Friday, 1 May 2015

Dah masuk 22 tahun.

Assalamualaikum.

Senyum manis sikit di pagi yang indah ini. kikiki. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke usia 22 tahun ini. Ingat senang ke hoii nak capai usia 22 tahun ni, jatuh bangun tergolek semua ada. Sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 22 ini, saya nak bagi seluruh dunia cuti. wutwut. kikikiki. Suka tak, suka tak? hewhew. 

Kalau masa kecik dulu, setiap tahun buat makan-makan dekat rumah tokwan belah abah sempena hari lahir saya. Jiran dekat rumah tokwan semua datang, budak-budak jelah. Sepupu. Lepastu emak akan beli gula-gula banyak giler yang comel lain-lain jenis dekat kedai borong sebab dekat situ kan dapat harga murah, lepastu campur gula-gula tu pack kecil-kecil. Lepastu bagi dekat tetamu yang datang tu. Dapat hadiah banyak tapi tak ingat pula hadiah apa, kan dah lama. Tapi tak pernah ada lilin pun atas kek T_T Lepastu tiap kali sambut hari lahir mesti pakai baju baru :') Kalau adik-adik saya tahu mesti mereka cemburu kan sebab zaman diorang dah tak buat lagi. kahkah. Lepas emak lahirkan Faiz adik yang ke 3 tu dah tak sambut lagi dah hari lahir dekat rumah tokwan. Sambut dengan keluarga je makan-makan dekat luar. Cakap je nak makan apa, dekat mana. Hadiah pulak kalau sambut hari lahir siapa pun dalam rumah ni, semua akan dapat. Tapi kalau hari lahir saya, hadiah saya paling gempak. Sama juga dengan yang lain, kalau hari lahir dia, hadiah dia paling gempak. Yang lain biasa je tapi tetap seronok. Tapi dah besar, kalau hari lahir dia, dia jelah dapat hadiah, tak macam dulu lagi. kahkah. 

sebab ambil gambar penuh terlalu mainstream T_T
Sekarang dah tahu kan apa kelebihan kamera digital T_T. 1 Mei 1996. Tarikh tu tak betul ya, tahun je betul.


Acah candid sikit -.-

Ada banyak lagi gambar sambut hari lahir, tak daya dah aku nak scan semua. kahkah. Tengok gambar yang ada jelah ya. Tapi bukan gambar sambut hari lahirlah, mana yang ada dalam laptop ini sahaja.



Ni dekat rumah sewa abah dulu, zaman saya anak tunggal. kekeke. happy dulu sebelum kasih sayang dibahagi T_T


kbai.

12 comments:

  1. weee happy birthday kak

    ditag - http://melodiheroin.blogspot.com/2015/05/jom-join-ceria-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir~sama mcm adik saya,hari pekerja.semua cuti.huu.seronok! btw,sy tag akak untuk GA.jom join sekali~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? selamat hari lahir jugak utk adik awak ;)

      Delete
  3. Hepi Belated Bday Una Lily..smoga pjg umo, murah rezeki & hepi sokmo ( ftom kak Murni Alysa)

    ReplyDelete
  4. salam kenal ,alamakk sudah terlambat tapi tetap nak cakap selamat hari lahir .semoga panjang umur ,dapat anak murid semua baik ,insyaallah :) ,murah rezeki .

    ReplyDelete
  5. slamat hari lahir juga ^_^ sy gmbar sambut hepi birthday masa kecil2 ada sikit je , hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. yeke? nasib baik ada. ekeke..

      Delete
  6. alololo.... comelnyaaa MashaAllah sistur.

    Happy birthday have a blast ! <3

    done follow sini.. ^^

    ReplyDelete