replies
    1. kenangan yang takleh nak lupa :')

      Delete
  2. tak per dik...walaupun org tak pandang kita masa sekolah yg penting sekarang ni kita ada target bila dewasa..mcm akak pun sama gak dulu..cikgu BI memang tak suka akak..yerlah akak ni tak lawa..hitam..comot jer...kampung sgt..la ni bila bertembung dgn cikgu BI tu..tegur dia..pastu dia kata eh...lawa awak sekarang yer...hehehe.kembang hidung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah dah lawa. hihi. mesti cikgu tu menyesal. kahkah

      Delete
  3. Tapi... Unalily lah yg paling cun dlm kelas tingkatan 5 tu..

    ReplyDelete
  4. Bestnya cerita akak ahaha betulll tak tipu =D sekarang dah ada kesedaran tak? heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah sikit kesedaran tu, hahaha

      Delete