Bermula dari kalkulator

1:25:00 am

Kisah terjadi di dalam kelas 5 ibnu sina sewaktu pelajaran prinsip perakaunan. Aku yang ketika itu dalam kekecewaan kerana gagal dalam cinta pandang pertama. Hakktuihh. cinta monyet seperti beruk itu. Hahaha. Hari tersebut tidak seperti hari-hari biasa kerana ketika itu Fifah iaitu BFF aku sepanjang tingkatan 4 dan 5 tidak hadir kerana mengikuti Jambori di Penang. *bahasa baku. Jadi aku terpaksa menebalkan muka menumpang kasih dekat Hazni dan Syira. Tumpang jalan pergi kantin. Tumpang lepak. Tumpang sembang. Semualah. Sebab aku tak ada kawan lain lagi dalam kelas tu. Bukan tak ada kawan, ada tapi tak rapat sangat. 

Pada hari tersebut iaitu hari rabu 23 Jun 2010, matapelajaran yang terakhir ialah prinsip perakaunan yang bergurukan puan Norliza. Cikgu ni tak suka sangat buat kelas dia dekat kelas aku tuh sebab panas. So hari tu dia buat dekat kelas kosong yang lain yang kipas laju, angin kuat, tak panas. Terpaksalah aku merempat dekat Hazni dengan Syira, menumpang kasih. Cikgu tu ajar sikit pastu bagi latihan, akaun kan banyak kira-kira. Aku bukan budak pandai, aku duduk je tengok kertas sambil berangan. Kalaulah Fifah ada kan bagus, boleh tiru. Dia PANDAI sangat akaun. Aku budak vodohfoh. Akulah si corot dulu. Hahaha. Dalam kelas tahu nak berangan je. 

Dan.....sedang aku berangan, tiba-tiba ketua kelas datang menghampiri bawak pen dengan kertas mintak no telefon aku. Oh, terperasan sekejap. Ahaks. I ofkos la jual mahal dulu. tersipu malu. geli. Lepastu tak tahu nak buat macam mana , nak bagi, tapi malu. Lepastu dia bagi kalkulator suruh aku taip no telefon dalam tu. Aku tekan. Oke. Heh. 23 Jun 2010. Mula berkenalan. Walaupun kami sekelas dari tingkatan 4, tapi tak pernah sekali pun sembang dengan dia, kenal dengan dia secara dekat. Malu sebab dia pandai, aku si corot.

Sebenarnya dari tingkatan 3 lagi dia nak no telefon tapi masa tu aku berpunya. Puihh. Konon setia lah. Tak layan lelaki lain. Bermula di perpustakaan sekolah, bulan puasa ketika itu. Lepas habis waktu persekolahan, aku ke perpustakaan dengan kawan baik Ajeerah. Bukan untuk belajar tapi baca majalah yang dekat dalam tu ada resepi. Ingat lagi resepi ayam masak paprik. Pehh. Kusyuk sangat salin resepi tiba-tiba ada buku jatuh sebelah aku. Ketua kelas sengaja jatuhkan buku dan mintak tolong aku ambilkan. Pelik, jatuh sebelah aku. Pastu lepas aku bagi buku tu, dia tanya nama aku. "Nama apa?". "Husna". Hahaha. Lepas tu boleh pulak jerit panggil nama aku. Teehee. Sampai situ je, sebab aku berpunya. Hahaha. 

Dari 23 Jun 2010 sampai sekarang kami masih dalam proses berkenalan :) 4tahun? Kejap je.


You Might Also Like

6 budak awesome !

  1. salam. ehehhehe tergelak pulak sy baca kisah dia ni :D

    p.s menabung u-mobile :))

    ReplyDelete
  2. Amboi , heheh macam comel pulak korang ni . Nik doakan yang terbaik untuk persahabatan anda .

    ReplyDelete