Nak resign please.

11:29:00 pm


Assalamualaikum

Sejujurnya aku tak tahu kenapa aku kat sini sekarang. Berkerja di kilang. Dulu masa semester akhir Diploma aku dengan kawan-kawan bertungkus-lumus cari kerja supaya lepas je habis diploma kitorang terus kerja takde la nak menganggur dulu. haa. Konon bangga la masa tu kalau habis belajar terus kerja ni. Konon the best among the best la. Biasa la aku ni zero, takde pengalaman kerja langsung kecuali intern la tapi yela mana la nak sama intern dengan realiti kerja sebenar. Aku dulu berangan nak kerja as technician kilang sebab dah set dalam kepala ni kalau kos engineering mesti kerja kilang. So aku mintak kilang jela. 

Bila dah kerja ni baru aku tahu padahal banyak je peluang pekerjaan untuk kos ni kat tempat lain. Aduhh. Aku takde abang dan kakak untuk aku buat rujukan, aku bedal jela. Aku ni boleh tahan degil jugak, padahal mak dengan ayah aku mana bagi aku kerja jauh, tapi aku ni nak jugak konon cari pengalaman baru, Haa memang mendapat la. Sekarang ni menyesal jugak. Tak best. Serius tak best. Aku ni kerja sebagai assistant engineer lah sangat tapi aku langsung takde minat dengan kerja aku. Setiap pagi masa nak kergi kerja aku akan mengenang nasib, "kenapalah aku ada kat sini". Huh. 

Aku dalam usaha cari kerja lain yang sesuai dengan minat aku, dan dengan keadaan sekarang yang sangat ramai penganggur, aku tak berhenti kerja sebelum dapat pekerjaan baru. Nanti takde duit. Dan sebab aku tak suka kerja ni jugak la aku tak beli kereta sampai sekarang sebab dalam kepala aku ni duk fikir bila-bila masa je aku akan hantar surat resign. Aku takde hutang so boleh resign bila-bila masa je. kahkah. Dengan keadaan dekat kilang aku yang ramai sangat batu api tu, pastu memasing sebok cari salah orang dan suka mengadu, pastu takde tanggungjawab fuh aku serius tak tahan. Muka aku yang comel lagi sweet ni boleh nampak tua lepas aku kerja sini halah halah menyampah la. 

Tolong la kembalikan kehidupan normal aku yang sentiasa ceria, aku perlukan keluarga aku. Semoga urusan kita semua dipermudahkan pada hari esok dan seterusnya. Amin. Dan aku harap sangat aku dapat kerja lain yang boleh menenangkan minda aku. sobs. Selamat malam korang ;)

You Might Also Like

5 budak awesome !

  1. uwaa..sama mcm cik nor..nak resign tapi hutang banyak..tgh cr kerja lain jgk ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar jela setakat ni kan, nanti dapat kerja lain ajak la kita sekali haha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Same la kite. Keje kilang mmg cmtu..wlpn engineer pun bosan jgak klu tk kne ngn jiwa..cm akak la dr kilang jd pengajar.. bru tk bosan..lg de bnyk masa ngn anak.. leh buat bisnes lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yeke kak ? Share la mcm mana akak boleh jd pengajar ? Huhu

      Delete