Resepi pizza

12:48:00 pm

Ada orang suruh kongsi resepi. Hiks. Gigih. Bukan resepi sendiri pun, minta dengan kawan juga nih. Mari mula.


Bahan-bahan (doh pizza) untuk dua keping pizza saiz biasa.
  • 2 cawan tepung roti , tepung gandum pun boleh.
  • 1 sk yis
  • 1 sb susu tepung (tak letak pun takpe)
  • 1 sk gula ising
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk pelembut roti
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 165ml air
cara-cara .
  • uli semua bahan kecuali minyak sampailah jadi doh baru gaulkan dengan minyak dan uli lagi. sebati okay sebati. 
  • sapu sedikit minyak pada mangkuk atau bekas apa jelah untuk letak doh yang diuli tadi tu. Lepas masukkan doh dalam bekas, tutup. Biarkan sejam sampai doh tu naik sekali ganda. 
  • selepas sejam, doh dah naik cantik tu, tumbuk-tumbuk doh tu dan tekan-tekan sikit bagi jadi bentuk bulat dekat dalam loyang yang bulat tu. Pastu biarkan 30minit.
  • cucuk-cucuk sekitar doh tu dengan garpu, bakar selama 15@20 minit dengan suhu 150 darjah, guna api atas bawah. 
Topping.
  • sos prego cendawan tin kaler hijau.
  • nenas *potong dadu
  • sosej
  • lada benggala
  • keju mozarella
  • cheddar
  • parmesan
*sapu sos atas roti yang siap dibakar, tabur bahan-bahan, last sekali baru letak keju. Letak banyak-banyak tau, baru sedap. teehee. Okay, bakar selama 25minit dengan suhu 140 darjah. Siap. 


Nak duit raya, boleh ? teehee.



You Might Also Like

7 budak awesome !

  1. crust dy xkeras kan ?? nnt nk try lAHH...HEHEHE

    ReplyDelete
  2. rajin nya menguli..kite nak menguli tu yang malas. klu ada bread maker kan best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas jugak sebenarnya, tapi sbb nak sangat makan, terpaksalah. haha ^^

      Delete
  3. sedapnya pizza buatan sendiri... btw done follow u... follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  4. Sedap tu piza..terutamanya hasil buatan sendiri..boleh letak ja bahan apa yang kita suka..

    ReplyDelete