Saturday, 26 July 2014

Raya ke 21

Tinggal lagi sehari puasa, lepas tu dah raya. Tahun 2014, raya yang ke 21 tahun. Persediaan menyambut raya tahun ni, tak sehebat tahun tahun lepas. Perasaan untuk sambut raya biasa-biasa je. Tahun lepas semua baju raya tersedia 3 minggu sebelum raya, ada kasut raya, tudung raya. Semua baru. Tahun ni baju raya pun baru siap, tu pun buat sendiri. Kain untuk buat baju kurung beli dalam minggu terakhir puasa. Tudung tak beli sebab rasa macam dah banyak. Kasut pun tak beli sebab tak sempat. Baru praktikal, dah tak cukup masa. Baju raya pun beli guna duit sendiri, tak mintak dengan abah sebab duit ptptn untuk semester ni banyak lagi. Yelah kan, sem ni duk rumah keluarga je, tak menyewa. Pergi kerja pun dengan abah, tak keluar duit minyak. Makan dekat rumah je. Bulan puasa lagi jimat sebab tak keluar duit untuk makan tengahari. Tak sampai hati pulak nak mintak duit dengan abah untuk beli baju raya. tsk. Tahun ni tak ada lagi mercun, bunga api. hurm. Sumpah tak semeriah tahun-tahun lepas. Tak tahu tahun ni dapat lagi ke tak duit raya. hoho dalam kepala fikir duit raya je sebenarnya. teehee. tengah fikir lagi ni sebenarnya , nak beli kasut raya ke tak eh ? haha. macam dah banyak je kasut, tapi kalau tak ada kasut baru, tak rasa macam raya lah. hihi^^ Raya tahun ni tiba-tiba pulak budak kelas 5 ibnu sina dulu nak buat reunion. haih. stress lah macam ni, haha. saya sekarang ni dah la gemuk. Tak macam tingkatan 5 dulu, malu lah. Tak ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan mereka mereka itu. hoho. Selamat hari raya :))

4 comments:

  1. Haah.. dpt rse suasana raya x mcm dulu2 lgi kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? takde lg pelita macam dulu2. :/

      Delete
  2. Makin kita besar, kemeriahan raya tu kite da tak rase best. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, semangat pun tak macam dulu :'(

      Delete