Rendang Ayam Mak Saya

11:06:00 pm

Assalamualaikum.


Hari ni topik makan makan pulak. haa nampak macam wow sangat kan. kahkah. Aku ni kan walaupun nampak blur (ramai orang cakap aku blur) dan nampak macam tak pandai berdikari, tak pandai masak, tak pandai semua lah, tapi sebenarnya ada je yang aku pandai. Jangan sesuka hati nak nilai hakak kalau tak bebetul kenal hakak ehh, hempuk kang ish. Macam kat kilang aku la, ada makcik sorang ni sukati je cakap aku pemalas, dan tak pandai masak, sakit hati tauu. Memang la aku tak power macam dia tapi aku boleh la jugak masak sikit-sikit ikot tekak aku. kehkeh. Pastu dia tu kecoh bagitahu orang yang aku ni tak pandai masak pun. "emh anak dara tapi tak reti masak". ewah ewah kemahenn lagi dia tu nasib baik dah baya-baya mak aku, ada la jugak rasa hormat kat orang tua di sudut hati ini. uhuk. Okay la kita teruskan dengan misi. Dua minggu lepas tekak aku ni teringin sangat nak makan rendang ayam mak aku, tak puas makan masa raya hari tu. Dan aku fikir lambat lagi aku nak balik Terengganu, so aku decide untuk masak sendiri. fuhh. Nampak macam terrer enn. kahkah. Gigih la aku whatsapp mak mintak resepi rendang ayam, mintak bahan-bahan dan caranya sekali supaya rasa tu sama. gahaha. Pastu cecepat aku start kereta pergi pasaraya nak beli bahan-bahan dia, berdesup. Hahaha. Dan ni resepi rendang ayam mak saya.

Bahan-bahan :-

  • Ayam (sebelah)
  • Cili boh (2-3 sudu besar)
  • Bawang besar 2 biji (blend)
  • Santan (1 kotak kecil)
  • Serai (2 batang)
  • Daun Limau Purut (2 helai dihiris halus)
  • Daun Kunyit (2 helai dihiris halus)
  • Gula (3 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak masak sesenduk
Simple je kan bahan-bahan untuk masak rendang ayam ni. Okay jom masak. huhu

Macam biasa mula-mula panaskan minyak dalam kuali, haa agak-agak dah panas tu masukkan cili boh, kacau sikit pastu masukkan bawang besar yang dah dikisar tu. Bila dah naik bau terus masukkan ayam yang telah dipotong mengikut selera korang, kalau potong kecik-kecik boleh dapat banyak haa nak potong besar-besar pun boleh. Pastu masukkan santan satu kotak kecik tu. Aku pakai santan m&s sebab mak aku suka sangat pakai santan tu tak tahu la kenapa. huhu. Pastu masukkan la gula, sedikit garam dan serai. Oh serai tu potong la bagi pendek sikit takyah la masuk terus yang panjang tu haha dan jangan lupa ketuk serai tu kasi hancur sikit. haa. Kacau untuk beberapa saat dan biarkan sampai tahap kepekatan yang korang suka. Nak kering pun boleh, sederhana pun boleh haa dan bila dah sampai tahap yang korang suka tu boleh la masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Daun limau purut buang la urat daun tu. Dah siapppp. 

Ni aku ada selitkan gambar proses masa aku masak rendang ayam, hihi. Jemput tengok...


Bahan-bahan perasa, kehkeh.






Masa ni aku dah gelabah sebab rupa macam kari ke gulai ayam ni, terus tanya mak aku takut salah step. huhu

Dah siappp ! huhu, lega sangat bila tengok rupa dia macam ni, dan rasa pun emm boleh tahan dap dap. haha melampau sangat kan puji masakan sendiri. haha takpela bukan selalu pun. Haa makcik mana tadi yang sesedap rasa je cakap aku tak pandai masak?? biasaaaaa dia, pang kang. hiks. Dah boleh la sesape nak cuba pulak. Baiii

You Might Also Like

4 budak awesome !

  1. always love rendang ayam daripada rendang daging. stress tol raya ritu mak buat rendang daging banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. Rendang ayam lagi sedap kot dari daging. huhu

      Delete
  2. Tengok rendang ayam ni , teringat pulak hidangan aidilfitri bersama ketupat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan makan dengan ketupat. fuhh

      Delete