Minggu akhir semester lima

5:50:00 pm

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melepasi dua minggu ini dengan jayanya. Minggu yang paling sibuk dalam banyak-banyak minggu. Minggu paling banyak kerja nak kena buat dan selesaikan dalam dua minggu ini. Minggu menghampiri peperiksaan akhir semester lima. Whoa. Masa begitu pantas macam baru sahaja tadi upload gambar hari pertama semester lima dekat akaun instagram. tsk. Cepat sungguh masa sekarang tak menyempat nak buat kerja satu-satu. Umur tahun ini dah masuk yang ke 22 tahun. Macam baru sahaja semalam bergurau senda dengan rakan-rakan tingkatan lima dekat dalam kelas hujung blok sekolah menengah kebangsaan ibrahim fikri. sobs. 

Ada banyak benda yang berlaku dalam masa dua minggu ini. Paling banyak adalah test. Menyampahlah semua pensyarah sibuk nak bagi test dalam minggu sama. Kelam kabut semuanya. Saya dah tertekan. Kalau dipaksa saya mungkin akan jadi gila. Paling tertekan bila kena buat pembentangan projek 1 semester lima. Fuhh. Dia punya tekanan tahap duduk dalam bas bukan ekspress dari Dungun ke Kuala Terengganu sambil tahan kencing yang dah dua jam semata-mata nak buang dalam tandas bersih sebab dekat Dungun ramai orang pelik-pelik jadi takut nak masuk tandas. Tarik nafas. Sampai terminal bas Kuala Terengganu terus meluru ke tandas awam dan bayar 30sen untuk buang air tapi tak ada tempat simpan beg terpaksa bawa beg masuk tandas sekali. Seksa kau galas beg berat sambil buang air. Bayangkan T_T. 

Okay balik kepada tekanan asal. Projek kena bentang semalam depan panel. Ya Allah, debarannya menjadi-jadi. Sudahnya, projek kami ditolak T_T. Dalam banyak-banyak kumpulan yang bentang projek semalam, satu kumpulan sahaja yang projek diterima. Maka beruntunglah mereka. Jadi kami terpaksalah macam mana pun cari projek baru. tsk tsk. Tapi takpelah semua tu fikir selepas peperiksaan akhir nanti, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya pada semester ini dah lepas. Senyum sikit :) Lepastu petang kelmarin diberi pula sedikit kerja yang perlu dipertanggungjawabkan untuk diselesaikan iaitu bercakap depan semua budak elektrik dalam bahasa inggeris. Inggerisku hancur, namun terpaksa juga melakukan semua itu kerana nama telah dipilih. Bersama-sama dengan rakan sekelas. Partner. Habis menggigil semua. Mula-mula tengok orang lain buat, bukan main lagi aku gelakkan dia tangan menggigil. Giliran saya, parkinson terus. Tangan menggigil tahap maksima. Orang lain biasa-biasa saja. Yelah, saya mana biasa duduk depan orang ramai macam tu. hurm. Sampai sini dululah ye. Babai.



You Might Also Like

1 budak awesome !

  1. awak ditag hee :)
    http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2015/03/giveaway-2015-jubah-dress-leggings-oleh.html

    ReplyDelete