Kuey Teow goreng basah

2:21:00 am


Assalamualaikum


Sejak kebelakangan ni tak tahulah kenapa, rasa macam letih tak bersebab. Padahal bukan buat kerja sangat pun. Nak tidur pun rasa bosan, melampau. Sebab dah banyak sangat tidur T_T Semalam try minum teh hijau sebab orang cakap boleh ringankan badan. Sebenarnya teh hijau tu dah lama beli sejak mula berdiet tahun lepas tapi tak habis lagi sampai sekarang, tak sedap macam mana nak cepat habis. kahkah. Tapi lepas minum tak bagi kesan sangat pun, sama je T_T

Balik kepada topik asal, saya sebenarnya penggemar kuey teow, tak kisahlah kuey teow masak apa pun, goreng ke, sup ke, memang suka sangat. Paling suka kuey teow goreng basah. Kalau makan dekat luar memang order kuey teow goreng basah je, tak order lain dah. Tapi ada jugak kedai makan yang tak faham orang cakap goreng basah, kering semacam je kuey teow tu -..- Kering tak sedap. Oleh sebab saya suka sangat kuey teow goreng basah, jadi saya pun belajar masak sendiri. hewhew.

Mula-mula try masak kuey teow masa darjah 6 dulu. tehee. Masa tu jiran sebelah rumah saya buka kedai makan. Buat kedai makan tu dekat rumah dia je. Kalau arwah tok tidur dekat rumah saya, boleh dikatakan setiap hari saya beli kuey teow goreng basah dia, sedap. Rm2 je pun, banyak pulak tu. Tok lah yang belanja. hewhew. Sebab kuey teow tu sedap, saya curi resepi dia. kahkah. Kejamkan. Taklah curi sangat, masa dia masak saya tengok. kikiki. Lepas tu saya ingat setiap bahan-bahan yang dia masukkan tu, cepat-cepat masuk rumah tulis dalam buku. kahkah. Tak ada orang tahu pun. Dan disebabkan mood saya baik hari ni, saya nak kongsi resepi kuey teow goreng basah yang saya curi tu dekat sini. kahkah

Maafkanlah sebab gambar selekeh. kahkah

Bahan-bahan :

bawang putih*
bawang merah*
cili boh
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap pekat
kicap manis
garam
ayam
taugeh
kuey teow
air

(*) bahan kisar

cara-cara :

Panaskan sedikit minyak. Lepas tu masukkan cili boh, tumis sampai pecah minyak pastu masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau, Masukkan ayam, gaul-gaul sikit pastu masukkan lah sos tomato, sos cili, sos tiram. Gaul-gaul lagi. Masukkan air. Sukatilah nak letak banyak mana pun, ikut selera nak kering ke basah ke. Pastu masuk kicap pekat sikit, kasi hitam, pastu masuk kicap manis, ikut selera, masuk garam. Biar sampai mendidih sikit, masukkan mee tu, kuey teow maksud saya. Gaul-gaul, biar kejap, last masukkan taugeh. Gaul lagi, tutup api, siap. Tambah sedikit perahan limau nipis. Pergh. Kalau ada cili jeruk lagi sedap. Pergh pergh. Tapi jiran saya masak, dia tambah ajinomoto. Saya memang tak guna benda tu, bahaya. hewhew. Lagipun dekat rumah ni mak tak pernah beli pun benda tu. kikiki. Dah itu je. Selamat malam. 



You Might Also Like

0 budak awesome !