Thursday, 5 June 2014

Ular hitam petanda buruk

Betul ke ular hitam bawa petanda yang tak baik? Semalam ada seekor ular warna hitam masuk kawasan rumah saya, nasib baik adik tersedar. Mula-mula adik ingatkan tu tali pinggang sebab benda tu duduk dekat mesin basuh. Mesin basuh kitorang dekat luar. Pastu benda tu bergerak, nasib baik adik tak sempat nak pegang benda tu. Ular tedung hitam oke. Pastu cepat-cepat dia masuk rumah bagitau mak, tutup semua tingkap, tingkap dekat bilik air yang kecik tu pun pergi tutup takut ular tu masuk rumah. Ular tu berkeliaran sekeliling rumah ni, pastu lesap. Tak tahu dah pergi mana. 

Mula-mula masa nampak tak tahu pun tu ular apa. Tergerak pulak dekat hati ni nak search dekat google, pastu jumpa gambar ular yang sama sebijik rupanya dengan ular yang nak masuk rumah tu. Ular tedung. Err.. pastu dekat google banyak pulak yang cakap ular hitam ni orang nak hantar sihir. Boleh percaya ke ? 
Kebetulan pulak semalam punya semalam abah kemalangan. depan belakang kereta hancur. abah je oke, tak tercedera langsung. Alhamdulillah. perempuan tu lah cuai, urgh. kalau kita dah berhati-hati, orang lain pulak yang cuai. eh, ada kaitan ke dengan ular tu? tak kot. mungkin kebetulan. Ular tu mungkin tersesat. Sedapkan hati^^

Boleh tak tolong klik ni , pastu ni , ni dengan ni . Oke dah. Terima kasih :):) 

4 comments:

  1. jgn percaya sgt laa. inshaaAllah tkde pape =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak nak percaya pun, mintak jauh dri semua tuh :)

      Delete
  2. Biase kalau ular hitam ni, setahu ana tu bukan ular. Tu jin. Em..kene hati2 tu. Nasib baik tak sentuh. Kalau tak, nauzubillah. Minta dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ? harap bukan. ehhee.. ular tu pun dah hilang, tak tau pegi mane..

      Delete