Penutup semester lima.

2:23:00 am

Assalamualaikum.

Hi, semester lima dah berakhir dua hari lepas sebenarnya. Hari ni baru rajin nak bercerita. Biasalah hari pertama cuti wajib ganti masa tidur waktu study week tu. hewhew. Itu biasa setiap semester. Perasaan? Lega sebab langsai semua paper dengan jayanya. Tapi azab nak menunggu keputusan tak sukalah. Mendebarkan. Haritu pensyarah yang mengajar subjek Fiber Optic meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kelas saya, dia cakap macam tak study T_T Waktu luahan hati itu adalah pada hari rabu, khamisnya ada satu paper lagi menyebabkan sedikit mood nak study tu hilang. Tetapi bertabah juga dengan menjadikan itu sebagai motivasi, supaya leteran tersebut tidak berjangkit kepada pensyarah Embedded System pula T_T 

Subjek semester lima ni boleh tahan juga susahnya. Paling susah bagi saya adalah subjek Integrated Circuit sebab perlu menghafal. Memang kelemahan saya pun. Tsk. Dah lepas pun semua tu, tunggu jelah keputusan nanti, kena terima juga sebab bukan boleh putar balik pun masa T_T Hari terakhir peperiksaan semua sibuk nak bergambar, kahkah. Memang dari awal-awal periksa lagi semua sibuk nak bergambar sambil baling kertas tapi macam terlalu awal, jangan nak over sangat baru habis satu paper nak baling kertas bagai. Jadi tunggu paper last je. Mereputlah. Kelas saya antara kelas terakhir habis exam, semua sibuk kemas barang angkat beg besar-besar nak balik, kitorang pulun study. Agak terseksa jugalah dengan situasi macam tu. Kahkah. Okay, jomlah tengok gambar. 


satu, dua, tiga. Baling !


alaaa. tak jadi. Ja tu haa sibuk nak pandang kamera. Lagi sekali ..



Hurm, boleyla yang ni pun. Okay okayla dari tak ada. kahkah. Lepas tu ada pula yang bagi cadangan, 'dekat luar pun cantik jugak ni' dikala panas terik sebegitu, ada hati nak berdiri dekat luar pagar tuh. Memang takla. Tapi kugagahkan jua sebab dia cakap, last ni. Okay, mari.



Masa ni yang tukang ambil gambar ni cakap, 'gelaplah, tak nampak muka'. Pastu semua cakap 'okay, dongak ke atas cari matahari sambil senyum'. kahkah. 

Eh, satu mana cukup.



Tak nampak muka saya pun takpelah. Tak kuasa nak suruh ambil gambar lagi. Panas tahu.


Nah lanje video suuwiit satu dari drama Hati Perempuan. 

video

Good Night ;)

You Might Also Like

4 budak awesome !

  1. baling baling fail.. baling baling kertas.. btw, cantik gambar.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. credit to ipongg kawan. kahkah. nak beli ipong sendiri tak mampuu. hihi

      Delete
  2. yeay! dah tamat dah semester...takpe...janji kena kerja kuat lepas ni...yang dah lepas niarkan berlalu...skrg tawakal je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, sekarang rse macam takut pulak nk msuk sem 6, kahkah. lagi bnyk yg akn mmbebankan T_T

      Delete