Result dah boleh check.

12:55:00 am


Assalamualaikum


huhu, seminggu macam setahun. Biasalah benda penting memang macam tu mesti tak sabar nak tahu kan. Akhirnya hari ahad hari tu kawan saya cakap dah boleh check pun result. Masa tu ada dekat Tanah Merah, Kelantan ada kenduri kawin anak kepada sepupu mak. Sukati je cakap result boleh check lagi sebulan, ciss. Membongak aje kerjanya. 

Hari tu nasib baik langgan internet. Kebetulan wifi dekat rumah ada masalah. Masalah apa tak tahu selalu bermasalah, orang curi kabel kot. pfft. Terus buntu bila tak ada internet, bosan. Dari hari sabtu sampai petang ahad, cepat-cepat topup sebab nak langgan kalau tak memang tak topup pun, jimat. Kan digi tak payah risau tak ada kredit. hewhew. Bila classmate bagitahu dekat group whatsapp result dah boleh check, cepat-cepat buka portal. Tak menyempat. huhu. Masa tu baru habis makan, mak-mak sedang seronok berbual. Oh hari tu pergi Kelantan, adik saya 2 orang tak ikut, makcik saya 2 orang tumpang kereta, kakak mak. Seronoklah mereka berbual hari tu, lagi-lagi bila jumpa saudara mara mereka dekat kelantan itu. pheww. 

Bila tengok result, alhamdulillah sebab memang dah jangka walaupun tak dekan. haha. Semester satu dulu je dekan sekali T_T Result semester ni jatuh tapi jatuh sikit tak teruk. Masih lagi 3.0 ke atas. Syukur. Paling happy bila matematik A+. hewhew. Satu je pun. Projek A kelakar. Tak sangka projek A sebab masa present teruk kena dengan panel, padahal diorang saja nak uji. kuangjaq. hahaha. Semua lulus, classmate pun sama semua lulus. Tapi dengar kata yang kawan lain result jatuh mendadak. Tak tahulah betul ke tidak. Lepas tahu result, bagitahu abah sebab mak sibuk berbual. haha.  Nasib abah tak kecewa sebab dah bagitahu awal-awal target semester ni berapa, asalkan tak jatuh bawah 3.0. Syukur. 



eh jomlah tengok runningman episod baru. hewhew

You Might Also Like

4 budak awesome !

  1. Tahniah dear! tak apa, asalkan maintain pointer atas 3 tu dah kira ok sgt dah...hihi


    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. wah dapat A+ pointer 3.0 tahniah husna :-)

    ReplyDelete