Dua bulan menganggur

4:45:00 pm

Assalamualaikum




Dah dua bulan lebih aku menganggur, fuhh lama gila. Kalau aku kerja dari awal-awal habis belajar hari tu dapat la jugak aku kumpul duit buat beli iphone ke kan, tak kesah la kerja apa pun dekat pizza hut ke kan, syok jugak dapat makan pizza hari-hari, hewhew. Tu la, hari tu sebok sangat fokus nak sambung study, kengkonon dapat la nak sambung bulan mac ni, last tak dapat pun. Hampehh betul. Tapi takde rezeki lagi, nak buat macam mana. Siapa je aku ni nak lawan takdir. Sudahnya sekarang menggelabah jadi penganggur, tak tahu nak buat apa dah buntu dah. Sadlife betul aku ni. Kawan-kawan aku dah kerja, ada je yang belum kerja lagi, tapi yang dah kerja tu kerja biasa je, tak ikut course masa belajar pun.

Baru aku tahu, susah gila nak dapat kerja. haih. Banyak dah aku hantar resume kat kilang konon nak mohon position technician la, tapi susah gila. Dalam banyak-banyak tu, satu je aku dapat interview, tapi aku tak pergi sebab aku tunggu UTHM la. Aduhh bongok gila aku berharap dengan benda yang tak pasti, patut hari tu aku pergi je. hmm. Melepas. Haa sekali lagi, bukan rezeki nak buat macam mana kan. Rezeki aku kat tempat lain, atau lambat je. Pastu dah la nak mohon kerja tu banyak tempat nak orang yang ada pengalaman je. hergh. Aku ni apa je ada. Pengalaman pulak, nak pengalaman kerja dalam bidang sama, bidang elektronik. Kalau tak bagi peluang, mana nak dapat pengalaman tu. Setakat ni menternak lemak jelah yang aku mampu buat. Jaa dah start ambil tempahan menjahit, tungg ah ada kemahiran kan. haih. 

Aku macam nak jugak try berniaga, tapi tak pandai la, dengan takde keyakinan lagi. Alaa, tak best la macam ni sumpah aku blur gila nih tak boleh fikir. Aku kena jugak cari kerja, walaupun kerja biasa sebab aku sekarang dah plan nak mohon degree lagi untuk kemasukan bulan september dan kali ni aku nak  mohon banyak tempat, taknak la macam sebelum ni berharap dekat UTHM je. Sudahnya, rosak semua plan aku. Plan yang best gila dah rosak. kahkah. Tapi sebelum sambung degree, aku kena buat MUET sekali lagi la, sebab MUET aku dah nak expired yelah aku ambik masa matrik dulu, dah nak masuk 6 tahun pun, lagipun MUET aku band 2 je, aku kena dapat band 3 la. Alaa, aku ni dah la tak pandai english. tsk. Aku dah tepu gila ni terperap je dalam rumah hampir 3 bulan, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Tak berkembang. kahkah. Aku ada jugak macam nak pergi Johor kerja kilang dengan kawan aku, tapi takde geng pulak nak interview sama-sama. hahaha. Susah la macam ni. Kan best kalau sekarang baru semester 6 diploma, tak payah sebok fikir semua masalah ni. haih. Tapi macam mana pun, kena hadap jugak. Ada je rezeki aku ni, aku kena sabar je. hewhew. Doakan aku berjaya la nak hadap liku-liku kehidupan ni, haha. Cabaran hidup sebenar baru bermula. kahkah.




*sebenarnya aku tukar url blog lagi, huhu. Sebelum ni husnamalek.blogspot.com. Memang aku bukan berpendirian tetap. hewhew

You Might Also Like

3 budak awesome !

  1. Semoga Allah permudahkan kehidupan awak. InsyaAllah.. Pasti ada manisnya. . .

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya LELAKI umur 30 tahun. Dah dkt 4 tahun...ya...4 TAHUN menganggur rilek jer. TAK KEJE LANGSONG. HAHAHA!

    Saya blh je keje cuma...TAK NAK. HAHAHA!

    TAPI ADA SEBAB...BUKAN SAJA2...

    Nak tahu lebih lanjut, buat kajian mengenai FITNAH DAJJAL AKHIR ZAMAN (ILMU ESCHATOLOGY(AKHIRUZZAMAN)).

    Google/Youtube :

    1. http://kampungmuslim.org/
    2. Sheikh Maulana Imran Nazar Hosein (Youtube)
    - Sheikh Imran Hosein - 2012 Will The World Economy Takes The Greatest Plunge
    - dan byk lg.

    Ni FIRST mind-changing comment saya di internet & awak adalah my FIRST receiver.

    *Kalau dh kaji & phm, amalkan ilmu awak dgn tersorok. Tkt2 nnti kena tahan ISA.

    ReplyDelete