Friday, 25 July 2014

Belajar menjahit

Dua hari lagi nak raya, baju raya baru siap. hihi, alhamdulillah. Berkat kesungguhan diri ini belajar menjahit selama dua hari, dapat jugak buat baju kurung raya sendiri. Teehee. Tak pernah terlintas pun nak belajar semua tu, tapi disebabkan sangat terdesak, seminggu lagi nak raya, tapi baju raya tak ada lagi, belajar jugak akhirnya.

Ni semua sebab semua baju kurung yang berkenan dekat mata ni dah sold out. Mulanya ingatkan nak beli online je, cantik. Sangat cantik dalam gambar. Haha. Juga disebabkan kekangan masa, yelah sibuk dengan nak g praktikal lagi, malam pulak nak terawih. Mana sempat nak g cari baju dekat kedai, online jela h jawabnya. Dah survey banyak butik baju online yang jual baju kurung, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last minit baru buat keputusan, akibatnya semua habis dijual. Sobs. Tapi ada hikmahnya jugak. Sebab baju semua dah habis lah, saya bersungguh-sungguh nak belajar menjahit dengan best friend forever, Ja. hihi. Terima kasih Ja sebab bersungguh nak ajar menjahit :') Raya tahun depan dah boleh buat baju sendiri, tu pun kalau diberi kesempatan untuk beraya lagi lah .

Derma Derma lagi . TERIMA KASIH :)

8 comments:

  1. Singgah, follow dan isi tabung

    ReplyDelete
  2. cepat yea dalam masa 2 hari dah boleh jahit baju kurung..
    selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tapi usaha kena kuatlah. selamat hari raya jugak :))

      Delete
  3. p/s
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA MESKIPUN DI ALAM MAYA SAHAJA...

    ReplyDelete
  4. Perghh..post gambar sikit. Gigih nye una ni tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. haha. nantilah gmbarnye. tetiba pulak bila pakai hari ni jd kembang baju tu. atau mgkin sy mengecut. hoho :P

      Delete