Dah lama tak menaip

7:54:00 am

Assalamualaikum

Semester ni rasanya macam terlalu banyak kerja yang perlu buat. Banyak benda perlu fikir. Patutlah senior ramai sangat merungut letih, baru boleh faham. pheww. Tarik nafas. Banyak kerja yang perlu fikir terutama untuk 'project'. Tak settle lagi. wargh ! Takpe, sekarang tengah cuti midsem, rehat dulu. Lagipun penyelia project pun suruh cuti sepuasnya kan, jangan fikir kerja. hewhew. Tapi...cuti ni macam tak cuti sangat pun, sibuk juga dengan kenduri sepupu esok. Minggu ni asyik kena fikir pasal majlis dia je. Semua saudara mara pun macam tu, menyampahlah. hergh. Tak boleh rehat juga. Saya dengan sepupu saya, Hamizah perlu siapkan photobooth tu. Alaa. Letih.

Dua minggu lepas ada kempen derma darah dekat politeknik. Lepas tu rasa macam 'eh, best juga ni kalau derma darah, boleh tahu darah aku jenis apa' hewhew. Kebetulan ada classmate nak derma juga jadi kitorang pergi sekali. Mula-mula masuk tempat derma tu ada pula orang pengsan. Terus lemah semangat. haha. Tapi ku kuatkan juga diri ini, memula masuk tandas dulu buang apa yang patut, tarik nafas pergi kaunter pendaftaran. Isi borang. Sudah tu, kena timbang berat pula. Alamak. Malu takut berat naik. haha. Tapi alhamdulillah, 50kg wo. Turun 4kg dalam masa seminggu, terima kasih Atkins. Bahaha. Lepas dah settle semua check darah, tunggu giliran. Boleh pulak masa tunggu giliran tu ada cabutan bertuah. Memang hari tu hari bertuah saya agaknya, nombor kena pulak. hewhew. 


Terus classmate tadi tu dengki. Itu je pun hadiahnya, dengki pula kenapa. Lantak lerr. Lepas dapat hadiah, semakin bersemangat nak derma.


Ni tengah tunggu giliran, nampak darah orang lain banyak lepastu pekat. Nasib baik tak muntah kuey teow ladna. hiks. Masa saya derma pula darah lambat keluar, darah laju takat 200ml je, dia nak 350. Sukati je nurse tu tekan-tekan jarum bagi darah keluar cepat. Sakit tahu ? Tapi saya buat-buat kewl je. Konon tak sakit. Esoknya dekat kelas bila nampak kesan jarum dekat tangan orang lain mulalah 'eh kenapa diorang tak ada kesan macam aku'. Semalam ego sangat. Bahaha. Kesannya macam lebam tapi semakin lama semakin membesar. Terus saya call kawan saya nurse tanya dia. Dia cakap darah keluar lagi tapi luka jarum dekat kulit dah tertutup jadi dia terkumpul dekat dalam tu. Sudah. Nak menangis. Haha. Dia cakap tak bahaya pun terus lega. Disuruhnya tekan-tekan dekat kesan jarum lepastu lipat tangan ni. Alhamdulillah dah seminggu pun baru hilang. Fuhh. Habis dah cerita derma, apa lagi ? 


Pak Ayub driver van kunyit belanja Domino's ! Van kunyit ni van yang saya selalu naik nak pergi balik kelas dari rumah sewa. hewhew. Satu rumah sewa dia belanja sempena birthday Jaa. Murah sungguh rezeki saya hari tu. Ni hari yang sama dengan hari derma darah tu. Dapnya bila orang belanja kenn. 

Syairah, Jaa, Saya, Amy

Muka bahagia semua. Kesian Jaa tudung tak jadi sebab basah kena hujan. Bahaha. Kami berempat je duduk rumah sewa tu. hewhew. Tak serabut sangat, tak bising, rajin belajar semua, rajin mengemas. Ahh bestnya housemate macam ni. Eh, rasa macam banyak pula cerita, okaylah. Nak berhenti dah ni, sebab nak bersiap pergi rumah makcik nak tolong mana yang patut. Siapkan photobooth tu lagi. Cekidaut.



You Might Also Like

0 budak awesome !