Siapa cepat, dia dapat.

11:11:00 am

Pernahkan dengar istilah "first come, first serve" ?. Haa , benda yang berkaitan dengan itulah yang saya cuba sampaikan sekarang. Dulu sebelum saya masuk matrik, saya paling-paling tak suka berebut-rebut. Tak kisahlah berebut tentang apa saja pun, contohnya lah kan, kalau dekat kantin sekolah. Masa sekolah menengah dulu, kalau nak beli makanan dekat kantin tak perlu beratur pun, sebab tak ada pengawas yang jaga barisan macam sekolah rendah dulu. Pelajar sekolah pula ramai, mestilah akan berebut nak beli makanan. Waktu rehat setengah jam sahaja. Makanan pula limited sangat. Nasi ayam ada sikit je, laksa penang pun buat cukup-cukup. Kalau tiba-tiba hari tu saya mengidam sangat nak makan laksa penang, terpaksalah simpan saja angan-angan tu sebab malas nak berebut. Tertolak-tolak habis senget tudung. Itulah yang paling tak suka. Macam mana pula kalau sos keropok lekor tertumpah dekat baju sekolah semasa berebut tu, memang tak masuk kelaslah sebab malu. bahaha.

Tapi selepas saja masuk belajar dekat matrik, perangai terus berubah. Tak ada dah macam sekolah dulu-dulu. Dalam kepala cuma fikir, aku nak aku kena usaha. Lambat memang tak dapat. Sebab dekat matrik memang kebanyakannya pelajar suka berebut. Tak kisahlah dalam apa jua situasi pun. Contohnya, dulu ada subjek sukan, lepastu sukan kita kena pilih sendiri dan dalam satu-satu jenis sukan tu terhad untuk beberapa orang je. Saya nak masuk tenis sebab ada orang cakap cikgu yang ajar tenis tu suka cancel kelas. bahaha. Pemalas memanglah akan pilih tenis. Tapi kalau nak daftar sukan mesti dekat makmal matrik, daftar online dan dekat komputer matrik je ada borang daftar tu. Lepastu waktu daftar tu pulak dia buat sekaligus satu kuliah. Memang penuhlah depan pintu makmal tu pelajar berkumpul. Lepastu tak reti beratur pulak tu takut tak sempat nak dapat sukan yang diidamkan. Tertolak-tolak nasib baik saya kecik masuk je celah-celah orang ramai terus dapat masuk antara yang terawal dan dapat masuk tenis. Kahkah. Lepastu terfikir, maknanya kalau nak dapatkan sesuatu kena berebutlah. huh. Dan saya pegang kefahaman ini sampai sekarang saya belajar dekat politeknik. Kawan-kawan saya dekat politeknik ni kebanyakannya tak suka berebut, biar je orang lain dapat dulu dia dapat yang buruk pun takpe asalkan dapat. ish, tak bolehlah macam tu. 


Tak.. bukan nak tunjuk jerawat pun. Nak bagitahu saya dapat duduk dalam bas masa nak balik terengganu dari dungun semalam. kahkah. Ini bukan bas yang ada tiket tu, tapi bas yang nak turun kena tekan dekat atas tu. Kan minggu ni dah mula cuti sekolah, jadi manusia memang ramai sangat-sangat yang nak naik bas ni. Budak Uitm lagi Politeknik lagi. Ramai yang kena berdiri dalam bas, bayangkanlah kena berdiri 2jam. pergh. Tapi sebab pegangan kuat iaitu 'first come, first serve', jadi masa nampak bas dari jauh lagi saya dah ke depan suruh Jaa tunggu je dekat belakang biar saya yang cari tempat duduk. Berdikari sangatkan. Kahkah. Betulkan tudung, kain, takut tercabut masa berebut. Dan seperti biasa, berasa bertuah sebab kecik, senang mencelah. Eh tapi ada juga perempuan ni hish ada hati nak tolak saya masa nak masuk pintu bas tu, terus saya tolak dia balik, padan muka. bahaha. Sapelah dia tu kan tak pasal-pasal kena tolak. Kahkah. Jaa tu sedap ketawakan saya sebab kelakar tengok saya berebut siap tolak orang. Sukatilahh. bahaha. Orang yang kedua dapat masuk dalam bas dari beribu orang. kahkah. melampau sangat beribu tu. Maksudnya ramailah tu. hmmhmm.

Le housemate. kahkah. Ada sorang lagi housemate, kena paksa ambil gambar, kesian dia. bahaha. Ini gambar sebelum balik kelas semalam. Balik rumah sewa terus tukar tudung sebab tudung ni main gila, tapi cantik kain. Beli pakai baucar buku tau Rm50 dapat 5 helai. Puas hati lagipun baucar buku dah tak dapat guna untuk beli alatulis lagi, buku ilmiah semata-mata. Sakit hati betul. Eh, sekarang ni budak rumah sewa saya pantang tau nampak matahari panas macam ni terus minta ambil gambar sebab nampak cerah semulajadi katanya. kahkah. Okaylah, itu saja pun nak dicerita. 




You Might Also Like

14 budak awesome !

  1. Laa bwh panas cerah semulajadi...tp kalau sya mata sepet menahan perit mentari ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee, sama laa sepet, sep siket :P

      Delete
  2. Kekadang rasa malas nak berebut rebut. But ada kala nya, kita kena berebut. Tapi kalau part pilih sukan tu, rasanya dari sekolah rendah dah memang ramai yang berebut sebab takut persatuan yang dia nak masuk tu penuh. Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berebut dlm entri ni maksudnya waktu nak kena masuk lab tu tertolak-tolak. kahkah

      Delete
  3. jalan-jalan kat sini

    http://putrihomestayarau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. wakaka. ingat ambil tennis sbb terror. rupanya malas xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah, sy bukan budak sukan. tehee, zumba bolehlah T_T

      Delete