Friday, 23 May 2014

Pantai Pandak

Hari ni seperti biasa hantar faiz tuisyen. Tiap hari jumaat dan sabtu faiz ada kelas tuisyen dengan pakcik aku, pakcik ajar math. Bila abah hantar faiz, mak, aku, adik-adik aku yang lain mesti nak kena ikut sekali kecuali naim. Hahah. kelas dia mula pukul 9 sampai pukul 11, jadi sementara dia ada kelas tu, abah akan ajak yang lain ni pergi melepak dulu , biasanya kedai makan lah, pastu singgah pasar ke sebab kelas tu jauh jugak dari rumah, takkan lah nak balik dulu, pastu pukul 11 pergi balik kan ? minyak mahal oke. Hahaha
Tadi sementara tunggu faiz, abah ajak pergi pantai pandak. Tempat abah lepak zaman muda dulu. Hahaha
pantai tu dekat je dengan kampung abah dekat cendering. Haziq dengan yasir la beria sangat nak mandi. aku memang tak la kan nak mandi laut tu. Aku memang takut dengan air. haha . Pantai ke air terjun ke kolam ke, aku jarang je nak mandi sebab aku dengar kat tempat macam tu ada hantu air. Hhahaha. kan tak pasal pasal aku tengah syok mandi dia tarik aku ke tengah laut sampai aku lemas. eee , taknak aku.
pagi tadi pantainya tenang je, yang tenang tu aku takut. hahaha


ni la pantainya :)



pastu pantainya ada banyak batu-2 kat tepi tuh.



tapi pasirnya cantik, putih, lembut, halus.... hahaha



haziq hepy sangat, hahaha



ni pulak yasir, terlebih hepy sampai taknak balik. Esok dia ajak abah pergi lagi :)



Jam nak dekat pukul 11 baru balik sebab nak ambik faiz pulak . Kalau korang datang terengganu, meh la singgah kat pantai pandak ni, cantik. tu nampak tak batu kat tengah-2 tu ? nampak kan ? jangan mandi sampai situ tau sebab abah cakap dari dulu lagi kalau ada orang lemas mesti jumpa kat batu tu, hhehehe. iye, tak tipu. arwah sepupu abah lemas dekat batu tu dulu. Okelah, babai :):)






4 comments:

  1. Tak pernah smpai lg kt tganu. Wuuu~ T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la datang sini, haha. kalau dah sampai, mesti dh xnak balik. haha :P

      Delete
  2. pess time dgr nama pantai ni..sobsob.. nak pegiiii sana jugak

    ReplyDelete