Thursday 30 January 2014

DUIT

Assalamualaikum,

sejak akhir akhir ni aku rasa terbeban sebab DUIT . 
segalanya pasal duit . 

ada orang cakap duit bukan segalanya , 
tp bagi aku kalau tak ada duit , susah . 

aku rasa semua orang dalam dunia ni kerja sebab nak cari duit , orang belajar sungguh sungguh sebab nak kerja bagus , nak gaji mahal , pun sebab duit . aku baru 21 tahun dah berhutang , Rm 15000 . 
nanti abis belajar bayar Rm 17000 .
mane lah nak cari duit banyak tu kalau tak kerja kan ? tak kan nak suruh mak bapak aku yang bayar . sekarang aku rasa dah banyak menyusahkan diorang , pun pasal duit . nak suruh datang ambik aku kat Dungun pun macam susah , sebab minyak mahal . tiap kali ambik atau hantar aku mesti sebut pasal minyak . 
Kadang aku rasa mati lebih bagus . macam menyusahkan sangat. tapi dah banyak sangat ke pahala sampai cakap macam tu , dah puas ke hidup ?? sekarang dah la aku menyewa kat Dungun tu . tak dapat asrama . asrama tu pun buat bilik cukup cukup je . buat la besar sikit sampai semua student boleh duk asrama kan bagus gitu , tak yah la membazir bayar sewa rumah . sewa rumah dah Rm 700 sebulan . mahal . rumah semi-D . bila cakap pasal harga rumah sewa aku tu , semua cakap mahal . kadang aku pelik jugak kenapa kalau rumah sewa untuk student selalu je mahal ? kat kawasan tu aku rasa Rm 700 tu paling murah , tak termasuk bil air , api . internet lagi Rm 100 sebulan , nak potong tak boleh memang tu keperluan .  memang la aku tahu kos sara hidup kat Dungun tu tinggi tapi agak la rumah sewa untuk student mahal sampai macam tu . kadang rasa agak tersepit . sekarang semua benda mahal , nak makan pun fikir 10 kali . at last makan megi sebab nak jimat punya pasal takut duit PTPTN ni abis sebelum abis sem ni . haih , macam mana lah masa depan nanti kalau terus macam ni , langsung tak berubah , barang makin mahal , cukai tinggi , minyak naik . hurm . kalau mak bapak aku susah , aku lagi la susah .

Wednesday 29 January 2014

when life is only to blame others

aku paling tak suka bila orang BODOH buat keputusan . selalu fikir nak senang dia , biar orang lain susah . bodoh .

Saturday 25 January 2014

menyampah .

kau pandai bercakap .
kau pandai buat status , tak kira la kat mana . facebook , twitter , weChat , instagram . semua tempat . bercakap soal hidup mati , keinsafan , petanda kiamat . semua la yang berkaitan . tapi kau tetap sama . tak berubah . macam tu je . tak ada pun nak ubah diri tu . buat status bukan main lagi , pandai . buat status cenggitu sebab nak dapat banyak LIKE je sebenarnya . bukan betul betul dari hati mungkin . kenapa tak berubah ? kenapa sibuk nak cakap "aku ni bila la nak berubah" . berubah jelah sekarang . apa yang susah sangat . buat la yang wajib dulu . solat biar cukup . tutup aurat tu , bukan bungkus aurat . pakaian yang ketat ketat tu jangan la pakai lagi . ni tak , pakai jugak . baju lengan pendek sampai nampak bulu ketiak , hitam . ingat dah cantik la tu ? orang pakai baju kurung pun kau heran , dah kenapa ? orang yang berbaju kurung tu sepatutnya pelik ngan kau , sedar kiamat dah dekat pun pakai macam tu lagi . memang lah pakaian kau tu cantik , tapi cantik kat dunia je buat apa . rambut pun karat , kalau solat kau ingat sah ke ? sedar la , esok esok masuk kubur jugak . hidup ni bukan untuk selamanya . bukan . solat pun tah ke mana . aku tak cakap aku ni bagus , perfect . tapi aku menyampah dengan orang yang macam gini . hipokrit . cakap bajet gud gud je .

Pasar Malam Dungun

Assalamualaikum, minggu ni aku balik KT hari jumaat sebab ada kerja kena siapkan . Biasanya aku akan balik petang khamis . So semalam aku berpeluanglah pergi pasar malam Dungun dengan budak rumah aku . Lama dah rasanya aku tak pergi pasar tu , rindu . Aku suka pergi sana sebab ada banyak sangat barang murah , makanan pun banyak . Pasar malam Dungun besar sangat . Sebelum masuk Politeknik ni , aku tak pernah suka pergi pasar malam , sebab aku tak suka tempat orang ramai macam tu , aku jarang sangat pergi pasar malam , last aku pergi masa sekolah rendah . Sekarang kalau tak balik KT , wajib pergi pasar malam . Aku suka pergi pasar sebab barang dia murah , boleh tengok gelagat pelbagai jenis orang kat sana . Kalau pergi pasar wajib beli tudung bawal , sehelai Rm4 je , dulu Rm7 dapat 2 , sekarang harga barang dah naik . semua naik . pastu kuey teow goreng, pevret . Rm1 sebungkus , murah . ni pasar malam Dungun . 
Dari jalan utama .

tudung , cantik .

dalam ni semua Rm10 , bawal Rm5 .






keropok lekor , wajib la ada kan sebab this is Terengganu :)




ni pevret , kalau pergi wajib beli ni .



dan yang gambar bawah sekali ni makcik yang tengah minta sedekah . mula mula dulu aku rasa kesian ngan makcik ni , tapi bila aku jalan jalan lagi dalam pasar ni , aku jumpa ramai lagi makcik macam ni . dia buat buat sakit , pastu ada makcik sorang yang tak minta sedekah pun tapi macam jaga diorang yang minta sedekah ni . pastu dah kurang dah rasa kesian aku **
pagi tadi aku bertolak balik KT ngan Jaa , ade orang mintak sedekah , dia minta singget je . dia sokmo naik bas tu , minta duit . tua dah kot dalam 50 lebih , tapi macam sindrom . dia baik , tak kacau orang . ada orang cakap dia jadi macam tu sebab mak ayah dia ajar , mak ayah dia orang susah . sekarang mak dia dah tak ada . kesian pulak aku tengok . hurm .












Thursday 23 January 2014

#Throwback Zaman Sekolah

Assalamualaikum . tiba tiba pulak harini teringat zaman sekolah dulu . Rindu . aku rindu kawan kawan aku . Dulu aku rapat dengan kawan aku sorang ni , nama dia Ain Afifah , aku panggil Pipah . Kami jadi rapat dari tingkatan 4 , sebab aku ngan Pipah je sesat dalam kelas 4 Ibnu Sina , kelas akaun . budak lain kelas belakang sikit . sebab tak ada orang yang kami kenal dalam kelas tu , kitorang kawan berdua jelah . sekarang dia belajar kat Penang . SPA . zaman sekolah aku tamat 3 tahun lepas . lama . aku rasa macam sekejap je masa berlalu , sekarang dah 2014 . Dulu zaman sekolah , pipah ni pengawas sekolah , aku budak degil . selalu bawak nfon , datang sekolah pun lewat sokmo kena rotan , sampai penolong kanan sekolah kenal aku , tapi bukan salah aku pun , aku dah siap awal , abah aku yang lambat nak hantar , aku pulak yang kena . nfon tu pun abah yang suruh bawak , nanti senang nak call . se lagi pakai stokin pendek yang kaler kaler tu , ni bukan salah abah la , aku yang nak pakai jugak , comel . Kalau ada spotcek dia la yang tolong aku . Bersubahat , haha . Dia baik , dah selalu nasihat aku suh ikut peraturan , tapi aku je yang degil . Dulu masa matrik aku sekali ngan pipah ni , tapi sekejap je sebab lepas tu dia dapat tawaran SPA , dan sejak dari tu aku dah tak berhubung dengan dia . aku rindu kawan aku , tapi aku segan nak kawan dengan dia lagi sebab dia pandai . aku tak . nak tegur dia kat fesbuk pun macam takut takut je . takut dia tak layan . 
ni Pipah yang aku cakap tu , sekarang dia makin cantik :)  kanan tu aku . lain .
hairol , ain hamizah , reza

hawa , keri



nadiah

soleh , sapik



reza , pojang , pami

sarah , fatin
tikah , fatin , ain 

syira , hazni
zaman sekolah dulu , aku tak suka bergambar , ni pun yang ada gambar curi , pojang punya kerja . ada ramai lagi budak kelas aku tapi tak jumpa gambar diorang . dalam kelas tu semua kawan aku tapi yang paling rapat ngan aku Pipah la . aku tengok budak perempuan kelas aku dulu , sekarang semua makin cantik . Jeles .

Tapi aku ada lagi kawan rapat selain Pipah , aku mula jadi kawan diorang masa tingkatan 1 lagi . sekarang masih rapat . dulu kitorang tak sekelas . nama dia Ajeerah ngan Shasha . Shasha  sekarang belajar kat Unimap , Ajeerah pulak dah kerja .

Saturday 18 January 2014

kawin lebih .

Assalamualaikum,
Harini aku nak cakap sikit pasal bini no 2 . Walaupun aku ni cuma budak perempuan "21 tahun", yang belum kawin dan masih belajar lagi . Kadang aku ni tak suka bila dengar pasal bini lebih dari satu ni , yang bahagia tu takpe la , kalau tak bahagia tu aku pantang . Kenapa ? sebab aku pernah ada kawan anak bini pertama yang bapak dia ada bini ke dua . masa tu aku darjah 5 , kawan aku tu sama umur ngan aku , rumah dia dekat ngan rumah aku , kitorang satu sekolah . suatu hari tu , tiba tiba je kawan aku tu tukar sekolah , takde angin takde ribut . secara tiba tiba . akhirnya aku dapat tahu , mak bapak  dia bercerai . bapak dia kantoi ada bini lain . yelah , bapak dia kerja kat Kuantan masa tu , mak dia pulak duk Terengganu ngan anak anak . Balik Terengganu time cuti je , memang la mak dia tak syak apa apa . Lepas kejadian tu , anak jadi macam tak terjaga , tak tahu nak g mana . anak sulung dia duk je rumah tu , yang lain ikut mak dia balik kampung . bapak dia duk rumah bini muda . sekarang anak dah 4 ngan bini muda . macam sedih la tengok keadaan anak dia ngan bini pertama tu , macam dia pulak menumpang ngan bapak diorang . sekarang rumah bapak dia dengan bini baru tu dekat rumah aku , baru pindah . Geram pulak tengok bini dia tu , tak tahu la kenapa , tersakit hati pulak bila teringat kat kawan aku tu . menyampah . hurm , tak tahu lah macam mana masa depan aku nanti . kalau boleh tak nak ambik laki orang , mintak jauh . 
btw , td aku nak buat sambal yg letak dalam bihun sup tu , bg pedas sikit guna lesung batu. tengah syok menumbuk tu boleh pulak biji cili tu masuk dalam mata aku. haih. kawan aku ajar basuh kaki. kalau kena mata kanan , basuh kaki kiri . mata kiri basuh kaki kanan . aku buat la , dengan izin Allah , petua tu berkesan. fuh. naik gile aku masa kena tu, pedih sangat sangat. sepet sebelah walaupun memang dah sepet.

Friday 17 January 2014

frustrated

I feel like an idiot because I always think about how you feel, keep your feelings. But you do not even care. yes, like an idiot. What kind of friend like that. Always want other people think he's feeling. I've long wait, but sekarang kau dah melampau . Try la fikir perasaan orang lain jugak , nanti kalau kau terus macam ni , tak ada sape dah nak kawan ngan kau . sedarla . 

Friday 10 January 2014

#pecahRumah

Assalamualaikum .
sekarang aku ada kat rumah , fuh lega . rasa selamat duk sini . hari rabu lagi aku dah ada kat rumah . lepas je habis kelas math terus balik rumah sewa , sembahyang then siap siap , call van kunyit suruh datang ambil kitorang hantar busten Dungun . huh . aku balik berdua dengan Jaa . Hari khamis takdok kelas , kelas cancel jd budak kelas kami cuti awal , budak Johor pun balik kampung walaupun cuma 3 hari , rabu malam tu dah bertolak balik Johor , sabtu nanti balik rumah sewa lagi sebab takut nak duk rumah sewa 3 hari tuh . rasa dah tak selamat lagi kat rumah sewa tu ***

Dengar dengar selasa malam tu 'orang tu' nak masuk rumah student lg , tapi tak sempat sebab ada orang nampak . dah 2 minggu benda ni berlaku . tapi pelik sebab dia masuk rumah yang sama . 2 kali dah masuk rumah tu & malam selasa tu pun dia try masuk rumah tu jugak . maksudnya dah 3 kali . kali ke 3 ni budak rumah tu terhidu asap rokok kat belakang rumah , bila pergi tengok , ade rokok kat belakang rumah tu . 'orang tu' dah lari . Aku rasa , 'orang tu' mungkin skandal salah sorang pelajar tu . aku agak je . sebab rumah sama . sebelum ni ada kes macam tu jugak kat Dungun . skandal pecah masuk rumah then pukul perempuan tu sampai berdarah kepala sebab balas dendam , perempuan tu permainkan dia . Tapi kalau nak kata skandal , kenapa rumah sebelah tu pun dia masuk jugak ? dia tak ambil pun barang berharga , 'orang tu' tertinggal pisau dalam almari rumah tu . padahal student tak tidur lagi time tu , boleh pulak dia masuk . Pelik , kenapa 'orang tu' sentuh garam, belacan, asam jawa etc ? Ilmu hitam kah ? . ada jugak orang cakap dia baru nak test 'ilmu' dia . 'ilmu pukau' . betul ke ? 

http://ciknunaberblogger.blogspot.com/http://ciknunaberblogger.blogspot.com/





















rumah sewa kami . haih takutlah . esok nak kena balik rumah sewa lagi , harap selamat . Amin .

Tuesday 7 January 2014

risau

assalamualaikum , ni nak kongsi sikit .
sekarang student yang tinggal kat kawasan rumah sewa aku ni tengah berjaga jaga . nak tau kenapa ? aku dengar dengar ada orang pecah masuk rumah student perempuan . setakat ni aku dengar 2 buah rumah dah kena . tapi pelik , sebab orang tu tak curi barang berharga pun . macam tak ada barang hilang . haih , risau la . gane ni ? berdoa jelah banyak banyak moga Allah s.w.t lindungi kami semua dari musibah . pelik betul la , dia nak apa sebenarnya ***

Monday 6 January 2014

TRY IN ERROR :)

Assalamualaikum ,

sekarang ni aku tengah try guna satu produk kecantikan ni . sebelum ni aku tak pernah guna produk gini , aku guna pon pencuci muka biasa je . paling teruk aku tak pernah pakai bedak kat muka . tadi aku try pakai bedak , nipis je pon aku pakai , sikit je , budak laki kelas aku dah gelakkan aku dah , diorang cakap mekap aku tebal . malu oke . hurm , aku start guna pencuci muka sem 2 , takut punya pasal . ni aku guna pon sebab kulit tak sekata , paham paham jelah kan bila bertudung , kaler kat bahagian muka mesti tak sekata . aku baru lagi guna dalam 2 minggu kot . aku berani guna sebab aku tengok Jaa guna oke je , cantik kulit dia . macam menjadi la . aku pon nak try jugak . sebenarnya dah lama aku fikir nak pakai ke tak . Jaa mula pakai awal sem lepas lagi , dah lama . sekarang baru aku jadi berani nak mencuba . Tapi ...... aku baru pakai 2 minggu tapi kulit dah macam nak menggerutu gitu . kulit aku memang berjerawat sebelum ni , tapi jerawat yang kecik tu , tak nampak pon . tu pun kejap je dia keluar . tapi sekarang dah macam lain la , gane ni ? aku takut jugak ni sebab nanti takut jadi makin teruk . haih . tak tahu la nak teruskan lagi ke tak guna produk ni , ada kelulusan KKM . aku takut tak sesuai ngan kulit aku je . buntu .
petang 5/1/14  lepas habis kelas kat kantin . 


Sunday 5 January 2014

Belajar Dari Pengalaman :)

Bismillahirrahmanirahim .. 
assalamualaikum , 
semalam hari sabtu bermakna hari untuk aku balik ke rumah sewa . tiap hari minggu aku akan balik rumah aku kat k.terengganu tu . maklumlah tempat belajar dekat , dulu masa belajar kat perlis tak boleh nak wat gini . dan tiap kali balik kg aku akan naik bas , tu wajiblah , kekadang tu balik kg naik bas , pergi dungun abah hantar . tiket ke k.terengganu RM8 je . bas buruk :P ahhaha . tadi aku balik dungun naik bas , aku tunggu bas kat masjid raja , cendering sebab aku nak saing ngan Yana , rumah dia kat situ . abah hantar aku pastu aku terus pergi masjid solat asar , orang baru azan aku dah solat sebab takut tertinggal bas .
ciknunaberblogger.blogspot.com
ni lah masjid raja aka masjid sultan ismail , tapi sedih sebab yang datang ramai orang tua . budak muda macam tak ada .

lepas solat pergi bustop tunggu bas dengan Yana . masa tu pukul 5 kot , bas sampai setengah jam lepas tu . naik bas sampai Rusila bas rosak . bas buruk tu rosak .
bas yang rosak .


pastu tunggu bas lain sampai dlm setengah jam jugak then naik bas tu . kat depan aku ada pulak 2 org makcik ngan anak anak dia . suami dia macam tak ada pulak . macam orang susah . sedih pulak tengok diorang . bawak beg plastik , dalam tu ada baju anak anak dia . anak dia yang kecik tu minum air sirap dalam botol , tak minum susu . mungkin tak mampu nak beli susu . ntah . anak dia happy naik bas tu , aku ni siap kutuk lagi cakap bas tu buruk , berlagak . masa kusyuk tengok gelagat diorang tadi tetiba terasa sedih , semakin semangat untuk belajar sebab tak nak jadi macam tu . nak ada ilmu , ada kerja sendiri , ada duit , boleh beli kereta sendiri , boleh tanggung anak anak . tssk !
makcik tu ngan anak anak dia , makcik sorang lagi depan aku . tu plastik beg dia letak pakaian .

bas sampai kat bandar Dungun dalam pukul 7.30 pastu naik van kunyit , van kunyit macam biasalah gerak lambat dalam setengah jam lepas tu .
ni lah van kunyitnya , budak poli Dungun semua panggil van kunyit . bas sekolah la maksudnya. dah malam baru nak gerak hantar rumah sewa . huh .