Karmakah ?

11:55:00 am


Minggu lepas sepupu saya telah selamat menjadi tunangan orang. Dia cucu ketiga dalam keluarga sebelah mak, dan dia yang first buat benda yang sebegitu rupa dalam keluarga means tunanglah. Semua orang macam happy, yelah sebab pertama kali dalam keluarga kan. Tapi sorang je yang macam tak happy sikit, sepupu saya yang sulung, paling tua. teehee. bukanlah tua sangat, dalam 24 tahun gitu umurnya sebab dia rasa tergugat bila orang yang lebih muda dari dia mendahului benda-benda macam tu. Sebelum ni dia ada rancang nak kawin lepas habis diploma, tapi ahli keluarga yang lain macam tak berapa nak bagi sangat sebab suruh dia sambung degree dulu. 

Okay sekarang cerita yang dulu pulak. Adik-beradik mak ada 8 orang kesemuanya, 6 perempuan 2 lagi lelakilah. Dalam ramai-ramai tu, yang pertama sekali kawin adalah moklang, anak ketiga dalam keluarga dan juga mak kepada sepupu sulung. Lepas ada dua orang anak barulah moklong saya kawin. Moklong mak kepada sepupu yang tunang tu. Oke, paham tak sekarang ni, dulu anak ketiga kawin dulu, sekarang cucu ketiga tunang dulu. haha^^ Bukan salah moklang sebab langkah bendul, tapi jodoh dia sampai dulu. Sama jugak dengan yang tunang ni, sebab kita cuma merancang, Allah swt yang menentukan :)

Tolong klik , ni , ni dan ni . Okay, tenkiu^^

You Might Also Like

7 budak awesome !

  1. Replies
    1. kan? tp si cucu sulung tu tak boleh nak terima. hahaha

      Delete
  2. Adudu.. Dah sampai seru kan.. Takkan nak tolak jodoh. Hihi

    ReplyDelete
  3. da jodoh kan. nk rasa tergugat ponn.. xpela da jodoh kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pena rasa tergugat ngok kwn2 ramai da kwen..haha sabar jela :)

      Delete