jejalan Terengganu :)

11:00:00 pm

Assalamualaikum.
fuh, tercapai jugak hasrat aku nak bawak kawan kawan Johor aku jejalan kat Terengganu. Alhamdulillah, dengan izin-Nya. walaupun tak dapat pergi kesemua tempat macam yang dirancang, tapi yang penting kami puas hati. semalam lepas solat Subuh semua terus mandi dan bersiap. pukul 8.30 van datang ambik. aku pergi 5 orang, semua housemate aku kecuali Syairah. dia tak dapat ikut sebab ada kerja kot.
sampai je kat busten Dungun, bas ni dah ada kat situ. bas pulak banyak kosong lagi. nasib kami baik--
Dungun nak ke KT ambik mase dalam sejam setengah kot. tengah tengah jalan tu bas dah jadi macam ni.  

ramai gila orang g KT semalam, nasib baik aku dapat tempat. kebanyakannya student lah. makcik makcik pun ade jugak. kami sampai KT pukul 10 lebih. terus jalan pergi Pasar Payang . tak jauh pun, jalan kaki 15 minit dah sampai, kawan aku ni teringin sangat nak pergi situ. Dah alang alang ada kat Pasar Payang, mari makan bihun sup atas pasar.


aku panggil bihun sup atas pasar ni sebab Pasar Payang ni 2 tingkat, gerai makanan ada kat tingkat atas, dekat bawah bahagian barang basah. sebab tu lah atas pasar. aku suka makan kat sini sebab sedap, pastu murah. Last aku makan masa tingkatan 2 dulu. lepas tu kitorang pergi jalan jalan dalam pasar tu beli barang sikit. ada banyak giler kedai atas pasar tu jual baju, beg, keychain & macam macam lagi .

banyak sangat patung penyu kat sini. yelah, nama pun Terengganu kan.
ni pulak bahagian kain songket.
kitorang jalan jalan dalam ni dah 3 jam, lepas tu ajak kawan aku naik bot. haha! aku panggil "bot nambang". ni pun dah lama aku tak naik. last masa tingkatan 2 jugak. kalau orang Seberang Takir biasa lah naik bot ni kalau nak ke bandar KT. dekat, murah. sekali naik seringgit je.
ni ecah ngn yana, dalam bot .
Ja, Ecah , aku! haha.
kitorang naik bot ni ulang alik. tambang Rm2 lah sorang. pastu pergi busten balik, solat. then pergi Mcd sebelah busten tu makan makan dulu. pukul 5 bas Dungun sampai. terus naik bas pastu balik~
seronok sebab jalan dengan kawan kawan. kawan pulak bukan orang terengganu rasa macam pelancong sikit. haha- ingatkan nak bawak pergi jejalan dekat Masjid Kristal, tapi tak sempat pulak. hurm~ nanti la kalau ada rezeki, pergi lagi :)
heee~~






    



You Might Also Like

2 budak awesome !

  1. G 3 orang je? mana budok johor yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai lg la zizang... tp gambor ni je mampu upload :)

      Delete