Thursday, 14 May 2015

Kolej Matrikulasi Perlis


Assalamualaikum

Ramai jugak eh yang search matrik kelantan. Melampau pageview kebelakangan ini. hewhew. Mesti adik-adik lepasan espiyemm yang dapat matrik kan, nak tengok suasana matrik macam mana lettew. kikiki. Hakak tau dah, hakak dulu matrik jugak, matrik perthlis gen12. hewhew. Sinilah nak cerita sikit matrik perlis macam mana. ehem. Dulu saya 2nd intake je pun masa matrik, SPM cukup makan-..- Kemain happy lagi mula-mula dapat tawaran, waktu tu masuk tingkatan 6 baru 2 minggu. Perit tau kisah saya ni. kahkah. Masa tahu dapat matrik pun tengah syok makan angin dengan sepupu sepapat, dah ar baru balik dari Perlis, lepas tu esoknya ke Melaka, dekat Melaka tu lah baru teringat keputusan rayuan matrik keluar hari tu. Terus gelabah check, bukan hape, tak tahanlah masuk tingkatan 6 tu, dah lah banyak subjek menghafal, saya otak kiri tak terrer hafal menghafal ni lepastu kebetulan cikgu yang mengajar kelas saya salah seorang tu musuh ketat. Kahkah. Masa tingkatan 4 hampir setiap hari kena rotan dengan dia sebab datang lewat, bukan salah saya pun T.T Lepas tahu keputusan ingatkan tak nak pergi sebab saya tak bijak ingat nak masuk politeknik s.perai je lepas tu makcik saya yang paksa mak hantar saya masuk matrik, cepat betul mak terpengaruh -_- hari tu juga balik ganu nak selesaikan semua urusan lepas tu pergi Perlis balik tapi sebelum balik sempat pergi Melaka wonderland. kiki. Peritkan?


2nd intake tak sesak sangat macam 1st intake, saya pergi daftar tu pun dah lewat seminggu tapi dah call awal-awal pihak matrik cakap ada urusan lain. hewhew. Lepas tu masa daftar kena daftar sendiri, ibubapa duduk dekat luar, semua kena buat sendiri. Masa tu saya dah menggelabah sebab tak biasa buat benda-benda macam tu sendiri. Biasa mak uruskan. tsk. Lepastu hantar barang-barang semua masuk bilik, saya dapat komsas siti khadijah, panggil A3 je lokasi strategik berhadapan dengan kedai runcit eh nama dia minimart, pastu kedai kek puding karamel dia sedap, mesin atm, perpustakaan macam peti sejuk lepas tu sebelah A3 ada kafe A. Kafe ada 3, kafe A, kafe B dengan kafe pentadbiran untuk pensyarah student pun boleh je masuk. Kafe B orang panggil kafe bang din, Tapi saya memang  selalu ke kafe A sebab dekat, sebelah je dengan asrama. Kafe B ramai sangat lelaki, majoriti sebab dekat dengan asrama diorang. Bangunan asrama ada 9, 2 asrama untuk lelaki, lain semua perempuan. Itu zaman saya lah, tak tahulah sekarang macam mana. Oh, setiap asrama ada felo, pensyarah yang jaga kita, rumah dia dekat belakang setiap blok asrama. Dekat blok pun ada wifi tapi lambat mengalahkan siput vavi. hihi. Asrama pula tingkat 4 ada balkoni, macam saya dulu dapat tingkat 4 lepas tu belakang bilik tu kafe, syurga. Malam-malam kalau lapar jerit je dekat abang tukang masak "tomyam ayam satu nak pekat+pedas". Pastu ikat tali dekat bakul baling kebawah tunggu abang tu letak makanan, tarik balik bakul ke atas jangan lupa bayar. Dasar pemalas. hewhew. Tak buat pun sebanarnya tapi pernah terfikir nak buat lah. kahkah.





Tak sangka ni meja saya dulu. haha. Sekarang kemain serabut lagi dengan benda macam ni. Hias meja bagai. kahkah. Pembakar roti dan segala jenis barang elektrik tidak dibenarkan sama sekali ye adik-adik. Tapi dah terbawak takkan nak simpan je kan, guna jelah. kikiki. Kalau nak iron baju ada tersedia dah dekat bilik menggosok dekat hujung setiap aras, dalam bilik tu juga ada water heater. pheww. Satu bilik 4 orang, saya rasa dulu 8 orang kot sebab barang-barang dalam bilik untuk 8 orang. Tapi mungkin 8 orang terlalu ramai macam tin sardin nanti kang jadi dikurangkan kepada 4 orang sahaja satu bilik. Untung tau, semua dapat double. Meja study, kerusi, katil double decker untuk seorang, almari semua 2 kali gandalah. Luas jugaklah bilik dia, maaflah saya tak ada gambar ini pun sempat simpan sebelum tukar hp. Mesin basuh pula satu je dulu dalam satu blok, saya basuh dengan tangan je malas nak beratur. Dalam blok ada bilik tv jugak, bolehlah nak layan akasia petang-petang tapi tak ada astro ye. Takyah nak berangan nak astro bagai, kalau nak jugak pergilah curi-curi masuk rumah felo, bukan jauh pun -..- Dekat sana boleh jugak kalau nak berbasikal petang-petang pusing matrik dengan roomate ke classmate atau kekasih hati, pinjam je caranya bagi kad matrik pastu kau pilihlah nak basikal mana, tempat pinjam tu sebelah minimart, budak matrik panggil MM. Pemalas. kuikui. 

Kalau outing pula selang-seli, kalau minggu ni pelajar lelaki outing, minggu depan pelajar perempuan pula. Tak payah berangan nak g dating eh, melampau sangat. Tapi kalau nak balik kampung boleh je setiap minggu pun, kena buat suratlah. Kalau outing pun tempat yang wajib dituju mesti Cmart T_T Dah itu je paling dekat yang ada dekat Arau pun. hewhew. Siapa pernah belajar kmp mesti kenal Cmart. hewhew. Kalau nak outing, bawa buku outing yang matrik bagi tu masa nak keluar, pastu tinggal dekat guard, dia dah sediakan bakul dah dekat pondok dia tu, pakcik teksi dah tunggu depan pagar matrik tu, cakap je nak pergi mana sediakan duit. Kalau nak pergi jauh sikit, Alor Setar. Naik ktm. Tak jauh pun dari matrik ke stesen tu tapi naik teksi lah. Eh penatlah cerita pasal matrik ni. Nantilah kalau rajin update lagi entri ni. kahkah. 



Tapi yang paling best sekali dekat KMP ni tahu apa? Lagu dia. kahkah. Kolej matrikulasi perlis, cemerlang berusaha, menggapai wawasan .....lalalala






29 comments:

  1. Replies
    1. tapi zaman sy belajar dekat matrik tak best sangat pun. hewhew

      Delete
  2. Saya bdk KMP Gen 16, tapi sampai skrg still tak boleh nak move on dgn kolej ��
    Best sgt sbb lecturers semua baik & sporting, rasa dimanjakan ☺
    Btw, kolej no.1 kot!!��
    Hail KMP!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai^^ saya dapat tawaran kpm fr 2017/2018. Nak tahu.. Kalau jurusan akauntan tu lecturer ajar dari 0 x? Sbb sy blaja spm sc. Tapi matrik sy pilih acc. So, takut sikit la

      Delete
    2. haii, dulu masa matrik lecturer memang ajar dari 0, jangan risau huhu subjek semua dalam BM. Dulu spm akak tak pandai pun akaun tp masuk matrik belajar dari awal sampai akaun dapat A hewhew ;)

      Delete
  3. Assalammualaikum Kak. Saya nak tanya. 1st intake masa tahun 2015 bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, biasanya 1st intake akhir bulan 5 dalam 20hb above hee ^^

      Delete
  4. Assalamualaikum kak :) sy blh KMP 2017/2018..sy nk tany bljar MUET kat sana macam mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kat sana nanti ada kelas english mcm biase dan nanti lecturer akan ajar cara nak jawab muet, pastu kat sana untung sikit sebab dah boleh tahu ahli group utk speaking test awak nanti. hehe takyah risau semua dorang ajar ^^ goodluck btw ;)

      Delete
  5. Hi , sy dpt kmp sains tapi ramai kata kmp ni major akaun ,baguih x belajaq sains kat kmp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yes kmp ni major akaun, kalau dulu budak akaun je ada 7 kuliah & sains 3 kot. Tapi belajar kat matrik memane pun sama je sebab pakai silibus sama, hehe. Ohh goodluck awak, huhu^^

      Delete
  6. assalamualaikum sis, saya dapat matriks perlis perakaunan. Nak tanya for subjek perakaunan senang tak nak score pointer 3.5 ke atas kat matriks?? & pergi kelas boleh pakai blouse dan seluar or kena pakai baju kurung all time ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, tahniah awak! Bab score pointer akak tktau dikk sbb akak dulu tak pandai hehe, tp akak tgk ramai je boleh score yg penting kena rajin belajar, rajin buat tutor, fokus masa kuliah dan paling penting pandai pilih kawan pastu pakaian pulak zaman akak dulu gen12 baju kurung je, zaman skrg tktau laa hehe. Btw, goodluck ;)

      Delete
  7. kak...atm kt sna ad yg mna eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, dulu zaman akak tahun 2011/2012 ada bsn je sebelah minimart dlm matrik tu, skrg tktau la kalau ada tambah atm lain pulak hehe ^^

      Delete
  8. Kt sana dh pakai laptop ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau dulu tahun 11/12 tak perlu sangat pun laptop lgpun dulu dorang ada sediakan mcm cyber cafe dlm library and tak bayar pun cuma kena tunjuk kad matrik je hihi ;)

      Delete
  9. Assalam sis, nak tanya betulke katil double decker tu utk sorang? Ke kena share utk dua org? Ya allah tak sanggup saya panjat katil hari hari ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, yess huhu tp tktau la sekarang cane takut tetiba tahun ni pelajar makin ramai hihi

      Delete
  10. Llaki bju kemeja putih atau bebas?

    ReplyDelete
  11. Salam nk masuk matriks ni kna buat medical check up x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam rasanya tak perlu kot huhu

      Delete
  12. Salam,nk msuk matriks nh ad dokumen yg kna buat pengesahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sorry tak sure la sbb dah lama sangat ni, tp mcm ade huhu

      Delete
  13. Assalam...nk tnya kat matrik bole pkai telekung berwarna x dan kena bwk sejadah ke pegi sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, boleh je dan of course la kena bawak sejadah sbb tak dsediakan pun kat asrama huhu

      Delete
  14. Kak,cuti raya matrik berapa lama?,sebab nak beli tiket awal takut full.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tktau la mungkin seminggu, kalau dulu matrik ada sediakan bas utk student balik kg raya huhu

      Delete